SARDINE PUFF BERNENAS - masam manis f

Breaking

Nov 17, 2012

SARDINE PUFF BERNENAS

Assalamualaikum


Apa khabar semua?
Ramai yang masih bercuti. Almaklumlah sempena cuti sekolah, maka ramai yang telah mengatur perancangan untuk bawa anak-anak bercuti. Tak kisahlah di mana sahaja anda bercuti, apa yang penting sentiasa awasi keselamatan anak-anak terutamanya bila cuaca yang seakan tidak menentu.

Kalau boleh bila musim tengkujuh ni elakan daripada membawa keluarga bercuti di tepi pantai dan kawasan tanah tinggi. Ialah bimbang juga faktor keselamatan. Malang memang tidak berbau.. oleh itu sebagai ibu bapa, kita lah yang kena sentiasa berwaspada supaya kata orang tidak menyesal di kemudian hari..

Baru-baru ni, ita adalah bersembang dengan seorang rakan FB. Beliau menasihati ita supaya tidak mengunjungi kawasan tanah tinggi pada cuti sekolah kali ni. Kebetulan beliau tinggal di Genting Highland. Katanya hari-hari ada sahaja kawasan tanah runtuh yang membuatkan mereka tidak dapat turun dari kawasan Tanah Tinggi. Menurutnya lagi jika nak bercuti ke Genting Highland pergilah pada bulan Mac, yang dikatakan lebih molek cuacanya.


Di Johor Bahru ni pun, hari-hari hujan. Tika dan saat ita mengetuk papan kekunci ni pun, hujan masih mencurah-curah turun.. dan entah bila ia akan berhenti. Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang mudah dinaiki air, sentiasalah beringat. Walaupun kita tidak pasti dengan ramalan cuaca, beringat itu pada ita adalah lebih baik!. Pastikan semua barang yang berharga di simpan dengan rapi di tempat yang selamat.


Bila hari hujan, perut ni memang cepat sangat mengalunkan irama keroncong.. segalak Sang Kodok yang memanggil Sang Hujan. 
Bila hujan pasti terasa nak makan sesuatu hidangan yang hangat, menyengat! di lawankan pula dengan secangkir kopi O kaw! pasti terangkat kan?


Petang ni, ita sediakan sardin puff untuk anak-anak. Ita gunakan puff pastry segera aje.. Ita suka yang jenama 'Kawan', boleh di dapati di Tesco. Mungkin juga ada jual di pasaraya yang lain juga.

Inti sardinnya pula ita letakkan sedikit gegelang nenas dalam tin yang ita potong kiub. Waaa.. sedap juga kan bila tergigit, nenas tu.. terasa masam manisnya.. 

Habis licin anak-anak makan.. mungkin perut tengah lapar.. atau mungkin dah lama tak merasa air tangan ibunya ni..

Jom kita intai resepi yang mudah di sediakan ni..


SARDINE PUFF BERNENAS

1 peket Puff Pastry jenama Kawan
1 biji telur ~ dikocok

2 tin kecil sardin
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 inc halia ~ dihiris
3 tangkai cili padi ~ dihiris
1 pokok daun ketumbar ~ di hiris
2 sudu besar Sos cili 
6 keping gegelang nenas dalam tin ~ dipotong dadu
Jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Sardin, di buang tulang dan di lecek hancur
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bawang, halia dan cili hingga naik bau
Masukkan sardin dan masak hingga terbit minyak
Masukkan sos cili dan gaul rata
Tambahkan nenas yang telah di dadu
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali perahkan jus limau nipis dan taburkan hirisan daun ketumbar
Angkat dan toskan minyaknya

Sediakan sekeping puff pastry
Kelar-kelarkan 1/2 bahagian puff ~ ita gunakan roll yang bermata untuk potongan
Letakkan inti pada bahagian yang tidak di kelar
Lipat puff
Dengan menggunakan garfu, kelimkan bahagian tepinya supaya rapat
Sapukan permukaannya denga telur yang telah di kocok
Letakkan puff atas tray
Bakar puff dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 210C
Bakar puff selama 20 minit atau sehingga ianya kuning keemasan
Sedia dinikmati semasa ianya masih hangat


12 comments:

faa.rosli said...

sedapnya akak...berbunyi perot bila tengok..

Mori Said said...

Nmpk menyelerakan..

Gee® said...

adoiii... tergoda i...

Uda said...

Adoiii.....lapo bila tengok ni!!!!!

Mas Sani said...

samalah kak... dmnsara ni pun hujan je.. :)

terasa lapar tgk puff pastry sardin tu..lagi2 rupe kejadiaannya sgtlh cntik lepas tu ada plak isi nenas...alahiii sedapnya :)

Zaihashim said...

emm... sedapnya... ^_^

Yatie said...

terliur je tngk puff sardin Ita ni, Yatie mmng peminat setia sardin..kalau dekat mcm dulu, mesti Ita dah hantar ke rumah Yatie..kan..kan...he3...skrng tngk jelahhhh..jamu mata jek...

Nina Mirza said...

As'salamualaikum kak Ita ...

aduyaiii~~ sedappnyer kalau dapat seketul makan panas2. Terliur nieh!
Nina pun suka sangat guna pastry ready made 'kawan'.
Memukau sungguh puff sardin kak Ita :)

rintzpalil said...

Dah lama tak buat sardin puff. bagai dipanggil2 untuk buat.

Ummi said...

Assalamualaikum....salam rindu Ita...tahniah semakin mantops blog Ita...moga terus sukses...akak cuti lama lg rasanya, ntah2 selamanya x tau laa... Apapun, kalian tetap dihati... :)

::bOnie:: said...

salam....
sedappnyer....da terliur da nie haa dpn pc...heheheheh...=)

Ratu said...

tu daun oregano kan?

Post Top Ad

test