Joget Pahang - masam manis f

Breaking

Jan 16, 2013

Joget Pahang

Melenggang 
Hai melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati nanti orang pun sayang

Dari Melaka ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan

Pukulah gendang hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari
Sayalah ini bang hoi dagang merantau
Mengharap belas orang disini

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati nak buatlah jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan

Joget Tari Lenggang, juga dikenali sebagai Joget Pahang, ialah sebuah lagu rakyat tradisional gubahan Tan Sri P. Ramlee, khusus untuk filem Hang Tuah (1956) yang dibintangi oleh P. Ramlee sendiri, yang mana watak beliau iaitu Hang Tuah menyanyikan lagu ini dalam adegan tari-menari dalam istana.

Joget Tari Lenggang ditakrifkan sebagai sebuah lagu berirama tradisional Melayu yang didendangkan dengan rancak, liriknya tulisan Dato' Jamil Sulong yang menampakkan ciri-ciri pengulangan dalam setiap rangkap, dan secara harfiahnya menceritakan seorang pedagang yang merantau dari Melaka ke negeri Pahang dengan membawa buah berangan yang dibeli di Johor, mengharapkan sambutan mesra dari para penduduk negeri Pahang, serta memuji kedamaian negeri Pahang yang dikunjunginya.

Lagu ini dinyanyikan secara duet oleh P. Ramlee dan Jasni (pinjamkan suaranya kepada Mustafa Maarof) dalam filem Hang Tuah, P. Ramlee merakam semula lagu ini bersama Saloma untuk keluaran piring hitam dengan tajuk "Joget Pahang". Selain P. Ramlee, lagu ini turut dirakam oleh ramai seniman dalam album masing-masing, termasuk Datuk Ahmad Jais, Siti Nurhaliza (sebagai single) dan kumpulan Amuk (dalam bentuk heavy metal).


Bila terdengar aje alunan irama lagu ini, pastilah ingatan terus terbayangkan negeri Pahang yang aman dan sentosa, dipenuhi hutan balak yang hijau merimbun dan sudah semestinya terbayang akan keenakkan Gulai Ikan Patin yang merupakan menu sajian utama negeri Pahang Darul Makmur.

Terus terang ita sebenarnya tidak pernah merasa Gulai Ikan Patin Pahang , pertamanya kerana ia diletakkan tempoyak yang mana kita sedia maklum tempoyak dihasilkan daripada durian dan ita memang tak makan durian. Yang keduanya kerana ia menggunakan ikan patin dan ita juga sebenarnya tidak makan ikan sungai.

Tapi bila ita menyelak helaian buku Kuisin Warisan Melayu, hasil sentuhan air tangan Chef Ismail, hati ni seakan meronta-monta pula nak merasa keenakkan gulai ikan patin yang merupakan masakan kesukaan penyanyi nombor satu negara kita ni.

Oleh kerana ita tak makan ikan patin, jadi ita gantikan dengan ikan belanak. Ya Allah memang payah sungguh ita nak masak, walaupun sebenarnya memasak gulai ikan patin ini cukup mudah dan ringkas penyediannya. Masalahnya bila ita nak meletakkan tempoyak tu.. terpaksa lah ita menutup hidung ni.. aduyaiii.. tak tertahan-tahan dengan baunya.. yang.. adoii.. tak boleh nak katalah..

Tapi bila dah siap gulai ni, eh.. sedap pulak lah... tak ada bau tempoyak pulak.. dan tak ada rasa durian.. pun..
Rasanya seakan lauk asam pedas lada hidup dicampur dengan lauk singgang.. memang sedap!
Kepada yang tak pernah mencuba boleh lah mencuba..!!


GULAI IKAN PATIN PAHANG
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu

2 sudu besar tempoyak
3 tangkai cili merah ~ ditumbuk halus
6 tangkai cili padi ~ ditumbuk halus
4 cm kunyit hidup ~ ditumbuk halus
1 batang serai ~ dititik
450 ml air
1 ekor ikan patin potong 3 cm tebal ~ ita guna ikan belanak
1 biji tomato ~ potong baji
1 biji timun ~ belah 2 dan hiris 2 cm menyerong
1 tangkai cili merah ~ belah 2 tapi jangan putus
1 tangkai cili hijau ~ belah 2 tapi jangan putus
1 helai daun kunyit ~ disiat-siat
Garam secukup rasa


Cuci ikan patin bersama garam kasar dan asam jawa untuk menghiangkan bau lumpur
Bubuh tempoyak dan bahan-bahan yang ditumbuk halus bersama serai dan air ke dalam periuk
Jerang di atas api yang sederhana hingga mendidih
Tambahkan ikan, tomato, timun cili merah, cili hijau dan daun kunyit
Perasakan dengan garam secukupnya
Setelah masak
Sedia dihidangkan


KERABU KACANG BOTOL
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu

15 tangkai kacang botol
125 ml air imau nipis
125 ml santan ~ diperah daripada 1 biji kelapa parut
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai ~ dihiris nipis
8 ulas bawang merah ~ dihiris nipis

Bahan Kisar
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
1 sudu besar belacan serbuk
2 sudu besar udang kering ~ direndam hingga lembut
8 ulas bawang merah

Cuci kacang botol dengan sedikit garam, toskan dan hiris setebal 0.5 cm
Campurkan bahan-bahan yang dikisar dengan air limau dan santan.
Gaul sebati
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya
Masukkan hiruisan serai dan bawang dan kacau rata
Tambahkan kacang botol dan gaul sebati
Pastikan kerabu mempunyai rasa garam, air limau dan gula secukupnya
Hidangkan segera


TELUR DADAR

5 biji telur
2 labu bawang besar di hiris
secubit garam
1 sudu besar mayonis
1 batang cili merah dihiris
1 batang cili hijau dihiris

Satukan semua bahan dalam bekas dan dikocok hingga rata
Panaskan pan dengan sedikit minyak
Masukkan telur dan biarkan ia masak
Balikkan telur untuk meratakan masaknya di kedua-dua belah.



AIR JANDO PULANG
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan

1 biji kelapa muda ~ asingkan isi dan airnya
2 helai daun pandan ~ disimpul
Gula merah / gula Melaka / Gula Enau ~ secukupnya
Gula pasir secukupnya
Ais kiub secukupnya
Masak gula merah atau gula melaka bersama gula pasir, daun pandan, air kelapa hingga larut. 
Tapis dan sejukkan.
Kemudian masukkan isi kelapa muda ~ isi kelapa ini boleh juga dimasak bersama gula tadi jika suka
Tambah ais kiub secukupnya
Sedia dinikmati dingin


Membeli ragi di Pekan Jermal
Singgah sebentar ke Tasik Gelugur
Bila lagi hendak beramal
Kelapa muda lagikan gugur





17 comments:

Puan Eka said...

sedapnyaaa....

eka pulak suka ikan terubuk masak asam tempoyak..

terliur sangat ni walopon baru je makan mak masak 2 minggu lepas

chocolatemoist09 said...

wahhhh sedapnya kak ... lapar terus pagi-pagi ni nak cari nasi berlauk ^_^

norhanim md zain said...

sangat tertarik...lengkap hidangan siap dengan minumannya..terbaik:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mengancam lauk pauk ita sediakan tu...

akak pun kurang gemar ikan patin.. ada satu mcm rasa yg agak lain bila akak cuba makan.. jd memang tak mkn kalau en. hubby beli patin. msk gulai tempoyak pun akak kurang gemar.. tp ada satu resepi gulai tempoyak yg akan suka.. resepi yg dikongsi mariam.. hanya resepi dia je yg akan suka.. kalau gulai tempoyak versi kuning akak tak suka sampai skrg.. hihi.. cerewetkan? tp yg hairannya kalau sambal tempoyak akak terlebih2 suka la pulak! tak kira sambal tempoyak mentah atau sambal tempoyak yg ditumis semua akak suka.. mmg ngengada tekak nih.. hihi..

NenetPenne (NP) said...

i pun tak makan ikan patin..tak per kita tukar dgn ikan lain...

u punya blog memang cantik laa...gambar cantik... ada style...

Gee® said...

Subhanallah... rasa nak melompat ke dapor Ita... nk ngadap lauk pauk segala bagai tu.... bestnyaaaa

mimie said...

pic terahir tu mimie suka sangatttt ^_^

ajarkan kita orang ambil pic macam tu kak... huhuhu

ibundo said...

alahai... meleleh air lio nengok macam-macam air tangan ita. sedapppppnyer.....

umi's cup cake said...

Salam kak ita,
Ada lagi tak? Nak tumpang makan kat ruamh boleh? dah lama x makan semenjak tak duduk pahang dah..

Ina Mohamed said...

cantik sangat gambar-gambar kt atas ni. rasa seolah2 dibawa ke zaman dahulu kala, nampak klasik. gambar last tu plak rasa mcm berada kt muzium rumah2 lama, mcm ada cerita, ishh susah la nk explain tp sangat cantik. saya suka gambar last tu.

pasal ikan patin tempoyak ni dulu saya pun tak reti makan tp bila dah cuba jd suka la sangat2 pulak, hehehe.

Unknown said...

akakkkk ita sedapnya...semua ni fav Sha ...dah berkriuk kriuk perut nih....memang terbaek...

faa.rosli said...

akak...cubalah rasa ikan patin tempoyak...gerenti akak suka!

faa anak jati pahang, anak jati temerloh,bandar ikan patin. akak datang temerloh, rasa gulai ikan patin org temerloh, hilang terus rasa tak suka akak pada tempoyak n ikan sungai..

waaaaaa..sedapnya!

Kak Nik Ja said...

ikan patin kalau tak kena gaya masaknya...waaah berbau sgt hanyir....tapi kalau pandai masak...sedaplah jadiknya...errrk tapi akak pun tak makan ikan patin tuh...hihi

Rahel said...

Nak air jando pulang....haus banget

myxa said...

Tangan dan minda yg penuh kesenian

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Post Top Ad

test