Nasi Beriani Gam atau masakan nasi beriani Melayu dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab melalui Singapura. Nasi beriani dimasak menggunakan beras panjang bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak berasnya.
Nasi beriani asal usulnya dari perkataan Parsi 'baria' bermaksud
memasak atau merebus makanan. Masakan ini dikatakan berkembang dari Parsi ke Timur Tengah dan mendapat tempat istimewa di India oleh kerajaan Mogul.
Nasi Beriani Gam, juga dinamakan Nasi Beriani Dam atau Dum, di masak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama 'lapisan' beras. Hasilnya, nasi beriani gam berasa herba rempah, dan berpati lemak dan 'manis' daging. Mungkin disebabkan oleh kemasukkan resipi ini melalui Singapura, rakyat Melayu Negeri Johor memperbaharui resipi ke selera Melayu maka terciptalah Beriani Gam Johor
Pada masa sekarang, Nasi Beriani atau Nasi Beriani Gam mendapat tempat di Malaysia sebagai makanan istimewa untuk keluarga ataupun untuk keraian seperti majlis perkahwinan, majlis keraian atau majlis kenduri-kendara.
Kalau sebut Nasi Beriani, pasti negeri Johor adalah destinasi utama untuk melepaskan selera. Orang Johor ni sebenarnya dah lali dengan nasi beriani ni, sebab setiap hujung minggu pasti akan dapat menikmati beriani di rumah kenduri khawin. ^_^
Destinasi utama untuk menikmati nasi beriani yang di katakan 'power' adalah di Batu Pahat. Kalau sebut Batu Pahat pasti dah terbau-bau aroma beriani memanggil-manggil.
Sebenarnya ita bukanlah peminat tegar nasi beriani. Tak boleh makan selalu sebab kandungan kolestrolnya sangat tinggi terutamanya berlaukkan kambing.. pengsann..!!
Penggunaan minyak sapi atau minyak Gee dalam penyediaan nasi beriani ni lah yang membuatkan ita tak berapa suka sangat makan nasi beriani. Kalau kerap makan keraplah sakit kepala ita menyerang..
Tapi, dah banyak juga restoran nasi beriani yang ita kunjungi untuk merasakan keenakannya. Sebab nasi beriani ni bukan calan-calang orang yang boleh menyediakannya sesedap rasa.
Nasi beriani yang enak pada ita bergantung pada berasnya yang panjang dan dimasak dengan lembut. Aroma nasinya pula mestilah lemak manis sebab nasi ni di masak bersekali dengan lauknya, yang paling utama lauknya mestilah penuh dengan rasa rempah beriani yang memukau dan daging yang lembut dan enak di makan.
Nasi beriani ni tak sama cara penyediaannya seperti nasi minyak. Walapun rupanya seakan-akan tapi bagi warga Johor pasti dapat membezakan antara nasi beriani dan nasi minyak.
Apa yang ita tau, nasi beriani ni untuk memasaknya biasanya lauknya di masak terlebih dahulu. Kemudian lauk itu akan di masukkan kedalam periuk kukus yang di sebelah bawah. Nasik pula di tanak di atas periuk lauk tadi dan di antara nasi dan lauk itu pula di alaskan dengan kain yang di salutkan dengan kanji atau gam, kerana itulah di panggil nasi beriani gam.
Cara menghidangnya juga sedikit berbeza, kerana lauk di letakkan didalam nasi dan di kambus atau di tutup dengan nasi briani semula.
Seperti nasi minyak, nasik beriani juga di makan bersama lauk beriani, kuah dal dan acar.
Kunjungan ita ke Batu Pahat baru-baru ini, tidak ita sia-siakan untuk merasa atau menikmati sepinggan nasi beriani yang dikatakan 'power'. Oleh itu ita sekeluarga mengunjungi restoran Beriani Mohd Shah yang telah terkenal dikalangan peminat nasi beriani, yang terletak di Gerai Niaga Peserai, Jalan Muar, Batu Pahat, Johor.
Ita sampai sekitar pukul 2 petang tapi.. banyak lauk yang dah habis, yang tinggal hanya lauk ayam sahaja. Kuah dal pun dah habis.. waaa... bayangkan baru pukul 2 dah habis dah lauk briani ni.. pasti pelanggan yang tak putus-putus buatkan lauknya sekejap aje dah selesai..
Restoran yang di usahakan anak beranak Mohd Shah ni dah dikenali bukan saja oleh peminat-peminat nasi beriani gam penduduk tempatan malah dari daerah lain berhampiran seperti Muar, Kluang dan Pontian, juga Johor Bahru dan Singapura. Di buka setiap hari kecuali hari Jumaat.
Di sebabkan ita dah kerap makan Nasi Beriani gum, ita rasa resepi nasi beriani Pak Cik Mohd Shah ni biasa sahaja, tapi ok la... kalau sesekali nak bertukar selera. Yang paling ita suka air asam boi ni.. aduhh.. sedapnyaaa.. sampai 2 gelas ita minum.. hehe
Tapi pada ita yang paling menarik nasi briani gum Mohd Shah ni adalah pada harganya yang sangat murah berbanding dengan tempat lain. Bayangkan sepinggan nasi briani baru berharga RM 5.50 untuk lauk ayam dan RM 6.00 untuk kambing.. murah kan..??? kalau kat JB dah RM 9 ~ RM 10 sepinggan.
Selain itu acar buah dan acar jeruk limaunya juga merupakan satu lagi keistimewaan gerai Mohd Shah ni.
Kepada mereka yang belum berkesempatan untuk menikmati keenakan Nasi Briani gum, kalau turun ke Batu Pahat jangan lupa untuk singgah di Restoran Mohd Shah.

Restoran Nasi Briyani Gam Mohd Shah
Waktu Perniagaan: 8.00am - 10.00pm ~ ditutup pada hari Jumaat
Alamat : No. 13-14, Medan Selera Benteng Peserai, Batu Pahat Johor, Malaysia
Telefon : 07-4138322
23 comments:
Wow! bolehlah singgah nanti kalau ke Batu Pahat... biasanya kalau ke Johor gee suka cari pisang tanduk...
sedapnye kak...mmg terliur tgk, sini dah la sjuk.terus rase lapa..huhu
slm Kak Ita...
bestnye...QH mmg suka mkn nasi briyani bp ni...mg kedai ni la yg biase QH pegi...mbukit nasinya tu dlu...tp skrg mcm biase2 je nasinya...hihi...
tp mmg terbaek ni kalau di johorkan...balik kg nti nk singgah la ke sni...kecur n jd mgindam la pulak bile akak tayangkan ni...heheh
5 tahun sekolah kat batu pahat, tak pernah langsung rasa..dulu time sekolah memang tak suka makan sangat..sekarang ni baru terasa rugi sebab tak rasa...nak ke sana, jauh sangat..huhu
memang yummieh.. Nasi briyani.. lauk briyani memang terbaik la dari Johor.. pat len Ani makan tak sama.. tentu beza rempah nya kan
perghhh.. mmg terbaik lah.. nasi beriani johor mmg the best.. walaupun nani bukan org johor tapi nani tetap peminat nasi beriani johor tau.. asben pun ikut dah suka kegemaran nani ni.. sampai dia pun dah terjebak skali tak leh tengok nasi beriani.. sure nak singgah ngap punya..
pergh!!mmg nmpk mnyelerakan betol nasi beriani tu
salam kak,
nasik kat sini sedap lg ker saya hari tu try mcm dah kurang sikit tp yg paling sedap kat kedai hijau kat belah dalam dekat ngan stadium tak silap saya...
kak ita, bestnya. rasa macam nak berbuka nasi beriyani la pulak petang ni...tapi kat kuching nasi beriyani mamak ada la......
menariknyerrrrrrrrrr!!
tapiii... jauh sgt lerr pulakk... hehhe
Lama tak pekena nasi briani kat situ...kalau balik kampung hubby memang rajin tapau makan di rumah..hehe
Sebenarnya, saya sekeluarga pun merasakan resipi Nasi beriyani Mohd Shah Batu pahat nie biasa2 saja. Mungkin sebab kami dah banyak merasa yang lebih baik dari ini. Samalah kita Kak Ita.
salam ita,
sy klu ke bp mmg biasanya cari beriani mat shah. Ada lg satu yg famous, beriani power. Tp sy tatau nak cari kat mana since dorang pindah. Btw, last 2 weekend masa balik jb sy try pak akob beriani house kat tmn u. 1 set beriani ayam dgn 1 set beriani kambing siap air, dessert n buah baru Rm19. Dgn serving size yg besar mmg berbaloi sgt.
alahai, last visit was 2 years back, adik besalin n once again jadi bidan terjun!! mmg kalau visit jb mesti pekena nasi beriani gam bp...lain dari yg lain, so bila balik kch masih terasa-rasa keenakan nye...rinduuuuu!!!
Waa..patut macam kenal tempat ni.
Kampung saya :)
Tapi kat sini murah kan?
Salam kenal kak
salam kak,
dulu saya belajar di UTHM BT Pahat..selalu la dtg makn sini..parent sy kalau dtg dari Perak pon mesti dtg sini..sedap nasi briyaninya..cuma minyak mmg banyak la hehe
Salam..
Md shah mmg terkenal dgn bryani di bp.
Masa tahun lepas mjlis kwin saya semua lauk dan nasi saya order dgn md shah..alhamdullilah semua suka...
Tp di sini sy nak suggest kt akak bryani power batu pahat di taman soga..jika ade msa akak try la yg ini pula..

Di mana lagi ada kedai/restoran nasi briani gam yg best selain yg di batu pahat tu.
Cuba lab ke kedai nasi beriani Shahza di No16 Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, Shah Alam. Rasanya lazat juga
kalau saya ke Batu Pahat pasti singgah di warung pak cik Mohd Shah, nasi biryani pak cik ini lezat sekali sampai saya ketagihan, kalau tidak salah warung pak cik yang pernah saya datangi letaknya di jalan antara batu pahat -muar berada di kanan jalan menuju muar sebelum jembatan, makan nasi biryani pak cik ini 1 piring ngak cukup pasti nambah 2 piring baru puas plus kambing, minumnya air bandung, top markotop pokoknya, 4 kali melancong ke Mlsia pasti saya selalu makan di sini
Salam.
Silap tu kalau kata beriani gam dapat nama kain lapis nasi di letak kanji atau gam.
Yang dikatakan gam ialah, periuk yg ada nasi dan lauk ditutup dengan rapat. Tudung periuk diletak tepung kanji dan dilekatkan dengan periuk supaya segala wap lauk tak keluar dan serap ke dalam nasi.
Fakta berkenaan The Legent Nasi Baryani Gam Johor (Batu Pahat) Hj Mohd Shah:
1. Hj Shah merupakan org pertama yg memperkenalkan masakan ini diniagakan dihadapan rumahnya seperti menjual Nasi Lemak iaitu makanan utk sarapan pagi. Dia menjual Nasi Baryani untuk sarapan pagi.
2. Dia jugalah yg memperkenalkan Nasi Baryani Gam Johor (Batu Pahat) keseluruh dunia sehinggakan orang2 dari Negara2 Arab, Turki, USA, London, Paris, German, China, Jepun, Korea dan seluruh negara2 Asian pernah makan digerainya dan kemudian menjadikan acara tetap mereka apabila melancung ke Malaysia, mereka wajib singgah kesini untuk menikmati Nasi Baryani Gam Johor buatan Hj Mohd. Shah. Ingat semasa zaman pertadbiran Tun Dr Mathair dulu. Kan waktu itu pernah Malaysia menjadi hos Musyuarat CHOGAM, OIC dan ASIAN. Waktu itu kita dapat lihat begiru meriah parking dikawasan gerainya di Batu Pahat itu dipenuhi dengan kenderaan pemimpin2 negara luar dan bas-bas perlancungan berbaris2 nak masuk parking hingga menyebabkan jam yang sangat teruk saban hari. Inilah fakta sebenar yg semua orang2 diBatu Pahat ini menjadi saksi kebenaran bahawa Nasi Brayni Hj Mihd Shah sangat terkenal keseantero Dunia.
3. Dek kerana dia jugalah Masakan yg asalnya dari timur tengah ini mendapat jolokan Nasi Baryani Gam Johor kerana dia telah mengubah semula resipinya dan cara memasak dengan menggunakan gam pada penutup/ tudung perioknya.
4. Dia adalah satu2nya gerai di Malaysia yang menjual Nasi Baryani kambing dengan harga dibawah 6 ringgit yang kalau difikir memang tak logik langsung. Kalau tak percaya pergilah kemana2 restoran atau pun gerai diseluruh Malaysia dan tanyakan berapa harga Nasi Baryani Kambing mereka ???. Pastinya anda akan terperanjat ???
5. Fakta mengatakan bahawa "tiada siapa" yg dapat membuat Nasi Baryani Gam sesedap ini atau boleh mengatakan bahawa ada tempat lain yang lebih sedap dari Nasi Baryaninya ini kerana anaknya sendiri tidak mampu menyangi kepakaran ayahnya dalam memasak masakan ini walaupun menggunakan redipi yang sama, cara yang sama dan dia sendiri telah turut serta bergelumang bersama2 dgn tuan Hj puluhan tahun untuk bergotong royong memasak masakan ini semenjak dia kecil lagi. Namun air tangan ayahnya itulah yg tidak mampu diwarasi oleh beliau sebab ia pemberian Allah kepada diri Hj sendiri yg juga sangat wara'.
6. Maka oleh fakta2 diatas itu tadi maka kami rakyat negeri Johor terutama orang2 Batu Pahat seluruhnya (aku pasti kau orang semua setuju) telah mengangkat diri Almarhum arwah Hj Mohd Shah ini adalah sebagai The Legend dalam masakan Nasi Baryani Gam Johor. Sebenarnya kami semua merasakan kerinduan dan "kehilangan" yg sangat besar atas kepulangan kerahmatullah Hj Mohd Shah sebab hingga sekarang tiada lagi dapat pengganti "Raja Chef Kampung" atau The Legent ini. Terima kasih kami yg tak terhingga sebab kamulah maka orang semua lebih mengenali Batu Pahat Johor dimata dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya... amin.
Tentu kau orang bertanya dari mana aku dapat fakta2 ini. Sebenarnya aku sendiri pernah interview Tuan Hj Mohd Shah semasa arwah masih hidup kemudian tak berapa lama setelah beliau meninggal dunia aku pergi kegerainya dan makan. Kemudian aku bertemu salah seorang anak arwah dan interview. Itulah sebabnya aku keluarkan fakta2 ini.
Dari zamany.
Post a Comment