THE CELCOM CUPCAKE CHELLENGE FINALE - masam manis f

Breaking

Oct 1, 2012

THE CELCOM CUPCAKE CHELLENGE FINALE

Assalamualaikum

Cakkkk!! apa khabar semua..
Lamanya rasa tak bersiaran..
Rindu dengan rakan-rakan ita sekalian..

Alhamdulillah, akhirnya selamat juga ita sampai ke rumah. Setelah melalui pengalaman yang cukup-cukup mendebarkan..


Untuk pengetahuan semua, The Celcom Cupcake Challenge telah pun melabuhkan tirainya pada hari Sabtu yang lalu. Seramai 55 peserta telah terpilih untuk cabaran ini yang mana peserta perlu membuat hiasan kembali cupcake seperti yang telah dihantar di laman Facebook Celcom Cupcake Challenge. Tema cupcake yang perlu dihiaskan ialah semangat patriotik, bersempena dengan 55 tahun kemerdekaan dan bertemakan 1Malaysia. 55 peserta ini dipilih berdasarkan jumlah "LIKE" paling tinggi dalam laman tersebut.

Cabaran Akhir Celcom Cupcake Challenge yang gilang gemilang ini telah diadakan di The Boulevard, Red Zone, Ground Floor, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Cabaran telah bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir pukul 6 petang.

Walaupun sebelum ini terdapat pelbagai kontroversi dan ketidakpuasan hati dari para peserta yang mengambil bahagian, namun ita rasa pihak penganjur telah mengambil langkah yang terbaik dan berjaya merlaksanakan  satu tugas  besar  yang penuh cabaran ini dengan jayanya.

Sebagai salah seorang peserta yang terlibat, ita juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Celcom selaku penganjur dan semua yang terlibat atas layanan baik yang diberikan. Untuk pengetahuan semua, setiap peserta yang tinggal di luar Kuala Lumpur di berikan tempat penginapan percuma juga penghantaran pergi dan balik ( dari Hotel penginapan ke lokasi ) dari pihak penganjur.

Hadiah yang di tawarkan juga cukup lumayan, lebih dari RM 100 ribu ringgit.
  • Tempat pertama - RM10,000.00 dan Samsung Galaxy SIII
  • Tempat kedua - RM5,000.00 dan Samsung Galaxy SIII
  • Tempat ketiga - RM2,000.00 dan Samsung Galaxy SIII
Hadiah saguhati berupa telefon bimbit LG Prada, di berikan kepada 52 peserta yang lainya. Sehari sebelum pertandingan akhir berlansung, pihak penganjur juga telah menjanjikan 45 lagi telefon bimbit LG Prada akan di berikan kepada peserta yang mendapat like yang tertinggi dan vaucer bernilai RM200 juga akan di berikan kepada mereka yang menyertai pertandingan ini.  Wooww!! hebatkan..
 
Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kurang bernasib baik, namun pada ita kemenangan bukanlah kayu pengukurnya kerana apa yang penting adalah pengalaman yang cukup berharga yang di timba oleh setiap peserta. Pengalaman sebegini, mungkin tidak semua yang berpeluang melaluinya.

Pengalaman memasuki pertandingan sebegini adalah pengalaman pertama bagi ita. Sebelum ini ita tidak pernah memasuki apa-apa pertandingan masakan. Lebih-lebih lagi ianya di anjurkan sebuah syarikat Telekomunikasi yang cukup gah di Malaysia.

Di kesempatan ini juga, Ita ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan rakan-rakan yang sudi, memilih cup cake ita untuk mara ke peringkat akhir. Sebenarnya bukalah mudah untuk kita menambat hati rakan-rakan untuk memilih atau LIKE setiap hasil yang kita buat. Mendapat undian sebanyak 647 juga, telah membuatkan ita berasa sangat-sangat terharu.. ada juga yang sudi menghargai usaha ita.

Penyertaan ita, bukanlah bertujuan untuk merebut hadiah yang ditawarkan, ianya lebih kepada pengalaman yang akan ita lalui sepanjang pertandingan ini berlansung yang ita rasakan satu pengalaman yang sangat-sangat mendebarkan dan amat menyeronokkan.

Ita ingin menyelami dan merasai bagaimana perasaan setiap perseta yang mengambil bahagian dalam pertandingan seumpama ini. Rupanya ianya bukalah sesuatu yang mudah kerana debaran-demi debaran, membuatkan kita seumpama 'tidur tak lena dan mandi tak basah' dibuatnya, selagi ianya tidak berakhir..

Degupan jantung memuncak apabila ita mendapat panggilan telefon dari pihak Celcom yang menyatakan ita terpilih antara 55 peserta. Pada masa itu barulah ita terfikir.. apakah ita dapat melaluinya kerana ita tidak pernah melaluinya sebelum ini.

Bermulalah debaran.. semua yang dilakukan bagaikan tidak kena. Hingga ita tak dapat tumpukan perhatian kepada beberapa pekara kerana fikiran hanya terarah kepada pertandingan ini sahaja. Ita bukanlah biasa berhadapan dengan khayalak, lebih-lebih lagi ita tak biasa bila apa yang ita buat di perhatikan. Pasti hasilnya tidak sempurna dan tangan akan mengeletar setiap kali terasa ada mata yang memandang..

Pada mulanya ita seakan ingin menarik diri.. Namun atas saranan dari suami yang ingin melihat ita keluar dari kepompong, akhirnya ita memberanikan diri menyahut cabaran. Alhamdulillah walaupun sukar namun misi ini berjaya ita atasi dan timbul rasa kepuasan pula bila ita berjaya melepasi beberapa cabaran yang ita rasakan sukar bagi ita untuk lakasanakannya sebelum ini.

Jom ikut ita lalui pengalaman yang amat menarik dan penuh makna ini.


Ini lah hotel yang di berikan oleh pihak penganjur kepada peserta yang tinggal di luar Kuala Lumpur, Dynasty Hotel. Ita sampai lewat malam, kerana tersekat oleh kesesakan lalu lintas.

 Melangkah dengan penuh debaran, untuk ke lokasi pertandingan.
Masa ni dah ketar dah seluruh badan, kaki nak melangkah pun terasa longlai.. aje

Menunggu transport di lobby hotel

Kita dah sampai dup.. dap.. dup.. dap

Beratur untuk pendaftaran

Dah daftar.. dapat RM 50 untuk makan.. huhu berbaloi.. baloi.. Terima kasih Celcom


Mendengar taklimat yang di sampaikan oleh wakil Celcom sebelum acara bermula. Antara lain, setiap peserta diberikan masa 1 jam untuk menyiapkan hiasan cupcake sama seperti yang telah dihantar di laman Facebook pertandingan. Jika tidak, penyertaan tidak di terima.  3 cupcake akan  diberikan tetapi hanya 1cup cake sahaja  yang perlu dipersembahkan.
Kemudian peserta di berikan masa untuk rehat sebelum acara bermula.

Bila kembali, semua peserta di kehendaki memakai apron yang di berikan.. 

Bila dah pakai apron ni.. aduyaiii.. lagi lah berdebar.. rasa nak terkucil pun ada jugak!! hihi

Pengadilan dibuat berdasarkan kreativiti, unik, hiasan terbaik dan 100% sama seperti penyertaan yang dihantar di laman penyertaan Facebook Celcom Cupcake Challenge. Semua cupcake para peserta akan diadili oleh 3 pengadil jemputan yang tidak asing lagi dalam dunia masakan iaitu

Chef Rose Weiss
Chef Sherson Lian
Chef Dato' Fazley Yaacob encemnya diaaaa....



Pengaca kita pada hari itu pula ialah Razif Hashim, yang sering mengusik peserta yang membuatkan penonton dan peserta tak kering gusi.. dibuatnya.

 Tiga mak dara ni dah nervous gilerrr.. tangan dah sejuk macam air batu kepalll.. hehe

Sebelum peserta memulakan pertandingan apa kata kita rehat-rehatkan minta dan tenangkan diri dengan mengintai apalagi acara menarik yang di sediakan oleh penganjur pada hari tersebut.

Pengunjung di beri peluang untuk menikmati dan merasai 100 cupcake yang di sediakan oleh pihak Celcom di both celcom.

Untuk anak-anak pula di adakan demonstrasi menghias cup cake. Pengunjung dan anak-anak mereka berpeluang untuk menunjukkan bakat masing-masing mendeco cup cake yang disediakan oleh pihak penganjur. Waaa... kanak-kanak lah yang paling seronok kan..

Apa pula komen dari para pengunjung? Rata-rata berpuas hati dengan majlis yang di anjurkan. Cuma.... kek tu dikatakan terlalu manis dan krimnya terlalu kasar.. senang kata tak de umph! tak pe.. lain kali pasti pihak Celcom akan melakukan yang lebih baik lagi..

Bagaimana dengan para peserta kita?? Adakah semuanya dah bersedia....???

Waaa.... kalau dah angkat tangan tu.. maknanya dah bersedia lah tu kan.. 

 Kek dah sampaiiii... jeng..jeng..jeng..
on your mark.. get set.. go.. fuh!! tu dah macam acara marathon pulak!!
Masa anda 1 jam bermula dari sekarang...feweeeeettttt...
Jom kita lihat pula aksi para peserta.. 

 dup..dap..dup..dap..
uik!.. napa pula lensa kamera tertumpu ke sekumpulan peserta.. apa yang menariknya tu...???
Jom kita intai-intai.. ^_^

OOO... ini lah peserta yang menjadi tumpuan lense camera tu tadi ye...
Cepatnya dah siap??? uppssss!!! ^_^
Inilah antara wajah-wajah yang menimbulkan kontroversi di Fb Celcom yang membuatkan setiap perserta tak boleh duduk diam.. huh!! panasssss...
poyo je kan.. 2 mamat  ni.. hehehe

 Masa nilah kita dapat lihat kreativiti setiap peserta dengan segala macam peralatan yang di gunakan untuk menghias cup cake mereka. Hingga pengunjung juga turut teruja untuk melihat hasil persembahan setiap peserta.

Fuh!! lega dah siap.. barulah boleh senyum..
Tapi.. debaran belum berakhir.. malahan semakin lama semakin kencang..

anak dara ni dah mengalahkan wartawan.. huhu dialah yang paling sibuk.. 

Pihak pengadil membuat penilaian..
Serius aje dorang ni kan..
Nasib baik hensom.. huhu
aduyaiii.. makin dup dap di buatnya...

saat-saat yang paling mencemaskan dan penuh debaran..
Masa ni dah naik senak dah rasa perut ni.. betul-betul nak terkucil.. ketar seluruh badan.. huhu
10 pererta dengan pesembahan terbaik dan menarik di panggil untuk tampil ke hadapan juri dan membentangkan hasil kreativiti mereka..

apa jugak lah mak cik ni membebel tu kan..
haha teruk jugak juri tu kena goreng.. hahaha
aduyaiii.. macam manalah nak bercakap kalau di tenung oleh 2 jejaka yang maco tu.. aduyaiiii...
dengan lensa camera yang tak pernah berganjak, flash dari setiap camera.. dan.. tumpuan dari para penonton yang menanti setiap butir bicara..
terasa macam masuk Master Chef pulak.. hahaha
poyo jugak mak cik ni kan.. haha

 Sementara menanti acara kemuncak, semua yang berada di acara Celcome Cupcake Challenge dihiburkan dengan persembahan tarian oleh Electro Junior dan Dato' Fazley. Persembahan yang mantap dan sangat menghiburkan.
Tidak lupa juga pertandingan mendeco kek paling cepat untuk para pengunjung..

Saat yang di nanti-nantikan dengan penuh debaran oleh setiap peserta.. jeng..jeng..jeng..


Juara cupcake challenge kita jatuh kepada Chef Vincent Liew
Tahniah! Chef..

Tempat kedua ~ Juneci Siong
Tempat ketiga ~ Mac Leong
Tahniah kepada peserta yang berjaya..
your've done a good joob!

Sebelum diumumkan 3 pememang tersebut, semua peserta lain yang tidak berjaya telah memenangi hadiah saguhati iaitu Telefon Bimbit LG Prada disampaikan oleh Encik Afizulazha bin Abdullah Chief Operation, Advanced Data of Celcom Axiata Berhad.
Tahniah kepada semua..
You're great... guys..
Terima kasih juga kepada pihak Celcom yang telah menganjurkan acara yang gemilang ini.
Terima kasih juga kepada krew-krew dibelakang tabir yang terlibat.. 

Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat rakan-rakan yang hadir dan turut memberikan sokongan. Anda semua buatkan akak berasa benar-benar teharu dan sangat-sangat dihargai..
Andalah semangat akak untuk teruskan Masam Manis
Terima kasih..

Terima kasih juga kepada kepada adik Mazlina Mustafa yang datang siap bawakan buah tangan lagi untuk akak.. sangat-sangat terharu dibuatnya.. terima kasih banyak-banyak Maz..



Majlis dah pun berakhir..
Debaran dah pun tamat..
Kepada rakan-rakan jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan seumpama ini jika di adakan dilain kesempatan.
Hadiah tu,.. kita tolak ke tepi dahulu lah ye.. , apa yang penting pengalaman yang sangat berharga yang di tempuh oleh setiap peserta. 
Jumpa lagi.. BYE!


Thanks to everyone for participating and for coming to support the finals today! ...Now, we've got big news for all u cupcake enthusiasts! Because of the overwhelming response by u guys, and also because we can see that there are so many more talented
Bakers with such creative designs, we've decided to host ANOTHER cupcake event! This time, our panel of judges will select 55 finalists from all the existing entries based on their creativity. These 55 finalists will then compete at the next event to see which 3 have the best design of all! Watch this space as we'll be announcing the 55 finalist for the next event, and also further details of when it's happening!


The Celcom Cupcake Challenge




62 comments:

idafirdausi said...

TAHNIAH kak ITA!!!

Mrs Hakim said...

Salam tahniah kak ita...

nOOrsha said...

Salam k ita..mmg kontroversi cupcake yg dipacak bndera msiA tu..hehe....sabar je la..tahniah krn mara ke top 55 finalists...pglaman yg sgt berharga ..x suma bertuah merasa kan...? Clap clap clap :-)

Unknown said...

Assalam..Ita.. moga Ita terus berjaya dan berkaria dlm bidang ni...Selalu mendoakan Ita dari alam siber ni....Tahniah kerana telah berjaya ke tahap ni...moga success selalu na...

Gee® said...

Tahniah Ita....caya lu!

MamaHusna Chocolate said...

Assalam kak Ita..Tahniah final top 10..Org yg berusaha pasti akan berjaya Insyallah

Puan Eka said...

tahniah akak...

Permata Hati said...

Tahniah buat kak Ita...

aDisH.sHidA said...

tahniah kak ita....bukan senang nak capai tahap mcm nie..

sweetmunchkiny (shikin - 012 606 9494) shikinbasiron@gmail.com said...

tq sis..finally kami dpt tenguk sape geng pacak....

dapurCikWan said...

tu dia cupcake togel ;p btw tahniah kak ita..... ;))

Ratu said...

terbaiklah kak ita...

yatt said...

hi ita :-)
congrats sbb dpt masuk final. frankly i was hoping ur entry dpt masuk top 3 sbb ur creation simple & unik tp meaningful. tapi nampaknya bukan rezeki u
i submitted my entries too tp x ramai yg vote ha ha..so duuk tepi saja lorr..

ameris said...

tahniah kak ita. saya yg baca pun suspen mcm saya yg masuk pertandingan tu.

Sari said...

Tahniah k.ita...vangga sesangat...moga lebih bersemangat lagi..

Nuroll said...

kak ita menang or kalah, i tetap sokong akak k...no worries!!

pizli.mw said...

Tahniah ye.

To be honest saya kesian tengok dua orang tu.

Or maybe diaorang patut kesiankan diri sendiri nak masuk jugak final. :D

khairiah khaizu said...

Syabas ita...x sia2 mengundi...tahniah juga wpun x berjaya memenangi hadiah lumayan, yg penting sekali pengalaman yg ita dapat.... tp ita top 10 itu sudah amat membanggakan...hihi

damiarissa said...

tahniah kak ita!!

damiarissa said...

tahniah kak ita!! :-))

Merlyn said...

Terbaik... especially gambar pacak bendera tu... hehehhehe. mohon share entry ni ek :)

seha said...

tahniah.. design cupcake akak antara yang comell

Sidratul Muntaha said...

congrats kak
ehehe..
dah tgk dah lg prada tu dari fb ecar nazrin
dia dpt top 10 je.
tak jumpa dia erk?!!

Fatimah Al-Attas said...

Wow! Congrats! Seronoknye dapat join!

http://mama-in-wonderland.blogspot.com/

Mamasya said...

Tahniah Ita berjaya mara ke top 55...pengalaman itu yg sgt berhargakan....moga terus maju...syabas sekali lagi!

Kak Rose said...

Ita, tahniah. mejadi antara 55 finalist pun dah kira sangat berjaya. tumpang bangga dengan kejayaan ita mengharungi cabaran. semuga berjaya untuk next challange.

rahel said...

Salam Kak Ita...
Tahniah dah berjaya melepasi debaran...dup dap dup dap...cantek cup cake yg akak buat tu...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tahniah ita kerana mara ke top 55 tu... pengalaman yg sgt2 berharga kan..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Tahniah, Kak Ita kerana telah mara ke akhir. Kalah menang adat pertandingan tapi terpilih sebagai 10 terbaik adalah satu pencapaian yang membanggakan...

Errrr.. memang macam kontroversi jugak nih!!

icaland pelangi indah said...

tahniah sbb tersenarai top 55. berbaloi undi cupcake kak ita. tahniah juga sbb tersenarai top 10. hasil kerja tgn kak ita mmg halus. saya yg baca catatan kak ita ni pun terasa sama debarannye. tahniah sekali lg sbb memiliki pengalaman yg sgt berharga itu.

AdanyaKauUntukku said...

congratulations...
walaupun tak dapat jadi champion..
kak ita tetap champion ok di hati keluarga

Yana Yassin said...

Walaupun saya pun kecewa akk x menang, tapi bangga melihat kesungguhan 3 melayu yng bersaing. Pengalaman yg penting kan. Malu ai, ada gambor terselit. Hihihihihi.

Mat Gebu said...

Tahniahh kak...apa2 pun yang akak hasilkan ia tetap menjadi "juara" di hati kami blogger2 masakan.. *____^

Norhafizah Othman said...

tahniah ita. sy tumpang berdebar dan tumpang gembira. you have done your best.

Unknown said...

slm Kak Ita cygg...

TAHINAH kak!!! mara ke top 55 n mjadi 10 peserta persembahan tbaik...1 kejayaan jugak tu kak...tumpang gembira dgn ape yg akak telah capai ni...

akak juara sebenarnya di hati kami n blogger masakan yg lain..

Zack said...

tahniah kak ita sebab masuk top 10 ^_^ akaknya cupcake antara yg paling kemas. frankly, tak faham kenapa champion tu leh menang >.< hihihi..

Siti Nadira said...

Tahniah k ita...x sia2 sy vote hehehe...mmg harap sgt kak ita dpt top 3...tp blom rezeki akak...teruskan usaha yerr kak!

sabar dubai said...

tahniah kak ita....papepon pd kite akak tetap no 1 lahh

sweetazezah said...

salam kak ita..tahniah top10..huh,jijah pon sependapat dgn c zack kat atas tu..asik2 sepet jew menang,rasist btoi depa ni.klu dah chef,xyah lew masuk.celcom ni pon satu hal jugak..a ceh,bebl lak kat dapoq umah kak ita..huhu..xpew,len kali terai lagi sis,moga2 menang!!pon begitu,bak kata CMG akak tetap MENANG di hati kami followers akak.take care!

Zatil said...

Dear Kak Ita, TAHNIAH. Kak Ita tetap 'pemenang' dimata saya :)

psstt..saya lah yg salam Kak Ita di ICCA last Sunday..Malu jumpa blogger terkenal ;)

Unknown said...

As-salam sis..
Tahniah ya sis telah menempatkan diri dalam peraduan ini..

siti sensei said...

Well done sis..moga kak ita terus cemerlang,gemilang dan terbilang..amiin

siti sensei said...

Well done sis..moga kak ita terus cemerlang,gemilang dan terbilang..amiin

Shasha Mohamed said...

Tahniah Ita, kerana berjaya ke peringkat akhir dan dapat meraih pengalaman bertanding ;)

Hanim said...

Tahniah kak....dpt top ten lg...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tahniah Kak! Apa pun Akak dah lakukan yang terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! cayalah! penyertaan itu lebih penting dari segalanya.. kiranya akak dah menang sebab terpilih... sha vote akak jugak tau..;)

CA said...

Tahniah kak Ita..
dah agak..akak mesti bole sampai ke final...tahniah...pengalaman paling mahal....muahhh!

Hartneey47 said...

tahniah kak ita, 1 permulaan yg baik,sya teringin nk tgk akak kt masterchef blogger ka one day haha mana tau kan..

DSY said...

Awesome ita. Congrats.














Shiela said...

Tahniah ita.. satu pengalaman yg sgt berharga.. :-)

mrs adam said...

tahniah.sebenarnya kan saya suka tengok cupcake awak yang ada kaki tu.design yg simple tapi menarik,kalau saya juri mesti cupcake kak ita ni dpt no satu.hee

IDAZS said...

Tahniah kak ita. Serius tatau final buat kat publika. kalau tidak sure saya pergi bagi sokongan kat akak. Rumah saya memang dekat situ je. Rugi.. Kalau tak dpt jumpa akak dan Dalili

Umie a'iesya said...

Tahniah Kak Ita! Suka sangat blog akak! ;) really inspired me ;)

allcupcakestory said...

Tahniah kak ita! Seronok dapat kenal n jumpa akak! Xsangka akak org dikenali.. Papepon hope dapat bertanding dgn akak lg! Best moments ever!

allcupcakestory said...

Tahniah kak ita.. Saya mohon share gmbr2 akak ye..

Kniedaz said...

Salam Sis,
Tahniah...selalu tengok gambar makanan je dlm blog sis ni..dalam entry ni tengok sis pulak hehehe...

HaniFadil said...

laporan yang mantopp!! tahniah kak!

Nur-nba said...

Tahniah di atas pencapaian akak yg sangat membanggakan.. kenangan tu yg penting.. Dapat juga Dalili berjalan selain menemankan ibunya ke event besar mcm ni...:)

aZuMaya said...

salam k.ita..lambat sket wish,, apa2 pun kak ita juara kek di hati kami semua...

Wisma Ayah Bonda said...

Mula2 nak ucap tahniah kat Kak Ita... ur design was superb!!!

Then, thanks sebab share story kat sini, xdapat join pun rasa macam dah join dgn entry akak ni...

Part paling lucu geng pacak tu, kejap je dah siap hahahahaha

Yatie said...

sekalung tahniah buat Ita sekeluarga, sokongan dari suami dan anak2 tu yg amat penting selain sokongan dan doa dari kawan2 yg menyayangimu...Yatie tumpang gembira dan berbangga dngn kejayaan Ita ni, pada Yatie ianya kejayaan yg amat besar...sekurang2nya Ita berjaya terpilih....kalau Yatie lagilah terketar2 agaknya masa nak deco cc tu....ntah2 takleh jln lagiiiiii..ekekekekke...

Anonymous said...

SA
Do you have your recipes in english.
I have been looking at your blog for 2 hours now.
My passions are food and photography as well.
I would love to try out some of your wonderful ideas.

Your so talented.
All the best
www.terralemon.ca

Post Top Ad

test