Hari ni ita tak boleh nak sembang panjang-panjang sebab banyak kerja tak siap lagi. Hari pun dah lewat malam.. kalau sembang karang takut esok terlajak pulak bangun. Ada lambat pula Dalili ke sekolah.
Hari ni ita nak kongsikan beberapa resepi untuk hantaran. ialah tak lama lagi cuti sekolah.. mana lah tau kalau ada idea yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk buat gubahan hantaran atau pun door gift untuk tetamu. Masa ita tunang dan khawin dulu pun semua bahan hantaran ita buat sendiri.. kata orang save baget.. ialah dulu masa kerja gaji kecik.. terpaksalah berjimat cermat cikit..
Resepi pertama ni puding coklat. Jiran ita minta buatkan.
Banyak pula yang risau bila ita dah ambil tempahan.. bimbang takut ita dah tak kongsi resepi di blog lagi..
Jangan risau lah.. insyaallah ita akan terus kongsikan resepi mana yang ita tau.. Tapi ada beberapa resepi yang ita tak dapat kongsikan ita minta maaf banyak-banyak kerana terikat dengan publisher.. dan ada juga resepi yang ita gi belajar kat kelas tu ita kena minta izin dengan tuan empunya dahulu.. kalau beliau izinkan ita kongsikan, tapi kalau beliau tak izinkan ita minta maaf banyak-banyak dan ita berharap sangat supaya semua memahami situasi ita..
PUDING BLACK FOREST
by : Nunung
Sumber : Buku Pelbagai Jenis Puding
1 sudu makan serbuk koko
1 biji kuning telur
koko di bancuh dgn sedikit air suam.
Telur di pukul
Campurkan kedua2 bahan di atas dan kacau rata.
satu peket agar-agar serbuk - anggaran 12-14 gm
150 gm gula pasir - ita kurangkan 120 gm
1/2 sedu teh esen vanila
600 ml susu coklat
300 ml air
50 gm coklat masakan
Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut
Tuangkan susu coklat dan masak hingga didih
Tambahkan coklat masakan yang telah di cincang kacau rata
Ambil sedikit adunan agar-agar dan campurkan dengan telur kacau rata
Tuang kembali ke dalam agar2 sambil di kacau
Masak kembali sampai didih
Tambahkan esen dan tapis
Tuangkan ke dalam acuan yg di sukai
Biar hingga sejuk
Simpan dalam peti ais supaya dingin
Untuk dapatkan corak bunga tu ita gunakan resepi puding di SINI
Tapi tak perlu buat 1 adunan buat lah 1/4 dari pada adunan asal. Kena buat yang ini dulu, lepas tu tuang dalam loyang dan sejukkan. Bila dah sejuk potong lah ikut corak macam mana yang suka. Susung dalam loyang kemudian tuang puding coklat.
Tak payahlah ita salin semulakan.. sama aje cara buatnya.
Kalau nak buat banyak bolehlah buat satu adunan. Tapi kalau buat sikit pandai-pandailah bahagikan 1/2 adunan atau 1/3 adunan.
Strawberry pula celupkan sahaja dalam coklat masakan untuk dapatkan corak baju pengantin tu. Celup coklat putih dahulu, biarkan keras baru celup yang coklat gelap pula. Kemudian hiaslah mengikut corak pakaian yang kita suka.
20 comments:
Cantiknya kek dalam cup tu.. Baguslah akak dah terima tempahan. Tentu yang menempah tu gembira dengan hasil air tangan Kak Ita yang cukup menawan.. :)
Alhamdulillah.. harap-harap macam tulah Nur-nba ^__^
Ya Allah, indahnya hasil air tgn kak ita. Pastinya client kak ita puas hati dgn kreativiti sebegini.
Cantik hasilnya..alhamdulillah.
Cantiknya kakkk ♥
Cantik molek belaka....
assalamualaikum,,,,akk mmg mnjadi idola saya dlm masakan,,,sy sangat teruja dgn hasil air tangan akk...semoga akk rezeki akk kian brtambah dan suksess selamanya..insyaallah
Semuanya cantik dan menyenangkan...suka banget...
cantik sangat..terimakasih ita..yang tidak pernah jemu jemu berkongsi bersama rakan rakan
waa t kalo nk tempah gk mcm mane yek..??so cute cup cake 2...
Aduhhh terliur nyaa
Aduhh terliur nya
Rasa nak pindah jb sbb nak order kek ngan kak ita..hehehe
cantik sangat2. terpesona
akak!!! nak nanges..sebab lawo bebenor...mesti akak bosankan dgn komen saya, asik lawo, cantik, anggun, comey, gebu, mulus, terbaik....hahha dah mmg itupun koemn yang layaka untuk kak ita...:)
salam ita
bagusnya ita dah ambil tempahan... org2 kat sana sure senang hati sbb dah tau mana nak tempah utk dptkan hasil air tangan yg meletops utk majlis tunang/kahwin.. hehehe... sentuhan ita.. buat apa pun semua cantik di mata kami... t.kasih ita.. sambil2 tgk boleh juga ambil idea ye ita.. harap dihalalkan sekiranya diguna pakai idea ita...
nice.. sesuai for hantaran.. hihi
https://hantaransforpengantins.wordpress.com/
Cantiknya bju pngantin..ni kalu pg jb nk tempah
salam..nk tnya kak..susu coklat mcm mne ek?air dutch lady ker?hihi
ya aizat air kotak perisa coklat
Post a Comment