CHOCOLATE MASCARPONE CAKE - masam manis f

Breaking

Apr 2, 2013

CHOCOLATE MASCARPONE CAKE


Assalamualaikum
Pertama sekali nak ucapkan terima kasih pada rakan-rakan yang menyampaikan ucapan selamat ulang tahun pada insan-insan istimewa dalam hidup ita..

Kebetulan tarikh ulang tahun suami dan anak sulung ita berdekatan.
Masa ita mengandungkan anak sulung, ita berharap sangat ita dapat memberikan zuriat pertama kami pada suami pada hari ulang tahunnya.
Tapi nak jadi cerita dia lahir awal sehari lah pulak.. Tak sabar kot nak sambut ulang tahun ayahnya hihi
Sebenarnya kalau mengikut ramalan doktor, ita akan melahirkan 2 minggu lagi dari tarikh tersebut. Masa tu.. ita selalu berdoa agar ita dapat melahirkan pada hari jadi suami, sebagai hadiah istimewa untuk suami tersayang.
Macam-macam yang ita lakukan supaya ita dapat bersalin lebih awal..
Salah satunya ita berjalan kaki dari rumah ke tempat tunggu bas.. dan dari tempat tunggu bas ke tempat kerja..
Pada masa ita mengandungkan anak ita yang sulung, ita dan suami terpisah kerana masing-masing  terikat dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing. Ita tinggal dengan mak ita, manakala suami tinggal di Desaru kerana tugas.
Walaupun suami ada tinggalkan kereta untuk ita ke tempat kerja, tapi ita sanggup jalan kaki setiap hari semata-mata nak suruh anak ita lahir awal.. hihi
Tapi dia lahir beberapa jam lebih awal dari tarikh ayahnya..


Seperti biasa kalau ada ulang tahun, pasti ita akan sediakan sebijik kek untuk birthday boy.. dan kali ini ita buat Chocolate Hazelnut Mascopone Cake.. wallaa.. sedapnya..
Resepi kek ni hasil jalan-jalan ita ke blog Chef Dennis Tapi ita ubah suai sikit resepi dan ita olah kek mengikut apa yang ita inginkan.
Ita menggunakan 2 jenis kek yang berbeza, Chocolate Moist Cake  dan Hazelnut Kek Chef Amer yang ita ambil daripada majalah SAJI.  Hasil gabungannya diluar jangkaan dan rasanya.. yum! yum!

Lebih mengujakan bila ia di saluti Chocolate Mousse Mascarpone Frosting dari Chef Dennis yang ita olah sikit sesuai citarasa tempatan. Bukan itu aje.. limpahan Garnache Chocolate resepi Chef Amer yang telah sebati dengan ita membuatkan ita sentiasa memejam mata setiap kali menyuapkan cebisan kek ke dalam mulut.. aduh.. asyik dan nikmat sekali ciptaan Allah..



Pertama sekali minta maaf sebab tak dapat nak tunjukkan step by step macam mana ita buat kek ni, biasalah ita kalau mencari ilham untuk buat kek ita suka buat malam hari hihi
Tapi mungkin ada beberapa step yang ita sempat ambil dan ita harap ianya dapat di jadikan panduan bagi mereka yang teringin mencuba.

Anda boleh buat kaedah biasa selapis-selapis, kerana rasanya tetap sama walaupun kejadiannya berbeza.
Seperti biasa kita sediakan kek dahulu. Ita mulakan dengan kek Chocolate Moist yang anda semua boleh lihat kaedah ita sediakan secara step by step di SINI


CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.


KEK HAZELNUT
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI April 2013

4 biji telur
100 gm gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
15 gm ovalette
35 ml air
95 gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik
60 gm mentega ~ dicairkan
50 gm Hazelnut ~ dibakar dan dikisar

Sediakan loyang 8 inc, lapik dasar loyang dan sapukan mentega
Panaskan oven pada suhu 170C
Satukan tepung dan serbuk penaik kemudian di ayak
Panggang sebentar Hazelnut pada suhu 160C selama 10 ~ 15 minit kemudian dikisar
Cairkan mentega

Satukan telur, gula,esen vanilla, ovallete, air dan campuran tepung dan putar hingga kembang, putih dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik adunan rata
Masukkan Hazelnut dan kaup balik perlahan
Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170 C selama 30 minit 
Terbalikkan loyang atas redai setelah kek masak

Tekstur kek sangat gebu
Ia akan memantul semula bila kita tekan


MASCARPONE CHOCOLATE MOUSE FROSTING
Diolah daripada resepi : Chef Dennis

Bahan A
3 biji kuning telur
100 gm coklat masakn gelap di cincang
8 gm gelatin
30 gm air
250 gm krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla


Kaedah mencairkan gelatin rujuk SINI 
Kaedah cairkan coklat rujuk  SINI

Mula-mula cairkan gelatin secara double boiler
Kemudian cairkan coklat secara kaedah double boiler juga
Kemudian telur, masukkan dalam bekas dan dengan kaedah double boiler juga panaskan telur sambil dikacau hingga ia pekat dan berkrim jangan sampai telur masak.. kena selalu kacau supaya telur creamy

Tuangkan gelatin cair ke dalam telur dan kacau rata
Tuangkan adunan telur dan gelatin dalam coklat dan kacau rata
Masukkan esen vanilla dan kacau sempurna
Ketepikan

Putarkan krimputar hingga kental
Masukkan 1/3 krim putar dalam adunan coklat dan kaup balik rata
Tuangkan baki krim putar dan kaup balik sempurna, ketepikan


Bahan B
230 gm Mascarpone
100 gm gula icing

Putar mascarpone dan gula ising hingga lembut
Satukan adunan krim putar ke dalam mascarpone dan kaup balik sempurna.

Chocolate Ganache
Oleh : Chef Amer Hamzah

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ada dijual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut 

Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Tambahkan pes hazelnut
Gaul rata
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais


Cara yang ita buat macam dalam gambar di atas.
Ita buat 2 biji kek untuk hantar ke asrama Amirul
Kalau buat selapis, adunan untuk kek Hazelnut boleh buat 1/2 adunan sahaja
Kalau nak buat 1 kek aje pun ok, ikut citarasa masing-masing
tapi gabungan 2 kek ni sedap sangat..

Cara ita
Ita masak kek chocolate mois dalam 2 loyang
1 loyang untuk lapisan atas dan bawah
dan satu loyang lagi untuk tengah
Untuk lapisan tengah ita potong dengan cutter bentuk bulatan seperti dalam gambar
Bila dah susun dia akan jadi macam gambar di sebelah

Letakkan 1 lapisan bawah atas lapik kek
Seperti biasa ita akan basahkan lapisan dengan air Nescafe
Lemudian letakkan bulat yang tengah dahulu di tengah-tengah
Letak krim disekelilingnya
Letakkan pula lapisan luarnya, berselang seli coklat cream dan hazelnut kek
Akhir letak selapis lagi lapisan di sebelah atas
Lempakan kek dengan baki krim mascarpone
Kemudian hiaskan dengan garnache coklat


17 comments:

azlina said...

pakai acuan saiz apa? tqvm

Unknown said...

salam..untungnya jadi anak n suami kak ita..dapat makan kek yang cantik,sedap dan marvellous..

Roses_Leo09 aka Hanim said...

salam kak ita,
x tahan betul hanim tengok kek kak ita ni...........

Rina Audie said...

cantik nian kejadian kek ni kak ita.
Yang saya suka, setiap membuat kek berhias pasti ada step yang berbeda. Itu yang membuat proses pembuatannya jadi menarik kak.

Tak jemu rasanya mata melihat picnya, dan selalu ingin singgah ke Masam Manis...

Kuazue Mohamad said...

aduh...mencair diet ku...

zas said...

seriusly tgk pun dah rasa sedap. :)

me ordinary said...

Ya Allah... terliur nye... =)
baca n tgk pic pon da rasa sedap..
kalo dapat maakn ni lagi sedap kan..

=)

Sweet red cherry said...

salam kak ita,

saya suka tengok kek buatan kak ita..semuanya nampak cantik ja..

nin9landers said...

As salam kak......walllaaawehhhh....Best2.....sya mesti cuba ni....in sha allah..tq kak

hafza said...

Salam k.ita...tempah sebiji bole tp jauh p.dickson...air tangan k.ita mmg superb! Sgt teringin nk makan home made cake macam nih...

Yatie said...

cantiknya kek yg Ita buat ni, mesti insan2 tersayang suka sangat kek ni dan buat hari2 mereka sangat indah dan lebih bermakna....btw Selamat Hari Lahir buat suami Ita juga buat Amirul...moga hidup Ita sekeluarga sentiasa di berkati dan di rahmati Allah SWT. Aamiin..

mykitchen said...

Sedapnya kak ita...selamat ulang tahun buat ank dn suami kak ita...

Unknown said...

Kak ita...I love your artistic work! Suka sgt!! Thanks for sharing :)


-rin-

Unknown said...

Kak ita...I love your artistic work! Suka sgt!! Thanks for sharing :)


-rin-

Ina H said...

Salam akak, Saya nak try buat kek ni pulak. Geram tgk! Nnti bila dah jd sy bgtau akak.

Ina H said...

berjaya jugak akhirnya!!! terima kasih kak ita!

Unknown said...

Cantik..

Post Top Ad

test