MENARA CONDONG TELUK INTAN, PERAK - masam manis f

Breaking

Sep 24, 2012

MENARA CONDONG TELUK INTAN, PERAK

Bandar Teluk Intan terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak. Kedudukannya terletak di 4' Utara dan 101.5' di Timur.

Teluk Intan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia, Perak menduduki tempat ketiga terbesar dan Teluk Intan merupakan bandar ke 3 terbesar di negeri Perak.
Bandar terdekat yang lain ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.


Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-18. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. 

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Pada 15 Mac 1882, Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.


Bila kita sampai ke bandar Teluk Intan, pasti tumpuan tertumpu pada Menara Condong yang merupakan mercu tanda bandar Teluk Intan ini.

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Ia juga pernah berperanan sebagai penunjuk arah laluan kapal ke Teluk Anson suatu masa dahulu.  Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.


Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki.

Kecondongan menara ini sering di bandingkan dengan Menara Condong Pisa di Itali. Namun begitu menara ini hanya mempunyai ketinggian 25 meter dengan jumlah  anak tangga sebanyak 110,  berbanding menara Pisa yang berketinggian 55 meter.

Nak tau apa yang menarik di dalam bangunan menara yang telah melebihi usia 100 tahun ni..
Jom kita intai-intai dekorasi menara yang unik ni bersama Dalili..

yok! kita masuk...

Sebelum melangkah masuk, jangan lupa dapatkan sedikit maklumat yang terdapat di pintu masuk bangunan menara.
Opppsss!! jangan lupa pula tinggalkan jejak!
Masa melawat pula tercatat di pintu masuk..
apalagi.. ambil lah kunci tu Dalili bagi kawan mak ni masuk nak tengok..!! hihi

Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu. Di setiap tingkat, dilengkapi dengan lorong kakilima jalan 6  kaki lebar berdindingkan tembok rendah 2  kaki yang dihiasi dengan batu seramik berwarna hijau. Di setiap tingkat di selenggarakan dengan pagar gerigi untuk tujuan keselamatan para pengunjung.
Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 13 kaki sebagai pengimbang struktur bangunan daripada gegaran di persekitarannya.
 Dinding bangunan pula di hiasi gambar-gambar lama, kesan sejarah dan peristiwa yang berlaku.

Tangga untuk naik ke tingkat atas

 Sekarang kita dah berada di tingkat 2 bangunan.. hihi gayat tak???

Dari tingkat 2 pula, kita boleh lihat lantainya yang menggunakan kayu, dan siling juga dari kayu.
Disini juga kita akan dapat lihat takal jam yang mengerakkan jam pada menara condong ini.


oppsss... ada satu lagi tingkat yang kita belum lawat.. jom ikut saya..

Ini lah tingkat atas sekali. Silingnya tu daripada besi atau aloy tak pasti.. Ada lubang di tengah dan terdapat tangga kecil yang boleh di tarik untuk naik ke atas. Tapi kita tak boleh naik sebab tak sampai.. hihi

haa.. yang ni nampak jelas sikit kan lubang tangganya tu..

Inilah rupa bumbungnya yang bercirikan bumbung rumah tradisi masyarakat Cina. Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu-bata itu. 

Awal abad ke-20 menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak lagi. Hanya dentingan jam gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer terutama ketika malam hening. Itulah di antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885.

Macam mana menarik tak menara condong ni.. Bila nak datang ke Menara Condong Teluk Intan ni..?? Jangan tak tau, bahawa Menara condong ni termasuk antara 7 keajiban yang terdapat di negara kita Malaysia.

makkkkk... ayah.. jangan tingalkan saya terpenjara di sini.. saya nak pulang...


Kepada yang teringin melawat salah satu dari tempat keajiban di Malaysia ni.. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar, betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan. Bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.

Leaning Tower of Teluk Intan
One of the town attractions is a Leaning Tower erected in 1885 by a Chinese builder, Mr. Leong Choon Cheong. It started to tilt four years after its construction finished due to an underground stream. The tower had a clock at the top, and still rings every 15 minutes now. The clock tower was originally used as a water tower, supplying water to the town area, while also reporting the time to all townfolks. It had also served as a beacon to guide ships into Teluk Intan Port. Currently it is a local tourist attraction, and no longer stores water. The area around the tower was paved with bricks and became a plaza. The main street at the centre of Teluk Intan is also named after Mr. Leong Choon Cheong to commemorate his contribution. The name of the street is “Jalan Ah Cheong” (refer below for links to more information and pictures of the Leaning Tower). more



21 comments:

NenetPenne (NP) said...

good info

comelnya model tu....

Marsita Yahya said...

Salam, rajinnya ke T.Intan...mana lagi pegi nya...tak ke Cameron H.land ke?

Ratu said...

lor kak ita dtg perak xkasi tau...

sy yg dok perak ni pon xpernah naik lg bgnan tu..hehehehe..setakat lepak depan tu je..

hanim said...

Pic menarik dan info padat. thanks

shafiqabdshukor said...

pernah dtg sekali je... tu pun x masuk kat dalam.. best2... teluk intan jauh la.. hehehe

Kak iman said...

iman dok teluk intan gak kak..2 la bandar yg selalu iman g nk berurusan ke pape

CA said...

Thanks sharing info xyah dah nak pegi sana.baca citer akak ngan tengok model akak tu dok nunjuk semua kawasan...heeeeeee

adda syuhada said...

adda xpernah smpai sana...bila la nk g yer...hihiihi

Anis Salwati Hamidun said...

My hometown :)
Teluk Intan juga terkenal dengan banyak makanan yang sedap-sedap! Tak payah pergi jauh-jauh dalam Teluk Intan semua ada :)

ana ayesha said...

haha smp ke tk intan, ada urusan penting ker di sana ? biasanya susahlah org nak smp tk intan sbb luar laluan utama ..... tk intan kpg laman teman tu ...

Puan Eka said...

kak ita.. aduhai eka sekarang ni duduk kat teluk intan setelah dapat keje kat sana...

kenapala tak terserempak dengan kak ita...aduhhhhh.
bila kak ita pegi

Kamsiah yusoff said...

dah lama plan nak kesana...ada mak sedara sebelah suami menetap di sana..

rahel said...

Tak sempat singgah time gi perak ari tu..masa terlalu singkat..jika ada jodoh...pasti akan ku redah menara condong itew...rajin Kak Ita...

Kak Sam said...

Biasanya kalau balik kg suka ronda ngan hubby naik motor malam2.
biasa orang ramai suka bersantai bersama keluarga di dataran menara. cahaya pada waktu malam amat menarik sekali.

Miamore said...

Rasa sayu pulak tgk gmbr menara condong ni ... Tiba2 teringat arwah ayah kali terakhir mungkin lebih kurang 20 thn lps kali terakhir menatap menara ni waktu singgah sebelum balik ke kg beliau... dan teringat juga beliau ada bawa makan nasi mamak dekat2 area menara ni sampai sekrg terasa2 sedapnya... ntah ada lg ke tak ...

Zasillah Ariffin said...

dah lama sangat teringin nak pergi ke menara condong ni..insyaAllah suatu hari nanti. :)

Zura said...

Tak tau plk blh naik Menara Condong tuh.. nice photos !!

ZuraLee http://jalanjalan-makanmakan.blogspot.com/

muna mahdzar-fadaaq said...

love the photos of the building and your daughter is so cute. x

Unknown said...

Teluk Intan memang best! terbaik hanya di Perak! :)

Sweetamieda. Blo said...

Tq share.mmg menarik.model pun cute.hihi

Unknown said...

siapa arkiteknya? siapa kontraktornya? apa bahan binaannya? kayu jenis apa digunakan? bata jenis apa digunakan? genting jenis apa digunakan? besi tangki buatan mana? jam buatan mana? siapa tukang buat jam?

Post Top Ad

test