Keras tangan..? - masam manis f

Breaking

May 28, 2013

Keras tangan..?

Assalamualaikum..


Pengalaman pertama menghias jambangan bunga adalah satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. Ia juga adalah salah satu dari hobi ita di masa lapang. Setiap kali tiba hari lebaran, pasti ita tidak akan melupakan jambangan bungan untuk menyerikan lagi ruang tamu. Pada ita jambangan bunga cukup manis dan kehadirannya di sudut kediaman memberikan sentuhan harmoni dan welcome.

Walaupun ita banyak membeli jambangan bunga palsu.. tapi kehadiran bunga hidup amat menjadi keutamaan ita di pagi Hari Raya. Kata orang bunga penyeri hidup dan getaran aroma bunga sebenarnya juga adalah satu terapi untuk penghuni kediaman.


Hari ini ita nak menceritakan keseronokkan ita mengubah jambangan bunga. Tapi kali ini lebih menyeronokkan kerana bunganya dari buttercream dan bakul nya pula dari kek. Waa... terujakan..
Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama ita menghias kek yang sedemikian rupa. Bagi mereka yang sering lepak-lepak di dapur maya ita ni pasti tau yang ita tidak mahir mengubah bunga dengan buttercream. Oleh kerana itu ita kurang menghias kek dengan hiasan bunga.

Selain faktor tangan yang keras kejung.. kek yang mengunakan buttercream juga kurang mendapat sambutan dari keluarga ita. Sebagai ibu dan isteri pastilah keutamaan keluarga adalah yang paling utama.


Pengalaman ita mengikuti bengkel Articake Inspired Decorating Cake bersama Lia Oven yang di anjurkan oleh Mom's Bake House baru-baru ini amat membuatkan tidur malam ita tak lena. Melihatkan kecekapan Lia dan liuk lentuk jari jemarinya menghasilkan bunga yang mekar buatkan ita semakin resah dan teruja untuk mencuba..

Mungkin perbualan ita bersama Moza dari Mom's Bake yang menceritakan kelemahan ita untuk mendeco bunga telah menyebabkan Moza beriya-iya benar mengajak ita mengikuti bengkel Lia. Mula ita malu nak mencuba. Ita ingat kehadiran ita sekadar untuk melihat kelas yang berlansung penuh mengujakan ini. Tapi Moza benar-benar ingin ita cuba.. siap dia sapukan krim pada kek dan salutkan lagi kek dengan steam buttercream semata-mata untuk menyuruh ita mencuba.  Aduyaiii.. jadi segan ita.. bukan itu aje kedatangan ita sehelai sepinggang juga kerana ita tak tau apa peralatan yang perlu di bawa waktu itu.. telah menyebabkan Moza turut kongsikan peralatan dekonya kepada ita.. baik sungguh hati Moza jadi segan sangat ita.. terima kasih Moza, tak tau macam mana ita nak balas kebaikan ini.. apa yang ita mampu sekadar mendoakan semoga apa yang Moza dan rakan-rakan usahakan akan berjaya dan bertambah-tambah rezeki dari Nya.


Berbalik pada kek ita ni, kek ni sekadar percubaan pertama dari ita. Kek dasarnya adalah kek choc moist dan bakul tu pula ita gunakan kek span coklat.  Kek coklat moist agak padat dan berat jadi ita jadikan base bawah, manakala kek span coklat yang lebih ringan ita letakkan di sebelah atas.

Ini juga merupakan pengalaman pertama ita membuat two tier cake. Kerana ita tak pernah buat kek ini sebelum ini, ita banyak buat rujukan dari google dan youtube bagaimana cara nak letakkan kek tersebut.

Kek ita ni ita tak letak steam buttercream, sebaliknya ita salut nipis sahaja dengan krim coklat dan ita terus deco dengan buttercream supaya kehadiran buttercream tu tak terlalu banyak.


Ita mulakan projek membuat Articake ni seawal pukul 10 pagi. Ita mulakan dengan membuat 2 biji kek yang berlainan saiz dan juga berlainan jenis. Bila kek dah sejuk ita potong dan sapukan chocolat cream. Ita ratakan keseluruhan kek dengan krim nipis.


Kemudian ita simpan sebentar dalam peti ais supaya krim mengeras. Sementara menunggu kek ita mengeras, ita bancuh pula adunan buttercream icing. Ita mengambil masa yang agak lama untuk menyuai padankan warna. Ita ingat-ingat lupa kerana terlupa nak salin masa Lia ajarkan tentang padannan warna yang sesuai.
Bila dah dapat padanan warna yang ita inginkan , barulah ita mulakan projek ita mendeco bunga yang sangat menyeronokkan. Kek yang ita buat bersama Lia di kelas ita jadikan sebagai rujukan, untuk mengigati kembali setiap step yang di ajarkan.

Setelah beberapa kali berhenti rehat, makan, sembahyang, tengok drama kejap.. hihi dan akhirnya kek ita pun siaplah.. pukul 9 malam..


Walaupun ini merupakan pengalaman ita yang pertama mendeco kek keumpama ini.. tapi ita cukup puas hati. Tanpa tunjukajar dari Lia dan semangat dari rakan-rakan Mom's Bake pasti hingga kini ita masih belum berkeyakinan untuk menghias dekorasi kek bunga-bunga.

Terima kasih, Lia.. terima kasih Moza, Salina dan Mom's Bakes House yang memberikan ita peluang seumpama ini.

Kepada rakan-rakan ita yang lain.. anda bila lagi.. Dapatkan tunjuk ajar dari mereka yang pakar.. insya Allah anda juga pasti boleh.. percayalah..


43 comments:

As-Syifaa Bahri said...

uwaaa...ni yg paling osemmm....
pengsan 100X tgk...huhuhu

Princessgathis a.k.a CinTa said...

Subhanallah...cantik sangat kak... mau berdarah idung ..hehehe

umi's cup cake said...

Kak Ita, ini bukan tangan keras tapi tangan lemah gemalai..suka tengok hasil tangan kak ita.. superb

zila norazila said...

sangat2 cantik..rasa mcm nk join jgk dh dekat dgn umah zila tue..:)

fazianbatrisyia said...

Kalau pada sy...kerja kak ita yg pertama kali pun nampak dah elok sgt dah...tapi baguslah...kak ita tingkatkan kemahiran...

Mas said...

cantikkk sangat2.....
sejuk mata memandang..

monasrie said...

cantek banget nihhhhh.... dah byk kali fengsan tgk nya... tak tercapai dek tangan keras kejung ku jua...
tahniah kak ita kerana hasil yg sgt awesome ini...

zuliey_zaa said...

K.ita! Pitam jap tgk! Nk jgk bunga kembang sebakul tuuu..! Well done sis... awesome sesangat! ^__*

Chah said...

fengsan!!! bangun semula..pengsan lagi patblas juta kali...ohsem sungguh kak!

rachel said...

Kak, sangat cantik cake ini :)
saya banyak suka

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kalau utk buat sndiri, kepuasan sndiri, mmg ok tu, Kak Ita, berejam2 mengadap, tapi kalau utk ambil tempahan, pengsannnn!!! hehehehe

saya kagum!!

Ummi said...

SubhanAllah...MasyaAllah....fengsaaannn 100x kali akak masuk sini Ita, lg terkelip2 mata, x tau di alam mimpi ke alam nyata....adoooiii...berseni, kretip dan boleh dipercayai!! Haa..gituuuu kelasnya bakat yg dianugerah, daya kreativiti yg diusahakan, hasil dengan izinNya...alhamdulillah.. Sangaaat laaaa cantiiikknyaaaaa... ^__^ Tahniah Ita, melangkah setapak lg kemahiran... Letih dik non oii akak memikirkan camne la Ita menyiapkannya...

strawberi said...

ya allah kak ita..cantik sangat ni..baru pi sekali kelas dh terer...good job..cantik sangat nih..iskk..sayang nau nk mkn

Sally said...

oh sangat-sangat cantik...pinjam tgn kak..hehhe

kakwan said...

Cantik sungguh padanan warna warna nya.. :D

zas said...

kak itaa :) serius sgt adorable! nak makan pun rasa mcm sayang je.. :D

chekem mirza said...

saya kagum dengan kreativiti dan ketekunan. Bunga tu nampak hidup

D.a.a.l.i.a. said...

congrats Azlita ! deco anda sangat awesome !

Siti Asiah said...

geramnye tgok kek ni...kombinasi warna bunga tu cantik sangat...bertuah akk...♡

Hafizah fauzi said...

akak.. tgk cake nih buat sy lapar.. nice cake dgn bunga yg nmpk cukup hidup

Unknown said...

cantinya kak ita...lawa sangat...terkagum sekejap....

Ina Mohamed said...

k.ita, cantik sangat. patutla kelas nk buat macam2 jenis bunga ni mahal kan. aduh, tengok bunga-bungaan yg meriah mcm tu memang terpesona la.

Unknown said...

aduiii nangis tgk mcm2 jenis bunga nya kak ita..owsemmm eh...cantik sgt kak..zila lg la x reti hehee

NinaAz said...

cantiknyaa kakkk

seri tanjung said...

Me
Memang telaten....teliti le....

seri tanjung said...

Memang teliti....

Ita Rossi said...

good job ita! mmg tgn berseni. First time buat terus menjadi.

Roses_Leo09 aka Hanim said...

hanim tau kak ita boleh buat.
tahniah .......

keras tangan kak ita menjadi gak buat bunga2 tu. Kalau keras tangan hanim ni mmg dah confimr x jadi. he he he he ..........

Eray Majid said...

keras tangan :D
terer kat ita, sungguh berseni
kene belajar cara bagi makanan cantik

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/harga-mealshake-shaklee-beli-harga-ahli.html

abang baker said...

salam.............. kak boleh tak share resipi buttercream tu...? sebab tengok bunga akak cantik jer terletak, saya punya resipi cepat lembik cream dia.... kalau tak keberatan la

MrsYusofhussain said...

Ya Allah, kak Ita cantiknya kek ni...menangis tengok...huhuhu

Mat Gebu said...

Boleh jadi kek 'kepala meja'....cantik sangat..ceria!

Unknown said...

Sangat ternganga..

Love Sweet Recipes said...

cantik sangat!! salute nih!!

Love Sweet Recipes said...

cantik sangat!! salute nih!!

mya fathira tyrex said...

Subhanallah 1st time tgk kek cntik mcm ni. Xde buat kelas lg ke? Nk join haha

Unknown said...

Tahniah kak...cantik n hebat..sangat2 kreatif..syg nk dmkn.;)

Unknown said...

Cantik dan sgt kreatif....mcm syg nk dmkn

.

Unknown said...

Tahniah sgt kreatif

MsEatHapPy said...

Kak ita...klu sy nk order tuk tunang ke..nikah ke boleh...seriusssss cantekkkk

MsEatHapPy said...

Kak ita...klu sy nk order tuk tunang ke..nikah ke boleh...seriusssss cantekkkk

Journey of Life Remyunes said...

Cantik sgt, saye tringin nk bljr wat cake mcmni, tp wat kek kukus pon kdg2 tak jadik. Hihihi

mama leen said...

memang cantik gila kek ni.. tengok pun tau mesti susah nak buat..

Post Top Ad

test