OWL SUGAR COOKIES - masam manis f

Breaking

Mar 1, 2013

OWL SUGAR COOKIES

Assalamualaikum


Setiap manusia pasti akan terbelengu dengan seribu permasalahan.. Selagi kita bernama manusia, masalah itu pasti akan ada kerana itulah ujian dariNya untuk menguji sejauh mana ingatan kita terhadapnya.. Bila ada masalah biasanya kita kerap menyalahkan diri atau takdir..

Sebenarnya kita harus bersyukur kerana diberikan ujian.. kerana setiap kali kita diuji kita semakin mendekatkan diri kepadaNya..

Ada masa bila kita terlalu sibuk dengan urusan dunia.. kita hampir-hampir melupaiNya.. pada ita itu adalah lumrah kehidupan.. kerana manusia mudah lupa..

Ita sebenarnya kurang minat menonton drama di TV, ita hanya akan tonton bila pelakonnya bagus, jalan ceritanya menarik dan menyentuh nilai kehidupan di samping arahan dari pengarah yang hebat!
Slot Zehra TV3 drama bersiri Hanya Padamu benar-benar membuatkan ita tak sabar menunggu hari Jumaat malam. Ita suka jalan ceritanya yang tidak terlalu berat tapi sangat mendalam penyampaiannya.. Yang paling utama ita sukakan shoot gambarnya yang sangat lembut dengan pemandangan yang cukup menarik!  Kepada mereka yang belum menonton cerita ini bolehlah menontonya malam ni.. tak sabar nak mengetahui kesudahan cerita ini..


Setiap kali ita berhadapan masalah.. melukis adalah cara ita untuk melupakan masalah atau tekanan yang ita hadapi. Pada ita setiap daripada kita pasti ada cara tersendiri untuk menghindarkan diri sebentar dari kemelut permasalahan.

Bila ita melukis, ita dapat melupakan segala-galanya.. walaupun tidak secara keseluruhan.. tapi sekurang-kurangnya ianya dapat menghiburkan hati..

Kini ita tidak mempunyai cukup masa dan ruang untuk melukis.. Tepung dan pewarna adalah peneman yang dapat menghiburkan hati ita tika dan saat ini. Selain itu bila ita dapat memegang camera pasti segala masalah pun hilang satu persatu.. Ini lah dunia ita kini..


Pada rakan-rakan ita diluar sana, jika ada masalah jangan sedih-sedih.. Mintalah pertolongan dan mengadulah padaNya.. Hanya Dialah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Walaupun kini kita sendiri.. ditinggakan kawan-kawan atau orang yang kita sayangi.. tapi kita masih ada Dia..


OWL SUGAR COOKIES
Untuk melihat cara membuatnya boleh rujuk di SINI

225 gm mentega tanpa garam ~ kalau bergaram tak payah letak garam lagi
150 gm gula icing
1 biji telur ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam ~ kalau guna mentega bergaram sila abaikan
2 sudu teh baking powder
450 gm tepung. 

Ayakan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
Satukan butter dan gula icing, dan pukul hingga berkrim
Tambahkan telur dan esen vanilla.
Dan terus memukul hingga sebati
Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan garam sedikit demi sedikit. 
Putar hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Letakkan doh atas plastik wrapping, bungkus kemas dan simpan dalam peti ais semalaman.

Keluarkan doh dari peti ais
Canai doh atas dua lapik plastik setebal 1/2 cm
Gunakan acuan pilihan dan terap 
Susun doh atas dulang pembakar
Panaskan oven 15 minit sebelum membakar cookies
Suhu 180C, gunakan api atas dan bawah.
Bakar doh selama 10 minit atau sehingga cookies masak sempurna.
Setelah cookies masak, susun atas redai hingga ia sejuk sepenuhnya.

ROYAL ICING

800 gm gula icing
1/3 cawan meringue powder
3/4 cawan air ~ air yang di masak suhu bilik
1 sudu besar jus lemon 

Satukan gula icing dan meringue powder
Masukkan dalam mixer dan putar dengan speed perlahan hingga ia bercampur sempurna
Tambahkan air dan jus lemon dan pukul dengan speed sederhana.
Teruskan memukul dengan speed yang sederhana hingga adunan mengental

Sekarang adunan royal icing telah tersedia dan boleh di gunakan.
Boleh lah diwarnakan mengikut kesesuaian.

Untuk membuat layout, jika adunan royal icing terlalu pekat tambahkan sedikit air ~ anggaran 1 sudu teh, sedikit-sedikit hingga ia mencapai kepekatan yang sesuai untuk membuat layout ( adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair) kacau adunan rata.

Untuk bahagian dalamnya pula, adunan hendaklah licin dan cair sedikit dari adunan layout tapi tidak terlalu cair supaya bila kita paipkan ia tak meleleh turun. Oleh itu jika adunan pekat letakkan air sesudu teh demi sesudu sehingga mencapai piawaiannya OK!

Adunan bolehlah diwarnakan tetapi Jangan menggunakan pewarna yang berasaskan minyak. Hanya gunakan yang berasaskan air sahaja.

Sediakan piping bag secukupnya.
Untuk bahagian dalam boleh juga menggunakan botol sos yang lubangnya kecil.
Sediakan nozel lubang kecil untuk layout dan sedikit besar untuk bahagian dalam

Sediakan juga gelas. Lapik dasar gelas dengan tisu basah supaya icing tidak cepat mengeras.
Letakkan royal icing dalam piping bag dan letakkan dalam gelas yang telah dilapik dengan tisu basah tadi seperti dalam gambar.
Sekarang kita dah bolehlah mula melorek atas cookies

Buatkan layout dahulu atas cookies, dan biarkan ia mengeras
Ini bertujuan bila kita letakkan lapisan dalam ia tak mengalir ke luar.

Kemudian paipkan pula bahagian dalam
Ratakan dan jika ada gelembung udara bersihkan dengan spatula atau lidi
Hentak-hentak sedikit cookies supaya ia rata

Buatlah kaedah yang sama untuk bahagian yang lain pula.
Jika nak letakkan mata atau sebagainya, tunggu sehingga icing mengeras baru letakkan mata atau bahagian-bahagian lain.
Jika icing ada terlebih, simpan didalam bekas kedap udara. Tutup kemas dan masukkan dalam peti ais. Ia tahan selama 1 bulan.

Tunggu sehingga icing benar-benar keras barulah di simpan sugar cookies kita ni didalam bekas kedap udara.
Atau boleh terus masukkan dalam bekas plastik kecil untuk door gift. Atau boleh juga masukkan dalam botol kecil, hiaslah botol dengan riben dan amat sesuai sebagai buah tangan.


Keep smiling because life is beautiful... and there is so much to smile about...






35 comments:

mashitah said...

comelnya...biskut owl nie...
kak ita , saya ade juga tgk citer hanya padamu, tapi dah 2 minggu tak tgk drama tu...citer tu mmg best...

ummiaisyah said...

superkiut la kukis tu Kak Ita Cayang!
semoga kak Ita sihat selalu yea..

CT Delima said...

As'salamualaikum Azlita

sangat2 cute! tapi tulah CT nak merasa jauh sangat nak capai hehehe.

Terima kasih diatas ingatan yang ikhlas, In Sya Allah DIA sentiasa bersama kita walau suka dan susah... Aminnn

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita. Kita pun jarang sangat tengok TV kecuali pelakonnya kita minat. kadang pun ikut sempat juga. Kita mempunyai hobi yang sama, melukis tapi sekarang ni semuanya entah ke mana. Sememangnya terserlah bakat kak Ita dalam bidang seni ni...

Selebat manapun turun hujan ia akan berhenti, semoga masalah kak Ita akan cepat2 pergi & senyuman menanti. Allah suka menduga hamba yang disayanginya, ingat tak.. Kak Ita pernah tulis macam tu.. tak silap dalam entry biskut tembikai tu.. tak silaplah.. hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ya Allah... cantik sangat2! sampai lupa nak bagi salam dulu.. hehe...
Assalamualaikum Ita... akak kagum sungguh dengan setiap sentuhan Ita... sejak dulu hingga kini Ita sangat kreatif & cekal menghasilkan karya Ita... akak antara peminat Ita sejak dulu.. walaupun jarang2 tinggalkan komen tp yg pasti akak pasti bertandang ke sini...

Ummi Nur said...

Assalam
Comelnya biskut ni..hanya yg sabar boleh buat cookies ni., detailnya..
Semua kita diuji..moga kita sabar menempuh ujian2 itu..

NinaAz said...

Comelnyaaaaa owl niiiii ♥♥♥

faa.rosli said...

alaa alaa alaa comelnye diaaaaaaa

faa.rosli said...

alaa alaa alaa comelnye diaaaaaaa

Don't Afraid to Try said...

kak ita,

semoga semuanya dipermudahkan..rase sayu jer baca post kali ni...sy dh beli majalah rasa yg baru tu..sbb nk tgk geng2 blogger dlm majalah tu.

sy skrg br berjinak2 dlm dunia kamera..sy rasa dh jadis atu keperluan utk sy, bkn lg kemahuan.sbb sy suka ambil gmbr pemandangan dan makanan...byk teknik2 lg yg perlu sy bljr..

Zue El Razak said...

comei...comei...comei....

mimie said...

allah uji tu tanda allah sayang kat kita kan kak...

seperti biasa...kagum dgn hasil karya kak ita... comel lote... ^_^

zulaika zulkifly said...

da lama jd silentreader blog nie , tringin nk letak comment ;)
Comelnya biskut tue !

rachel said...


wah~
sangat cantik. Banyak suka tu.

hamka said...

Mmmm.disamping dapat belajar buat owl sugar cookie, ada diselitkan juga nasihat dan pedoman.

Ummi said...

Assalam Ita cayang...cantiknya si burung pungguk bagai merindukan bulan...yang membuatnya pun macam dalam kesedihan aje...semoga segala permasalah dpt dirungkai, semoga ada kedamaian dalam bersujud kpd Nya...semoga ada perubahan juga pada sahsiah dan rupa diri kita...insyaAllah, Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang... Akak jugak cayang Ita dan setia di sisi wpun jarang mengomen..Salam muuaahhh!

Tengkubutang said...

cumeynya biskut niii

Azrey Rozie Eiman said...

Cuteness!

Shiela said...

Assalam Ita.. Selagi kita bernama manusia yg hidup di atas dunia ini pasti tidak akan lari dari ujianNYA dan hanya orang yang betul betul kuat dengan ujian itu yang DIA uji. Pasti ada hikmah disebaliknya.. Hanya Allah yg Maha Mengetahui.. Segala yg kita lalui semasa hayat ini sudah tertulis, kita hanya ibarat melakonkan watak watak itu kembali. Apapun permasalahannya, harap Ita tabah dan tenang menghadapinya..

Biskut Owl Ita ni tersangatlah chomelnya.. Sentuhan yang sungguh berseni.. Sentiasa mengkagumi air tangan Ita..

Unknown said...

Kak ita sgt talented... jelesnyee!! Moga akak terus berkarya walau bgmn carapun!!

Unknown said...

Kak ita sgt talented... jelesnyee!! Moga akak terus berkarya walau bgmn carapun!!

Aqilah Zainal said...

Assalam kak Ita. nak tanya ye. Slalunya brapa lama biskut ni boleh tahan ya?

jzk

kemei said...

hahhaha..comel sgt~.confem xmkn..

Love2cook Malaysia said...

OMG! OMG! OMG! Superb...gorgeous....cute!!!

Uda said...

cantik....kemas je!!!!!

Uda said...

cantik....kemas je!!!!!

Shasha Mohamed said...

Tengok sekali macam bunga tulip, tapi bila dah decorate macam burng hantu plak. Comel2 belaka ;)

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Speecheless dengan kreatifity Kak Ita, top bangeeeeet deh!

fazianbatrisyia said...

Kak Ita...Macam kesedihan aje bunyinya...Tapi apa pun hasil kerja kak ita tu tetap kiut sangat....Sy suka beli baju anak2 ada gambar owl ni...sebab kiut...

Kalau kak ita bermasalah memang dah betullah tu Allah tempat kita mengadu... Semoga semuanya dipermudahkan.

Delima Zamrud said...

Comey nyerr Biskut Akak Ita nie musti kanak2 suker kan :)

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
moga Ita sekeluarga sentiasa sihat dan ceria2 selalu...mcm mood sedih je..tapi bila tngk cookies Ita ni buat hati gumbira tak terkata...Ita yg ku kenal dari dulu mmng seorang yg sabar dan tabah...begitu kreatif...moga Ita dpt tangani apa jua permasalahan yg di hadapi...hanya pada Allah saja kita mengadu nasib dan memohon pertolongan...sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya...

Kak Nik Ja said...

assalam ita...nampak sekuk burung antu tu..terbang skit masalah hakak nih haaah
itulah namanya hidup..Allah bagi ujian dan kebaikan....asam garam suatu kehidupan utk menjadikkan kita sebaik2 insan!...stay strong gal!

hajar said...

salam k.ita...cantiknya cara pembuatannya dan kemas sekali...kreatifnya k.ita....

syirin said...

Salam Ita, nak tanya berapa jumlah cookies yg dpt dihasilkan daripada sukatan ini? Tq!

syirin said...

Salam Ita, nak tau berapa biji cookies yg dapat dari sukatan tersebut?

Post Top Ad

test