TIRAMISU MILLE CREPE - masam manis f

Breaking

Nov 20, 2012

TIRAMISU MILLE CREPE

Assalamualaikum


haii....
Selamat pagi semua..
Apa khabar semua pagi ni..?
Semoga sihat dan sentiasa ceria-ceria selalu..

Sekarang musim hujan aje kan..
Malam tadi di area rumah ita hujan lebatnya..
bagaikan dicurah-curah..
Kalau hari hujan ni.. aduyaiii.. sedapnya alahai tidur.. sejuk dan dingin ajeaa..
Bila pagi, macam berat aje nak meninggalkan tempat tidur.. uk!!  alahaiii

Tapi sebagai suri rumah.. lebih-lebih lagi musim cuti sekolah ni.. banyak sangat kerja .. tak siap-siap..
Tangan ni tak pernah kering di buatnyaaa..
Tapi seronok bila berkumpul ramai-ramai cam ni..
Ialah bila cuti sekolah, masa ni ajelah ita dapat bersama dengan anak-anak
Makan bersama dan melakukan aktiviti bersama-sama..
Bila dah naik cuti esok tinggallah maknya seorang diri semula.. ^_^


Ingat lagi tak tentang KELAS KEK KOMERSIAL 1 HARI BERSAMA CHEF AMER yang pernah ita siarkan di SINI beberapa hari yang lalu.

Alhamdulillah sambutan yang di luar jangkaan..
Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada Chef Amer, Master Chocolatier yang cukup hebat, cukup berpengalaman dan amat-amat ita kagumi ini.

" Selepas ita umumkan kelas kek bersama Chef Amer yang bakal berlansung di Johor Bahru ini.. talian telefon akak tak putus-putus berdering..," ujar pihak pengajur

" Hari pertama sahaja dah Fully Booked, yang membuatkan akak dah tak keruan memandangkan tempat yang sangat terhad.." tambah Puan Siti lagi

" Akak terpaksa menghubungi Chef Amer untuk membincangkan hal tersebut.."

" Chef juga sangat terkejut dan teruja dengan sambutan Kelas Kek Komersial, yang sangat-sangat di luar jangkaan beliau pada kali ini.."

" Hasil perbincangan bersama Chef, Alhamdulillah.. Chef Amer akhirnya bersetuju untuk menambah 3 hari lagi kelas kepada yang berminat memandangkan sambutaan yang memberangkan hingga kelas pertama telah Fully Booked , tetapi masih ramai lagi menghubungi akak dan  berminat untuk turut serta.. " ujarnya lagi.

Alhamdulillah dan syukur!! serta Tahniah!! ita ucapkan kepada semua yang telah mendaftar, ingin belajar dan memperbaiki lagi skill di dalam menyediakan kek yang terbaik. Sebenarnya bukan mudah untuk mengundang Chef Amer yang sentiasa sibuk 24 jam ini. Tak sangka Chef sanggup membatalkan rancangan bercuti bersama keluarga semata-mata ingin bersama-sama anda dan menurunkan ilmu yang penuh di dadanya untuk kita semua..

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.. peluang yang terbaik hanya datang sekali sahaja..

Kepada rakan-rakan yang telah mendaftar tapi masih menunggu.. Chef Amer telah bersetuju untuk menambah 3 hari lagi iaitu pada :

  • 23 hb Dis 2012
  • 24 hb Dis 2012
  • 25 hb Dis 2012

Oleh kerana kelas pada 2 hb Dis 2012 telah penuh, jadi sila telefon Pn. Siti di talian :

 019 - 7550154 atau 019 - 7419658 

untuk memilih tarikh dan confirmkan penyertaan anda didalam kelas tersebut!

Ada hadiah menarik dari pihak pengajur menanti anda, untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pn Siti Zaleha atau telefon beliau di talian yang tertera di atas.

Insyaallah ita akan turut serta dalam siri jelajah Chef Amer bersama kek hebat dari beliau di Johor Bahru nanti.. Tunggu ita di sana.. ^_^


TIRAMISU MILLE CREPE

Crepe Mentega Perang

90 gm mentega
720 ml susu cair
6 biji telur
1 1/2 cawan tepung kek
45 gm gula kaster
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Cairkan mentega dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau hingga mentega keperangan, jangan sampai hangus.
Dalam satu bekas satukan tepung dan garam, kemudian di ayak
Masukkan 1/2 daripada susu ke dalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketul
Di dalam bekas berasingan, satukan telur, gula dan baki 1/2 susu tadi.
Kacau rata hingga sebati

Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin
Tambahkan mentega perang dan esen vanilla
Kacau adunan hingga rata
Masukkan adunan dalam blender dan kisar halus
Kemudian tapi
Tutup  bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.

Sediakan kuali leper yang tak melekat
Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas
Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali
Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar
Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan
tak perlu di balikkan
Terus angkat
Buat sehingga habis
Setiap crepe dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan crepe kering
Biarkan crepe sejuk sepenuhnya

Kek Span Coklat

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 35 mint atau sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan
Kita hanya guna satu lapisan sahaja anggaran 1~ 1.5 cm

~ atau boleh buat 1/2 daripada adunan kek ini.

Vanilla Cream Kastard

550 ml Whipping Cream base jenama Rich kotak biru
450 ml susu segar / susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula kastor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
Sedikit coklat susu di sagat
Biskut lady Finger secukupnya

Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar
Bila ia dah meletu-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin
Masukkan kastard dan whipping cream base ke dalam mangkuk pemutar hingga adunan kental


Cara menyediakan Tiramisu

Ambil sekeping kek span coklat dan letakkan atas lapik kek
Sapukan atas kek dengan sedikit air nescafe untuk melembabkan kek
Kemudian letakkan vanilla cream kastard di atasnya dan ratakan
Taburkan parutan coklat susu diatasnya
Letakkan sekeping crepe
Tekan-tekankan permukaannya supaya rata
Kemudian letakkan cream kastard lagi dan ratakan
Ulang proses yang sama sehingga habis

Salutkan keseluruhan kek dengan vanilla cream kastard
Susunkan biskut lady finger di sekeliling kek
Ikat dengan ribon jika suka
Hias atas kek dengan taburan buah-buahan dan parutan coklat susu
Simpan kek dalam peti ais semalam sebelum di potong.





30 comments:

zila norazila said...

salam syg kak ita..
spantas kilat sy dtg..h ehhee nampak sedappp kak..:)

Mrs Hakim said...

HUHUHUHU...Saya nak menangissss ni...uuuwwaaaaaaaa..nak kek...nak kek.....

CT Delima said...

Assalamualaikum Ita

selalunya waktu cuti sekolah beginilah harus diluangkan bersama anak2, bila lagi nak berkongsi kasih sayang bersama kan.

terpikat dengan Tiramisu Milk Creape bilalah terdaya nak membuatnya :D

salam rindu dr CT :)

rahel said...

Adededede...jap jap jap...nak pengsan...hehehe...wah..resepi baru lagi ye kak..uuuuu mantop banget...tak sabar nak rase...

OLIEZ ACADEMY said...

salam,

terima kasih yg tak terhingga buat Ita yg sangat2 menyokong usaha Chef Amer untuk berkongsi ilmu dengan semua.

Chef sekarang berada di dubai mempromosi coklatnya disana. Chef menjadi Chef jemputan gitu..

23hb baru Chef akan pulang dan akan membuat persiapan utk kelas 2hb diJB..

utk kelas 23, 24 dan 25 hb..pendaftaran masih dibuka. cuma bila Cik Puan Azlita kita dah bersuara.. nampaknya kena segerakan tindakan sebelum terlambat.

betul kata Ita, ada special gift yg menanti utk 3 tarikh tu..Insya Allah..

akhirnya, jutaan terima kasih bagi pihak Chef Amer dan crew di Oliez Academy buat Ita di Masam Manis..

Masam Manis terbaekkk..

atie @ ejay said...

salam kak ita..
waaah mewahnya nampak.. hmm dgn krim lagi, mesti best sangat:)

sabar dubai said...

Terliur sgt nmpk kak itaaaa

fazian.batrisyia said...

Ada saje idea utk sajian yg tersayang...Nampak sungguh menyelerakan...

ameris said...

salam sayang kak ita,
akak boleh tak mak minta akak buatkan kos utk tiap2 kek yg akak buat. takde la secara tepat kurang2 kami dapat buat bajet utk buat kek yg mahal2 ni...

lagi satu boleh tak akak buat "disebalik tabir" fotografi tiap2 masakan yg akak buat. kagum sgt tau. saya rasa kengkawan yg lain pun nak tau. betul tak???

Gee® said...

saya setuju dgn ameris..

Unknown said...

salam kak.. dtg sini mesti terliur... thank akak yg suka berkongsi resepi..x prnh kedekut berkongsi ilmu masakan...

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Saya sudah tak bisa berkata kata terpaku kecantikan crepe ini. Love...love...love...

ZarinAziz said...

Mabeles kak ita!!

Kak ita hari tu saya mimpi kak ita buat majlis makan2..kak ita hidangkan segala mcm kek2, kuih muih n nasi + lauk pauk yg byk giler..dapat gak merasa air tangan kak ita walaupon dlm mimpi..uhuk uhuk..hope mimpi saya menjadi kenyataan..hahaha

Kniedaz said...

salam
saya setuju ngan sis Ameris ^_^

Unknown said...

Salam kak ita cyggg....
terguda sggt tgk crepenya...bak kate kak ct..bila lah terdaya nak membuatnya..:))

monasrie said...

Ya Allah, GD sungguh kagum dan sangat teruja dengan semua hasil tangan kak ita... GD juga setuju dengan aneris..

Lisa Amin said...

Aduhhh kak ita..........sesungguhnya saya tergoda.....

Gadis Nikon said...

salam kak ita..
lia nk tanya coklat tu nk pakai coklat apa ye...coklat masakan ke kak

Gadis Nikon said...

salam kak ita
lia nk tanya...coklat tu coklat apa ye nk pakai...coklat masakan ke?

Kak Nita said...

Salam kak ita...
mmg cantik , kemas , menarik dan dah tentunya sedapppp gituuuu...!!!!!

faa.rosli said...

wahh..heavenya kalo dapat rasa ni...sesudu pon jadilah..

akak the best!

myxa said...

dah lama nak cari resepi ni..ade satu kelas ajar ni tapi yuran dia mahal sket... akak nak tanya kastad tu kita pukul sekali dengan whip cream tu atau pukul whip cream asing sampai kembang dulu baru campur sekali dengan kastard tu ek?
nak tau sgt.. hehe..thanks..


myxa_euugene@yahoo.com

Diana said...

Tengok pada kek yang catik tuh...
Terasa cam diri ini terlalu kerdil untuk menghasilkan kek secantik ini...hihhihihi

Mesti sedap kan?

Insya Allah 1 hari nanti...saya mau buat jugak...

Kak Nik Ja said...

aloloh memang menggoda...akak pun sokong ameris jugak..sebelum ni pun memang dah byk belajar Dari MM...suka!tq ita

Amira Arzemi said...

salam kak ita..sgt terliur tgk kek ni..kak,yg crepe die tu pkai kuning telur sahaja atau putih dan kuning?harap sgt akk dpt bgtau sbb nk cuba buat kek yg sgt cntik ni..tq kak ita..

norinaomar said...

Kak ita ada jugak ke masa kelas 24hb nanti?Nak sangat jumpa akak, saya ada emel kat akak juga.

myra said...

Naj order boleh ke kak?

myra said...

Naj order boleh ke kak?

Unknown said...

Crepe mentega perang tu 6 bji telur Ke amik kuning nye aje

Unknown said...

Can you please post the recipe in english?

Post Top Ad

test