Anda dah bersedia dengan kelas memasak alaf baru...??
Pernahkah anda berada dalam kelas yang sangat happening..? dengan tenaga pengajar yang cukup menghiburkan bersama ilmu yang mengunung di dada.. ?
Dengana situasi kelas yang cukup santai.. dapat bertemu otai-otai dalam dunia masakan.. yang tak lokek berkongsi tips dan petua serta panduan yang cukup berguna untuk di kongsikan bersama..
Waaa... sangat mengujakan 2 hari bersama kelas biskut komersial Chef Amer..
Kelas yang ita rasakan cukup terbaik.. dengan komitmen dari penganjur, kerjasama dari setiap peserta yang cukup sporting.. memang berbaloi-balaloi rasanya bila berada di antara mereka..
Terima kasih orang Johor anda terbaikkk... buatkan Chef tersenyum riang..
2 hari kelas di Johor full house.. meletup kebaboww!!
Ita dah kata.. daftar awal.. tempat terhad..
Kan.. dah kata dah.. nampak tak sambutan yang diluar jangkaan.. hingga tak cukup ruang.. hinggakan ita nak ambil gambar pun susah.. terpaksa cik kak ni menyelit sana menyelit sini.. hehe
Seronok Chef bila di kerumuni mak-mak dara dan bakal mak-mak mertua.. Oppssss!!! hihi ^__^
Kelas yang penuh dengan usik mengusik, gurau senda dan gelak ketawa.. haha tak payah tengok Maha Raja Lawak.. datang kelas chef pun dah buat kita ketawa tak hingat-hingat..
Kelas Biskut Komersial 1 yang berlansung di Mom's Bake House di organised sepenuhnya oleh Oliez Academy dan Pn Siti Zaleha sebagai peneraju utama.
Kenapalah ita suka sangat belajar dengan Chef Amer ni..?
Selain beliau cukup komited dengan apa yang beliau lakukan, Chef juga adalah seorang yang cukup berpengalaman. Sebagaimana yang pernah ita katakan sebelum ini, ilmunya seluas lautan.. kerana itulah ita mengajak semua untuk bersama menimba ilmu dengan Chef Amer. Tak rugi berguru dengan yang pakar..
Inilah antara koleksi buku resepi kesayangan Chef Amer. Ita mendapat tahu beliau mula menulis buku resepi ini seawal usiannya 10 tahun. Buku-buku resepinya yang kalau tak silap ita ada 6 kesemuanya dan setiap satunya mengandungi lebih daripada 1000 resepi.
Nampak tak bagaimana Chef betul-betul menghargai setiap resepi dan beliau sangat menyanyangi bidang yang beliau minati ini.
Selain itu setiap pelajar juga di jelaskan tentang setiap perbezaan tepung, kandungannya.. pilihan tepung yang sesuai untuk komersial dan lain-lain lagi..
Pengunaan mentega juga adalah berbeza untuk buat kek dan biskut oooo.... baru tau! ha.. jangan main belasah aje tau.. setiap daripadanya akan mempengaruhi kejadian dan hasilnya nanti..
Bagaimana pula dengan gula??
Gula memainkan peranan yang besar juga tau dalam mendapatkan biskut yang rapuh.. jangan salah pilih gula.. boleh kembang setaman biskut kita nanti.. kalau tak pun keras berdentum hingga baling ke dinding punnn.. tak pecah.. silap hari bulan dinding pulak yang retak.. haha
Bagaimana pula caranya kita memutar adunan untuk membuat biskut? Adakah ianya sama dengan kaedah kita membuat kek??
La... tak sama rupanya.. padanlah biskut kita tak rangup.. cepat lemau.. salah rupanya cara yang kita lakukan sebelum ini.. emm.. bila dah sertai kelas Chef semua rahsia telah terbongkar..
Cara membakar biskut bagaimana pula?
Adakah kita perlukan api atas dan bawah atau api bawah sahaja?
Berapa lama pula masa yang kita perlukan untuk mendapatkan biskut yang rapuh, rangup dan tahan lama..
Percayalah kalau ikut cara dan kaedah yang betul biskut yang kita sediakan boleh tahan bertahun-tahun kalau tak di makan.. haha
Ita rasa segala tips dan panduan yang berguna ini tidak akan dapat kita perolehi daripada kelas yang lain.. Kepada semua pelajar manfaatkanlah setiap ilmu yang Chef berikan dengan sebaik-baiknya.. ianya sangat bernilai dan sangat berharga.
Jom kita intai aksi pelajar di dalam kelas pula..
masa yang ditunggu-tunggu..
macam mana mat???
berehhh.... habis licin... tak tinggal sehabukkk... ponnn... kak tonnn..
fuhhh!! ganassssss......
Jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan bengkel Biskut Komersial 1 Chef Amer. Juga kepada Chef terima kasih banyak-banyak atas setiap ilmu dan resepi bukan 6 resepi ajae tau ada dapat lagi 4 resepi bonus berbaloi! baloi! semoga semakin murah rezeki Chef..
Kepada Oliez Academi dan Mom's Bake House juga
peserta termuda kita.. baru berusia 36 hari dari Kuantan Pahang..
Terima kasih juga kepada yang menghadiahkan ita buah tangan di atas
Kepada Chef terima kasih hadiah tersebut
Terima kasih juga kepada Siti Zaleha atas hadiah
Juga kepada kak Patmah Aspar yang mengirimkan ita frambrozen kenari dan terima kasih banyak-banyak kak kerana berkongsi resepi kepada kita semua..
Kepada yang nak order biskut raya tahun ni boleh lah hubungi kak Patmah..
Terima kasih juga pada adik yang kirimkan akak cup cake ni, sedap lembut aje.. tapi ita lupa lah nak tanya nama adik ni.. sebab masa tu dah terkejar-kejar nak balik.. terima kasih ya dik..
Terima kasih juga buat adik Nor'aini Hassan yang bawakan kek lapis Cheese Bluberry, sedapnya.. rasa nak makan lagi dan lagi.. tapi akak ni pemalu dek.. wakaka..
boleh order ni..
Terima kasih semua jangan lupa janji temu kita pada June ni dengan kek Komersial 1 dan 3
kali ni tempat lagi terhad.. jangan terlewat..
N3 ini berbayar
8 comments:
Tu diaaa...mmg diakui, kelas Chef Amer mmg best!! X kering gusi dgn lagak ngeri Chef, cakap pulak, alaaaa hakaaakk ni....hahahhahaa...! Liuk lentok lgk...adoooii..
Di Kuantan bakal bertemu Chef sekali lagi bulan November nnt kalau x silap...adoiii Chef rebutan, padat jadualnya... Akan ku tunggu Kelas Masakan Western pulak... Yep, buat yang berniaga jangan kedekut melabur ke kelas, ibu duit tu... Banyak sgt tips yang buat kita ternganga, x terfikir, x tahu...kan Ita. Beruntunglah orang JB, kerap dpt sambar Chef... Betul kata Ita, belajar dengan yang pakar.. Chef Amer mmg terbaiiikk!
Terbaiik la gabungan kak ita dgn chef....peminat kak ita tu yg ramai rasanya..saya pun nak jumpa kak ita sgt2.
Hehehe
Assalamualaikum Azlita..
kita sangat2 jeles tau sebab tak dapat nak join bengkel bersama chef Amer..huhuhu
tengok pic dan baca entri ni dah tahu bertapa meriahnya suasana kat situ. memang bertuah menjadi warga Johor kan. Tapi ct warga Johor gak.. tapi tak dapat join, sedihhh..
waaaaa...bestnye..meriah..satu hari nnt klu bpeluang mmg nk sgt2 join kelas chef amer ;)
Wah...bestnya kak ita...bila la nak boleh join kelas chef ameer ni...teringinnya....
Salam KAk ITa,
Seruuuu dan heboooh sekali acaranya kak. Yang ada hanya wajah wajah gembira saja...senang melihatnya!
best & meriah sy dapat rasakan. saya nak cari masa utk menyibuk join kelas chef aje.
tgk tu...bby dtg dari jauh pun pi carik chef...jelous betul aunty tau..
Syabas
Post a Comment