Semalam ita dah kongsikan kek yang ita sediakan untuk Amirul. Hari ini ita kongsikan pula kek yang ita sediakan untuk birthday suami ita pula. Nak buat macam mana.. bila tarik birthday nya dekat-dekat.. kenalah buat 2 biji kek sekali.. agar tak ada yang merajuk pulak.. ^___^
Kebiasannya suami akan minta ita buatkan Carrot Cake. Tapi kali ini macam terasa nak makan cheese cake lah pulak!
Kebetulan ita juga mendapat permintaan daripada kenalan FB yang meminta ita kongsikan resepi Tofee Cheese Cake. Hasil pencarian ita di Google, akhirnya bertemulah ita dengan resepi yang di cari..
Ita tunjukkan pada suami, kerana suami peminat caramel.. bila tunjuk sahaja kek ni beliau terus setuju tanpa membantah. Sebenarnya suami ita tak lah terlalu cerewet, biasanya apa yang ita sediakan itulah yang terbaik dan terenak pada seleranya. Cuma kadang kala bila tiba hari-hari istimewa begini , ita teringin menyediakan yang special sikit untuk beliau..
Untuk rsepi ini ita ambil di SINI
Ita ada kurangkan gula kerana bimbang ianya terlalu manis.
Maklumlah bila kita mencuba resepi luar ni, kebiasannya kandungan gula sangat banyak, mungkin gula mereka tidak semanis gula kita ke? Tapi masa ita pergi Australia dulu, ita memang tak boleh nak makan sebarang manisan mereka kerana memang manis medu.. boleh tertanggal gigi ni..
TOFEE CHEESE CAKE
by : Epicurious
Lapisan Bawah
1 1/2 cawan biskut Oreo / Marie / Tiger
5 sudu besar mentega cairkan
Biskut di hancurkan. Boleh juga gunakan campuran biskut, antara biskut Oreo dan biskut Marie atau sebaliknya.
Satukan biskut dan mentega
Letakkan dalam loyang spring form pan ukuran 8 inc
Alas dasar loyang terlebih dahulu dengan kertas minyak
Padatkan biskut dalam loyang
Boleh padatkan pada dasar loyang sahaja, atau pada sekeliling loyang juga
Simpan dalam peti ais sebentar anggaran 1 jam
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau sehingga biskut merenggang sedikit dari loyang.
Biarkan sejuk tapi jangan keluarkan dari loyang ya. Biarkan ia sejuk dalam loyang
Cheese Cake
250 gm krim cheese ~ suhu bilik
150 gm gula perang
30 gm mentega ~ dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata
Tuang dalam loyang yang terdapat biskut tadi.
Balut loyang dengan kertas aluminium foil tapi jangan tutup permukaan loyang
Letakkan loyang dalam loyang lain yang lebih besar
Isikan air panas dalam loyang yang besar, jangan sampai loyang kek terapung.
Bakar secara bain marie ini pada suhu 170 C selama 1 jam 15 minit
Bakar guna api atas dan bawah
Caramel
1 1/2 cawan gula ~ ita kurangkan
1/4 cawan air
1/2 sudu teh jus lemon
1 cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream / heavy cream
15 gm mentega
Masak gula, air dan lemon hingga keperangan
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau hingga ia pekat
Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat
Biarkan ia suam
Tuangkan atas cheese cake tadi
Simpan dalam peti ais hingga dingin
Hiaskan dengan coklat Tofee
37 comments:
Kak ita,nmpk sedap sgt kek ni..nk tny ni,krim tenusu tu UHT cream ke,stu lg kek tu bkr gna api ats bwh ke,@ bawah shja? Terima kasih kak ita,sudi share resepi pd kami ;)
salam kak ita..
waah sedapnya..meleleh2 karamel tu :)
Assalamualaikum Azlita
Mana tuan punya gambar pegang kek tak ada ker hehehe.
Happy birthday En Saliki semoga dipanjangkan usia dan bahagia disamping insan2 tersayang..Aminnn
Salam, Kak Ita...
bertuahnya bapak & anak, kalau sy mesti suruh diorang share satu kek jer, hehehehehehe..
Sy rasa sy belum lagi ucap happy birthday, sampaikan salam sy pd mereka ya, semoga panjang umur, diberikan kesihatan yg baik & success selalu, Aminnn.
Uuuuu...nyaman bah!
Wah.. Menggiurkan melihat kek itu..
Sedapnya Kak Ita.... terasa mengidam pula... ;)
Gulp.....sedapnya...arghh....tpi kena jauhkan diri dari makan kek ni....sob2...sob2....pepepun....tq kak ita share the resepi...in sha Allah sya akan try buat suatu haru nnti
Salam tumpang iklan.
Proofer dan Bread Slicer untuk djual di Johor Bahru.
Sila layari ke blog ini untuk lihat gambar dan harga.
http://dinamikbakeridanpastry.blogspot.com/
Terliur tgk kek nie Kak Ita adehhh musti sedap nie :)..
Kak Ita,
Sgt menyiurkan cheese cake akak! Photo yg sgt marvelous! Saya follow link akak! Doakan saya serajin akak ok!
assalam puan
betul2 menggoda minda tc bila melihat kek ni
Assalam kak,
Mengiurkan. Insyallah akan cuba resepi ni
Salam Kak Ita,
Woooooow menggiurkan...apa saja yang dihasilkan oleh tangan Kak Ita pasti cantik rupanya. Apalagi rasanya...
uish...terliurnya nengok caramel tu meleleh...aduyai tak tahan....nak buat jugak la cam ni...
Aduih sedapnya kek trasa nk mkn plak x tahan la...
aduhhh kak Ita...ikut sama leleh tgk karamel yg mleleh kt cheese kek tu..xthn tgk lama2..
suka ayat tu...manis medu.. orang johor je cakap camtu kan?
As salam... kak ita sya amat meminati blog kak ita. ada resepi yang saya cuba. alhamdulillah menepati citarasa kami sekeluarga. Mohon pada kak ita untuk gunakan resepi2 kak ita. TQVM
Kak Ita...keknya dah siap saya buat. Tapi toffee caramel nya tak menjadi. Selepas saya masak air, gula dan jus limau dan keperangan saya masukkan krim. Tapi campuran tu tak pekat-pekat. Cair aje...apa agak silapnya?
Kak Ita
Keknya dah siap tinggal nak buat toffe caramel. Selepas masak gula, air dan jus limau hingga keperangan saya masukkan krim. Tetapi campuran tersebut tak pekat-pekat...cair aje. Alamak sedih betullah....
Zelda masak lagi dgn api perlahan hingga ia pekat, bila ia sejuk ia lagi pekat
kak ita, kalau bakar cara biasa boleh x?
salam kak ita, kalu bakar cara biasa bole x?
kak ita, a very nice look of ur cheese cake..tapi jadik mcmna kalau xbakar pakai double boil?
Assalamualaikum Kk Azlita. Syg bru follow blog akak ni. Very interesting blog lah. Kwn yg suruh follow blog ni sbb sy suka baking. In Sha Allah nk start dgn resepi ni dulu. Akak, nk tanya la. Biskut oreo tu dihancurkan dgn cream2nya sekali atau dibuang creamnya? Terima kasih kak~ <3
Assalamualaikum Kk Azlita. Syg bru follow blog akak ni. Very interesting blog lah. Kwn yg suruh follow blog ni sbb sy suka baking. In Sha Allah nk start dgn resepi ni dulu. Akak, nk tanya la. Biskut oreo tu dihancurkan dgn cream2nya sekali atau dibuang creamnya? Terima kasih kak~ <3
As salam..k.ita..sy pmint blog k.ita..sy x g class baking...sy blajar baking 100% dr blog k.ita..n skrg sy siap bleh jual kek n tart...alhamdulillah..rezeki mlimpah limpah..trima kasih bnyk2 akak...smua resepi mnjadi n topping untk tofee cheese cake pn mnjadi..sy cm tmbh ckit lemon untk elak muak..time kasih bnyk2..
terliurrr sgt...sedopppp ni rili jatuh cinta la dgn each pic yg kak ita post kt blog ni.....
Salam Kak Azlita. Sy belajar di negara org susah nak dapat cream philadelphia. Kalau saya guna cream cheese yg spread itu boleh ke?
Salam..
Nak tnaye sikit..biasa kak ita guna whipped cream jenis apa ye..saya selalu was was kalau nk beli.takot ter beli yg tak halal..terima kasih..
Aslm kak ita...ni first time sy komen kt blog kak ita ni...intai-intai dh lama hehhehe...sblm ni sy mmg xconfident lgsg buat kek..xpenah menjadi.tp sejak adik perkenalkn blog kak ita ni...menjadi je...mula la gian buat kek..ikut resepi kak ita semua..terima kasih kak ita..hanya Allah dpt membalasnya
Salam kak ita, rasanya cheese tu 4 block kan..
Asslmualaikm k. Ita...saya tumpang tanya tips...bagaimana caranya nak mengeluarkan cheese cake daripada spring form...contoh sekiranya saya pakai base biscuit oreo....selepas siap saya nk beri pada org...xkan saya nk bagi sekali dengan benda bulat spring form tu sekali...so ada tips x?
Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh kak Ita..
Kalau UHT Krim Tenusu tu, boleh digantikan dengan Non-Dairy punya tak? Terima kasih..
As Salam akak, nak tanya. Cheese tu 250gm 1 block jer ke. and kek ne size apa ya kak.. senang nak cari loyang..
Trm kasih kak..
salam kak ita.betul ke cream cheese tu 250g je ek?tgk source asal,tulis macam 4 (8oz),maknanya dekat sekilo cream cheese ke ye?
Post a Comment