Assalamualaikum
Selamat pagi semua..
Dah sarapan?
Sarapan apa pagi ni..?
Tak sarapan lagi???
Tak tau nak masak apa???
Aduyaiiii...
Apa kata cuba resepi yang mudah dan simple ni..
Cucur recycle hihi
Kenapa ita panggil cucur recycle sebab ia menggunakan nasi yang dah tak habis dimakan, daripada kita buang kan.. tak baik.. dosa.. baik kita buat cucur ni.. mudah dan sedap!
Sebenarnya resepi ni asalnya ita ambil daripada Yatie. Ita pun pernah cuba masa tu resepi Cucur Nasi Ikan Bilis . Kali ni ita cuba gunakan udang pulak!
Ita buat ikut jumlah nasi, kebetulan ada 1 1/2 cawan aje nasi tu..
Cucur ni sedap, dia lembut aje.. walaupun dah sejuk!
Sesuai di makan waktu pagi ataupun untuk minum petang
Kepada yang belum pernah mencuba, bolehlah mencuba!
CUCUR NASI BERUDANG
Udang secukupnya ~ di buang kepala, kulit dan tinggalkan ekornya
1 1/2 cwn nasi
1 1/2 cwn air
1 biji bwg besar ~ didadu
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada merah ~ dihiris nipis
Daun sup atau daun bawang ~ dimayang halus
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Blend nasi bersama air hingga halus
Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan curahkan nasi yang telah dikisar bersama air tadi
Gaul sebati
Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
Jika adunan terlalu lembik tambahkan sedikit lagi tepung
Panaskan minyak
Lumurkan atau basakan tangan dengan minyak makan
Ambil sedikit adunan dan balutkan pada udang
Goreng dalam minyak yang telah di panaskan tadi
Sep 13, 2012
CUCUR NASI BERUDANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
21 comments:
salam perkenalan kak ita....
aduhssss pagi2dh tayang cucur udang...jd lapar lah pulak..sabar2..bukak puasa lambat lg...hukhuk
Assalammualaikum Ita, mmg sedap cucur nasi ni, lembut je. Tak sedar mkn bnyk......
Salam Ita,
come lote cucur udang tu ya...kalau makan cucur mesti akak teringat arwah bapa mertua. Dia suka ngan cucur yang akak buat. Lembut katanya.
macam udang tempura pulak kalu tengok, kreatifff!
wahh bagus resepi ni utk elak pembaziran nasi. tq for sharing!
Ooop!!! jangan habiskan cucur recycle tu yer Ita, gee nk datang sarapan ni... perut tengah lapar ni tau... tunggu yer!
salam kak ita. cupcakes akak gorgeous sangat. mesti like;). hope you'll win.
Assalamualaikum Azlita,
Selalu jenguk blog yang sungguh memberi inspirasi pada Nani...dari segi fotografi..dari segi prop..dari segi resepi semuanya indah, berseni dan memang enak di cuba...
Mungkin ada sedikit semangat kenegerian di sini kerana mengkagumi ramai orang johor yang kalau buat sesuatu memang bersungguh..kalau makanan mesti nak jadi sedap..kalau pakaian mesti nak potongan sebet terletak..kalau menghias mesti nak yang sehabis indah mata memandang..dan begitu juga kalau berfoto fotoan...azlita antara paling berbakat dalam banyak banyak blogger yang nani jenguk...
Teruskan berkarya..
Salam ukhwah..salam aidilfitri maaf zahir batin.
Sedapnya cucur nasi berudang ni buat sarapan pagi atau minum petang.Cucur macam ni saya suka makan masa panas2.
tak sangka ade resepi ni... leh la buat kat rumah... nieza tengah cari resepi macam ni nak kasi Rania makan coz kadang-kadang die taknak makan nasi..nak susu je... thanks kak ita... balik karang nak cari udang! tak sabar nak buat tuk breakfast esok...huhu..tak pernah makan lagi ni.. ^-^
Resepi sos tu ade tak kak ita, nampak selera sgt bila dapat cicah dgn cekodok tu.. Ermmm petang ni nak cuba lah !! izin share resepi ye kak ita.
Salam, saya mencubajemput-jemput nasi dan roti dengan ikan bilis seperti di http://www.cooking-engineer.blogspot.com/2012/01/jemput-jemput-nasi-roti-rice-bread.html#axzz26IrNrVYe
salam kak ita...
terus berkeroncong perut tgk cucur nasi yg sedap ni...hmm..klu dh puasa...semuanya rase nak makan...
Salam, boleh juga dicuba jemput-jemput nasi-roti dengan ikan bilis seperti yang saya buat di http://www.cooking-engineer.blogspot.com/2012/01/jemput-jemput-nasi-roti-rice-bread.html#axzz26IrNrVYe
tengah2 lapar ni,
terliur cucur akak,hehe (:
Salam kak ita...dah lewat baru sampai kat sini...cucur nasi berudang pun dah abis kan...tengok pic pun jadi la...nanti bole wat jugak cucur nasi...terima kasih resepinya...sangat menyelerakan cucur nasi tu..lagi2 ada udang....
Sedapnya.. presentation yg cukup memikat hati.. :)
Salam, boleh juga cuba dengan nasi-roti dan bilis. Sedap.. Resepi ada kat my blog.
Fuh..tgk gmbr pun dah taw sedap..TK beri inspirasi untk brkfst esok..t10
boleh try untuk breakfast esok...yumm..yumm
saya da cuba...mmg bess, rkn FB mintak resepi.
Post a Comment