Belajarlah dengan yang pakar.. itu lebih baik - masam manis f

Breaking

Nov 8, 2012

Belajarlah dengan yang pakar.. itu lebih baik

Assalamualaikum


Dahulu saya tak pandai buat kek..
Saya tak tahu bahan asas pembuatan kek yang tepat dan betul
Saya juga tidak tahu kaedah terbaik untuk menjadikan kek saya gebu, cantik, lazat dan yang paling utama ianya sedap pada selera saya dan keluarga..
Setelah mengikuti bengkel membuat kek dari Chef yang sememangnya pakar dalam pembuatan kek dan telah berkecimpung dalam bidang bidang ini serta mempunyai pengalaman yang sangat luas, kini saya juga yakin dan mampu mereka cipta kek idaman dan berasa yakin dengan kek yang saya hasilkan...

Berminat untuk dapatkan kek yang gebu, cantik, lazat dan memikat!
Apa tunggu lagi.. jom sertai bengkel Inspirasi Kek Komersial 1 hari bersama Chef Amer , seorang Master Chocolatier yang hebat!

Kepada warga Johor, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Bukan mudah sebenarnya untuk dapatkan Chef yang hebat dan sentiasa padat jadualnya ini. Anda bukan sahaja dapat resepi yang terbaik daripada beliau malahan beliau turut kongsikan ilmu dan pengalaman beliau sepanjang berada di dalam arena ini. 

Anda boleh tanyakan apa sahaja kemuskilan anda semasa membuat kek, kaedah mengadun tepung dengan teknik yang betul, cara memukul putih telur yang betul, teknik  kaup balik adunan dan apa sahaja permasalahan anda semasa anda berperang di dapur untuk menyediakan kek idaman. Sudah pasti Chef yang cukup selamber dan Maharaja Lawak Chef ini pasti akan menjawab setiap permasalahan anda dengan senyuman manis beliau yang tak pernah lekang di bibir..


Sekali lagi Chef Amer turun ke JB, kali ini bersama 4 koleksi resepi 'Pasti Boom !!!' daripada beliau

1. Cheezy Carrot Cake
2. Black Forest Cheese Cake
3. Very Berry Chocolate Cake
4. Chocomello Cake

WOW!! dengar nama kek sahaja dah buatkan ita tak lena dibuatnya.. Sedang membayangkan tentang kesedapan kek ini.. pasti teksturnya lembut, halus dan gebu.. Rasanya pasti memikat , dengan harum baunya yang semerbak.. membuatkan anak tekak ini melompat-lompat dan menari-nari gembira..

Apa tunggu lagi??
Potongan harga untuk mereka yang mendaftar awal sehingga RM 130 tu...
20 peserta terawal hanya membayar RM 270 sahaja dengan 4 koleksi kek terbaik Chef ternama ini.. WOW!! hebatnya.. 
Rasa-rasa ita.. inilah kelas kek yang termurah setakat ini.. dah lah harga berpatutan malahan kita memdapat ilmu memasak daripada mereka yang benar-benar pakar dan berada di kelasnya yang tersendiri..

Kepada yang berminat.. jangan lepaskan peluang keemasan ini.. Sila hubungi Puan Siti Zaleha di talian : 

019~7550154
019~7419658

sebelum terlambat..
tempat adalah terhad..




Boston Cheese Cake kek cheese yang paling sedap bersama limpahan ganache orange coklat yang memikat!!
Resepi hebat dari Chef Amer Hamzah
Nak resepi????



35 comments:

Farha IbuCergas said...

Nak!!!! Nak resepi!!

mimie said...

jauhhhh kak ita.....
kalau dekat..mau juga mimie ikut kursus chef amer tu... :(

mayangbakingmadness said...

nakk... nakk.. tapi jauh lah plak kak...

Nik Zamzurina said...

wahhh..menarik..tp syg jauh (^,^)

idafirdausi said...

resepi please!!! :)

Unknown said...

Semestinya... nak..nak....nak...

CT Delima said...

As'salam Azlita

Betul! belajar dengan yang lebih pakar lebih baik dan dapat ilmu yang betul2 berguna. Jika berkesempatan boleh juga join, tapi...

moga Ita dan family sihat2 hendaknya :)

Dairi Sally said...

bestnye kalau dapat belajar mcm tu tapi kak ina tinggal jauh kat Selangor ni, tak dptlah join. Kalau boleh kak ina pun nak tambah ilmu dlm membuat kek ni dan berjaya mcm ita dan ct delima.

Unknown said...

nak....mesti la nakk.. jom sebut ramai ramai..nakkkkkkkkk...

OLIEZ ACADEMY said...

salam, memang beruntung siapa yg dapat hadir ke kelas chef pada kali ni sbb dapat berguru ngan chef amer dan dapat jumpa Pn Azlita Aziz..!!blogger masakan yg sedang meletups.. sangat exklusif betul..!! tqvm to ita kerana terlibat dalam menjayakan program kali ni..

kami dari Oliez Academy sgt berbesar hati atas kesudian ita menghadirkan diri ke bengkel Inspirasi Kek Komersial kali ini..tqvm

Sidratul Muntaha said...

nak!!
ehehe.
btw kak..
aritu nape dlm fb mcm sedih je..
jgn tutup blog sudah ye kak..
blog akka la buat reference bgi kami yg poyo2 memasak kek bese2 nih

Gee® said...

nak jugakkk!!!!

Unknown said...

kat johor je ker. Area selangor bila..? Teringin nak buat kek secantik kak azlita..

Unknown said...

akak ni lagi jauh kena naik belon dulu baru sampai kalau tak mmg nak pergi jugak pasti nak resepi Ita boleh kongsi ekk

Xora said...

jgnkan resepi, kalau diberi makan percuma, lagi la nakkkkk

sitiezahim said...

cantik nye kek...hehehehe

Kamsiah yusoff said...

tgk pic kek tu pun dah telan air liur...:)

Kniedaz said...

wah...sedapnya cheese kek tu...mestilah nak resepi sis ^_^

Mazatul Suzana said...

nakkk jugakkkkk!!!!!

eita_tks said...

kelas akan dtg dgn Chef Amer nie ada lg tak di johor nie...utk date nie saya tak berada di msia masa tu...berminat sgt2 nak join...

rahel said...

Nampak sedap...tentu menjilat jari...

eija said...

jauh lah kak... kt s.alm syiok gak dgr...

Puteri Manja said...

kalau dekat nak juga join laa huhuhu...nampak gebu tulll kek ita ni....

mrs kayrul said...

jauh la kak..kalau dekat boleh gak try2

Cute Oven said...

sanggup beli

yummiez said...

Akak memang lebih dari 100% menyokong pendapat Ita tu... jadi takde dakwa-dakwi dengan apa yang kita kongsi bersama. Kadangkala sikap manusia nie seperti "tak tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah" :(

Suzana Ibrahim said...

As salam ita,saya mengikuti blog ita,banyak resepi yang best dan menjadi pula tu.sudi kiranya ita menjadi kawan dapur maya yang tak seberapa ini pula.

Kak Nik Ja said...

memanglah kalau dapat belajar...lagilah best....chep amer tu tak moh dtg somban ker???

Amie said...

Ilmu masak-memasak ni memang luas bak lautan tak beretepi......

farnas said...

salam k.ita.. gebusssnya kek itu...menarik tertarik...saya pernah berkursus dgn chef amir satu ketika dlu...skrg mkin famous dia....klu x keberatan meh la ke blog tuan hamba yasng x semegah tu....ya k.ita ...kasi semangat...

::NureeN:: said...

pergghhh terliur tgk cake ni.. nakkkk recipi akak

Unknown said...

Sedapnyer kek tu....tgk coklat yg meleleh tu ...woahhhhh

Ummuafiq Hashim said...

A'kum Pn Azlita... kita pun nak resepi kek nih....:)

myxa said...

besnya..kalo dpt resepi opkosla nak heheh.. nak pergi ke sana jauh.. :)

diniejalil said...

xde plan nak buat kat kl ke?cam best jer class ni.nak juga..

Post Top Ad

test