World of Crepes dalam AROMA bulan ini - masam manis f

Breaking

Nov 24, 2012

World of Crepes dalam AROMA bulan ini


Hujung minggu datang lagi..
Bila tiba hujung minggu, lebih-lebih lagi menjelang cuti persekolahan pasti banyak perancangan yang telah di atur untuk anak-anak.

Pasti banyak jemputan perkhawinan, kenduri kendara atau ada yang merancang untuk pergi berkelah bersama keluarga.

Sebelum pergi jangan lupa dapatkan senaskah majalah AROMA di pasaran, pasti anda akan menyukainya kerana AROMA bulan ini menampilkan pelbagai resepi menarik untuk anda seisi keluarga.

Gandingan mantap pelbagai resepi yang memang sesuai untuk bekalan sepanjang perkelahan pada cuti sekolah kali ini.

'Bento' nama yang agak asing bagi kita di Malaysia, tapi tidak asing di Jepun, Korea mahupun Indonesia. Bekalan comel untuk Si Cilik, pasti buatkan anak-anak tak sabar untuk menikmatinya. Dengan gubahan karaktor kartun  yang comel, objek-objek kecil berupa bunga, pokok, serangga yang kecil, seperti rama-rama, ladybird dan lain-lain lagi,  pasti buatkan anak-anak melompat-lompat keriangan.


Comel kan?? emmm.. sebenarnya banyak lagi yang anda boleh saksikan dalam majalah AROMA bulan ni...
Resepi yang dikongsikan oleh Yunita Rahmasari ini cukup menarik! Pasti anda juga tak sabar-sabar  menyediakan Bento untuk anak-anak bagi bekalan mereka ke sekolah.
Jangan lupa dapatkan AROMA di pasaran hari ini juga!!


Atau ada yang sedang tercari-cari kudapan yang sesuai untuk anak-anak sepanjang cuti ini. Maklumlah cuti yang panjang dan berhadapan pula dengan musim tengkujuh, pastinya perut anak-anak sentiasa mengalunkan irama keroncong untuk diisi.

Apakata, kita beli AROMA, dan dapatkan koleksi resepi dari Rahel yang didatangkan khas dari Negeri Di Bawah Bayu yang sudi kongsikan koleksi resepi untuk Si Comel..

Selepas ni.. anak-anak tak akan merungut lapar lagi.. kerana banyak bekalan yang di sediakan ibu untuk menemani mereka ketika menonton TV atau bermain 'play station'


Sesekali bertukar selera tak salah rasanya..
Kali ini majalah AROMA juga menampilkan koleksi resepi istimewa dari negara seberang Indonesia.
Resepi manisan dan kuih muih di kongsikan oleh seorang blogger manis dari Indonesia yang semakin meningkat naik namanya di arena blog masakan bukan sahaja di negara kelahirannya malahan namanya juga menjadi sebutan blogger-blogger masakan di Malaysia.

Melihatkan air tangannya, pasti tertelan air liur kita di buatnya dan seakan tak sabar-sabar untuk mencuba!

Dengan bakat semulajadi anugerah Ilahi, Hesti, sudi kongsikan beberapa koleksi resepi yang terbaik dari seberang buat penggemar masakan di Malaysia untuk di cuba .. apa tunggu lagi..!!

Deman crepe tak kebah lagi..
Malahan semakin hangat..
Bagi penggemar crepe, bulan ini AROMA menghimpunkan koleksi pelbagai resepi crepe untuk anda..

Jemu dengan durian crepe.... atau anda alah dengan durian.. 
Kini anda mampu tersenyum. Dengan membeli senaskah AROMA, anda di hidangkan dengan pelbagai citarasa crepe untuk di cuba.. !!


Bagaimana pula dengan Mille Crepe??
Gandingan antara crepe, krim keju dan Oreo pasti membuatkan anda tak sabar-sabar mahu mencubanya..
Bayangkan crepe di lapisi krim keju, di selang selikan pula dengan kepingan oreo aduh!! siapa yang boleh menolaknya..

Nak dapatkan resepi??
Jangan lupa dapatkan AROMA di pasaran, salah satu koleksi resepi dari ita yang belum ita kongsikan di blog..
Bukan itu aje.. tau!
Ada lagi..
Pelbagai himpunan crepe lain yang anda pasti tak sabar-sabar nak merasa..
Crepe Nangka, kesukaan Dalili. Berkeping-keping di makannya.. suka pulak anak dara ita dengan crepe nangka ni.. Mungkin harum nangka dan rasanya yang tidak terlalu berat buatkan dia tak puas-puas menikmatinya..

Bagaimana pula dengan Tuty Fruity Crepe.. aaaa bagaimana pula rupanya??
Nak tau.. kena lah beli AROMA bulan ni..



Jutaan terima kasih buat Siti Dimiati, selaku Editor majalah AROMA dan seluruh warga kerja AROMA yang telah memberikan kepercayaan kepada ita, untuk berkongsi resepi dan minat kepada pembaca setia majalah AROMA.

Majalah AROMA kali ini amat menarik! sentuhan grafiknya semakin mantap dan olahan yang cukup segar, penuh kelainan..

Semoga majalah AROMA terus suksess dan sentiasa mendapat tempat di hati pembaca.





25 comments:

Fazlinil Irma said...

Nampak gaya singgah MPH petang ni kena cari majalah Aroma.

Tahniah kak ita.. :)

Kak Nita said...

Tahniah Kak Ita!
resepi2 kak ita mmg layak masuk majalah. Teruskan!

Unknown said...

sedapnya, kena dptkan satu nie mcm2 ada.....t/kasih ita

rahel said...

Tahniah Kak Ita...terasa diri ini sangat kerdil...

asyifamustaffa said...

Tahniah K.Ita...
makin bersinar la kak Ita lpas nie....:)

nieda said...

kena cari mjalah ni

Moonirah said...

wahhh...sy nk cube wat strawberry crepe (sbb tak suke durian)

Unknown said...

tahniah utk semua nya Ita dan Rahel yg selalu bertegur sapa, mesti akak cari majalah ni tak mau ketinggalan utk dptkan resepi hebat2 didalam nya..

Unknown said...

kena beli ini...sekarang musim crepe

Shima911 said...

Good job

Nur-nba said...

Tahniah Kak Ita.. nanti Nur cari juga majalah ni. Musim crepe sekarang ni... Pernah rasa crepe durian, memang sedap..♥

~ Z a N n A ~ said...

Huaaa dietttt...xle mknnn. ..huaaaa

Ain Fajar said...

mesti beli majalah aroma nie, sgt menarik..tq info dr k.ita

Kak Sam said...

Alamak hari tu tengok sekali mbas je masa kat petronas. huhuhu rugi betul. Harap2 ada lagi le minggu depan.

faa.rosli said...

mcm nak beli je..tahniah kak..

Amie said...

Wah! Majalah AROMA makin mantap! Tahniah buat semua penyumbang resepi!

Unknown said...

Tahniah sis...haizie pun nnt nk p cari la jugak mag aroma nie..crepe punye pasal.hihihi

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Tahniah Kak Ita, memang cantik cantik crepe Kak Ita. Rasanya mau mencoba semua terutama crepe cakenya, tak tahan...

Tak lupa pula ucapan terima kasih tak terhingga atas dimuatnya profil Hesti di blog Kak Ita, semua juga bisa terlaksana karena inspirasi dari kak Ita dan teman teman blogger lain.

Ummi said...

alhamdulillah. dh beli pagi tadi. mmg byk resepi yg menarik.

ummiaisyah said...

cantiknya cover tu...golden touch frm kak ita..congrates!

ZarinAziz said...

Tahniah Kak Ita!!

Moga kak ita akan terus lebih maju dimasa hadapan..harap kak ita akan terus berblogging..menghidangkan pelbagai juadah untuk dikongsikan buat kami semua:)..

Ptg kang saya cari AROMA..hehehe

Rohah said...

salam kak Ita, memang tak jemu la kak...cam sekrim...

idafirdausi said...

semalam gi cari at Kip Mart, nasib baik ada.. tinggal 1 pcs je.. anyway, tahniah kak ita!

Ummi said...

Tahniah Ita, akak baru terbaca entry lepas2 ni....menarik sekali pelbagai rupa crepes hasil sentuhan Ita...mmg marbeles nampak....nak pi cari la Aroma ni...ada ke x lg kat kedai tu eh? :)) Tahniah sekali lg Ita..teruskan berkreativiti dgn resepi2 dan berkongsi...

asmahyusof said...

Tahniah kak ita..love u :)

Post Top Ad

test