KEK KUKUS ASAM MANIS - masam manis f

Breaking

Dec 19, 2012

KEK KUKUS ASAM MANIS

Assalamualaikum


Satu lagi resepi kek yang akan ita kongsikan hari ini, masih lagi dari koleksi buku resepi Jamuan Kek dari Chef Zubaidah. Seronok pula bila mencuba resepi dari buku ini, kerana hasilnya tidak mengecewakan.

Sebagaimana yang ita katakan, di dalam buku ini terhimpun pelbagai jenis kek yang semuanya menambat selera dan mengoda kalbu, terasa seakan mahu di cuba kesemuanya. Keknya juga sangat mudah penyediannya dengan bahan-bahan yang cukup simpel.

Bukan ita sahaja, Dalili pun teruja nak membuat kek dari buku ni.. sebab amat mudah!



Kek kukus asam manis ini ita sediakan pada hari Ahad yang lepas. Kebetulan kawan suami ita singgah ke rumah. Kedatangannya pada lewat malam buatkan ita tak tahu nak sediakan apa untuk di hidangkan. Nak masak yang berat-berat takut dah malam sangat.. akhirnya ita buat kan kek dan juga ita buatkan sardine puff. 

Kedua-duanya amat mudah di sediakan dan tak lah terlalu berat untuk dinikmati pada malam hari. Sambil berbual-bual kosong sambil menghirup secangkir kopi kosong dan sepiring kek yang lembut dan gebu..


Tak sangka pula, kawan suami ita cukup sukakan rasa kek yang lemak dan masam-masam manis ini. Berkeping-keping juga di jamahnya, buatkan hati ita berbunga-bunga ceria apabila dipuji tentang keenakan dan kesedapan kek ini. Merah padam juga muka ini apabila dipuji sebegitu.. terasa segan pula..

Ita tinggalkan suami dengan rakan-rakannya selepas menghidangkan kek dan kopi. Hingga ita tak sedar bila mereka beransur pulang.

Kedatangan rakan suami ita itu kerana nak membawa anak-anaknya bercuti ke Legoland. Ialah, inilah masanya nak bercuti bersama keluarga, setelah bertungkus lumus bekerja sepanjang tahun. Tapi kawan suami ita tu, tak pula bawa isteri dan anak-anak bersama ke rumah, mungkin segan atau hanya teringin bertemu rakan lama..


Pagi itu suami ita dapat panggilan telefon dari beliau yang bertanyakan tentang kek yang ita hidangkan semalam. Suka sangat dengan kek tersebut buatkan beliau menceritakan tentang kesedapannya kepada orang rumah. Bimbang orang rumah kempunan, ita pun membuatkan lagi kek itu untuk di bawa pulang sebagai bekalan..

Seronoknya hati mereka bukan kepalang dan tak putus-putus mengucapkan terima kasih bila ita kirimkan sekotak kek yang masih hangat-hangat lagi..

Sebenarnya ita pun tak pasti.. dan masih termangu-mangu.. sedap sangat kek kek tu..? Kerana dah terlalu kerap sangat buat kek, ita seolah-olah dah tidak dapat mengagak kek yang sedap.. mungkin dah terasa jemu kerana kerap sangat membuat kek. Lagi pula ita tak beberapa mengemari kek yang berat..

Melihatkan kek yang cepat aje licin dari pinggan di makan anak-anak dan suami, ita rasakan ianya juga akan menjadi kek yang enak untuk dicuba oleh rakan-rakan ita yang lain..

Kepada yang teringin, boleh lah mencubanya..


KEK KUKUS ASAM MANIS
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar

Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.




45 comments:

Anonymous said...

as-salam kak ita

tina nak copy resepi ni, nampak sangat menarik, lgpun stok asam manis ni byk kat rumah

sebab review kata sedap kan, teringin lah pulak nak try =)

CT Delima said...

As'salam Azlita

kalau asam manis ni anak2 tak berapa gemar sebab ada sedikit masam kan, ct nak mintak cadangan dari Ita..apa yang sesuai untuk diganti pada asam manis tu.

Tq Ita.. Ct ingat nak buat juga untuk IBU mertua bila balik jb nanti.

Gee® said...

Kecur la Ita...

mimie said...

kak ita sayangggg,,,,
asam manis tu apa????
boleh snap picnya buat kita2 di indonesia....??
mungkin beda nama kak....

zila norazila said...

salam syg kak ita..
mesti sedap bila ada rasa masam2 tue..dh kena dgn blog akk nie..masam manis..hikk3x..lap u kak..:)

Unknown said...

Ermm..baca cerita kak ita pun dh terliur ni..in shaa Allah sy nk try buat..terima kasih share resepu kak.. :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kek yang fresh from oven ni memang sedap kak Ita, apalagi dari air tangan Kak Ita, pasti menggunakan bahan yang berkualiti membuatkan rasanya lebih umph lagi, betul tak??

Kak Am said...

mmg rajin sungguh ita mengodak kek aje.., rasa msm manis tu yg buat kek sedap..dan x muak.

Unknown said...

salam Ita, akak pun nakt ry jugak nnti, semalam dah try resepi rainbow kek dari blog Ita tapi sayang lah akak buat tak santik tapi comot je maklum first time, insyaallah nak buat lagi nnti kasi lawa dan menarik

khairiah khaizu said...

saya suka kek asam manis, mmg tgh nk mencari resepi nie...TQ ita, terasa2 kesedapannya kat tekak nie

Unknown said...

Minta izin copy paste dalam microsoft word dan saya print yer kak ita... tq

Pn.Mieza Fadzly said...

tudiaaaaaa..sedapnyaaaaaa tu baru tgk..kak ita ni mmg terer lahhhh...

fazian.batrisyia said...

Kalau org dah kata sedap tu, mmg sedap betul lah kak ita...Senang2 nanti sy nak cuba jugak lah...

tata | bonitafood said...

Assalamu'alaikum Kak Lita......

Salam kenal Akak... Senang sekali bisa mengenal akak karena sama2 diundang Aroma untuk berkongsi recipi :D. Adek-adek di boarding house sudah ramai dan heboh pingin coba resipi oreo crepe akak nih hihihihii, semua resipi yang dibagi sungguh inspiratif laaa.... Thank you akak untuk ilmu yang dibagi, inshaAllah penuh berkah :D.

Salam sayang,

Tata ^^

suryabil said...

Pernh buat kek ni...mmg sedappp...:-)

Unknown said...

salam kak ita sye dh wat kek ni mlm td... pg bwk g office bg kat jiran semua ckp sdp thank kak ita....lembut sgt kek nyer

KAMAL said...

gambar banyak yg baik tapi perlu baiki...baik tu kerana equipment mahal..baiki skil

KAMAL said...

Puan..gambar baik..tapi kena baiki skill ambil gambar..angle..motif

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) said...

Salam Ita. Nampak dalam gambar pun dah sedap. Apa lagi kalau dah masuk ke mulut. Bahannya pun x banyak digunakan. Nanti nak try buat. Tapi x tahulah sama ada menjadi ataupun tidak, sebab tak selalu buat kek.

AbbotCottage said...

Tanak makan, nak tgk gamba je....cantik.

Fyda Adenan said...

salam kak ita...

sedapnye nih baru tgk dh terliur eheheh..betul...bukan kata budak yang suka..semua usia suka.. insyaAllah akan try buat kek nih...like like like n tq bagi kongsi resepi...

Uda said...

nanti nak copy.....mesti best. Biasanya buat kek lapis masam manis....tentu beza kot!!!!

Unknown said...

Sedapnya..tapi nk tnya kak ita..asam manis tu mcm mn rpnya..

Puan Eka said...

simple je bahan2 kan..

tapi nampak macam sedap kek ni..

kalau mak eka,dia pun suka kek yg macamni..
lagi puas makan katanya

Shasha Mohamed said...

Mesti sedap kek ni kalau camni. Apa kata jual pada sapa2 yang nak beli kek ni? ;)

Hanim Wahab said...

Salam ita..akak nk tnya tpg self rising tu sama ke dgn tpg superfine..tnx

Azlita Aziz said...

Salam kak hanim
tpg self rising tu adalah tepung gandum halus yg telah dicampurkan dengan serbuk penaik

superfine pula adalah tpg yg telah diproses utk menjadikannya lebih halus

juliet said...

Saya dah buat kek ni kak... Memang sangat sedap! Terbaek! Thanks kak ita sbb sudi berkongsi 'ilmu yang bermanfaat'...

ezlin said...

Salam perkenalan Kak Ita,

Saya selalu baca blog kak Ita untuk inspirasi...Saya dah buat kek ni dua kali...anak2 dan emak serta nenek kata sedap... thanks for the recipe.

Ezlin

Grand Dish Cafe said...

Salam Ita..alhamdulillah dah 2 kali buat kek ni. Siap bawa balik kampung lagi. Diaorang suka sangat... Terima kasih sebab sudi berkongsi..

Rozita Ceritaita said...

nak jugak!

CiK Nik @ keNek :) said...

sedap.... sy sudah try~~!!!

Unknown said...

jom singgah blog sy... sy menjual tudung yg gojessss..slmt menjamu mata...tq for support :-)

Unknown said...

jom singgah blog sy... sy menjual tudung yg gojessss..slmt menjamu mata...tq for support :-)

Unknown said...

salam kak.. saya minta izin ambil yer resepi nk try gak hihihi mcm sedap je ni.. tq kak

Unknown said...

Sedap yah tengok . Macam nak makan pulak . Jelesnye tgk makanan ni !! Thanks ya kak ita . Nanti saya try buat dirumah , bg jiran sebelah dan gi bawak di office ya . :)

Unknown said...

Assalam. Mmg best kek ni. Sy br cuba buat td. Alhamdulillah. Tk akak.

Unknown said...

Assalam. Tk kak krn share resepi yg amat baik ni. Br buat n awesome

Unknown said...

Assalam. Mmg best kek ni. Sy br cuba buat td. Alhamdulillah. Tk akak.

Unknown said...

dah cuba gebu sangat ..sedap pun ...buat kenduri unt kanak2 habis..minta lagi.. tq

Unknown said...

Assalamualaikum, saya dah cuba kek ni, memang sedap dan menjadi...terimakasih atas perkongsian ini, dapatlah buatkan untuk keluarga dan kawan2...

Unknown said...

salam kak, hehehe kek kukus ni kak ita dah buat dri thn lepas lg tapi saya bru wat mlm tadi, saya baru jumpa blog akak dan trus jatuh cinta, yg bestnyer kek sya menjadi n hepi sgt2 saya suka saya suka thanks ye kak sharing for the resepi

Unknown said...

salam kak tks sharing for the recepie, saya bru jmpa blog akak ni n trus jatuh cinta, kek ni bru sya wat mlm tadi dan menjadi plak tu btl2 saya hepi, suka sgt ngan cara akak yg x lokek ilmu, harap2 akak ader la wat kelas mengajar untuk mendeko kek tapi saay ni jauh di klang huhuhu

Ainnlee said...

kak ita, instead of kukus..can i bake in oven..?

Unknown said...

tq kak ita..share resepi..mmg mncari² resepi kek asam manis coz mak suka sgt kek nie..

Inshaa ALLAH Raya Haji nk buat...
terima kasih kak... :)

Post Top Ad

test