Decorasi kek alaf baru bersama Lia - masam manis f

Breaking

May 26, 2013

Decorasi kek alaf baru bersama Lia


Assalamualaikum..
Semalam bertempat di Mom's Bake House Skudai Johor telah berlansung satu bengkel Articake Inspired Decorating Cake bersama Lea Oven. Bengkel yang bermula seawal pukul 9.30 am dan berakhir lewat petang berlansung dengan jayanya bersama 18 orang peserta yang mengambil bahagian.


Kalau tak silap ita ini adalah buat julung-julung kalinya Lia Oven turun ke Mom's Bake House untuk berkongsi idea bersama warga Johor cara dekorasi kek alaf baru dengan lebih 10 jenis bunga idaman. Menarik memang sangat menarik! Selama ini kita kerap disogokkan dengan hiasan kek bersama kuntuman mawar kali ni apa kata kita alih pula perhatian kita ke arah dekorasi kek yang lebih berani dan bersesuaian dengan citarasa moden dan terkini.

Sebenarnya ini juga merupakan pengalaman pertama ita bersama Lia Oven dan ita merasakan kelas ini cukup menyeronokkan bagi mereka yang benar-benar gemarkan aktiviti seni dekorasi kek. Pelbagai idea baru yang dikongsikan oleh Lia dengan pelbagai teknik dan tip serta panduan untuk memudahkan kita mendeko kek idaman. Selepas ini pasti kita dah tidak lagi ketandusan idea untuk mendeco kek tak kiralah untuk insan tersayang atau juga bagi mereka yang serius dalam bidang ini.

Pasti ramai yang ingin tau apakah ilmu yang ita perolehi dari Lia.
Banyak.. cukup banyak.. sehinggakan ita berasa cukup bertuah kerana bukan mudah untuk kita menimba ilmu sebegini.. dan bila di beritahu oleh Moza yang Lia akan turun ke Mom's Bake hati ita berkobar-kobar dan tak sabar untuk menunggu munculnya tarikh keramat itu. Ita berharap janganlah ita tak dapat menghadirkan diri pula nanti..

Jom kita masuk kelas Lia tak sabar ita nak kongsikan keseronokan ita belajar mendeco 10 jenis bunga dan Lia pula tidak pula lokek untuk berkongsi satu resepi bonus kepada kami warga Johor.. Terima kasih Lia.. semoga dengan berkongsi ilmu sebegini, dimurahkan lagi rezeki Lia dan semoga dilipat gandakan lagi ilmu Lia


Lia memulakan kelas dengan memberikan penerangan tentang bahan yang digunakan untuk menghasilkan buttercream yang cantik, lembut dan mudah di bentuk. Serius ita katakan buttercream Lia ni sangat sedap!
Lia juga menerangkan kaedah memukul buttercream untuk menghasilkan butter yang tidak terlalu keras dan juga tidak terlalu lembut.
Selain itu peserta juga di terangkan dan di tunjukkan kaedah meratakan buttercream pada kek cara melempa buttercream pada kek dengan mudah dan cepat serta menghasilkan permukaan kek yang licin bak sutera.. nampak tak kek yang dah telah di curahkan buttercream licin aje kan..
Rupanya untuk melempa buttercream pada kek dan untuk membuat bunga tidak menggunakan cream yang sama.. oooo... kalau nak tau kenalah berguru dengan Lia..
Teknik membancuh icing dengan cara yang betul bagi mendapatkan tekstur yang cantik untuk membentuk bunga.. kaedah kena betul baru lah bunga kita kembang setaman.. kalau tak macam bunga tak cukup baja aje kan.. hehe
Lia turut ajarkan bancuhan warna untuk menghasilkan warna bunga yang menawan..
Yanga paling seronok sekali bila tiba masa mendeco bunga. Waaa.. semua pelajar teruja sangat bila melihatkan jari jemari  Lia ligat meliuk-liuk hingga terhasil bunga yang .. aduuh.. cantiknya..
Jom kita tengok bunga yang terhasil..

Cantikkan..
Anda pun boleh juga hasilkan bunga secantik ini..


Yang ni pun cantik tau !!


Yang ni lagi laaa... macam nak pengsan..


Macam mana teruja tak melihat sentuhan dari Lia

Jika dah teruja dan berminat boleh lah hubungi Lia Oven di talian : 012 283 9337
Atau anda boleh intai jadual bengkel Lia di Lia Oven
Bagi warga Johor anda boleh intai kelas selanjutnya bersama Mom's Bake House
Jika anda nak dapatkan bahan baking yang halal dan bermutu dengan harga berpatutan anda juga boleh singgah di

Mom's Bake House
No 39, Jln Pulai Perdana 11
Taman Seri Pulai Perdana
81110 Johor Bahru

Pn Salina : 019 7769196
Pn. Mozaina : 012 7408138


Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Mom's Bake House selaku penganjur kepada Lia Oven terutamanya dan tak terkecuali kepada semua peserta yang mengambil bahagian.
Pesanan ita gunalah ilmu yang di perolehi dengan sebaik-baiknya dan semoga anda dapat memanfaatkan ianya ke arah kebaikkan.
Salam sayang buat semua.. semoga kita bertemu lagi.. insyaallah

Video dari Lia Oven




14 comments:

Unknown said...

Wah!!!kembang setaman bunga2 tu....

Unknown said...

Wah!!cantiknya,kembang setaman bunga tu...mcm real je....nnti k ita ajar sy pula ye...

Unknown said...

Wah!!cantiknya,kembang setaman bunga tu...mcm real je....nnti k ita ajar sy pula ye...

Amie said...

Wow! Kembang setaman harum mewangi!

chimidama said...

cantiknya...ya Allah.

bestnya kalau dpt belajar juga..

rahel said...

Cantik sangat2...teringin sangat nak join kelas buat bunga..tapi takde rezeki bab kita duk Sabah...alahai....

nini said...

WOW....sangat macam best...hehe

ilovekampungku said...

sangat cantik..warna pelangi...

micah aje said...

cantik bunga tu...this blog inspired me..

Roses_Leo09 aka Hanim said...

salam kak ita,
adoi .... mmg nak pengsan tgk bunga2 atas kek tu.
kak ita try la buat 1. Sure menjadi punya sebab tangan kak ita penuh berseni.
Hanim suuuka sangat

Ummi said...

Waaaahh, makin meletopsss laaa tempahan dgn Ita nnt, sangat cantik...! Pasti ramai yg ternanti2 lakaran bunga atas kek Ita pasni...tahniah Ita cayang...!

D.a.a.l.i.a. said...

Terima Kasih banyak2 Aznita sudi hadir di kelas dekorasi kek munger munger saya di Jay Bee, dan turut serta merasakan kehangatan mendeko kek munger2 ini.. Juga, ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman Aznita di blog anda ini :) I will share your blog post at my facebook page ya ... Thanks soo much again, semoga ketemu lagi di lain masa, insya Allah

Thanks, Daalia of Lea Oven

D.a.a.l.i.a. said...

Untuk pengetahuan peminat2 dan followers Aznita di blog ini, Aznita juga turut mendeko keknya sendiri di dalam kelas ini, dah hasil dekorasi kek beliau juga amat mengkagumkan ! Tahniah Aznita !

Mamasya said...

Cantik bunga2 kembang....dg pelbagai warna..

Post Top Ad

test