Majlis perkhawinan dahulu kala tidak sama dengan kini. Masa dahulu adat Melayu amat memegang erat ikatan persaudaran, tolong menolong dan bergotong royong sesama jiran. Kalau kat Johor biasa di panggil rewang. Dua tiga hari sebelum majlis semua penduduk kampung dah pun bergotong royong.. mendirikan balai, khemah dan menaikkan pelamin. Semuanya dilakukan dengan tulang empat kerat anak buah dan tok ketua. Bersesuaian dengan peredaran masa yang inginkan serba ringkas, semua dah mula beralih kepada catering.. mudah, tak penat semua dah tersedia.. janji ada duit.. Kadang kala terasa sukar nak mendapatkan kembali detik-detik indah dan kenangan silam..
Kalau sebut perkhawinan dan pertunangan pasti ita teringatkan barangan hantaran.. Ita cukup suka melihat barang hantaran. Dulu selalu juga ita mendapat tempahan dari kawan-kawan yang minta ita buatkan barang hantaran mereka.
Ita kalau dah mula buat barang hantaran jangan ada yang kacau.. ita terlalu fokus untuk menyiapkan hingga kadang kala tak tidur malam selagi ianya tidak siap..
Masa adik ita khawin pun semua barangan hantarannya ita yang sediakan.. Entah kenapa ita cukup suka pada kerja seni tersebut..
Ita jadi leka membelek setiap gubahan hantaran..
Tidak lengkap sekiranya dulang hantaran tidak di serikan dengan kehadiran puding dan manisan. Ianya sangat penting kerana mangangkat martabat makanan warisan Melayu kita dahulu.. Justeru itulah dalam setiap istiadat perkhawinan Melayu ia diketengahkan agar terus dikenali oleh generasi muda.
Trend gubahan puding sekarang turut kemodenan sealiran dengan perubahan zaman. Gabungan warna ceria menambat hati dan selera terkini..
PUDING LAPIS
Resepi Oleh : Kak Hanieliza
Rujukan : 1 Hari 1 Resepi
10 gm agar-agar serbuk
6 cawan air
300 gm gula
400 ml susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna mengikut kesesuaian
Masak serbuk agar-agar, air dan gula hingga larut dan mendidih
Masukkan susu dan esen vanilla, biar mendidih sekali lagi
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna
Tuang kan dalam loyang yang telah di basahkan terlebih dahulu
Tuang satu warna dahu dan biarkan mengeras
Cakar permukaan puding dan tuangkan lapisan seterusnya
Ulang proses melapis hingga habis
Dinginkan dalam peti ais
Hias puding dengan bunga-bunga yang di bentuk menggunakan adunan yang sama, tapi di bentuk menggunakan acuan bunga
23 comments:
menarik!!!
cantiknya kak ita memang kreatif..yf suka sangat tengok hasil tangan akak...yf nak bersifu dengan kak ita boleh ^__^
As'salam Ita
memang betul sekarang adat lama dah banyak ditinggalkan. Tapi hujung bulan ni anak saudara ct kawin masih lagi ada dikekalkan rewang dan masak beramai2. kira adat lama tu tidak dibuang terus.. jika berkesempatan jemput datang ya 26hb ni bawak anak2 juga en suami.
cantik menarik hidangan puding ni :-)
salam, cantiknya kak.. macam mana nak buat bunga tu lekat dengan bahagian bawah? :)
Assalamualaikum kak ita...
cantiknya puding akak buat, syg nak potong.. hehhehe..
Cantikny. Syg nk mkn ni
Salam.
Puan Ita yang dirahmati Allah,
adakah puding berbentuk bunga itu boleh lekat elok, tak tergolek jika ditatang?
Sungguh teruja melihat hasil tangan Puan yang rajin berusaha!
<3.
cantiknya;)
tsenyum melihatnya.. Akak mmg hebat, lg hebat jika dpt menikmati puding ini...
cantiknyer ita... ingatkan ada step by step cemana nak hias agar2 tu.. hiasan bunga tu ita letak mcm tu je ke? tak gelungsur ke bunga tu kalau puding tu tersenget?
Cantik...Tapi macam mana lekatkan bunga tu?
Bagus idea ni....kalau berjaya dicuba nanti boleh buatkan utk wedding anak buah tak lama lagi..
Kak Ita, nak tanya la bunga hiasan tu boleh lekat ke? Risau kalau bubuh dalam kotak hantaran berselerak nanti, kalau utk jamu meja mkn beradap tu lain.
Salam Ita..cantik gabungan warna-warna rose tu.. trend sekarang puding & agar jadi pilihan hantaran :D
Pengsaaannn akak Ita cayang ooiii.... ^__^
kalau di tangan Kak Ita, semuanya akan jadi indah dan berseni.. cantik sekal!!
Nice sesangat....ianya memberikan saya ilham nak deco tempahan kek tunang minggu depann...besttnyaaa
salam kak ita..
kagum lihat puding hantaran yang begitu cantik..memang betul peredaran zaman skang ni buat jadi lebih inovatif menghasilkan sesuatu tu..
cantiknya puding nie akak...nak ajar tangan jadi lagi kreatif
http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/ubat-sakit-sendi-10-kebaikan-ajht.html
Cantik..
salam kak ita,
hanim nak pengsan tengok puding kak ita .... cuuunnn ............
Cantik.. seswai jadikan hantaran.. :)
https://hantaransforpengantins.wordpress.com/
as salam..k.ita..pudng ni gune loyang saiz bpe eh? :)
as salam..k.ita, puding ni dia gune saiz loyang bpe eh? :)
Post a Comment