Selamat malam semua..
Sebenarnya ita masih belum sihat lagi.
Demam, batuk dan selsema masih tak hilang.
Bila malam aje badan panas tapi ita terasa sangat sejuk dan gigil.
Paling ita lemah sekali bila, batuk dan selsema.
Kalau batuk tau ajelah kan bagaimana.. dengan mengokol hingga payah nak tidur.
Selsema pula selalu buatkan ita sakit kepala.. berdenyut-denyut dibuatnya..
Tadi ita dok siapkan cookies untuk Dalili lagi.
Semalam tak dapat nak buat sebab badan memang lemah sangat, nak-nak bila dah telan ubat batuk.
Kepala pun hayal dan mata pun mengantuk aje..
Hari ni kuatkan diri juga untuk siapkan lagi cookies tu..
Janji dengan Dalili nak buatkan cup cake. Nampaknya terpaksa lah di cancel, tak tau lah merajuk ke tidak anak dara tu..
Ini pun ita baru makan ubat, sementara melayan mata ni nak terlelap ita masukkan lah resepi yang dah lama tertunggak ni..
Tauhu sebenarnya memang fav ita.
Ita kalau ada tauhu goreng ita boleh ratah cam tu aje.. lepas sekeping-sekeping.. hingga tak sedar se pinggan ita makan.
Sampai mak ita pun dah tau dah yang ita memang suka tauhu. Kalau mak beli tauhu mesti mak beli lebih. Sebab dia tau nanti anak dia ni akan meratah lepas sekeping-sekeping.. hihi
Sekarang ni suami ita pun dah faham benar apa yang ita suka. Bila pergi pasar mesti dia akan beli tauhu.
Ita boleh makan tauhu dengan nasi dan sambal kicap aje.. huhu bertambah-tambah ita makan.. tak payah lauk lain lagi dah..
Minat ita terhadap tauhu ni samalah macam bapa ita juga. Bapa ita pun suka makan tauhu. Tulah kan manalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..
Tok cik ita adalah salah seorang pembuat tauhu yang terawal di Johor Bahru. Masa tu tauhu banyak di monopoli oleh orang Cina. Selepas tok cik ita meninggal, kini perusahaan tauhunya di teruskan oleh anaknya hingga kini. Ita harap perusahan tauhunya akan terus berkembang dan menjadi perusahaan turun temurun keluarga.
TAUHU BERLADA
By : Kak Hanieliza
Rujukan : Buku 1 Hari 1 Resepi
2 keping tauhu
1 labu bawang besar Holland ~ potong bulat
2 sudu makan sos tomato
5 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
1 tangkai daun kari
1 sudu teh gula
1 cawan minyak masak
garam secukup rasa
Bahan Kisar
7 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing
Angkat dan ketepikan setelah masak
Asingkan separuh minyak
Baki minyak tumiskan daun kari hingga wangi
Masukkan bahan yang dikisar dan kacau rata
Masaklah sehingga pecah minyak
Masukkan jus limau kasturi, sos tomato, gula dan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan bawang dan masak hingga bawang layu
Masukkan tauhu dan kacau rata
Sedia untuk dihidangkan.
17 comments:
ya ampun kak ita...u bikin nafsu saye tergoda ini mlm...sob..sob..sob..
jemputlah singgah sini juga ye kak ita
slm kak Ita cygg...akak dh sihat ker??
sedap tu kak...QH mmg suka mkn tahu selalu gak msak gini...tp nti mcm nk try la cra akak pulak...bleh btmbah makan dibuatnya ni..hihi..
QH amik resepi yer..tq
Sedapnyew! Saya pun gemar tauhu! Favorite. Sedap je kalau ngap2 gitu. Tq for sharing the recipe.. ;) semoga cepat sembuh dan sihat kembali. Mnum air plain byk-byk..
Selamat malam Kak Ita....semoga cepat sembuh yea...
Sedap tahu kalau pedas....
Salam Ita,
semoga akan sehat semboh demam dan batuk-batuk itu, beristirehat lah dengan secukupnya ya... kalu sudah menggigil maksudnya sudah lemah dan lesu, amal kan dengan minuman air teh suam-suam lembut bercampur sekali dengan perahan jus halia yang sudah dikisar dan ditapis bersama sesudu kecil madu, Insya'Allah batuk-batuk akan berkurangan dan anak tekak kurang serasa kesat atau perit, cuba-in ya...
Salam manis semanis madu.
p/s: setiap hari pasti ziarahi blog-nya Ita meski pun tidak bersapa salam namun setiap kali tidak pernah berasa hampa dengan paparan hidangan apa sahaja yang bertaraf 5 bintang lagi berseni halus dari airtangannya Ita... sampai nanti dan baik-baik sejahtera senantiasa..
Sedapnya.. makan pulak dengan ikan goreng garing dan nasi panas... mmm boleh lupa pelawa orang makan! Hahaha
Sedapnya kak ita...
Moga cpt sembuh ye kak.minum air byk.
Semoga cpt sembuh kak ita....Wawwww sedapnya tauhu berlado...:)sy pun suka mkn tauhu....hope kak ita sudi jenguk blog sy:)tq
Moga Kak Ita cepat sembuh... Jangan lupa makan ubat ye.
salam kak ita...kak ita x sihat yer...sama la cam fiza...tp x demam cuma sakit tekak....hilang sakit tekak batuk plak...rasanya dah dekat 2 minggu batuk...ubat dah berbotol2 telan x mau gak hilang batuk ni...tauhu kak ita nampak sedap la...sekali tgk mmg tahu sedap...suami fiza penggemar tauhu...x kira la masak apa pun suami mmg suka...tp kat dlm rumah ni suami sorang jer yg suke...yg lain2 x berapa nak gomar la...he he he
p/s ; moga kak ita cepat sembuh yer...
pergghhh tauhu mmg menu feveret..masak apa sajer pun sodaap! makan cenggitu pun sedap..leh diet kan..hehe!!
moga ita cepat sembuh ye!
assalamuaalikum kak.
take a good rest n makan ubat :-)
menu yang sangat menggoda hati dan trasa2 kat lidah ni :-)
oppss walau pun dah lewat nak congrats jugak kak ita atas kejayaan cupkek challenge celcom tu.. tahniah
Ellerinize, emeğinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.
Saygılar..
Asslmkum kak ita. Hope akk sihat dah. Byk2 rehat kak.
Wlu pun tauhu yg akk tunjuk tetap berselera nampaknya. :D
salam kak ita.. alahai tahu.. sama la mcm saya, hantu tauhu.. sedap nyerrrr...
kak ita, saya nk tumpang tny kak ita tau x mcm mana nk buat tauhu pok (tauhu dlm mee kari tuh).. :)
Post a Comment