Yang enak dan lazat dari pakar masakan - masam manis f

Breaking

Jan 12, 2013

Yang enak dan lazat dari pakar masakan




Assalamualaikum..
Lama rasanya ita tak kirimkan resepi di dapur alam maya ita ni. Sebenarnya kekangan masa dan kesibukan buatkan masa ita cukup terbatas sejak dua menjak ni. Maklumlah minggu persekolah baru bermula, dan ita masih belum dapat sesuaikan diri dengan jadual ita sehari-hari. Nampaknya ita kena aturkan semual tugasan ita supaya ianya dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Tapi jangan bimbang, hari ini ita akan kongsikan beberapa resepi menarik dan hebat dari insan-insan yang cukup dekat dihati ita yang mempunyai sentuhan magik dan mereka juga adalah sumber inspirasi ita didapur.

Bagaimana dah bersedia untuk menyalin resepi? waaa... pasti dah tak sabar-sabar nak melihat resepi istimewa ni kan. Ok lah, ita mula kan tirai hari ini dengan hidangan istimewa dari negara gajah putih di utara Tanah Air kita. Jom kita ke Siam dan terokai rahsia penyediaan Lodeh Siam dari Chef yang tidak asing lagi iaitu Chef Ismail.

Pada ita resepi ni cukup istimewa dan sedap kerana ia seakan kombinasi antara lodeh tempatan dan masakan Tom Yum dari Thailand. Kepada yang terasa nak mencuba tu silakanlah.. tak rugi sesekali kita bertukar selera. Bukan mudah nak merasa lodeh dari Siam ni, jadi bila dah ada resepi ni apa tunggu lagi..

LODEH SIAM
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu

100 ml minyak masak
1 liter air
200 ml pati santan diperah daripada 1 biji kelapa parut
2 kiub rempah TomYum
1 sudu teh pati ikan bilis
Garam secukup rasa
1 sudu besar perahan jus limau nipis

Bahan Kisar
15 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 tangkai daun selasih
2 pokok ketumbar bersama akarnya
2 batang serai
3 cm kunyit hidup
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 sudu teh pes cili kering

Sayur-sayuran
Kacang panjang ~ dipotong 1 inc
1/2 biji kubis sederhana besar ~ dihiris
300 gm sengkuang ~ di potong kecil
1 batang lobak merah ~ dipotong kecil

Bahan di goreng terendam
3 keping tauhu ~ dipotong dadu
3 keping tempe ~ dipotong dadu

Panaskan minyak masak dalam periuk diatas api yang sederhana.
Tumiskan bahan yang dikisar sehingga harum
Masukkan air dan biarkan merenih selama 15 minit
Tambahkan pati santan dan kacau selalu agar tidak pecah minyak
Campurkan rempah Tom Yum, pati ikan bilis dan garam secukup rasa
Kacau dan biarkan didih selama 15 minit lagi
Perahkan air limau
Masukkan sayur-sayuran, tauhu dan tempe
Biarkan kuah masak dan sayur empuk
Sedia untuk dihidangkan

Selain Lodeh Siam ita juga sediakan resepi Daging Api-api, juga hasil sentuhan tangan magik Chef Ismail yang tidak asing lagi bagi pengemar-pengemar masakan tradisional. Seperti lodeh Siam , resepi ini juga ita ambil dari buku masakan beliau yang ita beli sewaktu mengunjungi restoran Rebung milik beliau di Bangsar. Kerana teruja dengan masakan yang disajikan di restoran tersebut buatkan ita tak fikir dua kali untuk memiliki buku masakan beliau.

Resepi ini juga tidak kurang hebatnya. Walaupun resepinya nampak ringkas, namun hasilnya tidak mengecewakan. Ita buat separuh dari resepi, memandangkan kini kami hanya tinggal bertiga sahaja di rumah. Tak bolehlah masak banyak-banyak nanti berlaku pembaziran pula..!


DAGING API-API
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu

125 m minyak masak
2 sudu besar gula
1 kg daging ~ di potong, cuci bersih dan rebus hingga empuk
350 ml air
2 sudu besar air asam Jawa
3 sudu besar kicap pekat lemak manis
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam tumbuk kasar ~ untuk ditabur

Bahan Kisar
30 tangkai cili kering ~ direbus hingga lembut
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

Letakkan minyak masak dalam periuk dan panaskan atas dapur
Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau
Kacau dan kecikan api
Tambahkan gula dan kacau sehingga berkaramel dan kelihatan berkliat
Masukkan daging yang sudah direbus, balik-balikkan dan tambahkan air, air asam Jawa, kicap dan garam secukup rasa
Masak sehingga kuah pekat
Angkat setelah masak dan taburkan ada hitam yang ditumbuk kasar sebelum dihidang.


Dan yang ini pula adalah resepi yang dah lama ita teringin nak mencuba, tapi asyik tak berkesempatan aje... cara penyediaannya yang cukup mudah dan hasilnya memang aduh.. sedapnya.. buatkan ita makan bertambah-tambah.. terima kasih Chef

Cuma ita terpaksa olah sikit resepi, memandangkan ita dan suami tak pandai makan ikan bilis yang tak masak atau tak digoreng, jadi ita ambil keputusan untuk goreng dahulu ikan bilis ni, supaya ita dapat merasa kesedapannya, dan ternyata memang sedap!


SAMBAL GESEK
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Sajian Tradisional Negeri Sembilan

60 gm ikan bilis ~ dikopek ( ita goreng dahulu ikan bilis ni )
30 tangkai cili padi
3 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Lada padi ditumbuk sehingga lumat
masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar
Perasakan dengan garam dan gula
Akhir sekai perahkan jus limau kasturi

Sebagai penghilang dahaga pula ita sediakan jus Jimi Asmara hasil penyelongkaran ita di dapur maya Adnan Ibrahim yang kebetulan baru menyambut ulang tahunnya.. Selamat Ulang Tahun Mat.. semoga semakin bertambah-tambah rezeki Mat dan diberikan kesihatan yang baik supaya lebih ligat lagi didapur maya ni..


JUS JIMI ASMARA
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan

Air masak secukupnya ~ anggaran 1500 ml
4 - 5 camca besar gula
1 1/2 camca besar jus pekat minuman oren sunqick
1 camca teh esen pisang
1/4 camca teh pewarna hijau
Ais kiub secukupnya

Bancuh guna dengan sedikit air panas, kacau rata.
Kemudian satukan semua bahan di atas kecuali air batu.
Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah gula.
Tuang ke dalam jug sesuai dan isi dengan ais kiub secukupnya
Atau boleh juga isi ais kiub dalam setiap gelas dan tuang jus jimi asmara tadi secukupnya.
Biarkan sejuk sebentar dansedia dinikmati


Bila dah menjamu selera tak lengkap rasanya jika tiada sesuatu hidangan yang segar dan nyaman sebagai pencuci mulut.
Hari ini ita kongsikan resepi yang mudah dari Chef yang tidak asing lagi iaitu Chef Amer. Tapi ita olah sikit resepi ni, dari sebiji kek ita jadikan dessert yang cukup enak untuk dinikmati.


VERY BERRY MOUSSE
Rujukan : Chef Amer

Kek span ~  apa-apa kek span pun boleh
Buah strawbery secukupnya ~ di belah 4
Buah Blackberries secukupnya
Strawberry filling secukupnya

Berry Mousse
2 biji kuning telur
Rasberry puree ~ atau apa-apa puri berries pun boleh
6 gm serbuk gelatin halal
25 m air
150 gm krim bukan tenusu

Tuangkan air dalam bekas kecil
Taburkan serbuk gelatin atasnya dan biarkan gelatin mengembang anggaran 10 minit
Sementara itu panaskan kuning telur secara double boiler sehingga ia pekat. * pastikan sentiasa dikacau
Alihkan dari api dan campurkan rasberry puri dan gelatin. Kacau rata
Biarkan sejuk
Sementara itu pukul krim bukan tenusu hingga kental, kaku dan bertanduk
Kaup baik krim bukan tenusu yang telah diputar dalam adunan puri rasberry tadi. Kacau rata

Sediakan gelas atau bekas
Letakkan kek span di dasarnya
Tuangkan pula berry mousse
Taburkan dengan buah-buahan segar strawberry dab blackberries
Akhir sekali letakkan filing strawberry
Simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.


Untuk minum petang pula ita sediakan kek pisang gebu. Resepi  Chef Zubaidah dari buku koleksi masakan beliau. Kepada mereka-mereka diluar sana yang suka buat kek, jangan lupa dapatkan senaskah buku kek beliau, tak rugi beli kerana semua resepi dalam buku ni memang sedap dan sangat mudah penyediannya.

Kek pisang gebu ni dah banyak kali ita buat. Cuma ita tak berkesempatan untuk kongsikan resepinya sahaja. Sebab setiap kali buat sekejap aje dah licin.. baunya yang menusuk tu buatkan anak-anak tak sabar-sabar nak makan terutamnya ketika masih hangat dari ketuhar.. memang sedap!


KEK PISANG GEBU
Oleh : Chef Zubaidah
Rujukan : Jamuan Kek

150 gm pisang ~ dilenyek
200 gm tepung gandum
160 gm gula kastor
3 biji telur
120 m minyak masak
1 sudu besar ovalatte
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

Panaskan ketuhar pada suhu 170 C
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit butter pada loyang dan lapik dasar loyang dengan kertas kek

Dalam bekas pemutar satukan semua bahan dan pukul hingga pekat
Tuangkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit ~ 1 jam bergantung pada ketuhar masing-masing.


Kepada semua rakan-rakan, selamat mencuba dan selamat berhujung minggu..







15 comments:

rahel said...

Selamat malam Kak Ita....
seperrti biasa..tak boleh tengok lama2...hehehe...takut peyut berkeroncong tengah malam...

faa.rosli said...

wow..1 entry penuh dengan resepi2 hebat terutama dessert tu....sooooooo nyummeh!

Kina said...

Salam Kak Ita.. Kagumnya tengok Kak Ita memasak, teliti sungguh!!
Paling saya kagum, kegigihan Kak Ita menghias makanan tu. Kita ni dahla masak simple2, lepas tu campak aje dlm pinggan.. hehehe...

Mat Gebu said...

Mantapppp!!!... (^___^)\/

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
Wah semuanya nmpk sedaaap... Diana tgk pun dah terliur nie...

Hesti HH. said...

Salam kak Ita,

Semua hidangannya bikin ngiler...tertata cantik pula. Memang tangan Kak Ita niy sangat telaten...

monasrie said...

salam....
menten mantap air tgn kak Ita... I loike..

Unknown said...

Wow..MABELES SANGAT!!!

aziezd said...

salam....
amboi kak ita,... sekali pos berderet2 terus resepinye...
kak yg sambal gesek tu... kalau nak yg asli ikan bilis u just basuh bersih2.. & tumbuk x yah hancur kira just tumbuk sikit je... baru terasa ikan bilis + cili padi + asam limau tu.. buat biar pedas + masam2 sikit... kalau ada kundang pun boleh masukkan sekali... kulit limau tu boleh di hiris halus2 sebagai penambah selera... sambal gesek nie mkn gan nasi panas2 mmg terangkat.. selamat mencuba...

Hanim said...

Mak aiiii dari mkn tgahari smpai petang recpnyerrr, mantooooop la k.ita nih. Suke deset n kek tu....wallah dgn gmbr yg marbelessss.

mimie said...

fotonya subhannallah kak ita..:)

belum lg rasanya tu....
#membayangkan kak ita masak sebanyak itu.... ^_^

Shasha Mohamed said...

Saya paling suka daging api2 dan sambal gesek tu. Nampak sungguh ekslusif! dan sedap jer.... ;)

Thanks for sharing ;)

saimaria said...

Kak ita.... terkejut baca tetiba banyak resepi dlm satu post :) marvellous!!

Anyway, saya nak tanya sket, macam mana kak ita buat karot bunga tu? ada acuan ke? ke guna pisau je? comel sungguh...kalau saya asyik dpt kelopak tak sama besar dan sungguh tak comel.

Saya harap kak ita boleh berkongsi kan cara nak buat karot bunga tu :) terima kasih kak

Unknown said...

Hello, I invite you to visite my blog at food and beverage

Unknown said...

Erm sedapnya...
Bagi peminat mee..

http://nazrihatsof.sharethisstory.net/my-852876-5932

Post Top Ad

test