Resepi ni dah banyak kali di buatkan.. Rasa-rasa ramai yang dah mencuba dan pastinya ramai yang sukakan rasanya yang enak, selain itu keunikan setiap corak yang terconteng di atasnya amat memikat dan mengamit hati memandang.
Ita rasa ucapan terima kasih yang tak terhingga haruslah di berikan kepada tuan empunya resepi asal Pn Azita Zain yang sudi kongsikan resepi yang menjadi kesukaan ramai ni. Ahamdulillah.. resepi ini kini telah menjana pendapatan kepada para suri rumah.
Sebenarnya ita tersentuh bila menbaca kiriman emai daril seorang kenalan yang boleh ita panggil adik. Ia membuatkan air mata ita berlinang di pipi..
" saya telah berhenti sekolah kerana keluarga tidak mampu membayar yuran persekolahan saya.. Saya tinggal dirumah menjaga adik kerana ibu terpaksa berkerja untuk menangung persekolahan adik-adik. Baru-baru ini ibu saya jatuh sakit, saya buntu apa yang harus saya lakukan untuk menyara keluarga.. Saya berasa sangat bersyukur apabila saya terjumpa blog Masam Manis. Terima kasih kak Ita kerana mengajar saya memasak.. kini saya sudah mula mengambil tempahan kecil-kecilan dan kini saya sudah dapat membantu membeli ubat untuk ibu dan membayar yuran sekolah adik-adik saya.."
Ita mengharapkan perkongsian ini, memberikan seribu kebaikan kepada semua.
Ilmu harus dikongsikan supaya ianya tidak putus sampai di sini sahaja. Tiada apa yang lebih berharga selain dari ilmu yang Allah kurniakan kepada hambanya.
BLUEBERRY CHEESE TART
By : Azita Zain
Shell Tart
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Adunan jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.
Masukkan filling ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan
kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam
piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh
supaya ia cantik membuncit.
Kemudian boleh lah kita mulakan proses untuk melorek atas cheese tart tadi.
Kemudian boleh lah kita mulakan proses untuk melorek atas cheese tart tadi.
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang kita
suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek
dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu
lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidak secantik yang
kita inginkan.
Untuk corak bunga ni, masukkan adunan cheese yang telah diwarnakan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya kecil aje. Kemudian buatkan corak bunga dengan warna merah jambu dan hijau untuk daun. Untuk tangkainya, gunakan lidi yang halus, celupkan hujung lidi dalam coklat emulco dan tarik dari kudup bunga ke bawah. Tarik lembut-lembut aje..
Bila dah siap semuanya bakar semula dalam ketuhar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari.
Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam
seminit lagi.
Untuk step by step cara membuat cheese tart boleh rujuk di Sini
34 comments:
Comelnyaaaa
Cantik nyer, Ita. Sungguh berbakat lah Ita ni
banyak pahal diraih Kak Ita, semoga adik manis itu dilimpahkan rezeki oleh Allah SWT.
lain kali mahu juga corak baru tapi M nya besar sangat, hehe
Cantiknya bunga mcm lukis gn pen je. .tq k.ita
Alahai...kiut miutnya...syg plak nak mkn...
Salam Kak Ita,
Ikut terharu baca email pembaca blog Kak Ita, betul sekali yang Kak Ita bilang tu, ilmu harus dibagi...semoga kongsi resipi Kak Ita selalu membawa keberkahan bagi orang lain dan pahala pula buat Kak Ita. Amiiin
akak,klu nak tempah kat akak boleh?
klu boleh camner eh?
sgt gojes.... thumbs up...
salam kak ita,
suka makan tat ni tapi tak pandai buat..selalu beli ja..hehe..
cantik kak ita... cam sayang pulak nak makan hihi
cantikk sangat bunga tu kak...
sesuai kan klu dibuat hantaran...
Eeee.. Cantik sgt bunga tu k. Ita.
Kena cuba lukis ni. Selalu saya buat guna lorek2 tu aje. Yg mcm ni lg cantik! Sy pn belajar dari blog azita zain
tq for sharing
chumilnyerrr.. tak sampai hati rasa nak gigit.. :)
kak itaaaaaaaaaaaaaaaaa .. nak resepi ni boleh ? nak cuba buat .. sambil2 tunggu result SPM ni kluaaa .. hihihi .. :D btw,terima kasih kak ita sbb byk membantu .. Syg kak itaa :p
masyaAllah.... luar biasa cantiknya kak...
Salam Kak Ita...
Jeles i tengok tat. Cis bunga ni..sangat2 cantek....
Comelnya kak !
kak ita, since resepi ni blueberry cheese tart, kita letak blueberry masa bila ya?
kak ita, bila kita letak blueberry ya kak since resipi ni bluberry cheese tart?
salam...aduhai k.ita...tersangatla cantiknya, halus berseni teliti sekali...tradisonal gitu....cantik sgt...
cantiknya...halus berseni sekali k.ita...
I like to see your blog kak. This cream cheese tart is so pretty. Hope one day I bake it my ownself.
sedapnye...
terpegun sy tgk hasil tgn k Ita yg kemas n kretip ni...keep it up Kak Ita!
sedihnya kisah kawan akak tu.. semoga Allah permudahkan hidup kita semua kak..amin..
no komen
hanim suuuka sangat
salam.tumpang tny.kenape filling cheese saya jd likat ye? texture jd x smooth bile pipe kn ke dlm crust.perlukah sy tmbah whipping cream @ susu?
Pertama Kali terjumpa blog ni, saya dah jatuh hati... Dgn presentation nya,dgn resepi nya, superb! ...
Suka,suka,suka..... Nanti nak try resepi yg ada disini... Tqia..
Kak ita..lps sejuk die dah xgebu plk dah., lps masak tu punye cantik naik diem. Knp ye
K ita guna pewarna jnama apa
cream cheese tu bole simpan tak kalau banyak?
I suka kak ita punya recipes. Simple as possible. And anyway, berkat belajar dr mula sampai sekarang, I dh dapat terima tempahan y banyak. Alhamdulillah. Bersyukur sangat! Thanks kak ita...
yeay..nak cuba. mesti sedap!
ciao! SIMPLY WONDERFUL! Very good! Is it possible to copy your receipes or download them in pdf? I'm trying, but I can't ... Grazie! Ciao Lorella
Post a Comment