Ita pulang dari menghantar Amirul pukul 8.30 malam, sampai ita terus ke JUSCO untuk mencari bahan untuk pertandingan akhir esok. Pada mulanya dapat tahu, pada peringkat akhir boleh bawa bahan masakan dari rumah, puhh! lega sikit.
Lepas aje cari bahan terus berkejar ke Politeknik takut pula bila dah malam sangat nanti tak dapat masuk. "Cikgu pesan suruh hantar baju sekolah kerana peringkat akhir kena pakai uniform sekolah" kata Dalili di hujung talian..
Mujur petang tu ita dah kirimkan pada cikgu, jadi taklah ita kelang kabut sangat. Sampai nasib baik budak-budak tu tak tidur lagi..
Berilah penerangan sikit pada mereka apa yang perlu di lakukan untuk esok. Maklumlah bila mengajar dah last minute ni.. teori aje tu.. tengah malam-malam pulak.. faham ke tidak budak-budak ni..
Esok pagi-pagi Dalili dah telefon, " mak kita dah sampai kat Kip Mart.. "
Makin lah berdebar-debar hati ni.. tak senang duduk di buatnya.. makan pun tak lalu pagi tu..
Terus bergegas ke Kip Mart
Sampai aje dah dapat berita mengejut.. Oven tak ada???
Tak boleh guna barang elektrik??
Bahan semua di sediakan.. tak boleh bawa bahan dari rumah..
Makkk aiii.. macam mana ni..
Pulak peringkat akhir ita dah buat persedian untuk menggunakan oven.. aduyaiii.. macam mana pulak ni..
"Terpaksa tukar plan B" kata suami ita..
Plan B??.. faham ke budak-budak ni.. dah tak ada masa berapa minit aje lagi acara bermula..
Tak pe lah anak-anak kalau ada rezeki adalah.. kalau tak ada rezeki kita cuba lagi tahun hadapan..
Seperti biasa orang ramai sudah mula membanjiri ruang legar Kip Mart. Acara pagi itu dimulakan dengan bacaan doa, diikuti kata-kata aluan dari pihak penganjur dan sedikit ucapan dari YB. Majlis dirasmikan oleh ADUN Pasir Gudang.
Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan, demo masakan dari chef hebat.. lupa pulak nama chef ni.. maklumlah tengah kalut..
Chef mengajar cara membuat Laksa Johor dan Pais Ikan Pari.. emm.. aroma telah menusuk di segenap ruang legar.. laparrr..lah pulak!
Selain itu terdapat juga acara menghias cup cake dan pertandingan karoake.
Jom kita intai bila acara bermula..
Bagaimana pula aksi chef-chef kita ??
Masa yang di tungu-tunggu..
Kategori Brilliant |
Kategori Exellent |
Kategori Intelligent |
Tahniah kepada semua yang berjaya, yang tidak berjaya jangan berputus asa.. teruskan memasak and Happy Cooking
Inilah resepi yang sepatutnya di sediakan.. Egg Benedict, mengikut menu over easy english breakfast, seperti yang tertera pada syarat pertandingan. Menjadi kalut apabila bun tak ada lah pulak dan digantikan dengan sliced bread. Oven pun tak ada.. Nasib baik ada penyelamatnya..
Terima kasih kepada Intan Shafinaz yang menghadiahkan ita Magic Pan ni.. Alhamdulillah Magic Pan inilah yang menjadi penyelamat dan membantu, murid SK Taman Daya 2 hingga berjaya meraih naib juara. Terima kasih sekali lagi.. Intan
Sebenarnya ita dapat magic pan ni dah lama, tapi belum berpeluang lagi mencuba dan menggunakannya. Bila timbul situasi panik macam ni, akhirnya ia menjadi hero untuk menyelamatkan keadaan. Bak kata perpatah kalau tiada rotan, akar pun berguna juga..
Jutaan terima kasih juga buat guru-guru SK Taman Daya 2 atas didikan yang sempurna sehingga anak-anak ini berjaya menyahut cabaran. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada adik mentor dari Politeknik Ibrahim Sultan, yang menjaga anak-anak akak, siang dan malam. Melayan kerenah mereka yang banyak songeh ni.. dengan sabar.. Terima kasih banyak-banyak. Semoga kita berjumpa lagi di lain kesempatan.
Kepada Dalili, Atika dan Afika, tahniah di ucapkan.. Semoga lepas ni semakin rajin membantu ibu di dapur.. teruskan memasak dan Happy Cooking..
Assalamuaaikum..
16 comments:
jutaan tahniah kepada chef kecil,moga terus menimba ilmu..tengok gambar dalili je tersengih sengih saya
Yeay! Tahniah kepada Chef Muda
tahniah utk dalili yg comel...
mmg turun ikut mak ni...sy dulu kecik2 pn suke masuk pertandingan memasak...
tahniah tahniah chef cilik
rahniah utk Dalili and the gang ada potensi jadi chef terkenal tu suatu hari nnt insyaallah
taniahhh buat daili..
comel sangat daili kak ^_^
Tahniah pada Azlita, Dalili, Atika dan Afika.
Walaupun tak biasa ke dapur, tapi mampu jadi naib juara... maksudnya diaorang bertiga ni ada bakat semulajadi. Happy Cooking Girls!
Tahniah untuk Dalili dan kawan kawannya...memang minatnya sudah terlihat sedari kecil. Buah jatuh tak jauh dari pohonnya...
waaaa..tahniah tahniah:))
Tahniah Dalili & the team....
Sy yg baca cerita kak ita ni pun rasa kelam kabut dibuatnya...Meremang bulu roma mcm nak pengsan...Itu yg tak boleh masuk pertandingant tu...Panic lebih...
Comel adik Dalili kita ni ye...Bakat warisan pun dah mengalir dalam tubuh comelnya...
tahniah Dalili & kwn2..tahniah too kat mummy Dalili..sbb usaha tanpa putus asa tuk mencurah ilmu tuk anak2..
Komen kejap sebelum solat maghrib...Serius suka tgk riak wajah Dalili masa sesi pembentangan hidangan tu...yakin sungguh!..
comel sgt dalili... hopefully anak dara saya pon akan rajin masak nanti.. :)
Tahniah buat Dalili dan rakan2nya.. Memang ikut jejak langkah ibunya..
ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Tahniah kak ita junior. Lepas ni berkembanglah lagi empayar kak ita. Tahniah sekali lagi Dalili
Ada kita lah kat situ :D
Post a Comment