Bengkel Masakan Barat dan Pasta - masam manis f

Breaking

Mar 25, 2013

Bengkel Masakan Barat dan Pasta

Assalamualaikum


Alhamdulillah Bengkel Masakan Barat dan Pasta bersama Chef Amer, telah pun melabuhkan tirainya semalam. Kelas yang buat julung-julung kalinya di adakan oleh Chef yang terkenal dengan coklatnya buat pertama kalinya di adakan di Johor Bahru.  Kelas selama 2 hari ini di anjurkan oleh Oliez Academy bersama Mom's Bake House

Kelas yang sangat hapening dengan peserta yang sangat sporting.. telah berlansung dari pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang. Cuaca panas terik di sebelah pagi dan hujan lebat di sebelah petangnya sedikit pun tidak menganggu konsentrasi para pelajar yang datang bersama semangat untuk menimba ilmu dari Chef tersohor ini  dan antara 9 chef terbaik di Malaysia.

Syabas dan tahniah ita ucapkan kepada semua peserta. Semoga setiap ilmu yang chef curahkan bersama tip-tips berguna dapat di amalkan dan dimaanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Seperti kelas-kelas sebelum ini, ita begitu teruja apabila diberitahu terdapat peserta yang datang jauh dari utara. Begitulah kan.. kata orang kalau nak menuntut ilmu.. tak kira di mana.. walaupun terpaksa berlayar jauh nun.. di negara Cina.

Kalau kelas sebelum ini terdapat peserta yang datang dari Sabah, Selangor, Melaka, Singapura, untuk bengkel kali ini ada sepasang suami isteri yang datang dari Grik dan juga dari Pucung. Aduyaiii.. terharu ita.. Ita rasa chef pun begitu juga..

Apa kata kita intai-intai pula kelas Masakan Barat dan Pasta bersama Chef Amer..




Kelas yang tak kering gusi dibuatnya bila Chef asyik mengusik setiap para peserta. Seakan kita berada di pentas raja lawak laaa.. pulak!! haha


Reaksi seorang pakar... ada berani?..


Inilah antara menu yang chef ajar dan persembahkan kepada setiap peserta.. Apa yang pasti semuanya sedap-sedap belaka.. wallaaa.... semuanya ita suka

 saya suka.. saya suka.. saya suka..

Air tangan chef memang tak pernah menghampakan.. Sedap sangattt..
Chef bukan sahaja mengajar tapi sebenarnya chef lebih kepada mencurahkan ilmu.. seperti mana kata chef
" ilmu ini tak bawa ke mana.. sebaiknya kita kongsikan.. sekurang-kurangnya kita mendapat pahala di sana kelak.." 
Amin...

Terima kasih Chef.. banyak sangat ilmu yang telah chef kongsikan pada kita semua.. kami semua doakan semoga chef di murahkan rezeki berlipat-lipat kali ganda.. dan semoga chef di berikan kesihatan yang baik dan di berikan kebahagiaan bersama keluarga tersayang..

Berbaloi-balaoi menyertai kelas chef, kerana setiap peserta bukan sahaja di ajar memasak dengan kaedah yang betul.. Chef juga memberikan panduan bahan-bahan yang terbaik untuk digunakan.. bukan itu aje tau.. hinggakan siap berikan alamat kedai yang menjual bahan yang murah untuk mereka yang berhajat untuk meniaga kelak..  Chef juga mengajar cara packaging, harga sesuatu masakan untuk dijual di pasaran.. Bahan apa yang terbaik untuk mendapatkan hasil masakan yang sedap!!.. Apa yang pasti.. kita dapat menyediakan hidangan yang lazat dan berhasiat serta halal untuk seisi keluarga.

Yang lebih istimewanya, setiap peserta dibekalkan dengan makanan yang di ajar.. bukan 1 tau tapi setiap peserta mendapat 2 set hidangan Lamb Cop dan 2 set hidangan Chicken Chop wallaaa... tak sabar nak di bawa pulang untuk insan-insan tersayang dirumah.. Bayangkan kalau terpaksa membeli.. berapa pulalah harganya kan?..

Chef Ita minta izin kongsikan bahan-bahan yang chef gunakan di sini ya chef.. sebagai rujukan peserta-peserta kita yang menyertai bengkel chef dan untuk ita juga.. maklumlah chef umur dah masuk kilauan emas ni.. asyik lupa aje..


Peserta kali ini juga bertuah kerana Chef juga tidak lokek memberikan satu lagi resepi percuma bagaimana menyediakan tuna sandwitch yang waalllaaa.. sedap sangat.. tak sampai berapa minit dah habis selesai..  serius chef memang sedap!!


Para peserta juga di ajar cara memilih daging yang betul, kaedah memotong dan memarinate daging dengan cara yang tepat..


Chef juga menunjukkan bagaimana cara nak debone ayam untuk di buat Chicken Chop
Ooooo... macam tu ya chef caranya.. barulah ita tau..
terima kasih chef.. ^__^


Masa untuk merasa


Apa kata mereka?


Kepada mereka-mereka yang tak berpeluang mengikuti bengkel Chef Amer kali ini jangan lupa intai-intai bengkel beliau seterusnya..
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi 
Pn Siti Zaleha di talian 
019 ~ 7550154
atau semakan kelas selanjutnya di Johor Bahru di 

Kepada rakan-rakan ita yang lain jangan lupa janji temu kita di Bengkel Pembuatan Biskut bersama Chef Amer pada bulan April ini.. jangan lepaskan peluang.. tempat amat terhad sila daftar segera supaya nama anda tak tercicir dari senarai..
kali ni pasti lebih hebat lagi.. 

Akhir kata daripada Chef Amer..


Cook with love...


N3 berbayar



11 comments:

Gee® said...

Wallah...

It's me... said...

Kak Ita, just nak confirm, sauce HP tu dah lepas persijilan halal ke? sikit masa hari tu kan kecoh kata tak halal.

Azlita Aziz said...

Oleh kerana itu kita kena bertanya pada yang pakar..

Chef ada terangkan kaedah penyediaan sauce tu akak rasa tiada bahan yang digunakan yang menyumbang kepada itu

hanya menggunakan lada hitam, tepung dan rempah-ratus

Sebab itu digalakkan menuntut ilmu pada yang arif dan tahu penyediaan makanan

Sekiranya ianya tidak halal awal-awal lagi chef dah bagi tau..

contohnya bila kita makan di hotel adakah kita yakin yang penyediaan mereka halal?
Dimanakah bahan mentah mereka simpan?
Bagaimana cara mereka menyimpan adakah pada tempat yg sama?
Bagaimana pula dengan periuk belanga dan pinggan mangkuk?

Kalau nak tau lain kali kena join kelas Chef.. semuanya akan chef huraikan satu persatu supaya kita lebih berhati-hati..

Bila dah tau cfrm lepas ni tak akan makan diluar lagi..

akmahika said...

sweetnyer pic yang last tu...hehe

azizahhaziq said...

Chef amer tak buat ke kelas di pantai timur mcm di kota bharu?

zubedah said...

Salam Kak Ita,

Kedai tempat chef ckp jual remapah tu kat mana ye?

kakakchomel said...

salam kak, macamana nak buat sandwich tuna yg sedap tu?kalau chef benarkan, akak kongsi la kat sini ye :)tq kak

cidawahida said...

Saya pun nk tau mcm mana nak buat sandwich tuna yg sedap tu.. harap akak dapat la share dgn kami...tq kak :)

NJihe.am said...

Salam akak, saya minat belajar masak. Chef ada datang kl tak? :-(

Unknown said...

salam kak ni panduan ingin membuat cupcake scra online boleh menambah pendapatan scra dri rumah harap dapat sebarkn link ni terima kasih http://3cbakery.ashadee.com/go/2/hazim1993/

Unknown said...

Salam...ada tak class dlm masa terdekat nie ...thanks

Post Top Ad

test