STEW TULANG - masam manis f

Breaking

Jan 28, 2013

STEW TULANG


Assalamualaikum


Selamat menyambut Thaipusam, kepada rakan-rakan ita diluar sana yang beragama Hindu. Seronok kan tinggal di bumi Malaysia yang permai dan indah ini, dengan pebagai budaya dan adat resam yang boleh kita lihat. Masyarakat Malaysia yang sentiasa menghormati agama dan adat budaya masing-masing. Saling tolong-menolong, bantu-membantu, ziarah-menziarahi antara satu sama lain yang paling utama masih mengekalkan nilai murni dan perpaduan antara kaum.

Hari ni merupakan hari cuti am di Malaysia. Wah.. bercuti panjang kita hujung minggu ni kan. Ada yang sambung cuti dari sambutan Maulidur Rasul tempoh hari. Pasti ramai yang merebut peluang cuti panjang untuk membawa keluarga bersiar-siar atau makan angin. Atau menziarahi keluarga dikampung dan juga rakan-rakan. Walau apapun perancangan yang telah di atur, semoga ianya berjalan dengan baik dan dapat merapatkan silatulrahim kekeluargaan dan menambahkan lagi ikatan kasih sayang buat anda sekeluarga.


Bila bercerita bab ziarah-menziarahi ni, kadang kala ada antara kita yang tak tau nak sediakan apa jika ada tetamu yang berkunjung kerumah, lebih-lebih lagi jika tetamu yang datang mengejut atau yang tak beritahu tentang kedatangan mereka.. nak buat suprise la konon.. ^___^

Pasti kelang kabut dan tak keruan kita dibuatnya. Mungkin niat tetamu kita baik, mungkin tidak mahu menyusahkan kita dan keluarga. Ya lah kalau diberitahu pasti pelbagai juadah kita sediakan untuk mereka. Jadi untuk tidak menyusahkan tuan rumah, mereka pun datang senyap-senyap.. hihi

Hari ini ita kongsikan resepi yang mudah dan ringkas untuk merai tetamu yang datang ke rumah. Sebenarnya resepi ini adalah perkongsian dari rakan ita yang ita kujungi rumahnya baru-baru ini. Ita kalau pergi rumah orang biasanya ita tak mau nak susahkan tuan rumah. Ita segan sebenarnya bila kedatangan di rai dengan hidangan yang lazat-lazat di atas meja.. aduyaiii.. malunya..

Kedatangan ita di jamu dengan Stew Ayam yang nampak ringkas tapi cukup menyelerakan. Menurut rakan ita resepi ini dia dapat dari jirannya sewaktu beliau menetap di luar negara. Tapi banyak juga telah di olah supaya ianya bersesuaian dengan selera kita. Ada sentuhan melayu di situ walaupun ianya adalah makanan barat yang sering disediakan di sana terutamanya bila tiba musim sejuk.

Stew yang ringkas penyediannya, boleh menggunakan ayam, daging dan tulang. Enak di makan bersama roti atau pasta, bergantung atas keselesaan dan selera anda dan keluarga.



STEW TULANG
by: Lyn

1 kg tulang ~ direbus dengan air dan garam hingga empuk
3 biji bawang Holland ~ di potong dadu halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
4 biji tomato buah ~ di dadu halus
3 helai daun Bay
1 sudu teh Pasley
1 1/2  sudu teh  lada hitam ~ ditumbuk halus
1/2 botol sos cili
1 kiub daging
garam secukup rasa

Capsicum / lada bengala hijau dan merah ~ dihiris
1 batang lobak merah ~ didadu
1 biji kentang ~ didadu
2 sudu besar kacang peas
2 pokok daun ketumbar ~ dihiris

Tulang atau daging direbus terlebih dahulu bersama air dan garam hingga empuk.
Jika guna ayam, goreng dahulu ayam separuh masak ini untuk mengelakkan ayam hancur jika tidak digoreng terlebih dahulu.
Dalam periuk berasingan, tumiskan bawang dan bawang putih hingga layur
Masukkan tomato dan masak hingga layur
Kemudian masukkan tuang bersama air rebusan tadi
Masukkan juga karot, kentang dan kiub daging
Masak hingga didih dan kentang empuk
Masukkan cili sos, lada hitam, daun bay, Pasley dan perasakan dengan garam
Biarkan kuah midih dan pekat
Tambahkan kacang peas dan capsicum
Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar
Sedia dinikmati bersama roti atau pasta



Untuk minumannya pula, ita sediakan Punch Citrus sebagai penyejuk dan penghilang dahaga.
Resepi yang mudah dan ringkas juga.
Tiada resepi khusus sebenarnya. Bancuhan air ikut keselesaan anda dan keluarga.

PUNCH CITRUS

Sirap Ros F&N secukupnya
2 sudu besar Oren Sunquick atau ikut selera dan kesesuaian
Air masak secukupnya
1 biji buah lemon ~ dipotong bulat
1 biji buat lime ~ dipotong bulat
Ketulan ais secukupnya

Bancuh semua, dan sediakan dingin



8 comments:

Nur-nba said...

Salam Sedapnya tengok menu Kak Ita.. Baik sungguh rakan akak nak berkongsi resepi enak ni. In Shaa Allah akan cuba satu hari nanti ..

aima said...

sedapnya, roti arab pun ada, tulang je kena p cari, nak copy paste la resepi kak ita ni ya...

mimie said...

wahhhh.....pagi2 kak ita dah buat mimie lapar.... ^_^

Gee® said...

Sedapnya cicah stew dgn roti arab... nyam2x

Ina Mohamed said...

bestnya stew, lepas tu pekena plak dengan punch citrus yg menyegarkan. :)

faa.rosli said...

emmm sedapnyaa.....

Unknown said...

Salam Kak Ita... Saya br seminggu jumpa blog akak ni. Tapi hari2 saya tatap. Tak jemu2 saya tenung gambar2 masakan akak tu. Mcm terasa-terasa kat tekak. Udah ler tgh2 diet ni, menggoda iman sungguh. Dan buat saya tak sabar2 nak tunggu hidup berdua 3 bulan lg nak cuba resepi2 akak nanti. Bila dah ada yg makan barulah seronok nak masak yer tak? heheheh

Apapun terima kasih banyak sebab sudi share resepi2 dan pic2 yg mabeles ni...thanks a lot...

Nabawi Syifa' said...

Best3....yummy :-)

Post Top Ad

test