KETAM TELUR ASIN - masam manis f

Breaking

Jan 22, 2013

KETAM TELUR ASIN




Cuaca di Johor dua tiga hari ini mendung dengan hujan yang turun mencurah-curah tanpa henti. Bagi kebanyakkan kawasan yang rendah mungkin telah dinaiki air. Bila cuaca begini, sebagai ibu bapa kita hendakah sentiasa peka tentang keselamatan anak-anak, terutamannya bagi mereka yang tinggal di kawasan yang rendah dah mudah dinaiki air. Begitu juga bagi mereka yang kediaman mereka berhampiran dengan sungai atau parit-parit besar. Pastikan anak-anak sentiasa dibawah pemerhatian kita, jangan sesekali kita terleka kerana 'malang tidak berbau'

Bila musim tengkujuh atau hujan dengan cuaca yang tidak menentu, pastilah harga barang-barang terutamannya bahan basah di pasar melambung tinggi. Apa yang pasti harga sayur terutamanya cili merah memang akan naik mendadak. Kebanyakkan peniaga pula akan menyalahkan cuaca yang buruk menyebabkan harga bahan-bahan meningkat. Ikan juga tidak terkecuali, melambung harganya. Maklumlah para nelayan tidak dapat turun ke laut bila keadaan cuaca buruk dan laut bergelora. Sebagai pembeli kita haruslah bijak berbelanja.


Hari ini ita jamu mata anda dengan hidangan 'seafood'. Walaupun bahan-bahan agak mahal musim hujan ni, tapi bila tekak ni teringin nak makan, kita turutkan aje lah kan... Bapa ita selalu berpesan, jangan berkira sangat bab makan terutamannya dengan anak-anak dan keluarga, kerana rezeki untuk anak-anak sentiasa ada dari Allah. 

Bila Dalili berhajat nak makan ketam, ita pun mencongak-congak, ada ke ketam kat pasar musim hujan ni. Kalau masa ita kecil dulu bapa ita selalu bawa ita merenjong ketam. 
Bila sampai di pasar mata ita melingas mencari kelibat Sang Ketam, tapi semunya kecil-kecil pulak. Merata ita merayap dalam pasar tu, Alhamdulillah akhirnya jumpa juga Sang Ketam yang betul-betul tinggal 4 ekor. Alhamdulilah rezeki anak.. Nasib baik dapat yang betina, kata mak kalau nak beli ketam pilih yang betina kerana banyak isi, kalau yang jantan tak ada isi.

Dapatlah ita masakkan Ketam Telur Masin, lauk kegemaran Dalili. Seronok pua lihat Dalili bertambah-tambah makan. Hampir semua ketam tu diratah Daili, ita dan suami hanya dapat merasa sorang separuh aje.. jadiah kan.. yang penting anak-anak suka. 
Lepas makan seakan tak cukup pula.. dan siap pesan lagi kat ita " mak, esok masak ketam lagi boleh tak?" " Insyaallah.. kalau ada ketam kat pasar nanti mak beli dan masak kan lagi ye.."


KETAM TELUR ASIN

4 biji telur asin ~ direbus, belah 2, korek isinya  dan di lenyek

4 ekor ketam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng terendam

3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
8 biji cili padi ~ ditumbuk halus
4 biji cili padi ~ diketuk
4 helai daun kari ~ raut daunnya sahaja kemudian mayang halus

2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair

Garam secukup rasa

Ketam dibersihkan dan dikukus hingga masak
Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ketam kuning keemasan
Angkat dan toskan

Dalam kuali berasingan panaskan mentega
Tumiskan bawang putih, cili padi tumbuk, cili padi yang diketuk dan daun kari hingga harum
Kemudian masukkan telur asin yang di lenyek tadi bersama susu cair
Gaul dan masak hingga rata
Perasakan dengan garam ~ berhati-hati kerana telur dah masin
Masukkan ketam dan gaul rata hingga ia menyalut keseluruhan ketam
Angkat dan sedia dihidangkan segera.


Selain lauk ketam ita juga sediakan sayur Kangkung Goreng Belacan.


KANGKUNG GORENG BELACAN

3 ikat kangkung ~ dipotong dan dicuci bersih
20 gm cili padi
10 gm belacan
15 gm ikan bilis
minyak untuk menumis
3 ulas bawang merah
3 uas bawang putih
garam secukup rasa

Cili padi, belacan, ikan bilis, bawang merah dan bawang putih di tumbuk
Pijarkan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing
masukkan kangkung dan garam secukup rasa
Hidangkan dengan taburan ikan bilis goreng jika suka.



Ini adalah satu lagi hasil laut yang cukup suka di tangkap oleh bapa ita. Kalau pergi menjala ke laut, pasti ikan tamban adalah hasil yang biasanya sering di bawa pulang. Ita pula tak suka makan ikan tamban ni, bukan kerana ikan ini bersaiz kecil tapi kerana ikan ini mempunyai tulang yang banyak dan amat sukar dimakan.

Rupanya bila berkhawin, ita mendapat suami yang cukup suka makan ikan tamban. Suka tak suka, sebagai isteri sesekali kita perlu juga menyediakan lauk kegemaran suami. Ita mengambil contoh mak ita, walaupun mak ita tak makan ayam, tapi kerana bapa dan anak-anaknya cukup suka makan ayam mak ita akan masak walaupun setiap hari.

Untuk memasak ikan tamban ini, ita terpaksa belajar bagaimana cara mak mertua menyediakan hidangan ini untuk anak lelaki tunggal kesayangannya. Ikan tamban ini direbus terlebih dahuu bersama asam keping hingga empuk dan lembut tulang-tuangnya. Ini bertujuan bila memakannya nanti, dengan tulang-tulangnya sekali boleh dimakan.


IKAN TAMBAN GORENG BERCILI

Ikan tamban ~ disiang, cuci bersih dan direbus dengan asam keping hingga empuk
Angkat ikan, toskan airnya

4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng terendam

Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
Salutkan ikan dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ikan kuning keemasan
Angkat dan toskan

200 gm cili merah ~ dikisar
100 gm cili padi ~ dikisar
7 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
3 batang serai ~ dititik
1 cawan minyak masak
garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar dan serai hingga garing
Perasakan dengan garam
Masukkan ikan dan gaul hingga ikan bersalut sempurna
Sedia dihidangkan



Takkan semua yang kering-kering aje kan??
Untuk kuahnya pula ita buatkan Tom Yum Udang.
emmm.. barulah ada kuah sikit tak lah kering aje bila lalu kat tekak ni kan..
Tom yum pula memang sinonimlah jika digandingkan dengan makanan laut bagaikan 'cincin dengan permata'


TOM YUM UDANG

5 ekor udang besar
1 peket pes Tom Yum
1.5 liter air
10 biji cili padi ~ diketuk
3 inc lengkuas ~ dihiris nipis
2 batang serai ~ diketuk
4 helai daun limau perut ~ buang urat tengah dan disiat-siat

lobak merah ~ dipotong
Kubis bunga ~ dipotong
Putik jagung ~ dibelah 2
Cendawan secukupnya
2 biji tomato ~ dipotong baji
2 pokok daun ketumbar bersama akarnya ~ cuci bersih dan dimayang 

3 sudu besar pati santan
2 biji jus limau nipis
garam dan gula secukup rasa

Masukkan air, pes Tom Yum, cili padi, lengkuas, serai dan daun limau perut ke dalam periuk dan masak hingga mendidih
Kemudian masukkan santan dan jus limau
Masukkan sayur-sayuran dan udang
Biar udang masak dan sayur empuk
Perasakan dengan garam dan gula
Sedia dihidangkan



Untuk membasahkan anak tekak selepas menjamu selera, ita sediakan Air Mata Kucing Gula Melaka. Sebenarnya air mata kucing juga adalah air kesukaan ita dan suami. Memang kerap juga kami sediakan air ini di rumah.

AIR MATA KUCING GULA MELAKA

1 cawan  mata kucing kering ~ di cuci dan di rebus hingga kembang
1 buku gula Melaka ~ di masak bersama air dan 1 helai daun pandan yang disimpul
gua secukup rasa
Air secukupnya

Mata kucing direbus
Kemudian tapiskan air gula melaka ke dalam rebusan mata kucing
Tambahkan gula secukup rasa
Tambahkan air secukupnya
Biarkan mendidih

Air mata kucing boleh dihidangkan panas atau dingin


Oh ya! hampir ita terlupa, hari tu ita berpeluang bertemu dengan Siti Dimiati, editor majalah AROMA yang tengah meletup-letup dipasaran. Kebetulan beliau turun ke Johor Bahru kerana ada tugasan yang menanti. Tak sangka dapat juga bertemu.. selama ini kita berbual lewat talifon dan alam maya sahaja. Kecil molek orangnya..  sangat manis dan ramah.. Terima kasih Siti kerana sudi bertemu dengan ita.

Ita abadikan gambar kenangan pertemua kami di sini sebagai kenang-kenangan.. entah bilalah lagi dapat berjumpa..


30 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita..

Kak Ita, kita pun suka beli ketam betina, selain isinya banyak, yang penting ada telurnya, hehehehe.

Lain kali kalau nak ketam ajak saya merenjong sama2 di Gelang Patah, jom!!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita..

Kak Ita, kita pun suka beli ketam betina, selain isinya banyak, yang penting ada telurnya, hehehehe.

Lain kali kalau nak ketam ajak saya merenjong sama2 di Gelang Patah, jom!!

-<@ * Liana * @>- said...

Alhamdulillah, tima kasih kak ita share resipi ketam telur asin. Insyaallah akan cuba nanti. Teringin juga nak cuba. Aritu ternampak juga resipi ketam telur asin dalam pada godek2 buku resipi. Tapi resipi kak ita ni nampak mudah. Nanti nak try. :-)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita..

Kak Ita, kita pun suka pilih ketam betina. Selain isinya banyak yang penting ada telur.. hehhee

Lain kali kalau nak ketam jom kita merenjong bersama di Gelang Patah, jom!!

zarifahmr said...

wahh laparnya tengok kak ita masak. nyummms. kak ita, boleh tak ajar telur asin masak lemak? nak belajar masak lauk kesukaan bakal mentua hehe terima kasih ! :)

Ina Mohamed said...

bestnya ketam tu, selalu tgk dlm jalan2 cari makan ketam masak telur asin ni. boleh la try nanti. saya pun x berapa suka ikan tamban sbb banyak tulang tapi kalau goreng garing dan ranggup baru lah makan, sedap.

LiNa_Pg said...

assalam kak ita,tak pernh mkn lg ketam telur masin ni.Haish!ari tu time ketam byk xjumpa la rcp ketam ni.Kalau x,mesti dh menerai.
Ikan tambn tu,nmpk sgt segar kan?ikan ni yg byk tulang kecik2 tu kan?tak pernh beli takut tercekik hihi

-<@ * Liana * @>- said...

Tapi nak tanya untuk wat ketam telur asin ni wajib pakai ketam nipah ke? Atau ketam biasa pun leh?

MamaFaMi said...

Mak ai, segar betul rupa ikan tu... sangat jelita!

asmahyusof said...

Salam kak itam...
mmg mantop menunya...mmg menu mewah musim2 hujan nie ....hehe
hari tue ada tgk dlm dapur zila ketam telur asin nie...mmg kn buat gak nie...:))

zarifahmr said...

Ehh silapp. telur itik masak lemak. bukan telur asin. hehehe

- AZIE - said...

semenya menu yg menarik!

ameris said...

segarnya ikan tamban kak ita...
geram nengok

Ayam said...

Ita...berderet deretnya makanan...semuanya kesukaan saya. Paling unik dan saya belum pernah makan lagi ketam yang di goreng dengan telur asin...terasa juga nak mencuba ..mesti sedap kan.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

semua sedap2 belaka lauk pauk yg ita sediakan... rindu sungguh nak mkn ikan tamban... jarang kelihatan di kedai runcit kat sini.. maklumlah nak ke pasar mmg tak sempatlah.. harapkan hari cuti jer.. itupun jarang ke pasar sbb biasa beli stok bahan basah byk2 dari kedai runcit je...

Gee® said...

Sedapnyaaaa menu... tumpang semangkuk boleh?

Siti Mariani said...

Aduhai teliuq dibuatnya...tima kaseh untuk resepi ni.belum pernah dgr.selalu sgt intai2 blog kak ita ni tau..suka sgt,byk resepi..sebelum ni pernah jugak buat resepi yg kak ita post,belum sempat untuk komen.halalkan resepi yg kita ambik ye..0-0..

Unknown said...

Sedapnya nampak ketam tu.. Camanala dalili tak makan bertambah..:)

Rina Audie said...

tak jemu rasanya singgah ke sini...
selalu dijamu dengan pic yang teramat cantik...
kak Ita memang the best....

Amie said...

Wah! Meriahnya lauk-pauk! Tiba-tiba teringin nak makan ikan tamban goreng garing walaupun banyak tulang! Dah bertahun tak makan ikan nih!

Mat Gebu said...

Ikan tamban sardine tu kak!, nampak macam baru nik dari laut... segar sangat!.

Unknown said...

Kak ita camne eekkk..nak kenal ketam betina..selalu beli belasah je...janji besar...

Caca said...

very appetizing photos

mommy@lif said...

Assalamialaikum

Saya pon nak tau macam mana nak pilih metam betina.. Thanks

mommy@lif said...

Assalamualaikum

Saya pon nak tau tips pilih ketam betina.. Pls share in your next posting..thanks.. Jazakallah..

firdausi said...

Salam.. comelnya Kak ita...salam perkenalan..minat sgt kat blog kak ita.. semoga Blog kak ita bertambah maju lagi....

Azura Rahamat said...

Mohon aplikadikan resepinyandan sharevea di blog sy azurarahamatblogspot.com

Azura Rahamat said...

Salam kak ota..menariknya blog akak ni..sy ni br belajar memasak..sy nk mintak izin mengaplikasikan resepi akak ni n shate di blog sy ea..silala ke blog sy azurarahamatblogspot.com

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam Kak, Nak tanya leh... kat mana banyak stock ikan tamban... Any suggestion... kita duk area pasir gudang je...

Post Top Ad

test