Assalamualaikum
Salam Shawal buat semua..
Alhamdulillah cuaca di JB pagi ni cukup cerah. Sang Suria memancar terik...
Harap-harap biarlah ianya sampai ke dinihari.
Ada yang dah mula berpuasa 6 hari Shawal ? Ita baru dapat mula berpuasa.. alhamdulillah dah masuk 3 hari. Mula nak puasa lepas raya pertama di Kelantan. Tapi memang tak larat sungguh sebab melayan tetamu yang tak putus-putus.
Bila balik JB pula dah mula sehari pas tu uzur lah pulak.. nak buat macam mana.. suratan...
Minggu ni ita baru sambung semula.. harap-harap biarlah ita dapat menyempurnakannya..
Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi tradisi nenek moyang..
Puteri Mandi Selatan, sama juga dengan Puteri Mandi. Yang membezakannya ialah Puteri Mandi Selatan menggunakan isi kelapa muda berbanding Puteri Mandi yang menggunakan kelapa parut. Tapi kaedah penyediaan tetap sama masih lagi menggunakan tepung pulut.
Tapi kali ini ita menggunakan campuran 2 tepung pulut. Tepung pulut hitam dan tepung pulut ita campurkan sekali. Oleh itu tak payah lah ita letakkan pewarna pada adunan kerana warna hitam berkilatnya itu dah memberikan satu warna yang semulajadi cantiknya.
Jom kita intai-intai cara penyediaannya yang cukup mudah
PUTERI MANDI SELATAN
150gram tepung pulut hitam
100gram tepung pulut
1 biji kelapa muda - ambil isinya
1 buku gula melaka
250ml air
sedikit garam
2 helai daun pandan disimpul
Campurkan tepung pulut hitam, tepung pulut dan garam bersama sedikit air.
Gaul dan uli sehingga menjadi doh.
Bulat-bulatkan doh sebesar guli.
Picit sedikit di tengahnya sehingga lekuk.
Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
Masukkan pulut satu persatu sehingga timbul di permukaan air.
Angkat, rendam dalam air ais sebentar dan toskan.
Masak gula melaka bersama daun pandan dan air hingga mendidih serta sedikit pekat.
Masukkan isi kelapa muda dan pulut yang direbus tadi.
Biar seketika dan bolehlah dihidangkan.
14 comments:
Assalam Kak Ita..first time Naz nampak resepi begini..sedang memikirkan rasanya tepung pulut dimakan dgn isi kelapa muda..mmg kena buat sendiri lah baru tau rasanya kan..thank you for sharing kak!!
sedapnya.............kak ita...
assalammualaikum wwb.
mimie baru tau ada resep ni kak...
sedikit mirip bubur candil ya kak..
hanya ini tdk menggunakan santan...
sip.... syukran kak atas resep ni..
bolehlah mimie cuba utk berbuka nanti..
assalammualaikum wwb.
mimie baru tau ada resep ni kak...
sedikit mirip bubur candil ya kak..
hanya ini tdk menggunakan santan...
sip.... syukran kak atas resep ni..
bolehlah mimie cuba utk berbuka nanti..
Waaaaaaaaaahh satu kelainan nih..x penah cuba lgk makan puteri mandi dgn kelapa muda gini Ita....nnt kalau akak datang rumah, buatkan eh...senang kaan...x susahkan Ita...hehee. Gambor2 makin mantops!!
unik...tak penah tgk.....nampak mewah sgt...
salam kak ita, mmg pelik, Liza pun ni baru pestime tgk n dgr nama ni, mst lg sedap puteri mandi ni kan sbb ada isi kelapa muda...nyum nyum
Pertama lihat saya ingatkan nestle kokokrunch. =P
Satu kelainan yang boleh saya cuba buat pula. Terima kasih puan!
Asslmkum Kak Ita.
First time tgk ni tau.. Samalah..sue pun ingat letak cocokrunch tadi..hehehee..
Mcm sedap jea...boleh cuba ni...resepi yg lin cuba dr blog akak...amat disukai oleh keluarga lin..bestlah...
Aduhaii Kak Ita...
lepas makan putri mandi mesti kita nak mandi gak kan..hehehe...suka sangat tengok...warna semulajadi tepung pulut itam..ditambah lak dengan kelapa muda...emm memang bertenaga..
sedapnye.warna dia cantik.sgt susah nak jmp zaman skrg ni kalau kat bazar2 ramadhan pun
Salam kak Ita,
Ini mirip kue dari daerahku di Sulawesi Kak Ita, namanya katiri mandi tapi menggunakan santan dan kelapa parut. Mirip sekali...suka fotonya.
ingatkan kat sebelah timur jer ada kuih puteri mandi rupanya kat selatan pun ada. tak pernah nmpk kuih ni
Post a Comment