Ita berasa sangat bebesar hati apabila diundang untuk sama-sama menyertai bengkel kali ini. Jutaan terima kasih ita yang tak terhingga kepada Mom's Bake House dan pihak penganjur di atas undangan ini. Ibarat kata perpatah, kecil tapak tangan nyiru hamba tadahkan. Peluang sebegini sememangnya tidak akan ita sia-siakan, kerana inilah ilmu yang sangat berguna dan tak ternilai harganya.
Ita diberitahu bahawa Chef jemputan dari Bakels, akan tunjukkan beberapa resepi antaranya, kaedah membuat Macaron, Tiramitsu dan Eggles Cake. Walaupun ita pernah menyediakan resepi tersebut sebelum ini, tapi ita berasa sangat teruja untuk mengikuti bengkel ini kerana ita berharap banyak tips dan faedah berguna yang akan chef kongsikan. Almaklumlah, sebelum ini ita hanya belajar kaedah penyediaan resepi tersebut hanya melalui internet.
Melangkah kaki ke Mom's Bake House sahaja buatkan ita terkedu, kerana sambutan yang diluar jangkaan daripada para peserta. Ramainya hinggakan tak cukup kerusi, membuatkan ada peserta yang terpaksa berdiri. Walaupun berdiri, namun semangat untuk menimba ilmu jelas terpancar di setiap wajah mereka dan celoteh dari chef yang kurang fasih berbahasa Melayu sesekali mengeletek hati para peserta membuatkan kelas riuh rendah dengan gelak tawa. Kadang-kala Chef turut sama berlawak dan aksinya sentiasa buatkan peserta tak kering gusi dibuatnya.
Bengkel yang diadakan secara demo daripada Chef Bakels, banyak menggunakan produk dari Bakels yang terjamin kualitinya dan disahkan Halal oleh JAKIM.
Selepas ini dah tiada alasan lagi untuk tidak tahu membuat kek dan biskut, kerana dengan produk dari Bakels menjadikan kerja membuat kek dan biskut menjadi lebih mudah dan ringkas. Bukan itu sahaja, malahan, ianya juga menjimatkan dan harganya juga sangat berpatutan.
Kalau nak tahu apakah produk daripada Bakels bolehlah lawati laman web Bakels Malaysia di SINI
Atau bagi mereka yang tinggal di area skudai, boleh dapatkan terus dari Mom's Bake House.
Bakels juga ada mengeluarkan Halal Gelatin dan Ovellete yang disahkan halal oleh JAKIM. Bagi mereka yang selalu ragu-ragu tentang produk halal boleh lah dapatkan bahan dari Bakel yang telah disahkan halal.
Kepada adik-adik diluar sana yang selalu tanya dengan ita bagaimana nak dapatkan gelatin dan ovellete yang halal, boleh lah dapatkan daripada Mom's Bake House.
Berbalik kita pada kelas ini, hari ini ita kongsikan satu lagi idea mendeco kek. Biasa kita asyik buat kek bulat dan empat segi sahaja, apa kata kali ini kita cuba pula satu idea yang baru..
Barulah menarik sikit kek yang kita hasilkan.. taklah asyik dengan idea yang sama sahaja.. sesekali tak salah jika cuba idea baru.. ya tak?
Jom kita intai hasil kerja Chef Bakels pulak!
Chef menunjukkan kaedah meletakkan filling dan melapis kek
Kek yang telah di lapis akan diratakan
Chef mengunting tepi kek supaya bentuknya sedikit bulat
Selepas itu chef letakkan whipping cream diatas kek.
Chef meratakan dan membentuk kek bulat dengan plastik mika, nampak mudah aje kan..? tapi kalau kita nak buat berpeluh-peluh jugak ni..
Ini lagi satu teknik baru yang ita belajar, membuat corak lekuk-lekuk pada kek, aduh.. nampak senang sangat chef buat, kalau kita buat macam manlah rupanya kan..
Selepas tu chef curahkan pula jem apple pada kek, wah meleleh-leleh dia turun, buatkan semua peserta menelan air liur aje..
Chef turut mengajar bagaimana nak kemaskan lelehan jem supaya kek nampak lebih kemas
Kemudian tibalah masa untuk mendeco kek
Akhirnya Eggless kek siap dihias dengan taburan buah-buahan segar.. menarikan..!!
Selepas ni pasti setiap peserta dah tak sabar-sabar untuk mencuba!
Ini pula adalah cara dan kaedah membuat macaroon pula. Bagaimana nak dapatkan kepekatan yang betul dalam kaedah memukul adunan macaroon. Semua peserta teruja sangat waktu ni, semua memang dah tak sabar-sabar lagi untuk mengetahui teknik dan kaedah yang betul didalam penyediaan macaroon.
Walaupun ini hanyalah kelas demo, namun para peserta sangat teruja apabila mereka diberikan kesempatan oleh chef untuk mencuba sendiri..
Kepada adik-adik diluar sana jangan lepaskan peluang untuk mengikuti bengkel sebegini dilain kesempatan. Banyak sangat ilmu dan panduan berguna yang dapat kita kutip. Ilmu yang berguna itu ibarat sebutir permata yang tidak ternilai harganya.
Untuk pengetahuan semua, Mom's bake House akan menganjurkan kelas mendeco bunga pula nati. Ita dengar ada lebih 10 jenis deco bunga untuk hiasan kek yang akan diajar nanti. emmm... bagi ita yang kurang arif dalam kaedah penyediaan bunga, pastinya tak sabar-sabar untuk mengikuti bengkel ini nanti. Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam bengkel tersebut.
Anda boleh hubungi Mom's Bake House untuk mendapatkan keterangan lanjut
N3 ini berbayar
6 comments:
Chaiyok Ita...!!
wahhh...menariknya...semoga berjaya kak :)
Assalam Ita, masuk kelas Bakels pulak...makin mantopsss la lepas nih...seronok kan berguru dgn yg pakar dlm bidang masing2...sedikit sebanyak mereka menyakinkan kita dengan kebolehan yg ada pada kita...semua org boleh lakukan!! Satu lagi, practice makes perfect! InsyaAllah...
Assalamualaikum kaki ta…hehe!
Salam perkenalan juga..sllu baca blog kak ita ni best!banyak ilmu…
Sgt teruja nk drop komen kt ita kali ni..1ST butta blend dr bakels sgtlah best!butternya xsama spt butter lain..sgt halus,dan wangi..rasanya juga sedap…sgt sedap!sy lps join class dr chef yg sama kira2 setahun lebih yg lalu terus menjadi pengguna setia bakels!selalu beli siap2 simpan butta blend nya..terbaru packing 3.8kg lg jimat dan murah..kak ita try tw mmg best butta blend nya kek jd super-duper sedap..hehe…
Chef tu pulak mmg best!lawak sgt2…mmg xbosan jin class nya kan?
Assalamualaikum kaki ta…hehe!
Salam perkenalan juga..sllu baca blog kak ita ni best!banyak ilmu…
Sgt teruja nk drop komen kt ita kali ni..1ST butta blend dr bakels sgtlah best!butternya xsama spt butter lain..sgt halus,dan wangi..rasanya juga sedap…sgt sedap!sy lps join class dr chef yg sama kira2 setahun lebih yg lalu terus menjadi pengguna setia bakels!selalu beli siap2 simpan butta blend nya..terbaru packing 3.8kg lg jimat dan murah..kak ita try tw mmg best butta blend nya kek jd super-duper sedap..hehe…
Chef tu pulak mmg best!lawak sgt2…mmg xbosan join class nya kan?
Thank you.
Post a Comment