Apa khabar semua rakan-rakan yang ita kasihi sekalian.. Semoga semuanya sihat dan ceri-ceria selalu dalam menjalani rutin seharian dan melaksanakan tanggungjawab yang terpikul.
Alhamdulillah kita masih lagi dapat bersua walaupun lewat papan skrin komputer.. sahaja
Bagaimana perjalanan hidup kita sehari-hari.. semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dan sentiasa mencucuri rahmat buat sekalian umat Nabi Muhammad SAW.
Bercuti panjang memang buatkan ita terasa sunyi.. Sunyi dan sepi dari perkhabaran rakan-rakan diluar sana.. tapi apakan daya.. ita tak sihat untuk melaksanakan rutin seperti biasa. Maaf andai ada yang tertunggu-tunggu balasan email dari ita, atau ada yang mungkin tertunggu-tunggu resepi terbaru..
Ita juga manusia biasa yang sering diuji olehNya. Ada kala sihat ada kala diberikan ujian sedikit kesakitan.. Semuanya untuk menguji sejauh mana ita dapat bersabar dengan ujianNya ini..
Ita sentiasa berdoa agar ita segera sembuh dan pulih seperti sedia kala..
Sebagai suri rumah, walaupun tak sihat rutin seharian tetap diteruskan.. masih lagi memasak untuk keuarga maklumlah ita tak punya orang gaji.. jadi semua urusan rumah terpaksa ita laksanakan walaupun kesihatan tak mengizinkan.
Oklah ita pun tak boleh nak sembang panjang-panjang.. mengadap komputer ni pun dah buatkan kepala ni berdenyut-denyut semula.. nanti kalau dah sihat sepenuhnya bolehlah kita sembang..
Ita tinggalkan anda semua dengan resepi kek gulung.. Selamat mencuba!! dan Happy Cooking
Bahan A
5 biji kuning telur
100 ml minyak Mazola
65 ml susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Bahan B
100 gm tepung
1/2 sudu teh soda
Bahan C
5 biji putih telur
100 gm gula kastor
1/2 sudu teh serbuk tarta
Bahan D
50 ml air panas
20 gm serbuk koko
10 gm Nescafe
Inti
Krim putar bukan tenusu perasa coklat
* kalau tak ada boleh putarkan krim putar bukan tenusu dicampurkan dengan ganache coklat
atau putar krim putar bukan tenusu di campurkan dengan Nutella
Dalam satu bekas, satukan bahan A dan gaul dengan spatula atau whisk hingga bergaul rata.
Campurkan bahan B yang telah di ayak dan gaul rata, ketepikan
Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih, tambahkan gula kastor dan serbuk tarta dan putar hingga kental dan bertanduk
Kaup balik adunan putih telur ke dalam adunan tepung hingga rata
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Bahan D di satukan
Masukkan bahan D dalam satu daripada adunan yang telah diasingkan tadi dan gaul rata
Sediakan loyang 25x35cm, alas dasarnya dengan kertas kek dan sapukan dengan butter
Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli.
Dengan menggunakan belakang sudu buatkan marble
Bakar pada suhu 160 C selama 20 ~ 25 minit
Sejukkan setelah masak
Letakkan inti pada kek dan gulung kemas
Balut dengan kertas minyak dan simpan dalam peti ais semalaman
23 comments:
Tu diaaaaaaa.....
Tu diaaaaaaaa....
Semoga Ita cepat sembuh dan kembali aktif... apapon air tgn Ita tetap mantop!! cantik kek gulungnyaa...
caantikkkkkkkkkkkk...
kek nmpk moist dan gebuuu
assalammualaikum wwb kak ita...
syafakillah kak...
semoga allah beri kesembuhan buat kak ita....
cantekkkknya kek gulung tu kak... :)
semoga cepat sembuh kak ita...
teringin sgt nk buat kek gulung mcm kak ita tp takut xmjadi..
Semoga kak ita cepat sembuh..sakit tu kan penghapus dosa kita
Salam Kak Ita,
Semoga cepat sembuh ya Kak Ita, dan kembali lagi meramaikan dapur masam Manis. Cantiknya cake gulung itu...
Assalamuaalaikum Kak Ita..Semoga Kak Ita cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala...
teruja sangat...macam nak buat sekarang ni juga....
Assalam Ita, cantiknyaaaaa....mengancam tekak yg sedang berpuasa ni taaauu..kalau la dpt ngap petang nnt...huhuu. Waaah Mat dah nak buat xdan2 tu....akak je yg "sabauuu jek laaa tengok" heheheh
as salam kak...
semoga cepat sembuh.. rindu dgn entri2 akak... kali nie terubat rindu dgn kek yg cantik nie...
in sha allah saya akan cuba... nny sy update kat blog sya yer..... tlg la bagi komen sikit...
cantiknya~
Amboi cantiknya :)
Rindu terubat... Selalu jenguk blog akak.. Semoga akak cepat sembuh.. Sy nk ucap terima kasih kongsi resepi Pulut Serunding.. Sy dh cuba dn hasilnya mmg terbaikk.. Sukatan bahan yg akak beri pn amat tepat dn rasanya sgt sedap.. Begitu juga dgn resepi Salad TAuhu..easy, simple n tasty.. TQ kak ita...
Assalamualaikum kak..
sy setiap hr singgah blog akk menunggu resepi2 terbaru & melihat resipi2 terdahulu..
hasil tangan akk mmg xpernah mengecewakan sesiap shj yg bertandang ke sini..
memei meletopp habiss la!!
sy doakan akk sihat selalu..^o^
Cantiknya kek akak... hari tu nina wat pavlova ikut resipi akak. Ada printscreen blog akak. Hihi. Xp kannn
Cantik nyer nampak kek nie lembut je hasil nyer nnt kalau ade masa nk cuba lah thanks ek kongsi resepi :)
dalam kondisi tak sehat saja kak ita masih bisa bikin kue. Fotonya cantik lagi. semoga cepat sembuh ya kak ita...
Pengsan I kak!!! Geramnya tengok kek gulung akak yang cun melecun tuh!!! Huwaaaaa....tak sampai tangan ni...huhu ;)
wahhhhhhhhhhhhhh terliur..
mls nak buat.. nak makan je bole?
hehee
nmpk je dh mcm sedap..lom rasa lg kan..ada ms nnti boleh try ni..
mkn ubat dan smoga cpat sembuh kak..sentuhan akk sentiasa terbaik..
Post a Comment