KEK MENTEGA PANDAN - masam manis f

Breaking

Dec 18, 2012

KEK MENTEGA PANDAN

Assalamualaikum


Cuaca di Johor bahru, akhir-akhir ini kerap sangat hujan. Hari-hari hujan hinggakan kain baju tak kering-kering diampaian.
Cuaca hujan buatkan payah untuk keluar rumah. Jalan raya pula banyak berlubang-lubang dan becak. Bila keadaan ini berlaku, semakin sesak lah kenderaan di jalan raya.

Keadaan semakin sulit kerana banyak kawasan yang mengalamai banjir kilat. Jangan salah parking kereta, silap haribulan habis kereta dihanyutkan air..


Bila musim hujan perut mulalah kerap berkeroncong, stock makan mestilah sentiasa ada di atas meja, kerana anak-anak kerap pula buka tudung saji.

Hari ini ita akan kongsikan satu lagi resepi kek yang cukup mudah cara penyediannya. Resepi sekali lagi dari Chef Zubaidah dan ita ambil dari buku masakan beliau Jamuan Kek. Dalam buku ni banyak menghimpunkan pelbagai koleksi resepi hasil air tangan Chef Zubaidah. Semuanya nampak menarik dan nampak sangat sedap! hingga seakan nak mencuba semuanya.


Hari ini ita menyediakan Kek Mentega Pandan. Kek yang sangat lembut dengan semerbak harum pandan ini sangat mudah untuk disediakan. Dengan bahan-bahan yang cukup mudah tidak hairanlah jika ianya akan menjadi kek kesukaan keluarga.

Bagi pengemar-pengemat butter cake atau kek mentega boleh lah mencuba kek ini.


Apa itu kek mentega atau butter cake?
Kek mentega adalah kek yang menggunakan mentega sebagai bahan utamanya selain gula, telur, tepung dan baking powder.

Kek ini sebenarnya berasal daripada kek paun Inggeris yang dibuat secara tradisional dan menggunakan bahan asas yang sama iaitu, mentega, gula, tepung dan telur. Ianya adalah kek yang berat dan kaya dengan mentega.

Ciptaan serbuk penaik dan agen-agen penaik yang lain pada abad ke 19 telah meningkatkan fleksibiliti kek paun tradisional dengan menghasilkan kek yang lebih ringan dan gebu dengan menggunakan kombinasi bahan yang sama. Dengan transformasi ini maka terhasilah kek mentega moden.



KEK MENTEGA PANDAN
By : Chef Zubaidah
Rujukan : Buku Resepi Jamuan Kek

270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur
60 gm santan
1 sudu besar pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau epal
240 gm tepung naik sendiri
30 gm kelapa parut kering
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla

Sediakan loyang 9 inc
Sapukan sedikit mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek
Panaskan oven pada suhu 170C

Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati dan berkrim
Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul
Kemudian masukkan  esen vanilla, kelapa parut , pes pandan dan pewarna hijau
Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan santan
Tuangkan adunan ke dalam loyang 9 inc dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek dimasak sempurna






39 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

membaca cerita tentang penggunaan mentega tu jer dah buat hati berkobar-kobar nak membuatnya, Kak Itaaaaaaaaaaa!!

Rina Audie said...

warna hijau pada cake ini sungguh cantik dan menarik kak Ita...
membuat air liur menetes ni kak...

citarasa rinduan said...

waduhhhhh
k.ita..

sedapnya....

tq syer resepi

Nur-nba said...

Kek yang simple dan mudah untuk dibuat. Terima kasih kak kerana berkongsi.. Dah masuk musim tengkujuh, setiap petang hujan lebat....

Rozita Ceritaita said...

saya tengah kursus ni tapi takleh menahan diri tengok kek kak ita ni...waaa...lama lagi nak jumpa oven...

nam@along said...

Nampak menarik warna hijau kek tu..sekali lagi nak pinjam resepi nie..tq sbb kongsi resepi yer..

nam@along said...

resepi yg simple dan hasil kek yg menarik..sekali lagi nak pinjam resepi..tq ye ita kongsi resepi..

Yatie said...

mcm tau2 jek....arini teringin sangat nak buat dan makan kek pandan yg simple...tetiba terpandang kek yg Ita buat ni...wallahhhhh teruja di buatnya....nak buat gaklah..Hamka suka kek kaler mcm ni....penangan Ijau gitewwww..

MamaFaMi said...

Baik baik perut dah kenyang, tetiber lapar balik tengok kek ni...

ameris said...


"KU LIHAT HIJAUUU....."

Unknown said...

tengok persembahan kak ita memang tergoda hati nak makan....sedapnya...

Amie said...

Simpan dulu resepi ni ye Ita... ada masa nanti nak cuba, kita memang suka yang ada mentega mentega ni...

Unknown said...

Sedapnya..tgk gambar kek kak ita ni..terus semangat sy nk cuba..:)

RAJA ZARINA RAJA OTHMAN said...

sedapnya nasib baik g bercuti klu x anak2 dah suh buat kek ni....:)

RAJA ZARINA RAJA OTHMAN said...

wah nampak sedap bangat sib baik g bercuti kat Larkin ni klu kat umah dag cuba ni....:)

RAJA ZARINA RAJA OTHMAN said...

sedapnya nasib baik g bercuti klu x anak2 dah suh buat kek ni....:)

Unknown said...

wahhh!!!sedapnya!!! :)

mimie said...

waaa......cantik kek kak ita,,,
kak ita tau tak..ini kek pertama yang mie coba duluuu....awal2 berjinak2 ke alam baking2 ni...
jadi rindu nak buat lagi...
syukran kak..... ^_^

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ya ampun ita..... nampak kek betul2 dok depan mata MaDihaA tau.. tapi sayangnya bila nak capai tak berjaya.... sabar jelah... hehehehe....

Ummi said...

Assalam Ita cayang, akak mmg suka kek2 camni..ala2 kampung dan all time favaourite, nak nak pekena dgn teh O, alahaaii heaven!! ^__^ Kalau dekat harus dah ketuk pintu dapur Ita dah...hehe

Pn.Mieza Fadzly said...

menguji keimanan btl la kek k.ita nih..nyumnyumnyum..warna tu yg xtahan tu..

Musliza Hasni said...

w/pun simple tp mmg menyelerakan! cantik la tudung saji tu..blh gtau nak beli kat ner yer..?tq

Kak Nik Ja said...

haiiish kena carik jgaklah buku resepi tuh..nak buat koleksi..buat tak buat belakang kira...hihi...chomei jah kek dia!

Unknown said...

kek fevret ni,x sabar rasa nak cuba...

fuzidss said...

suka warna hijau ni

Unknown said...

Azlita nanti senang2 akk nk try buat...trmksh ya atas perk0ngsian resepi ingatkan nk bt hari ni kelapa kering pula tiada....

Unknown said...

Salam...kak kelapa parut kering tu kelapa kering yg jual kat kedai bakery tu ke kelapa yang di parut digoreng kering?

Unknown said...

salam...kak ita kelapa parut kering ni kelapa yang di goreng ke @ kelapa kering yang di beli tu

Unknown said...

salam perkenalan kak...
nak tanya kelapa parut kering ni kelapa yg digoreng ke @ kelapa yang di beli di kedao2 bakery tu...

Unknown said...

salam kak nak tanya kelapa parut kering tu kelapa yang di goreng ke @ kelapa yang di beli kat bakery tu...

Azlita Aziz said...

Salam Kenal juga ros

kelapa kering yang dah siap jual di kedai jual bahan kek

Unknown said...

Sorry kak post comment byk...internet problem...TQ ingat cuti hujung minggu ni nak try la buat..

Unknown said...

Kak Ita, saya baru je buat kek ni petang tadi. Sedap, lembut sangat. Thanks share resepi.

Unknown said...

Santan tu santan serbuk ke santan cair?

Unknown said...

Nak try lah...

Unknown said...

Nak try lah pulak

Nur ReeN Hj Aman said...

Bole tak resepi ini jadi basic utk butter cake yg lain? Jika saya adjust utk kek buah, masukn mix fruit dan keluarkan pandan & serbuk kelapa. Boleh kah?

Unknown said...

Mentega cap pelangi boleh kah kak ita?

perodua said...

tq sharing, ada yang berminat nak turun ke ipoh, boleh la berhubung dengan saya, perodua ipoh.. Menarik konten anda.. https://peroduabranch.online/perodua-ipoh/

Post Top Ad

test