IKAN PARANG SANTAN BERLADA - masam manis f

Breaking

Dec 2, 2012

IKAN PARANG SANTAN BERLADA

Assalamualaikum



IKAN PARANG SANTAN BERLADA

3 keping ikan parang ~ di cuci bersih

1/2 cawan lada kering ~ direndam dan cuci bersih
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
1/2 inc lengkuas ~ dikisar
sedikit belacan ~ dikisar
3 helai daun limau perut ~ buang tangkai tengah dan kisar

1 batang serai ~ dititik
Minyak untuk menumis
1/2 buku gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan ~ sederhana pekat

Ikan parang di potong dan dicuci bersih
Lumurkan dengan garam dan kunyit kemudian di goreng
Setelah kuning keemasan, angkat dan toskan

Kisarkan semua bahan yang perlu dikisar
Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar hingga garing
Masukkan juga serai yang telah dititik.
Masak sehingga garing dan terbit minyak
Tambahkan gula Melaka  dan air asam jawa
Biarkan kuah merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi
Akhir sekali masukkan santan.
Biarkan kuah pekat sedikit.
Sedia untuk dihidangkan




21 comments:

Unknown said...

Selamat malam Kak Ita...
singgah skejap tengok ikan parang berlada...sangat menyelerakan..malam2 mcm ni pun pandai lapar gak...hehehe..

hafza said...

Salam ita@kak ita, sy tak pasti. terima kasih atas jawapan itu, bkn apa sy dapati ramai blogger tak rajin nk jwb soalan kt blog mgkn sbb ada fb. Sy mmg xde fb. Bg kami yg amatur dlm masak2 ni sgt menghargai sekiranya soalan dijwb, tq once again.

Azlita Aziz said...

Selamat malam rahel..

jangan makan malam nanti mok..mok tau! hihi

Azlita Aziz said...

Wasalam Hafza..

Bukan tak nak jawab.. Biasanya akak akan jawab dalam N3 yang akak rasakan sesuai..

Biasanya akak kumpulkan semua soalan yang biasa sering di ajukan dan jawab dalam N3 yang akak rasa akak perlu terangkan segala kemuskilan..

Kalau nak jawab setiap soalan memang tak larat, dgn saoalan kat FB, PM, email, blog dll.. memang tak cukup masa.. kalau akak dok jawab soalan akak tak sempat pula nak masak, nak buat step by step, nak ambil gambar malahan nak tulis N3 pun tak sempat..

Sesuatu N3 masakan yang nak di siapkan perlukan masa yang lama, dari pemilihan resepi, mencari bahan basah, proses memasak, menyediakan props, mengambil gambar, mengedit dan pemilihan gambar, menulis N3 semuanya mengambil masa yang sangat panjang..

Akak benar-benar berharap agar adik-adik akak diluar sana amat-amat memahami masalah yang kami hadapi..

Insyallah cuba baca setiap N3 yang akak tulis pasti akan ada jawapan yang bersarang dalam fikiran..

TQ

faa.rosli said...

sedapnya nmpak...

rindu plak masakan ummi faa..

Unknown said...

Kak? Itu semua bhan tuk 3ketul ikan kan? Klu ikan ditmbah seganda @ 2x ganda... Bhan2 nyer pun ditmbh ikut ikan kan?

Mat Gebu said...

Salam kak Ita...
Pagi2 dahh tergoda...tak bley jadi nihh..kena cuba juga...

Ayam said...

Selamat pagi...Ita...nampak meyelerakan di pagi hari. Ada nasi panas ..jalan dua pinggan.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Entry ni pelik, selalu Kak Ita membebel dulu.. urmmm...

tapi menu tu tetap mengancam sehhh!

asmahyusof said...

Selamat Pagi kak ita....
mmg terrrrgoda pagi2 nie tgk lauk kak ita....:))

Unknown said...

Apa2 sj yg d msak brlada pasti membangkit selera, sesuai d bwa bekal n d mkn siang n mlm

norinaomar said...

Hihi...setuju dengan seri kandi..selalu kak ita akan sembang2 dulu, musykil jugak nih..

Alhamdulillah saya dah book tempat untuk kelas chef amar, mudahmudahan kak ita ada juga 24hb nanti=)

Saya tunggu balasan emel saya dalam entri kak ita ye..akan sabar menunggu.

Amie said...

Hai Ita,
sedapnya santan berlada ikan parang ni ye... lama juga tak jumpa ikan parang, kalau masak pun tahunya masak asam pedas je, ni nak cuba pula yang bersantan berlada ni, mesti sedap!

hafza said...

TQVM kak Ita.

Perjalanan Tanpa Noktah said...

MMMMM terliur pulak tengok gambar tu...

ilahjy said...

salam dek ita lawa kuss cyg..

kak ilah baru bersiaran..cuti balik melaka.. wah berwajah baru dapo maya ita... tahniah..

kalau dek ita tak jwb kat sini...tapi ita selalu berkunjung balas itu yg membuat kak ilah suka tentang ita.. biar lah apa org nak ckp..teruskan kesibukkan itu demi utk dapo maya ini yaa...tahniah.. kak ilah amat hargai semua kerja disini..hidup masam manis!!!!

Siti Nadira said...

adoiii...lamanyeeeee x mkn ikan parang...sedapnyerrrr...iskkk...menarik gak menu ni...selalu ikan parang masak asam jekk...leh cube nih...tq kak ita

Mas said...

tengahari mcm ni tgk ikan parang santan berlada ni buatkan mas kecur liur la. sedapnyaaaaaa....

Kniedaz said...

Salam Sis,
Bangkit selera kalau dapat makan lauk seperti itu..makan lauk tu saja dah memadai kalau saya la..sebab bila dah berlada tak perlu makan dengan kuah..nanti tak sedap... ^_^

hazanis said...

ya allah sedapnya. dah la xmakan nasi lagi ni. :(

Hasidah Bt Awang said...

emm sedapnya..pic xle thn tu yg menambat selera..

Post Top Ad

test