Jom ke Akademi Chef Amer.. - masam manis f

Breaking

May 12, 2013

Jom ke Akademi Chef Amer..

Assalamualaikum..
Lamanya rasa ita tak bersiaran di blog Masam Manis ni. Keadaan yang tak mengizinkan dan akibat kesibukan membuatkan banyak sangat N3 yang dah tertunggak. Maklumlah musim Pilihan Raya ni.. banyak sangat dapat jemputan.. huhu mengalahkan wakil rakyat yang bertanding pulak.. aduhh.. POYO betul lah ita ni..
Bertambah-tambah lagi bila komputer pula buat hal.. Apalah pula masalahnya.. tiba-tiba pula tak boleh buka firefox dan google..

Terpaksalah minta simpati dari anak-anak nak pinjam komputer..
Kerana kesian ngan maknya baliklah Si abang menghantar komputer untuk maknya gunakan.. kesian abang.. nanti bila komputer mak dah ok mak pulang balik ya..

Macam mana? Semua OK! berpuashati dengan pilihan anda..? Kita kena terima seadanya.. apa sahaja keputusan yang telah rakyat tentukan.. ini adalah ketentuan Allah. Ada sejuta rahmat yang mungkin menanti..

Hari ni bukan nak cerita pasal pilihan raya.. yang dah lepas tu lepaslahkan.. kita mengorak langkah baru.. fikirkan apa yang harus kita lakukan selepas ini.. Kepada yang berjaya dan telahpun mendapat mandat sekalung tahniah ita ucapkan.. semoga amanah yang diberikan oleh rakyat akan dipikul dan digalas dengan sebaik-baiknya untuk kemajuan Malaysia tercinta.

Ok kita mulakan hari pertama ita selepas pilihan raya dengan pengalaman ita mengikuti Bengkel Sehari Bersama Chef Amer dan SAJI yang berlangsung di Akademi Chef Amer yang terletak di Klang. Sebenarnya bengkel anjuran SAJI dan Chef Amer ini adalah lanjutan dari peraduan Kumpul dan Menang dalam majalah SAJI yang bermula pada Jun 2012 hingga Disember 2012. Dah habis dah.. pun peraduan tu.. jangan ada pula yang tanya ita macam mana nak join peraduan ni.. pulak ya.. :P ianya juga ditaja oleh Le Bourne, Maggi dan ADABI



Seramai 15 orang pembaca bertuah yang telah memenangi hadiah bengkel sehari bersama Chef Amer yang bernilai RM600 ringgit.
Ada jugak yang tanya.. " kak ita pun menang jugak ke?" hehe.. sebenarnya ita telah diundang oleh Chef Amer dan SAJI untuk sama-sama memeriahkan bengkel yang berlangsung pada 4 Mei sehari sebelum PRU ke 13. Ita juga merasa amat bertuah apabila Chef Amer memberikan ita peluang untuk membawa seorang teman.. Masa tu terus terpancar wajah keibuan Kak Wan dalam benak fikiran ita.. sudah semestinya ita tak akan lepaskan peluang untuk bertemu dengan kak Wan yang selalu menjadi rujukan ita.. ketika memasak didapur.

Bertambah-tambah gembira apabila Chef memberitahu beliau turut mengundang Kak Ummi untuk hadir sama. Tak sabar rasanya ita nak menunggu tarikh keramat itu samalah juga seperti wakil rakyat yang membilang hari Pilihan Raya.. Keterujaan ita bertambah lagi kerana inilah kali pertama ita melangkah ke Akademi Chef Amer yang selalu ita dengar dari teman-teman..

Pada mulanya ita nak bertolak ke Klang pada petang Jumaat dan bercadang untuk bermalam di sana. Tapi kerana Amirul pula mengkhabarkan dia cuti.. terpaksalah kami membatalkan hasrat itu dan bertolak pada pagi Sabtu. Kami bertolak seawal pukul 5 pagi bagi mengelakkan kesesakan jalan raya kerana bimbang ramai yang akan pulang untuk mengundi. Pada mulanya keadaan jalan raya agak terkawal, walaupun banyak kenderaan di atas jalan raya pada ketika itu. Tiba di Yong Peng, keadaan menjadi sebaliknya kerana kita terperangkap dalam kesesakan jalan yang teruk dan hampir 2 jam kenderaan tidak bergerak kerana terdapat kontena yang membawa sayur terbalik dan melintang di tengah-tengah jalan raya. Proses mengalihkan kontena dan memadamkan api kebakaran membuatkan jalan sesak hampir berkilo meter jauhnya..

Itu baru cabaran pertama.. apa pula cabaran yang akan ita hadapi seterusnya..


Kerana dah lewat, suami memecut kereta agak laju kerana bimbang terlewat. Ini juga merupakan pertama kali kami menjejakkan kaki ke Klang. Laaa.. pas tu tertinggal pula GPRS yang membuatkan kami kalut sebentar untuk mencari alamat Academi Chef sebagaimana yang dinyatakan. Bertambah-tambah kacau bila keadaan persekitaran yang penuh dengan poster parti yang bertanding di sana-sini sehingga ianya mengangu kami untuk membaca signboard di tepi jalan raya.

Berpusing-pusing mencari jalan dan simpang.. adakalanya dah terasa hampir putus asa bila jam pula menunjukkan hampir ke pukul 11 pagi. Kalau ita sampai pun pasti dah separuh masa kelas bermula. Tapi ibarat kata perpatah.. alang-alang mandi biar sampai basah.. alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.. kami terus mencari juga hingga akhirnya bertemu.. fuhhhh... lega..

Nak melangkah ke dalam Akademi, hati dah berombak-ombak.. pasti teruk kena sakat nanti dengan chef.. perkataan pertama.. pastinya.. " inilah pelajar saya yang tak lulus.. kena mengulang semula.." haha.. poyo aje kan..

Dengan lafaz Bismillah dan mulut yang kumat kamit berdoa.. ita menguak pintu.. Assalamualikum.. kata permula bicara..


Alhamdulillah.. kerana ita bukanlah peserta yang terakhir tiba.... rupanya ada lagi yang tersesat juga.. tak apelahkan ianya satu pengalaman.. kata orang kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya..

Seperti biasa kelas tak pernah sunyi dengan gurau senda dan gelak tawa dari setiap peserta dan pengajarnya.. Ita berasa sangat bertuah bila berada di antara mereka.. banyak ilmu baru yang ita perolehi, selain dapat beramah mesra dengan setiap peserta dan team SAJI khususnya. Perkongsian pengalaman daripada Chef dan peserta turut menaikkan semangat untuk menjadi yang lebih baik..


Pengalam pertama berada di Akademi Chef Amer cukup menyeronokkan.. Kelas pembelajaran yang cukup selesa, berhawa dingin, bersih dan kemas tersusun dengan ruang belajar yang cukup santai.. Mata ita tertumpu pada deretan gambar-gambar yang tergantung di dinding ruang belajar yang memaparkan kejayaan demi kejayaan yang diraih.. terdetik di hati ini sememangnya Chef Amer seorang yang kuat bekerja dan tak pernah mengenal putus asa..

Chef juga seorang yang sangat fokus dan sangat komited dengan setiap apa yang diusahakan. Sentiasa menyusun jadual kerjanya dengan baik.. dengan displin diri yang cukup tinggi. Berbangga ita bila diberi peluang untuk menjadi salah seorang pelajarnya..


Chef mulakan kelas dengan memberikan hadiah yang cukup istimewa.. Apron daripada Academi Chef Amer yang bukan mudah nak dapat tau! lebih-lebih istimewanya apabila setiap peserta yang mendapat apron ini tercatit nama mereka yang tersulam indah diatasnya.. waaa.... sayangnya... nak pakai.. akan di simpan ianya menjadi satu kenangan yang terindah...


Chef juga memperkenalkan coklat terbaru dari Le Bourne. jangan tak tau Le Bourn ada keluarkan coklat Butterscoth dan Butterscotch Cip Coklat.. sedap!! 

Hari itu kami berasa sangat bertuah kerana chef telah kongsikan beberapa resepi istimewanya antaranya Butterscotch Truffle yang ita rasakan cukup menarik dan unik cara pembuatannya. Rasanya pula tak payah cakaplah kan.. bayangkan coklat di luar dan lelehan butterscotsh di dalamnya.. aduh.. berebut-rebut ita dan anak-anak.. haha

Chef juga ajarkan cara menyediakannya dalam bentuk gift, kalau biasa kita buat bunga paha guna telur, kali ni kita boleh guna coklat yang hasilnya lebih menarik lagi..

Kami juga di ajar resepi popular Famous Amer Choc Chip Cookies, Kek Chocolate Temtation Torte, dan Berry Yogurt Cup. Semua pelajar seakan teruja dengan setiap persembahan dari Chef.. menarik !


Seronok belajar dengan chef, selain kita diajar dengan kaedah pembuatan yang sangat jelas, chef juga menerangkan kaedah penyediaan sesuatu resepi samaada untuk tujuan komersial atau untuk hidangan  keluarga. Pilihan bahan asas yang tepat untuk mendapatkan hasil yang bukan sahaja menarik malahan sedap dan enak dinikmati. Bukan itu aje.. chef turut menerangkan bahan asas yang perlu kita ambil kira untuk tujuan komersial supaya apa sahaja masakan yang kita hasilkan tidak mengecewakan dan juga tidak merugikan. Setiap apa sahaja tutur bicaranya adalah ilmu yang sangat berguna dan tiada nilainya.. Ita tidak pasti anda akan perolehi semua ilmu yang berharga ini di tempat lain..


Tidak hairanlah Chef menjadi kesayangan anak-anak didiknya. Hinggakan jadualnya cukup padat hingga ke tahun 2014.

Hari itu kami dihidangkan dengan makan tengahari yang cukup istimewa. Sewaktu kelas berlangsung lagi kami semua dah terhidu aroma masakan yang membuatkan perut seakan menari-nari Hip Hop . sedapnya bau... yang menerusup masuk dari celah-celah kamar..


Hasil air tangan Chef yang cukup istimewa.. kari kepala ikan.. Burung puyuh goreng berempah, sotong bakar .... tapi memang sedaplah rempah puyuh goreng dan sotong tu..terbaikkkk...!!  terasa-rasa lagi.. lengkap dengan ulam-ulaman, sambal belacan power dan dibilas pula dengan puding dingin yang yummy! Chef.. nanti kongsikan resepinya chef.. meleleh..leleh air liur cik abang bila ita bercerita keenakan hasil air tangan chef..

Kepada rakan-rakan jangan risau.. nanti ita cuba pujuk Chef supaya kongsikan resepinya yang marvelous tu.. Kepada yang teringin buka restoran.. aa... kena lah jumpa chef kalau nak belajar masak lauk pauk istimewa ni..


Tapi yang ita pelik bila masa pulak Chef ni masak.. sambil mengajar sempat pula chef memasak.. dapur pula tersusun bagaikan tak ada operasi memasak yang berlaku di situ.. Memang benar, aspek kebersihan amat-amat diutamakan oleh setiap chef..  Ita cuba memujuk Adi untuk kongsikan resepi.. aduh.. Chef ni kacau daun pulak.. macam tau-tau aje ita nak skodeng resepi.. hihi


Menurut apa yang ita tau.. setiap peserta yang belajar di Akademi Chef Amer akan sentiasa dihidangkan dengan menu istimewa hasil air tangan chef sendiri.. waa... bertuahnya badan.. bukan itu aje pelajarnya juga boleh cadangkan nak makan apa... aduhh.. baik sungguh hati Chef Amer ni.. padanlah rezekinya sentiasa murah dan mencurah-curah.. hasil keikhlasannya mengajar anak didiknya..


Setiap peserta pada hari itu turut menjerit gembira apabila mereka mendapat goodies istimewa dari Le Bourne.. macam-macam ada dalam ni.. ada coklat, serbuk koko dan apron istimewa dari Le Bourne juga.. terima kasih Le Bourne. Selain itu mereka juga dibekalkan goodies dari SAJI , MAGGI dan ADABI juga.. terima kasih semua.. berbaloi-balaoi.. rasanya..

Pada hari itu juga, chef meminta setiap peserta meneka berat kek yang beliau buat. Peserta yang berjaya akan mendapat hadiah istimewa dari ADABI. Nak tautak siapa pemenangnya.. tadaaaa...

 Tahniah kak Wan ^__^

Dikesempatan ini juga ita ingin merakamkan ucapan terima kasih pada Kak Wan Blog Citarasawan yang sudi hadir juga kepada kak Ummi Home Sweet Home. Terima kasih atas buah tangan yang dikirimkan.. hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. Semoga kita akan berjumpa lagi..

Setiap peserta juga menerima sijil penyertaan dari Akademi Chef Amer. Sijil di sampaikan oleh pengarang majalah SAJI En Noor Joha Ahmad.


Terima kasih ita kepada SAJI selaku penganjur, kepada Chef Amer dan Akademi Chef Amer amnya yang sudi mengundang ita, kepada pihak penaja, Le bourne, ADABI dan MAGGI.

Kepada semua pelajar, manfaatkan setiap ilmu yang Chef curahkan sebaik-baiknya.. sesungguhnya ilmu yang baik ibarat sebijik benih yang jatuh kelaut  menjadi pulau..
Kepada rakan-rakan ita diluar sana jika anda teringin berguru dengan Chef, jangan lupa intai-intai jadual Chef Amer. Bagi yang tinggal di area Klang dan yang sewaktu dengannya anda bolehlah hubungi Chef Amer untuk dapatkan Jadual Kelas. Bagi yang tinggal jauh.. jangan bimbang anda juga boleh sama-sama mengikuti kelas chef dalam Jelajah Bengkel Chef Amer di seluruh Malaysia. jangan lupa dapatkan jadual kelas chef Amer seterusnya.. Rugi kalau anda tak rebut peluang yang ada.. Selagi chef sudi mengajar ni.. rebutlah peluang keemasan ini...

Kepada Chef Amer halalkan setiap ilmu yang diberikan, terima kasih daun keladi.. kalau ada lagi jangan lupa jemput ita lagi.. hehe kalau ada lagi ita nak request kambing golek.. biar tergoleh-golek semuanya.. hihi


Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


Chef Amer  019-2776996 
 email kepada chefamer@gmail.com


Akademi Chef Amer 
Lorong Raja Nong 1A, 
Off Jalan Raja Nong, 
Klang Selangor







11 comments:

Unknown said...

teringin nak join class chef amer.mahal tak k.ita?

Ummi said...

Assalam Ita, gambar dan karangan terbaiiikk...hahahaha, akak kan, letisss nak edit semua...x larat nak pilih.. Apapun Chef Amer the best!! Harap2 Chef jemput lg kita lenkali kan Ita...Kak Wan kemaiinn, pandai jer meneka...kita jugak yg lopong kan...

indahhouse said...

Salam kak Ita,
Menarik bunyinya kelas chef Amir. Moga berpeluang juga nanti. :)

nin9landers said...

Chef mmg best kan....:-)

fazianbatrisyia said...

sy yg tumpang baca ni pun rasa seronok...bestnya dpt jemputan...kesayangan chef ni...kak ita ni...

Gee® said...

Wah...wah...wah! seronok kemain 3 blogger hebat tu... gee tumpang gembira...

faa.rosli said...

seronoknya kak itaaaaaa

maszull said...

assalamualaikum ita...seronoknya dpt join sekali...;)

EriN HairudiN said...

kak ita, di mana nak dapat choc Le Bourne? skang yg jumpa Selbourne je

Yatie Fizzy said...

As salam kak ita....bertuah kak dapat join kelas ngan Chef Ammar...tak ramai yg dapat peluang camni. klo ade pun belum tentu mampu sb fees nyer kompomla mahal kan...yf tumpang happy tuk kak ita ^_^

Unknown said...

Saya teringin nak ikut kursus. Email saya jadual
kamariahyassin@hotmail.com

Post Top Ad

test