Apalah asyik buat kek aje.. siapalah yang nak makan kek banyak-banyak ni?
Persoalan yang sering ditanya..
Kerana saya masih lagi dalam proses belajar saya perlu memperbaiki diri dan kelemahan.. Practice makes perfect itulah yang sering ita tekankan pada anak-anak..
Bila tiba giliran ita.. ya ita juga lakukan yang sama.. belajar dan terus belajar, sentiasa memperbaiki setiap kelemahan dan memperbetulkan segala kepincangan..
Dah lama ita tak buat Si Baldu Merah ni.. Entah kenapa teringin pula anak tekak ni nak merasa. Biasa ita lebih sukakan kek yang lebih ringan dan lebih gebu. Pada ita kek sebegitu tidaklah muak sangat. Bertambah dengan krim frosting yang sedikit ringan.
Ita ni suka membuat aje.. makan tu kurang..
Tapi kalau tak buat macam mana nak tau sedap ke tidak.. sesuai atau tidak dengan selera dan citarasa.
Suami ita memang peminat kek, berbeza dengan ita, beliau lebih gemarkan kek yang sedikit padat dan berat. Cream cheese frosting adalah kegemaran utamanya. Kerana dah lama menetap di negara sejuk, lidah beliau lebih peka dan amat mudah bagi ita untuk meminta pendapat tentang kek yang ita sediakan.
Kalau sedap padanya dia akan memuji-muji kesedapan kek tersebut.. bila terasa kurang, beliau akan berikan pandangan dan buah fikiran.
Dari situlah ita belajar memperbaiki setiap kelemahan diri.
Kenapa tak buat kelas dan mengajar?
Kenapa ya..
Terasa diri ini terlalu naif.. banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki. Ita suka belajar.. dan suka mencuba. Ita lebih seronok mengajar adik-adik yang baru berjinak-jinak nak ke dapur.. dan blog ita juga untuk mereka yang baru nak kenal dapur macam anak-anak ita juga..
Sekurang-kurangnya mereka dapat menyediakan sendiri atau menjadikan ianya sebagai pendapatan sampingan. Dapat lah buat bayar yuran pembelajaran yang mahal tu.. tak lah membebankan ibu bapa di kampung.
Bagi yang berkemampuan.. sillah belajar dengan yang pakar.. banyak kelas mengajar yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Ita hanya mengajar di blog untuk mereka yang kurang berkemampuan untuk membayar yuran kelas yang mahal.. adik-adik atau anak-anak yang tinggal di luar negara yang berjauhan dari keluarga yang sukar untuk mendapatkan makanan yang halal.. bila dah boleh buat sendiri.. Alhamdulillah.. ita pun tumpang seronok..
Jadi jangan lah ada pandangan serong pada ita.. Blog ita ni adalah teman ita dikala ita sunyi bila berjauhan dengan anak-anak. Ia lah penghibur ita. Koleksi resepi adalah himpunan resepi yang telah ita cuba dan menepati selera kami sekeluarga. Ia adalah harta yang tak ternilai yang hanya dapat ita turunkan buat satu-satunya anak dara yang ita ada. Manalah tahu kalau umur ita tak panjang esok, disinilah tempat Dalili merujuk untuk menyediakan hidangan buat ayah dan abang-abangnya nanti..
Alo.. lo.. lo.. nampak dah nak gerimis.. sebelum hujan baik kita terus sahaja kepada cara penyediaan kek ni.
Pertama terima kasih kepada Hana kerana memperkenalkan blog ini kepada rakan-rakan. Dapat lah ita mencuba.. nampak macam menarik aje..
Resepi dari Divas Can Cook dan ita ikut sebijik resepi yang dicadangkan. Ita tukarkan kepada sukatan gram untuk memudahkan lagi rujukan.
EASY MOIST RED VELVET CAKE
By : Divas Can Cook
360 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
400 gm gula halus
1 cawan minyak jagung
2 biji telur A
1 cawan buttermilk
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar pewarna merah ~ ini bergantung pada pewarna yang digunakan
1 sudu teh cuka masakan
1/2 cawan air kopi / Nescafe panas ~ mesti letak untuk dapatkan kek yang lembab
Panaskan oven pada suhu 170C ~ 180C bergantung pada kepanasan oven
Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc, sapukan mentega dan letakkan lapik kek ~ ketepikan
Dalam bekas, satukan dan ayak tepung, baking powder, soda , serbuk koko dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas yang besar, satukan gula dan minyak
tambahkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul rata dengan whisk atau spatula
Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan
Tambahkan bahan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rata
Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek benar masak
cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak. Jika lidi keluar bersih dan licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong atas kek yang keras.
Potong kek kepada 4 kepingan ~ rujuk sini untuk cara memotong kek
Untuk krim yang lembut dan meleleh boleh cuba resepi ini
Krim Keju 1
150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh paste Lemon
Pukul krim keju dan gula hingga kembang
Masukkan mentega, esen vanilla dan lemon paste
pukul sebati
Untuk krim keju yang ita gunakan
Krim Keju 2
200 gm krim keju
1 sudu teh lemon Paste
90 gm coklat masakan putih
150 gm krim bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
8 gm gelatin
30 gm air
Cairkan gelatin ~ rujuk sini
Cairkan coklat masakan cara double boiler
Satukan gelatin cair dalam coklat putih
Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut
Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih
Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental
Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata
Kaedah Penyediaan Kek Brick
Resepi ini hanya boleg gunakan resepi Krim Keju 2
Potong 4 keping kek dengan acuan cutter yang berbeza
2 keping dengan 3 acuan cutter
2 keping lagi dengan 2 acuan cutter bulat yang berbeza saiz sila rujuk gambar 1
Mulakan dengan kek yang kita potong kepada 3 cutter
Sapukan krim keju pada bahagian yang telah kita potong dengan cutter bulatan tadi rujuk gambar 2
Ratakan atas kek dengan krim keju nipis sahaja rujuk gambar 3
Letakkan pula lapisan kek yang kedua
Untuk lapisan ini kita perlu ceraikan kek tersebut, letakkan bahagian yang dalam dulu, letakkan krim dan cantumkan bahagian-bahangian yang lain hingga habis rujuk gambar 4 dan 5
Ulang proses hingga habis
Ratakan keseluruhan kek dengan krim keju dan simpan dalam peti ais
Decolah kek mengikut pilihan
Ita gunakan buttercream untuk bunga dan batangnya menggunakan ganache coklat
Selamat Mencuba
96 comments:
Cantek n kreatif!
Berkenan tgok deco kek tu..:-)
best gila lah blog akak ^_^
best gila lah blog akak ^_^
gila dibuatnya...hahahhah
Salam Kak Ita, bergenang jap air mata pd ayat akak buat Dalili. Touching sgt... uhuhuhu.. Anyway, akak mmg seorang yang sgt focos & teliti. Love ur blog!
Akak... sy suka sgt blog akak... suka dgn perasaan yg mmg mendalam... rs mcm nk knl je kak kt luar...
As slm ita..perkongsian ita di blog ni ibarat utk saham di akhirat nnti juga kan, sbb ilmu ita ini insyaAllah akan berterusan dikongsi ramai, smpi bila2..tahniah sis! tapi kan, kalu saya ler, hari2 mkn kek, mau tembam bam-bam dibuatnya..;-)
Kak Ita...walau tak pernah bersua muka tp sy sayang kak ita sebab sy dapat rasakan keikhlasan kak ita yg begitu membuak2. May Allah you..
Cantik sungguh kek ni kak ita.mmg menawan dan yg pasti mmg sedap
sangat cantik dan kreatif :) macam professional :D
sangat cantiknya, saya suka~ :)
Kak Ita dah lebih dari boleh nak buka kelas sendiri tau!
cantik deko kak ita..dah lama x makan rvc ni..
Waaaaaaaaahhh...pitaaaamm... Adoooiii bricks cake pulaaakkk! Akak ni jenis kena tengok orang buat baru paham...kalau baca2 mcm ni, otak lemau sikit...hahaha.. Btw, mmg hasil kek2 Ita terbaiiiikkk...!
#psst...bukak kelas nnt, untuk akak jer taaauu...hahaha
Oh my... this cake is so beautiful! I'm speechless ^-^
suka sangat makan RVC..
Salam kak Ita..
Macam biasa...sokmo mar-be-les..Sentuhan ajaib! admire you...muahhh!
terbaikkk
sedapnya kak ita
kagum zila dengan kak ita..tangan emas..
Assalam
Tabik spring pd ita..
Sgt kreatif, deco kek yg lembut menawan, dlmnya..brick kek..wow!!
Moga sentiasa memberi impirasi dan kongsi resepi dan idea yg hebat..
Moga Allah merahmati ita..
sentuhan yg sangat kreatif salute lah pada Ita cantik sngt kek tu...
Ita, fantastic
salam kak ita, kek akak mmg marvellous! akak sgt2 kreatif. Selama ni saya cuma silent reader blog akak dan hari2 tertunggu-tunggu buah tangan dlm blog akak ni. tak dpt makan dpt tgk gaambar pun jadila..
aahhhh best best!!
Kak Ita,
Nak tnya, apa fungsi cuka masakan dimasukkan dlm pembuatan red velvet ye? Klu tak letak boleh ke?
Kak Ita,
Apa fungsi cuka masakan dlm pembuatan red velvet ye? Klu tak letak boleh ke?
Salam Kak Ita,
RV yg saya jual mmg 100% menggunakan resepi ini.. setakat testimoni yg saya dpt dr customer saya.. RV nih yg paling sedap dia penah makan.. hehe.. alhamdulillah.. sesiapa yg nak cuba resepi ni mmg tak kan rugi.. bg saya yg nih lg sedap dr resepi yg guna butter sbb RV yg nih mmg moist..
tak lupa juga jutaan terima kasih utk Kak Ita yg tak pernah lekang berkongsi ilmu.. semoga Allah swt memberi ganjaran rezeki yg melimpah ruah utk akk sekeluarga :)
Kak Ita, Kat mana nak dapatkan ring kek untuk potong kek tu? tak de pun kat kedai bakery supply.
Assalam Ita..ape jenis colouring yg ita guna utk icing tuh?? errrk bukan kaler buncho tu kan??
dah tengok mcm2 jenis kek kat blog ita..Insha Allah akak akan cuba jugak men'deco' suatu hari nanti...haha
kalau ita bukak kelas pun bagus jugak !
canteknye.. step by step lagi... :) suka deco2 ala bunga menjalar tu..
Assalamualaikum.. kek nampak sweet and lovely...
skdr cdgn utk quotes...
WHATEVER YOU DECIDE TO DO.. MAKE SURE IT MAKES ALLAH SWT HAPPY..
I benefited alot from your blog..tak de apa nk bagi..skdr rasa nk share pesanan seorg Ummi yg warak..
Hidup ini sementara..akhirat kekal selama2nya.. Kalau kita gembirakan Allah swt didunia ini, Allah swt akan gembirakan kita didunia dan akhirat...
sweetkan?
have a blessed Jumaat..salam from me..
love,
Aishah
sangat cantik la kak! terpegun gitu! besok lusa nak tiru ntah jd apa tak tau.. hihi.. tima kasih jugak sbb sudi cuba....
Assalamualaikum...sangat suka dgn blog kak ita,byk ilmu yg saya dapat dr blog kak ita n terima kasih kerana sentiasa berkongsi ilmu...kek2 kak ita sgt cantik dan saya sgt teruja dgn idea2 kakitangan..TERBAIK<3
Salam, sangat best resipi2 akak. if xkeberatan, follow my blog, sy ade jual produk biozone sangat elok untuk penyediaan makanan. free2 boley bace ye benefit die. berminat boley pm sy yer ;)
http://lyranadya.blogspot.com/2013/04/biozone-important-thing.html
cantik sgt!!
salam kak ita
cntiknye la kek nie,, akk nk tnye bole order x?? teringin sgt2...
salam kak ita
cntiknye la hai syg nk mkn...akk nk tnye bole order ke?? teringin sgt2,,
canteknye...
nak tanya ek, 1 cawan tu 250ml?
i really love this kakak..tak sabar nk buat ngn mak cuti sem nanti..thanks for sharing! ;)
Salam sis...
Sy da try mmg mnjadi sgt2... tq sgt2...
Sy nk tnye kalo kukus bole x?
Nak tanya...
1. Macam mana nk dapatkn lemon paste ni? Boleh buat sendiri ke?
2. Boleh ke cairkan geletin guna microvawe
Oh ya....saya cadang nak buat kek ni utk warga2 emas. Jadi dalam skala 1 hingga 10, berapa manis resepi kek ini? Tq kak ita n the followers
Nak cuba...tq..resepi ini kukus boleh tak??
Tqvm kak ita cantik n kreatif..thanks for ilmu deco kek tu...nanti saya nk try for my birthday daughter..everything thanks!!resepi kek velvet tu..kukus boleh??kak ita.
TERIMA KASIH YG TAK TERHINGGA.. HANYA ALLAH S.W.T. YG BALAS BUDI BAIK AWK ATAS SEGALA PERKONGSIAN INI. AMINNN..
TERIMA KASIH YG TAK TERHINGGA.. HANYA ALLAH S.W.T. YG BALAS BUDI BAIK AWK ATAS SEGALA PERKONGSIAN INI. AMINNN..
Saya belum pernah buat kek ni...
Tapi suka makan....
Terima kasih atas perkongsian ini,pasti akan cuba 1 day...
Bagaimana nak dapatkan buttercream yang kental. dan firm? terima kasih Ita
terima kasih banyak-banyak di atas tunjuk ajar akak..saya doakan semoga akak terus di berikan kesihatan untuk terus membaking. Daripada blog akak saya berani mencuba pelbagai resepi dan tip untuk bisness kek secara kecil-kecilan. Nak masuk semua kelas tak termampu saya.
suka ngan blog akak..Alhamdulillah dapat tau melalui fb Puan Roza..terimakasih daun keladi..muga Allah tambahkan ilmu akak..
kreatifnya akak..suka tengok orang yg pandai buat kek, decoration :)
salam k.ita cantik sungguh kejadian kek k.ita... tp kat ne ada jual gegelang utk potong kek tu?
Sukanya.. tengok kek2 yang akak buat.. bagi tips lagi..... saya cedok yer ilmu-ilmu akak... bolehkan.. hope boleh buat kek cantik mcm akak buat.... :)
salam ita..kak seronok bila gi kat blog U best resepi n gambar yg menarik ..emm blum makan tengok gambar dh terliur.. kak nk tumpang tanyalah ita..kak pernah buat red velved ni..tp bkn guna resepi U lah..tekstur nyer agak kering n topping nyer kak tk boleh buat swirl just curah gitu jer koz topingnyer agar lembik..jadi kak nk tanya resepi yg U bagi ni toping nyer boleh buat swirl(yg simple jer.. ) boleh tk ..sory ita bnyklah soalan..sekurang2 nyer kekawan yg bermasalah sedemikian boleh jg mendpt ilmu ni..btw so manya thanks yer..semoga dimurahkan rezki U
Assalam....mohon syer resipinya..blog puan adalah sumber inspirasi saya...kagum dgn hasil tgn puan..terima kasih kerana berkongsi ilmu..:))
Your cake looks absolutely extraordinary! I think it is just perfect - looks stunning, moist and soft. It just takes my breath away, as if I am looking at a piece of art! Glad I stumbled upon your beautiful blog and thanks for sharing some amazing tips.
SUPERB!
Kreatifnye kak...sye suka dengan semua yg akak papar at this blog
As'salam Pn Ita...Fav saya ialah Cheesecake & Kek Baldu Merah...saya x memiliki oven...bagaimana utk menyediakan kek Baldu Merah secara kukus? Pn Ita pernah buat secara trial & error x utk kek Baldu Merah? Blog Pn Ita menarik & penuh dgn panduan & pengajaran....Sekian, wa'salam & terima ksh
Mohon balas secepatnya. Nescafe letal byk mana?
Akk... bestnye.. sngt kreatif.. terasa nk bljr bnyk bnda ngn akk.. sya sngt suka wat kek tpi xbpe suka mkn..hihi..sma mcm akk..sya nk try arini jgk.. stgi nk kuar bli brg... thanks akk sudi kongsi..tpi sya xreti nk wat corak bnga2 tu..mcm mn ye kak...
Saya dah ikut semua resepivserta langkah....kek mwsak cantik ...gebu...tp kenapa kek saya warna merahnya x menyerlah....jd warna agak gelap sikit....
Saya dah try buat...ikut semua strp...kek jd ...cantik dan gebu ...tp warna merahnya x menyerlah....kenapa ye....jd warna yg agak gelap
resepi yang sangat mudah dan memang menjadi. dah lima kali saya buat, alhamdulillah semuanya jadi dengan elok. terima kasih ita atas perkongsian yang tak ternilai ini.
salam..akak, maaf nak tanya..untuk red velvet tu topping dia kalau guna non dairy whipping cream je blh ke x perlu campur apa2...or kena cmpur juga dgn creem cheese ye....tr, ksh...
sala.maaf nk tanya untuk red velvet cake, topping dia boleh guna non whipping cream tanpa campur apa2 ke or kena campur creem cheese jg..trm ksh
red velvet sedap dan enak bila di sapukan cream cheese
Kak ita, nak pinjam photo yg last tu. nak post kat Instagram ( with credit to u). Sbb kata2 tu really describe how i feel right now. Thanks in advance.
Salam Kak Ita. Mcm mana nak ubah quantiti resipi kek red velvet moist ini kepda aduanan kek 13in? Bagaimana ingin masak kek bersaiz besar agar luar tidak keras dan dlm tidak lembut?
salam...resepi ni boleh kukus ke? pakai sukatan yg sama utk bakar?
Wowwwwwwww!!!!!!! O.O looks spectacular
hugs from Spain
Akak nak tnye..krim keju tu kena pukul 2 kli?one mix with paste lemon one without?
Salam kak ita.. Bleh tanye tak.. Kenapa kek Rv kukus yg sy buat (ikot resepi laen) rase pahit ye?? Ape sebab kek bleh pahit ye?? Resepi akk bleh kukus x?
Salam kak. Nak tnya. Yg bancuhan air panas nescafe/ cofee tu kepekatan dia mcm mna? Takot trkurang or telbih. 😓
Salam kak. Nak tnya, yg bncuhan air panas coffe/ nescafe tu kpekatan dia mcm mne ye? Bpe sudu? Tkot trkurang or telebih. 😓
Wow!!! Mmg terbaik la hiasan nye. I like!!!
salam k.ita...sy da try buat red velvet gune resepi ni...terbaik!!!sedap sngt....hehehe.
Cantik dan menarik deco kek ni. Sy slalu terpk mcm mne la org buat bricks kek ni. skrg dh tau. trime kasih ye sbb share resepi dan cara buat.
trima kasih kak..s3moga Allah murahkan rez3ki akak..😊
salam...nak tanya nescafe tu brapa sudu ya...bancuh dengan air panas saja kan
assalamualaikum kaka. macam mana nak jadikan kek tu jadi merah. saya dah berapa kali buat tp merahnya kurang meneyerlah. jadi gelap. xnmpak merahnya.
Thanks kak ita byk yg saya belajar..terima kasih byk2...
Thank you so much Ita,I've learned a lot from you.
Every other day when I'm out of idea what to cook,I will definitely
refer to your blog.Your are my cookbook.
With your sincerity to teach others,I hope god will repay your
good deeds.Amin...
Br tau blok ni bila nk belajar bunga krim korea...lawa .tq very much..
ASSALAMUALAIKUM SIS.,...
MELTINGNYER TENGOK KEK2 SIS BUAT..
RASA CM BEST SANGAT..
http://mummyumardian.blogspot.my/
Salam..maaf brtnya..kak guna jenma apa utk food coloring?
Asslm Kak Ita. Saya sangat berterimakasih dengan blog akak ni. Satu dua resepi akak telah saya cuba. Alhamdulillah berjaya. Semoga Allah memberikan akak pahala berpanjangan. InshaAllah
Assalamualaikum, puan boleh bantu saya macam mana nak buat red velvet jadi pahit?sedih plak rasa bila buat mesti pahit
Salam kK ita sya kurang fhm la bgian bricks tu..juling2 da mata sa mbaca utk fhm..xfhm jgk..haha..otak ni lembb ckitla..akak xd buat video ka? Sa cri2 kt utube xdla..tolongla buat kk ita..pleeaassseee...
Assalamualaikum kak... Sy sdh 2x buat kek ni ikut resepi kakak... Mmg best... Sedap... Rmi yg puji... Tq sudi bg ilmu... Moga dgn ilmu yg kak kongsi ni btmbh pahala kakak... ������
Salam kak ita. Kalau resepi red velvet ini buat dalam saiz kek cawan boleh tak? Macam mana dengan masa membakar?
Sedap dan cantik. Tq resepi.
air kopi panas tu , panas betul atau suam?
Maaf ye nak tany. Kenapa dekat 'rujuk sini' tu tak berfungsi ye?
Kak ita,sy bdk2 br belajar..pernah buat cream cheese frosting tu agk cair..Ada X tips2 utk buat cream cheese frosting yg cntik..n boleh berbentuk..
Post a Comment