KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE - masam manis f

Breaking

Sep 3, 2012

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE



Assalamualaikum buat semua pengunjung setia Masam Manis.
Apa khabar semuanya harap-harap sihatlah kan... Musim-musim perayaan ni banyak sangat penyakit yang hinggap.. Oleh itu sentiasa awasi pemakanan kita.. jangan makan berlebih-lebihan hingga membawa padah pada tubuh badan sendiri..

Kalau pergi makan open house tu.. beringat-ingat lah ye.. makanan yang tuan rumah sediakan memang semua lazat-lazat dan membuka selera..


Dah lama rasanya ita tak sediakan kek untuk tatapan pengunjung setia Masam Manis. Ialah bulan puasa kita dah tak buat kek. Kalau buat pun tak de siapa yang nak makan.. maklumlah bulan puasa.
Kebiasannya ita buat kek 2 hari sebelum Hari Raya, tapi bergantung pada keknya jugak lah kan.. samaada ia tahan lama atau tidak. Biasanya kek lapis tu tahan lama sikit. Kandungan gula yang banyak dalam kek lapis buatkan kek tu tahan berminggu-minggu.. sampai ada yang tahan berbulan-bulan.. hihi kalau tak di makan.. lah kan..

Jika kek kukus pula ia tak tahan lama. Paling lama 3 hari. Kalau lama sangat nanti ia dah tak sedap. Rasanya juga dah lain. Lebih-lebih lagi jika kek yang di letakkan Cheese. Warna cheese akan cepat berubah jika di sampan lama. Memang perlu segera di habiskan atau kalau rasanya tak ramai yang makan silalah kurangkan sukatan adunan kek tu.. supaya tidak berlaku pembaziran.


Hari ni, ita kongsikan satu lagi resepi kek yang mudah dan cepat aje penyediannya. Sesuai untuk nak menjamu tetamu pada musim perayaan ni. Rasanya juga sedap dan kek pun lembut dan moist.
Tapi kek ni, ada kandungan cheese, oleh itu ia tak boleh simpan lama sangat tau! dan haruslan simpan dalam peti ais untuk mengelakkan cheesenya tu cepat rosak atau berkulat.

Resepi di kongsikan oleh sahabat ita Yatie. Terima kasih ye Yatie, kerana sudi kongsikan resepi kek yang mudah dan sedap ni.

Ita buat kek ni atas permintaan anak bujang ita yang minta buatkan kek untuk jamua Hari Raya di asramanya.  Adalagi beberapa kek dan kukis yang ita sediakan, yang tu nanti ita kongsikan pada N3 yang lain pula ye..


KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
By: Yatie

Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

Penyediaannya

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.







21 comments:

Anonymous said...

sedapnye..nampak mudah nak buat...nanti boleh cuba...bile mood ke dapur tahap otomen...heehee...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kek yg malar segar di hati saya

dapurCikWan said...

erm...sedap..bila la bleh cuba.. ;)) kiv dulu...

mimie said...

assalammualaikum wwb....
cantik kek tu kak ita....
mimie minta izin ambik ft bunga tu kak... ada teman mimie yg sk sangat dgn bunga warna purple...
terima kasih sebelumnya... ^_^

mashitah said...

sedapnya kak...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kek tu nampak sedap betul ler ita... teringin pulak nengoknyer...

owhh.. bunga purple tu teringat dulu kita pernah tanam juga kat rumah masa zaman menyewa dulu... senang je hidupnya... cucuk2 je btg dia dah hidup.. tp now dah takleh nak bercucuk tanam bila dok apartmen...

hudamohamed said...

nak kiv dulu ....
jawabnya sampai berkulat lah nak buat ... hurmmm
mood ke dapor kurang lately ni..

Mat Gebu said...

Sedap kek ni, nak elak makan tapi dia memanggil2 mat gebu jee..nak tak nak ter makan juga 1 - 2 - 3 ketul!...grrr, doktor mesti bising kalau tau...

Nina Mirza said...

As'salamualaikum Kak Ita ...

aduhh ..!! nampak sangat menyelerakan...
pasti dah rasa satu nak lagi satu, pastu nak dua dan tiga dan dan dannn...
Oopsss!! hehe

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Ita.
Hari ni baru berkesempatan datang jamu mata kat rumah akak ni. Hadoii!!..masuk2 ada kek yang menggoda pula. Ada kesempatan nanti boleh try jg. :)

Hesti HH. said...

Salam kak Ita,
Apa kabar... lama tak jumpa. Semoga akak sekeluarga dalam keadaan sehat walafiat.

Cantiiikkk kuenya kak...cantik pula bunganya ^^

Amie said...

Saya dah buat cake ni Ita... he he heh habis anak-beranak makan seloyang! Rasa nak buat lagi tapi kena tunggu masa yang sesuai...

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
Slmt Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

Kalau Ita yg buat kek ni mesti jadi lagi istimewa, mmng mudah dan sedap kek ni..raya ni, banyak kali yatie buat sbb ianya mudah dan sedap...teringin nak jumpa Ita, lama kita tak jumpa..ingatkan sblm Hafiz balik UK, nak gak jumpa Ita sekeluarga...harap2 berkesempatanlah ya...

Marsita Yahya said...

emm sedap dan nampak senang nak buat, nanti nak try pulak

Cik Puan Izan❤ said...

sekali kak ita masuk dapur berduyun2 kuih muih tersedia...rajin akak nih

Unknown said...

Dalam proses mengukus KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE ni haa...xsabar nak tgk hasil nye..huhuhu..thanks for the resepi kak ita...:)

Unknown said...

terima kasih akak
alhamdulillah
ramai orang puji resepi kek akak
sedap sangat

Unknown said...

Salam puan.tq cz sdi kgsi rspi.mmg sdp smpi xckp n brebut2 ank mkn.mlh jran n seppu pon pji.klu nk jual bpe hrgny yea cz de kwn ode xp sy x tau nk ltk hrgny.

Unknown said...

Nyum nuum

Mazitah said...

Nampak sedap ni!

Unknown said...

1 cawan gula hangus tu kena hanguskan dgn air dlu ke?

Post Top Ad

test