Assalamualaikum
Apa khabar-khabar buat semua pengunjung Masam Manis. Semoga sentiasa tersenyum dan ceria selalu.
Alhamdulillah ita dah pun sihat daripada demam, cuma batuk dan selsema aje yang tak sembuh lagi. Biasalah dua sahabat ni kalau dah singah kat badan ita ni memang payah betul dia nak baik... makan bulan..
Walaupun tak sihat tugas masih lagi berjalan seperti biasa.
Aiii... ada yang dah dok tanya kenapa dapur ita dah lama tak buat kek?
Laaa... ye ke..
Akak diet lah dek.. hari-hari makan kek boleh mok tau!
Ada yang dah rindu dengan resepi kek dari masam manis ke?
Ok lah..
Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi kek yang menjadi permintaan adik-adik kat FB. Sebenarnya banyak sangat permintaan yang ita terima dan bermacam-macam kuih dan nama kek yang di cadangkan.. pelik-pelik dan ada yang ita tak pernah dengar apalagi lah nak merasa..
Kalau ada resepi ita akan kongsikan ye.. kalau tak de terpaksa lah tunggu lama sikit , untuk ita dapatkan resepi tersebut ^_^
Kadang-kala ita tersenyum sendiri bila baca setiap permintaan dari rakan-rakan tau! ada yang sampai kata.. kalau kak ita terangkan barulah saya faham.. hihi.. aduyaiii.. ada-ada aje.. kan..^_^
Sebenarnya ita bukanlah tak nak buat step by step
Semuanya makan masa yang lama..
Sebagaimana yang ita kerap kali nyatakan setiap gambar ita ambil sendiri.. Memasak, mengambil gambar, semua ita kena buat sendiri. Jadi kalau nak buat yang step by step tu agak sukar sikit kalau tak ada yang membantu..
Ita ni kat rumah sorang-sorang, suami kerja anak-anak pula sekolah. Jadi tak de siapa yang nak ita jadikan model untuk tunjukkan cara bagaimana ita sediakan kek atau kuih. Oleh tu, kalau ita rasa kek atau kuih tu agak mudah cara membuatnya tak payahlah ita tunjukkan caranya kan..
Lagi satu biasa ita suka buat kuih atau kek pada sebelah malam. Bila anak-anak dah tidur barulah ita buat kek. Masa tu ita rasa tenang dan releks sikit.. Boleh lah berimiginasi sikit dalam berkarya.. ya adooo.. ^_^ tapi masalahlah bila buat malam-malam ni.. payah nak ambil gambar kerana kurang pencahayaan.
Kebetulan hari ni, nasib agak baik, sebelum suami ita bertolak 'out station' ita minta sekejap untuk di jadikan model.. hihi
kira orait lah kan.. dari tak de..
Bagaimana semua dah bersedia dengan pen dan kertas?
Zaman IT ni mana ada pen dan kertas lagi dah.. semuanya copy dan paste aje kan..^_^
Kek ni boleh dikatakan cukup popular jugaklah di FB.
Rasa-rasa ita harga yang ditawarkan untuk sebijik kek ni anggaran RM80 ~ RM90 sebijik. Berapa besar atau berat tak pula dapat ita kenal pasti.
Tapi, mengikut sifu ita dalam dunia masak-masak nilah kan.. harga sebijik kek bergantung pada berat dan kandungan bahan yang di guna pakai. Kebiasannya jika kek itu ada di letakkan cream cheese atau ganache yang menggunakan coklat masakan, hargannya dalam lingkungan RM 55 sekilogram. manakala bagi kek span biasa yang menggunakan buttecream harganya pula dalam lingkungan RM 45 sekilogram.
Harga ni juga bergantung pada lokasi dan demand.
Uik.. ada yang dah mencongak-congak untuk mengambil tempahan nampaknya tu..
Sebenarnya ia bagus untuk menambahkan pendapatan keluarga. Dari kita dok goyang kaki tak buat apa-apa baik juga kita cari sesuatu yang dapat membantu meringankan beban suami disamping dapat mengisi masa lapang, betul tak??
Ok lah kita teruskan aje kepada resepi kek kita ni.. Pecan Haven Cake With Butterscotch Frosting.
Untuk resepi kek ini, sebenarnya kita boleh gunakan apa-apa sahaja kek sponge asas yang kita gemari sesuai dengan citarasa kita. Tapi biarlah kek itu kek berperisa vanila atau apa-apa kek yang sesuai untuk kita gandingkan dengan cream cheese buttersctoch frosting dan juga buttersctoch souce.
Bagi resepi kali ini, ita selesa menggunakan resepi daripada Delish.
Ita ada ubah suai sikit resepi menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, sesuai digunakan dan yang penting ianya halal.
Ita juga hanya buat 1/2 daripada resepi asal. Ita tambahkan sedikit pes hazelnut untuk menambahkan lagi ke enakkan dan keharuman kek ita ini nanti.
Ita juga kurangkan sukatan gula agar kek tidak terlalu manis. Sebagaimana yang kita ketahui, segala manisan kek dan dessert daripada luar negara agak manis dan tidak sesuai dengan citarasa kita.
Jika ingin mencuba kelainan bolehlah mencuba resepi ini yang ita salin semula dengan 1/2 daripada sukatan asal dan ita tukar pada materik dan sukatan cawan untuk memudahkan rujukan ita juga di kemudian hari.
Ita juga buat kek ni ikut cara ita 'home made cake'
Dah tak sabar lagi nak tengok bagaimana cara-cara penyediaan cake yang semakin mendapat tempat di pasaran ni..? Jom ikut ita masuk dapur kita intai-intai resepi dan cara membuatnya Yok!
PECAN HAVEN CAKE WITH BUTTERSCOTCH FROSTING
Mula-mula kita kenalah sediakan kek terlebih dahulu. Sebagaimana yang ita katakan kek ni boleh lah ikut citarasa masing-masing. Apa-apa kek span pun boleh asalkan ianya sesuai digandingkan dengan butterscotch kita nanti. Jika nak cuba resepi di bawah ni pun ok juga!
HAZELNUT SPONGE CAKE
275 gm tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 teaspoon baking soda
secubit garam
Semua bahan di atas di satukan kemudian di ayak
150 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
220 gm gula perang
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar hazelnut paste
2/3 cawan (115 gm) buttermilk ~ suhu bilik
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 170C
Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula perang dengan kelajuan sederhana hingga berkrim.
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus putar hingga gebu
Tambahkan esen vanila dan paste hazelnut dan terus putar hingga bergaul sebati
Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung ~ tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung
Boleh juga gunakan kaedah kaup balik semasa memasukkan tepung dan buttermilk
Bila adunan telah sebati, tuangkan ke dalam loyang
Bakar kek dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Untuk mengetahui adunan telah masak atau tidak, cucuk di tengah kek dengan lidi yang bersih, jika lidi keluar licin, bermakna kek telah di masak dengan sempurna.
Bila kek telah masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum di potong.
Bila kek telah sejuk, potong kek kepada 3 kepingan.
Ketepikan.
KACANG KARAMEL
1 cawan kacang Pecan
1/2 cawan kacang Hazelnut
80 gm gula perang
2 sudu besar madu
Kedua-dua kacang di panggang terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170 selama 15 minit.
Masukkan gula perang ke dalam periuk
Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana
Jangan sampai gula hangus
Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin
Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi.
Gaul rata dengan segera
Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper
Biarkan ia sejuk dan mengeras.
Bila kacang telah sejuk dan keras, cincang sedikit.
Ketepikan.
CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING
340 gm mentega tanpa garam
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan whipping cream / heavy cream / thick cream
1/2 sudu kecil garam
580 gm cream cheese ~ dilembutkan
1/2 cawan gula icing ~ di ayak
1 sudu teh esen vanilla
Mula-mula kita sediakan butterscotch terlebih dahulu
Ambil 1/3 daripada mentega dan masukkan ke dalam periuk kecil
Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair
Kemudian masukkan gula perang
Masak hingga gula melarut
Selepas itu masukkan garam dan whipping cream / heavy cream / thick cream
Kacau hingga ia licin dan berkilat
Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya.
Bila butterscotch telah sejuk, barulah kita mulakan proses membuat Cream Cheese Butterscotch Frosting.
Dalam bekas mixer pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim
Tambahkan butter yang selebihnya tadi ( butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
Kemudian masukkan butterscotch yang telah sejuk tadi bersama sedikit esen vanilla.
Terus putar hingga adunan lembut, licin dan berkrim.
Masukkan Cream Cheese Butterscotch Frosting ke dalam piping bag, ini bertujuan untuk memudahkan kita meratakan cream atas kek kita nanti.
Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit
Untuk resepi Butterscotch, terpulang samaada nak di gandakan jumlah resepi butterscoth di atas atau buat resepi lain.
Sebenarnya kandungannya lebih kurang sama, cuma ada penambahan corn syrup. Jika tak de corn syrup tak payah letak pun tak apa atau boleh letakkan sedikit coklat putih. Tujuannya adalah untuk memekatkan sedikit butterscotch sourse kita tadi.
Jika rasa malas nak buat boleh beli yang dah siap jual di kedai jual bahan kek. Tapi pada ita yang buat sendiri lebih sedap! cuma kena jaga masa cairkan gula jangan sampai hangus, kerana kalau hangus ia akan pahit.
BUTTERSCOTCH SAUSE
2/3 cawan gula perang
6 sudu besar mentega ~ potong kecil
1/2 cawan corn syrup
secubit garam
1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream
Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut.
tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
masak hingga pekat
Sejukkan
Sekarang bolehlah kita mulakan proses melempa kek.
Macam mana dah bersedia?
Jom kita mulakan sekarang.
Ambil sekeping daripada kek yang telah kita potong tadi.
Letakkan atas lapik kek
Kemudian letakkan Butterscotch Sourse
Ratakan pada keseluruhan permukaan kek kita tu tadi.
Kemudian ambil, Kacang Karamel yang telah kita cincang-cincang tadi.
Taburkan atas permukaan kek kita itu.
Jangan letak banyak sangat tau, nanti susah nak potong kek pulak!
Letak sekadar rata sahaja.
Selepas tu, dengan menggunakan piping bag yang kita telah isikan Cream Cheese Butterscotch Frosting tadi dan mulalah lingkarkan atas kek kita.
Ratakan.
Sapukan dengan butterscotch source
Kemudian telangkupkan atas krim tadi.
Ini bermakna, lapisan kek yang kedua diletakkan butterscotch pada kedua-dua belah.
Faham tak ye??
Kalau tak faham macam ni
Mula kita letak kek ~ butterscotch source ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~ butterscotch sourse (sapu pada kek ke 2) ~ kek ~ butterscotch sourse ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~ Butterscotch sourse ( sapu pada kek ke 3)
Harap-harap faham lah ye.. ^_^
Simpan dalam peti ais hingga cream cheese mengeras
Kemudian bolehlah deco cake mengikut kreativiti masing-masing.
Hiaslah kek dengan kacang karamel yang telah di cincang.
Tuangkan juga Butterscotch Sourse
* Jika Butterscotch Sourse agak cair, panaskan semula dan tambahkan sedikit coklat masakan putih untuk memekatkannya.
Tunggu ia benar-benar sejuk baru tuang atas kek.
Macam mana ?
Mudah aje kan?
Apa tunggu lagi..
* Kalau tak suka manis boleh kurangkan lagi sukatan gula terutamanya pada resepi Cream Cheese Butterscotch dan Butterscotch Sause
PECAN HAVEN CAKE WITH BUTTERSCOTCH FROSTING
By : Delish
Cakes:
- Vegetable oil cooking spray, for pans
- 3 3/4cup(s) all-purpose flour
- 1 1/4teaspoon(s) baking powder
- 3/4teaspoon(s) baking soda
- 2 1/2teaspoon(s) coarse salt
- 10ounce(s) (2 1/2 sticks) unsalted butter, softened
- 2 1/2cup(s) packed dark-brown sugar
- 4large eggs, room temperature
- 1tablespoon(s) pure vanilla extract
- 1 teaspoon(s) pure vanilla extract, combined with above
- 1 1/4teaspoon(s) rum, preferably golden or dark
- 1 1/4cup(s) buttermilk, room temperature
Frosting:
- 12 ounce(s) (3 sticks) unsalted butter, 1 stick left whole, 2 sticks cut into small pieces, softened
- 2 cup(s) packed dark-brown sugar
- 1 cup(s) heavy cream
- 1/2teaspoon(s) coarse salt
- 20 ounce(s) cream cheese, softened
- 1/2cup(s) confectioners' sugar, sifted
Butterscotch Sauce:
- 2/3cup(s) packed dark-brown sugar
- 3 ounce(s) (6 tablespoons) butter, cut into pieces
- 1/2cup(s) light corn syrup
- 1/4teaspoon(s) coarse salt
- 1/2cup(s) heavy cream
- 2 cup(s) pecan halves, toasted and chopped, plus more halves for garnish
Directions
- Make the cakes: Preheat oven to 325 degrees F. Coat three 8-by-2-inch round cake pans with cooking spray, line with parchment, and coat parchment. Whisk flour, baking powder, baking soda, and salt in a medium bowl.
- Beat butter and brown sugar with a mixer on medium-high speed until pale and fluffy, about 5 minutes. Beat in eggs, 1 at a time, beating well after each addition, then add vanilla and rum. Reduce speed to low. Add flour mixture in 2 additions, alternating with buttermilk. Raise speed to medium-high, and beat for 2 minutes. Divide batter among pans.
- Bake cakes until golden brown and testers inserted in centers come out clean, about 40 minutes. Transfer pans to wire racks, and let cool slightly. Invert cakes onto racks. Let cool.
- Make the frosting: Melt 1 stick butter in a medium saucepan over medium heat until dark golden brown, about 10 minutes. Add brown sugar, cream, and salt, stirring until sugar dissolves. Bring to a boil, whisking constantly, and cook for 3 minutes. Transfer to a mixer bowl, and let cool.
- With machine running, add remaining butter, a few pieces at a time, and beat on low until incorporated. Raise speed to medium, and beat for 2 minutes. In another bowl, beat cream cheese and confectioners' sugar on medium-high until fluffy and smooth, about 3 minutes. Add brown-butter mixture to cream cheese, and beat until smooth. Cover, and refrigerate until chilled, at least 2 hours (or overnight, beating on low speed before using).
- Make the butterscotch sauce: Mix sugar, butter, corn syrup, and salt in a small saucepan over medium heat, and cook, stirring, until sugar dissolves. Bring to a boil, and cook for 2 minutes. Remove from heat, and whisk in cream. Return to heat, and cook for 2 minutes. Let cool slightly.
- To assemble the cake: Trim tops of 2 cake layers and top and bottom of third (this will be the middle) to create flat exposed surfaces. Brush 1/4 cup plus 2 tablespoons butterscotch sauce on cut sides. Let cool. Spread 1 cup frosting on 1 layer, then place middle layer on top, sauce side down. Spread 1 cup frosting on middle layer, then place third layer on top, sauce side down. Spread 1 cup frosting on top and sides. Refrigerate until firm, about 1 hour.
- Using an offset spatula, spread remaining frosting on top and sides of cake. Press chopped pecans on sides, and garnish top with halves. Transfer cake to a serving plate or cake stand. Refrigerate until firm, at least 4 hours (or up to 2 days, covered).
45 comments:
kak ita mmg the best!!!!!!!
Inilah kek kegemaran kita.. setengah buku pun boleh habis tau, nak buat sendiri tu entah bilalah ya.. kita tunggu Kak Ita jemput makan jer, hehe.
Piring biru tu piring dulu2kan, antik!
ohh tidakkkk...hrinie hani puasa ganti....slurpppp telan air liur jelah...huhu
jemputlah singgah ke blog hani jge...
http://wadahberbicara.blogspot.com
suka sangat tengok kek2 kak ita nie....
cantikkk sangatttttt....
Azlita.. this cake looks absolutely heaven.. love it a lot... :)
OMG..Kak Itaa...Sedapnyaaa.
lame nye tunggu kek ni..
huhuh
tenkiu kak..!!!
alamak... nak pengsan tengok kek... tetiba rasa nak mendeco... menggoda sungguh kek ni kak ita..
ni mmg peberet saya...beli kat secret receipe RM80++
terima kasih Ita kerana tunjuk step by step ...mmg leceh..tak terbuat rasanya...tp nak buat koleksi gak resepi Ita nih....halal ya..
Ita mmg hebat!!
Salam Kak Ita...tak tau nak kata ape lagi ni....yang paling penting gue senang banget tengok ikut kek...nak ambik tapi jauh....tapi nak tanya la..siapakah dia yang pakai tshirt puteh tu? Itu chef kah? Ahaks...
really like your job kak ita
Salam kak ita.
seperti biasa sentuhan jari jemari kak ita memang x menghampakan..
tabik spring lah..
nak sepotong.. ada lagi kan!!!.. pos kat GD yer
Salam, kak nor mmg tabik dgn kerajinan ita ttg masak, tangkap gambar, update blog. terselah keikhlasan hati ita,
Salam Kak Ita.. Moga bertambah sihat hendaknya.. Memang cun habis kek akak ni.. Tambah pulak ada model hero yang membantu tu.. Suami akak memang sporting kan..
Bilalah nak rajin macam akak.. Tapi resepi ni tetap akan jadi simpanan. Tq for sharing... :)
Adoiii... Bukan meleleh air liur ni kak... Menjejeh dahhh. .. Hahahaa... Sedaappnyaaaa....
Mcm biasa...x perlu kata apa2....besh!!!
inilah resepi yg dicari2..tq so much k.ita..muah2..!!!
ohsem ler...tapi banyak bahan nak beli nie...tengok jer lol...hu hu hu
aduh sedapnya kak..
tengok pun dah terliur..
lagi2 butterscooth...
memang selera
As'salamulaikum kak ITA ...
jatuh cinta dibuatnya..!!!
Nina simpan resepi nie yea, harus cuba tapi entah bila lah agaknya~~
mixer Nina rosak lah pula.....
huhuhu . . .
sedapnya.... semuanya terlihat sedap dan menggoda selera..
salam kenal dari Blog sebelah
http://www.tubankita.com/
Blog walking kawan
sedap.. cantik persembahan kak ita
aduyaiii.. terliur sungguh nengok cake ni ita.. pic pun sgt cantek..
Nak cuba jugaklah resepi kek ni.
Berseni betul presentation kak ita... Tak sabar nak cuba
Kak ita, klu sy xletak pes hazelnut tu, utk perisa vanila, blh x? Kena tambah apa2 yg lain kew?
slm..sedapnye!!!tak kira..nak cuba buat juga raya nanti...
olahbersama.blogspot.com
Kak ita..sumber inspiration
Thanks sharing... sangat2 membantu.....
Thanks.. sharing ... sangat membantu
Thanks sharing... sangat2 membantu.....
Assalamualaikum...tuan admin.
mohon berkongsi... untuk percubaan resepi ini..
Terima kasih..
Terima kasih di atas tunjuk ajar.mohon copy ya.
Assalamualaikum kak ita. Boleh kongsikan ilmu mengenai cream ie double cream, whipping cream dsb?
Terima kasih ya
Sedapnya.. dah cuba buat ikut cara Kak Ita. Suami yang tak suka makan kek pun boleh ulang makan.tq Kak Ita..
Selalu jadi sumber inspirasi ... t kasih k ita💕
Online Bakers Indore is making a mouth-watering and juicy butterscotch cake in Indore. Order now to get the best offers and deals.
Good blog thanks for sharing the information.
cereal boxes with window
display boxes with logo - Packhit
I appreciate your post thanks for sharing the information.
jewelry boxes with window
lipstick boxes wholesale
It is a very informative post thanks for sharing the information.
bulk custom-made Holiday Party Boxes
bulk custom-made Hotel Boxes
Such a great post I like it very much keep it up.
affordable printed Invitation Boxes
affordable printed Wallet Boxes - Sleek Boxes
Overall, that was a great ad detailed article.
Thanks for posting and updating us.
You can refer to my as well. life advice blog
Nice post! Thanks for sharing valuable information. It would be helpful for every reader, keep posting. Visit my blog
I love this blog. I will visit again for such tips. Visit my blog How Do Gel Candle Containers Practice Everything?
Post a Comment