DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE - masam manis f

Breaking

Oct 11, 2012

DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE

Assalamualaikum


Waaa... pagi-pagi dah terbau durian..
Pasti ramai pengemar raja segala buah ni di luar sana kan??
Tapi ada juga yang tak suka makan buah durian.
Ada yang kurang mengemari baunya.. dan tak kurang juga yang tidak sukakan rasanya.
Ita adalah antara salah seorang yang tidak menyukai raja buah ni..
Kenapa???
Usah di tanya kerana ianya semula jadi.. hidung tak boleh bau durian dan tekak ni memang tak boleh terima rasa buah durian ni..

Apalah malang nasib, bila satu family semua suka kan buah ni..
Hinggakan ita membesar dikelilingi pokok-pokok durian yang merimbun di kebun bapa dan mak ita..
Tak cukup di kebun di keliling rumah juga penuh di tanam pokok buah berduri ni..
Bila berumahtangga ingatkan seksa ita dah terlepas..
Rupanya tidakkk..
Anak-anak dan suami ita juga cukup gemar makan buah ni.. aduyaiii..
Hingga kadang kala ita nyanyi lagu.. 'aku dah bosan.. aku dah bosan..' setiap kali datangnya musim dorian.. ni ^_^



Dalili lah yang paling suka makan durian dan boleh di gelar Hantu Durian. Sampaikan kalau lori durian lalu sebelah kereta kat highway pun dia boleh berbau..

Kalau ita pergi Jusco atau Kid Mart pasti dia akan minta belikan durian.. selagi tak beli selagi itulah dia berbunyi..
Biasanya kalau beli durian kena makan kat situ jugak. Tak boleh bawa balik rumah.. Kalau bawa balik abis seminggu ita pening kepala selagi baunya tak hilang..

Lagi satu pantang larang.. jangan bawa durian naik kereta.. sebulan ita tak naik kereta, kalau naik pun mesti kena buka tingkap.. kesian kat anak-anak.. ^_^


Bila rakan-rakan kat Fb minta buatkan Durian Crepe ni.. hati macam berbelah bagi.. nak buat ke tak?
Lagi pun sekarang rasa-rasanya bukan musim durian. Kalau durian Siam tu memang banyaklah kan... sebab macam tak bermusim aje dah buah durian dari  negara gajah putih ni..

Durian Crepe ni dah lama dah popular. Dulu setiap kali ita pergi Midvelly ita mesti nampak orang jual Durian Crepe ni. Sebab kan ita tak makan durian.. jadi tak de lah berhajat nak membeli apalagi nak merasa.
Sedap ke??

Disebabkan ramai yang minta buatkan, maka hari ni ita buatkan lah Durian Crepe ni.. nasib baik hidung sumbat lagi.. hehe
Dalili ni dah berapa hari dok sebut nak makan durian. Selalu ayahnya bawa dia gi makan kat luar. Bila ayahnya tak de ni.. kenalah maknya bawa.. aduyaiii..
Terlanjur dah beli tu.. ita buatlah Durian Crepe ni.. tapi jangan di tanya rasanya.. sebab ita tak makan.. Dalili tak berapa gemar sebab diletakkan whipping cream. Dia memang kurang minat cream.. cream ni..
Suami ita pula tak de nak ditanyakan sedap atau tidak?
Tapi bagi ita kalau pengemar durian pastilah sedapkan..
Kalau digantikan cream dengan  custard ita rasa pun sedap jugak kan.. nanti ita nak cuba letak custard pulak..


Sebenarnya ada 2 resepi Durian Crepe ni. Resepi pertama menggunakan kuning telur, tepung kek, gula dan susu. Manakala resepi ke 2, menggunkan tepung gandum, garam dan santan.
Kedua-dua resepi ita cuba, dan ita sukakan resepi yang ke 2 ni.
Pertamanya kerana crepe tu jadi cantik dan mudah untuk di lipat.
Resepi pertama boleh tahan juga sedapnya, disebabkan ia menggunakan tepung kek, ia naik sikit dan susah nak dapatkan crepe yang nipis dan mudah koyak bila di lipat.
Ia juga mudah hangus kerana ada diletakkan gula.
Kalau resepi yang ke 2, kita boleh gunakan mana-mana sahaja bahagian crepe kerana kedua-dua bahagiannya cantik.

Ita dapatkan resepi ni dari Hesti. Resepi dari Fatmah Bahlawan dan Nia Kurniasih. Terima kasih ye semua kerana sudi kongsikan resepinya.
Kepada yang dah tak sabar nak mencuba.. apa tunggu lagi..


DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit


Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin


132 comments:

Fazlinil Irma said...

cantiknya warna hijau crepe kak ita..

ehhmm.. biji durian tu mesti dalili yg makan.. hehee. ;)

ninazsyafinaz said...

Assalam sis!!! Thank you for the sahring and step by step!!! Saya boleh geng dgn dalili - Hantu doyan!!!

Family Pastry Bakery said...

salam pagi. Cantik crepenye kak gebu sungguh rupa parasnya..guna diplomat cream sebagai inti pun sedap sangat...

Unknown said...

xde la susah mana nak buat crepe ni sebenarnya.. bley la cuba. tp kena tunggu cik abang outstation la nampaknye..sbb dia pun mcm kak ita gak..alergik bau durian

Ita Rossi said...



salam ita. tq so much! dah lama sangat cari resepi ni. Buka blog pagi2 ni ada resepi ita yg teratas dlm list. bagai bulan jatuh ke riba. Insyaalah k ita cuba. Nak ikut kelas crepe ni harganya beratus2 lemon!tq again. Nice shot!

Ita Rossi said...

Thanks for the recipe. Nak masuk kelas crepe durian ni mahal gak. Beratus2 lemon. Nice shots!

monasrie said...

salam dan selamat pagi kak ira..
wah arini pepagi mata GD dpt sarapan durian crepe kak ita yg semestinya enak walopun GD sebenarnya tak pernah rasa.
tapi mesti sedap kut sebab dr semlm bukak fb semua cite pasal durian crepe ni.
tq kerana akak sudi memanjangkan lagi perkongsian ini. Insyaallah akan dicuba jua satu hari nanti..

Unknown said...

salam,kak ita..samalah kita..saya pun x suka makan durian..tapi boleh lagi bau..setiap kali tiba musim durian,family kata rugi sbb x makan durian tapi nak wat macam mana kalau dah x boleh makan...

Tjanting said...

Cantiknya ur crepe. My kids pun teramatla suka durian pancake ni. Bila la i nak cuba buat. Adoii!

ameris said...

cantiknya crepe dunian kak ita nie..
ralik dok tgk..

rahel said...

Salam Kak Azlita...walaupun Rahel duk Sabah..boleh terhidu bau durian krepe Kak Azlita....hehehe...semestinya enak banget...

Unknown said...

selamat pagi akak..Ya ALLAH sedapnya tgk Crepe tu..sekarang ni byk da sitti tgk org buat tapi yang akak punya ni menarik sikit..warna kegemaran sitti.pasti ni sitti nak try buatla..TQ 4 da resepi akak

Gee® said...

Adoiiii....mengancam!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

geramnya tgk... nampak sodaplah ita.. lama dah simpan resepi ni.. biasa nampak resepi gini org panggil bantal durian kalau dilipat2 jd empat segi gitu.. mmg bestlah inti durian kan..

p/s: t.kasih resepi sambal sotong kembang berkacang.. akak dah update kat blog..

mimie said...

cantiknya foto kak ita...^_^
durian crepe ni , oleh2(buah tangan) khas kota medan kak....kami menyebutnya pankek durian..eheheh
sama macam bika ambon dan bolu gulung meranti...
^_^

thank dah sharing resepi..
kat tempat mimie dah nak musim durian ni... :)

CT Delima said...

As'salam Ita

sebab ada ternampak warna hijau tu yang laju aje ct datang hehehe kita serupalah Ita tak suka bau durian tapi ct pun tak makan durian mentah ni.

Kecuali kalau dah dibuat pengat barulah ct makan tu pun sikit ajelah. dalam rumah abg pun tak gemar, anak2 pun dah kurang sikit rasanya dengan durian ni.

Joceline Lor said...

betul betul enak dan cantik pencake durian ini. :)

monasrie said...

pembetulan...kak ita bukan kak ira...sowy banget yer..sebab dah nampak durian jadi dari T terus type R...sowy sekali lagi..

Unknown said...

sedapnye kak ita!!!
boleh tak kak ita tunjukkan cara nak buat French Vanila Mille Crepe.. thanksss yeee

putris said...

mmg ngah fofular crepe durian ni.. agak2 klu gantikan durian tu ngan buah ape yg sesuai ek..:)

*hani sayang* said...

yeahhh...ada jugak persamaan kita...tak suka duyan...he..he...tapi bab persamaan kreatif memasak tu mmg tak hado...:(

Unknown said...

time kasih kak ita sudi share resepi.. mmg tingin sangat wat crepe doyan yg tgh hangat di pasaran skrg ni..

Farah Deeb said...

Baru ku tau cara membuatnya! Maseh kak! Harus dibuat! Hehe... (saya pun hantu deghoyan!)
My latest Entry :)
Chill Cheese Cake with Mango Dice

ilahjy said...

salam dek ita lawa..

semalam kak ilah baru jer sahre kat fb resepi nie.. tup2 dek ita dah buat dah..eemmm bikin perut ini berkeroncong asli..

dlm nada oder***3 crepe 16 okt jgn lupeee :)****hehehe

zinnur'ain the love of my life said...

cantik betul rupa paras crepe kak ita nih ... saya pun tak gemarkan durian ni ... boleh ler kita geng .. he heheheee ...

mui mui said...

Salam Kak Azlita,
Pertama kali singgah kat blog ita.
Sungguh menariknya foto and resepi ita.
Suka betul dengan crepe durian ini !

mui..^^

mashitah said...

hijau...
teringat lagu hijau nyanyian zainal, sedapnya kak ita, letak durian pulak tu...saya mmg suka durian....kesian kak ita tak leh bau durian....

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Ita..
Durian crape di sana sini..Huhuhuu..Durian crepe akak warna hijau yg memikat..Geram tengok

Kniedaz said...

Salam sis,
Samalah dengan saya tak suka durian tapi anak2 dan suami sangat suka durian..kalau makan durian pun setakat kat anjung rumah je..xble bawa ke dapur..
Ramai kawan2 di tempat kerja tengah gilakan crepe durian ni tapi sebab kita tak suka so buat donno je la..
Boleh kot kalau fillingnya ditukar..apa ye yg sedap?

Rozie said...

tq for sharing kak.. best nih.. nak buat tapi durian tak jenuh..

babylola2u said...

adoyaiii...saya baru berkira-kira nak membuatnya, akak dah buatkan..hemmmmm..sedapnya, teringin tahap tapir ni

rostina76 said...

salam k.ita....wah!!!baru je tgk Ana Suzana bt durian crepe warna kuning, dtg sini tgk warna hijau plak dah....emmp!!!bukan pengemar tegar durian tapi resepi ni mcm menarik la.

Qasey Honey said...

slm Kak Ita...

Qh pon sama mcm akak...mmg bukan pmakan buah durian ni...bau pon xboleh...teringin jugak buatkan utk hb...tp tu la takut xpsl2 pening pula nti..hehe...

bile tgk kt gambo ni rasa mcm sedap sgt crepe durian ni...mcm nk rasa aje...tp tekak ni bleh ke terima..hihi

Ana Suzana said...

Wahhh nak try gak la resepi yg ni pulak.. Yeayy

catherinnezehal said...

Tq kak ita..mmg tgah survey resepi durian crepe ni..

catherinnezehal said...

Tq kak ita..mmg tgah survey resepi ni..

Unknown said...

wow..tak nampak macam makanan! chantek sangat..sure sayang nak makan! =)

Rina Audie said...

warna hijaunya benar-benar cantik Kak Ita...
menggiurkan...

Hjh Hasnah bt Abdullah said...

macam kuih ketayap je!

shaty said...

setuju dengan Ita ROssi .. nak belajar ni akalu DIY .. beratus ' lemon' .. kalau demo kurengg sikit ..tapi harganya ngan resepi lain .. jadi ratusan juga. Durian crepe ni .. sedap tapi tak adalah sampai TAK INGAT DUNIA kesedapnnya .. ( yang dok kempen menjual tu .. describe rasa durian crepe ni .. kau-kau btoi ).. so kalau nak makan ..elok le buat sendiri .. bukan payah pun bukan besar pun modalnya. Kalau nak beli ..6 / 5 ketul atau gulungan ..RM10 maaaaaaaaa . MAHAL terlajak. BUkan besar mana pun .. sebesar ibu jari kita je ...

PertMuffin said...

salam k.ita,
just nak share cara saya buat filling durian tu. saya gaul isi durian dengan fresh/whip cream. kacau rata2 then baru letak atas kulit dia. cara mcm nih dapat rasa filling durian yang lemak2 merdu. kalau dalili tak suka cream, boleh kot try filling mcm tu (^_^)

Alueyah said...

kaka ita,
alang2 crepe kak ita dah jadi cantik sgt2 ni, boleh la try buat mille crepe cake..hihi

Nur-nba said...

Saya memang peminat durian.. Resepi yang menarik untuk dicuba..

Gambar2 durian crepe akak ni tersangat la cantik.. Suka tengok... :)

Mami-Sue said...

yeay! akhirnya ada jugak entry durian crepe dari kak ita, thanx kak.

rasanya kalau letak inti custard lebih sedap kot, tak muak sangat kan.

Fafau de Craft ( Zana ) said...

sy xmkn durian also sis... :)

Anonymous said...

sy pun x suka durian ..kalau bau pening kepala berhari2 ..adusss...pernah sekali makan durian tp mutah x padan2...baru 2hari lepas tie mahkan crepe jagung..sedap sgt ..ingat nanti nk cuba ..pakai jagung dalam tin...

sweetazezah said...

salam kak ita..dlm dok berkira2 nk p skodeng kelas doyan crepe ni,alhamdulillah,akak dah tunjukkan cara2 wat doyan crepe ni..hoh,nengok pada resepinye tringat ngan apam ape ntah yg m.cik sbelah umah dok kirim ngan bpk p juai kat pasar minggu.tp xdelah gune whipping cream bagai sbagai fillingnye..dok kmpong manelah nak cari kan..tapi m.cik tu gune ape ntah fillingnye.mcm kaya,tp bukan kaya.apepon,makaseh coz akak sudi share kat cni.moga2 rezeki akak ske;uarga bertambah2!mcm blogers kat ats tulis,per kata akak share plak mille crepe ala prancis..auuuwww..take care kak..

Uda said...

sekarang tengah demam crepe.....kat FB, kat blog....semua citer pasal yg satu ni.....mcm nk try je....tq !!!!!

ALoNa CintamaniszLite said...

mintak izin copy & print resepi ni ye. Nak try buat laa, hehe. Tp masalah betul nk cari durian tgh takde musim ni, adeii..

AdanyaKauUntukku said...

ni macam kuih ketayap ke kak ita????

ummiza said...

Bestnye....mtak izin copy resepi ye...

dayang Citra said...

kulit tu macam resepi kuih ketayap atau kuih lenggang kata org sarawak...nak try resepi akak ya sebab sekarang musim durian...nyum2...

syiela said...

senang sangat rupanya nak try la nanti...thanks ye kasi resepi ni

Unknown said...

selalu buat lempeng cicah durian..ni masukkan inti durian..mesti sedap. aduhai...mesti buat ni. Tq sis

JunAina said...

Salam...kak ita.

Masa saya kecik2 dulu mak selalu buat ala2 crepe tulakan tapi just tabur gula & lipat.

Cantik kaler hijau tukan. Bersih.

QUEEN of Heart said...

sedapnyeee, teringinnye nak buat

Anonymous said...

thnks sharing recepi..ermm..asyik tgk je orang buat..pas ni leh wat sendri..

~ Z a N n A ~ said...

sedapnyeeee......thank you for sharing recepie...

Lemon said...

salam.
Kak itaaaa.

Last time sy beli crepe ni kat mid tak dpt mkn pun sebab terlupa letak dlm fridge lepas tu basi.

Bersemangat nak cuba yang ini! Thanks kak itaaa :)

mannequinawin@blogspot.com said...

so tempting...

nurul said...

wah nmpk mcm sedap laa!!
www.dresslover84.blogspot.com

Ayu Sabudin said...

mohon share ye kak

Salina Mat Isa said...

Bukan penggemar durian jugak..tp nmpak sedap..nak share kak..ada kawan duk mengidam nk mkn ni..hehe..

Unknown said...

mesti kene try..baru muai kalau baut sendiri...simple recipe..

www.ellisathul.blogspot.com

zatiwani said...

assalamualaikum..boleh saya tahu adunan untuk resepi kedua..yang guna tepung gandum,santan n garam tue...

Dyana Ilyana said...

tak sabar rase nak mencubenye....minte izin share resepi ye.....

dapurCikWan said...

Salam Kak Ita, cikwan mintak izin copy resepi ye.

Anonymous said...

Salaam n gud morning semua..alahai sedapnya crepe doyan ni...ni yg tak sabar nak buat...thanks kak ita sudi share resepi...

cydayf said...

Sedapnye kak.

Unknown said...

Mohon share resepi. terima kasih

Ita Zeh @ Zaeta Zae said...

Salam kak ita, ita pun memang tga bketja keras nk buat durian crepe ni. Da bermacam2 versi da ita cuba, tp stil x puas hati x seperti rasa kat mid valley tu, dia guna 5 jenis tepung katanya. Kalau kak ita tau resepi tu mohon la di share

Unknown said...

cantik nye crepe nih...saya minta izin copy resepi kak ita....xsabar nk buat this weekend...

amazing tupperware said...

salam kak ita..... saya just nak bagitau kt sini ada satu blog dh guna pkai gmbr durian crepe kak ita dlm blog dia.... http://www.mrsfiza.com/2012/11/resepi-durian-crepe.html

Anonymous said...

Malam ni nak cuba buat ini durian crepe..hihi...

**suke sangat rujuk resepi kat blog Kak Ita...terima kasih yer kak...:)

Lily said...

assalamualaikum...salam maal hijrah.... tq share resepi... dah try buat..mmg sedap kak... tapi tak la cantik macm akk nyer...

mrs kayrul said...

durian pun tengah banyak kat rumah nie..nak makan sampai dah muak....

cantik la ada plak resepi durian crepe yg senang..boleh la cuba nanti

Unknown said...

tq for the recipe...rasa ini yg. plg ringkas nk buat berbanding resipi durian crepe yg. lain...

Unknown said...

assalamualaikum, sori yer..sy ni xbeape tau ttg bhan2 utk wt2 kek neh..tp, tingin nk try..nk tnye..pandan emulco tu ape yer? prisa die ke? cm esen vanila tu?

MummyAyu said...

yeayy..senang ghupenye buat dc ni...dr ngidam beli baik buat sendiri....thanks sis sbb kongsi resepi....

Rabia Sensei said...

Salam kak. TQ kongsi resepi. Nak minta izin copy resepi dan gambarnya sekali. hehehe. TQVM =D

Puan Eda said...

Terima kasih atas perkongsian resepi ni..mohon share ye..tq. Btw ur pic mmg supeb..cantik sgt

ANNUR OUTLET said...

Salam kak ita,jiha baru first time wat durian crepe smlm...tapi whipping cream tu x jadi..jiha baru putar dlm mixer,tetiba kuar susu...n cair sangat2..ader ketulan macam margerin tu skali..so jiha pon kuar kan cream well yg dah di putar(lebihan dari topping kek) n guna lah sebagai ganti whipping cream yg x jadi tu...macamner nk dapat cream yg gebu mcm kak ita tu ya..

Unknown said...

Bestnyer gambar semua cantik.... sy x penah makan ni tp ramai dok sok sek sok sek sekarang ni... nak kene try ni...

Amira Arzemi said...

kak,kalau pakai uht whipping cream blh ke?

Amira Arzemi said...

kak,kalau sy guna uht whipping cream blh ke?

Adda carlisha said...

Salam kak ..


cantik gambar2 akak. Sungguh berseni. Anyway, adda nak try resepi crepe kakak ni next sempena majlis birthday anak .. harap2 menjadi .Thanks for resepi .

Anonymous said...

resipi yg sangat menarik..n da lame nk buat crepe nii..thnks kak ita

Unknown said...

cantik photo nya :D buat mengidam lak..hhuhuhu :3

Unknown said...

cantik color crepe ni....nmpk mnyelerakan.mesti cuba esok sbb ptg td ada beli durian.mmg dah lama nk cuba buat durian crepe ni.harap2 mnjadi la hndaknya....insyaallah...

wanita mutalib said...

cantik...

terpegun tgk..

sarah-najwan said...

mohon share...tq

Unknown said...

terima kasih kak...
tp...sy ibt nk bwk durian crepe nie dari melaka ke perak..sbb nk bg sedara mara rasa kat sne..agak-2 ape jd eh ? yla..alang-2 dh cuti sekolah..bwk sikit buah tgn..
hahahaha... sy harap akk bls

http://imnursyahira.blogspot.com

Anonymous said...

first time dtg sini,hebatnya blog ni knp selama ni sye x jmpa, durian crepe bawa saya ke sini..
pas ni saya jadi tetamu tetap blog ni

ieza beledza said...

hai sis...menarik nye dc sis...teruja nk cuba ni...tq for share resepi...

Anonymous said...

Tq for sharing!! Nice pic cam sayang je nk mkn crepe tu nampak cantik sangat!!

iela said...

akak nk santan 500ml tu yg dah dicampur dengan air ke santan je?

iela said...

akak santan 500ml tu yg dah dicmpur air ke?

sweetlemon said...

salam..akak, nk share ye resepi akak ni..=)sejak jpe blog akak, hari2 nk tinjau blog ni....cantik sgt!=D

Husnasu said...

mesti pakai non-dairy whipping cream ke? kenapa ye? kalau kita pakai dairy whipping cream mcm mana pulak?

Habsah said...

Cantik crepe...hijau. sy buat warna kuning dan intinya sy gaul sebati isi durian dgn wpg cream tu..

Lensa Pijut said...

akak..sya kongsi tau resepi ni :-) tq..

mamawana said...

Mabeles... nanti nak try wat ikut resipi ini. Tq.

Unknown said...

ok gak sedap nmpknya...tpi yg paling klasik ialah sudu dgn garpu tu...tembaga beb...mcm zaman dulu2...
what ever tq psal resepi ni...

Unknown said...

ok gak nmpk sedap je...tpi yg paling klasik ialah sudu dgn garpu tu...tembaga beb...mcm zaman dulu2.
what ever tq bab resepi ni...nnti try..

Unknown said...

berapa biji dapat drpd adunan nie??

dieLa said...

AS Salam selamat tgh hari...kak.Azlita saya ada sedikkit soalan nak tanya..harap dapat membantu saya.

1.Macam mana saya nak hasilkan kulit yang licin mcm akak buat sebab saya buat dia ad lubang2 xlicin xcantik la dpandang hihi.:)

2.nak tanya whipping cream tu saya da putar lama2 tapi cair jg.mcm mana nak bg pekat macam akak buat tu?

3.resepi akak ni boleh dapat berapa bj durian crepe?

dieLa said...

salam nak tanya...mcm mana nak buat bagi kulit licin mcm gambar kat atas.

dan mcm mana nak buat whipping cream tu bagi pekat ...x cair.
adunan kat atas boleh dapat berapa biji?

aJa said...

Kak Itaaa...

sedapnyer....mintak izin bagi resipi kat kawan...diaorg nak sangat...aku lebih suka share resipi2 yg akak buat sebab...sedapp...bhahaha

akak....Tq

aJa said...

Akak mohon share resipi...

sedapnyer...apa yg akak buat semuanya sesedap belaka...

Unknown said...

alhamdulillah..menjadii jg crepe sy, thanks berkongsi resepi mnarikkk ni!!!nyumm2

liza said...

Ooooo rupe ketayap je

Anonymous said...

Sy nampak gambar dari blog k.ita ni di www.crepedurian.com sebagai cover photo

Ayu Sabudin said...

mohon share ye kak tq..awesome blog..

Unknown said...

kak ita setiap kali nak buat durian crepe mesti sy bkak blog akak yg ni cri resepi. hehe

jasrine2 said...

masha Allah....cantik dan nampak sungguh kemas sekali....nak makan pun rasa sayang je...
minta share resepi akak yer...
terima kasih.

Unknown said...

Terima kasih berkongsi resepi..nak cuba..harap cantik mcm tu jgk..

ujie said...

salam..sis izinkan saye tag pic n resepi utk fb saye ye tq..

ujie said...

salam sis sye tag resepi n pic tuk fb sye ye tq..

Anis Shahira said...

salam. saya nak credit pic ni untuk resepi fb ye. tq

Unknown said...

perhhh, menarik tengok kaler hijau crepe tu. Tq share resipi ni ye. Dah lama mengidam nak buat sendiri. Nanti ade masa singgah blog saya ye http://www.mamafisya.com/

Unknown said...

saya pun suka durian ni. mesti sedap,xpernah try lagi ni...

Unknown said...

saya bakal buat crepe durian ni kat kampung.. mesti best kan.. lagi plak mak dah simpan isi durian dalam freezer utk kami. Tunggula raya nanti sambil menikmati crepe durian sambil menyejukkan tekak dengan minuman kecergasan badan

Unknown said...

thanks... da cuba..mmg sdp..tq

Wani Coway said...

Santan tu santan pekat or santan cair ye..tq

Wani Coway said...

Santan tu santan pekat or santan cair ye..tq

Unknown said...

I can learn a lot and could also be a reference
I hope to read the next your article updates,
Thank you for sharing in this article,wish you all success.

* klg asli

Andi Shop said...

Thank you for sharing in this article , you may be useful and successful always .

* klg asli
* vimax asli
* viagra usa
* vimax asli
* vimax asli

muslimah said...

hi aslm. sy pon da try tp pancake nya tebal btol dah mcm lempeng je...agaknya sbb pekat sgt kot bancuhannya...kene pikir camne nk nipiskan..try byk kali pon masih tebal..rasa kene try resepi satu lg...

fida ahmad said...

SALAM... woo tertariknya saya dgn warna n tekstur creepe tu.. saya tumpang share ye resepi u..tq

Unknown said...

Sukatan tu dapat berapa keping crepe? Tlg beritahu

Anonymous said...

wah enak nich kayanya, apalagi sy suka durian. rumah minimalis

epul said...

Kenapa saya buat tak secantik ni?

Post Top Ad

test