Betul dengan magic pan HiG ni tiada apa yang mustahil..
Sebenarnya ia direka khas untuk memudahkan kerja memasak kita di dapur.
Sesuai untuk semua suri rumah alaf baru yang sering sibuk dan mengejar masa. Yang inginkan cara memasak mudah dan serba ringkas.
Bukan itu sahaja ianya juga sesuai untuk mahasiswa dan mahasiswi yang tinggal jauh dari keluarga, pasti sesekali ingin menyediakan sendiri masakan.. tak kan asyik nak makan luar aje kan? boleh pokai jugak kalau asyik makan mamak aje.. bertambah-tambah lagi harga barangan yang semakin meningkat dewasa ini..
Apa istimewanya pemanggang ajaib ni?
Ianya sangat menjimatkan , harga yang rendah, mudah di bawa dan disimpan, senang di gunakan, senang dicuci, menjimatkan masa , boleh memasak pelbagai hidangan dengan pelbagai teknik.. yang penting masakan anda menjadi lebih enak dan di sukai seisi keluarga.
Dengan hanya sebijik pemanggang ajaib ini kita dapat...
Menjimatkan minyak, kerana dengan memasak dalam pemanggang ni minyak dapat dikurangkan, ianya tidak melekat dan mudah dibalik-balikkan. Sangat-sangat sesuai bagi mereka yang sangat mementingkan kesihatan.
Masa memasak juga dapat dikurangkan, cepat, mudah dan ringkas
Mengoreng?
Tak ada masalah, anda boleh goreng apa sahaja dengan pemanggang ajaib ni. Tak perlukan minyak yang banyak seperti kita mengoreng dengan kuali biasa. Ikan yang digoreng dengan pemanggang ajaib ni rangup diluar dan masih lembut dan lembab di dalam.
Selain itu anda juga boleh masak rendang, asam pedas, gulai, masak lomak atau apa-apa sahaja masakan yang anda ingin sediakan... semuanya tak mustahil..
Pemanggang ada tangkai, berpenutup magnet yang ketat bergetah dan kedap udara. Ia direka khas supaya aroma makanan yang di panggang tidak keluar semasa proses memasak dan akan terus mengekalkan rasa asli makanan tersebut.
Membakar.. atau mengril..
Tak ada masalah.. lagi mudah dan cepat..
Daging di bakar dengan sempurna sekali, masih berjus dan tidak kering
Boleh bakar ikan, ayam, daging, segala macam seafood, nak buat Lamb Chop, Steak, Chicken Chop dan lain-lain lagi.. tak kiralah hidangan barat, kontemporari atau tradisional
Boleh ganti Oven??
Kenapa pulak tak boleh..
Malah lebih mudah untuk jumlah yang kecil atau keluarga yang tak ramai ianya lebih praktikal dan sangat-sangat sesuai dan bermanfaat.
Adik-adik dan anak-anak juga boleh menggunakannya.
Tak perlu keluarkan belanja yang besar untuk membeli oven jika kita tak selalu menggunakannya..
Dengan magic pan ni.. bukan sahaja ianya murah malahan mudah dikendalikan dan mudah dibawa kemana-mana sahaja.
Pemanggang ajaib HiG, mudah digunakan kerana mempunyai berat yang sederhana, bukan sahaja untuk surirumah malah anak-anak juga boleh menggunakannya.
Direka tidak terlalu tebal sehingga sukar di kendalikan dan tidak terlalu nipis sehingga masakan mudah hangus dan melekat pada kuali.
Memang tak melekat.. kerana ianya jenis Non-Stick Pan
Datang dalam 2 saiz 28 inci dan 32 inc
Pemanggang ajaib HiG berlekuk agak lebih dalam sedikit dan mudah untuk kita membakar menggunakan bekas aluminium..
Kenapa guna bekas aluminium.. kan mudah jika masak terus dalam pemanggang tu..
OOO.. ini hanya untuk memudahkan kita menghidang, lebih molek dan lebih sopan.
Kalau nak terus masak dalam tu pun boleh tak ada masalah..
Waaa.... nampak sangat enak kan..
Mestilah enak.. sebab ia memerangkap haba dan membuatkan masakan kita tak kering..
Letak aje makaroni bakar ni walaupun masih frozen.. letak pada api yang perlahan atau api yang kecil. Kalau ita, ita menggunakan api 3, tutup dan set masa dalam 30 minit. Lepas tu kita dah boleh buat kerja lain.
Selepas 30 minit waaa... kita dah dapat menikmati macaroni yang eeemmmm.... lazat tak terkata..
Lasagnia pun boleh juga..?
Boleh.. tak ada yang mustahil kan..
Kalau magic pan HiG bekas aluminium ni masih muat dalam pan 28 inc
Boleh...
Kan dah kata tak ada yang mustahil...
Waaa... bestnya.. boleh bakar kek chocolate moist lah..
Tak sabar saya nak dapatkan satu..
Nanti dulu... cuba tengok yang ni pula..
Waaaaaa.... macam tak percaya lah..
Betul ke ni.. boleh buat kek caramel..
Kan ita dah kata.. dengan magic pan HiG ni tiada apa yang mustahil.. hebatkan!!
Macam mana nak masak kaedah kukusan ni dalam magic pan
Mudah aje..
Bila semua bahan kek dah tersedia dalam bekas aluminium, kita letakkan air dalam magic pan HiG tu.. sikit aje.. dalam 2 cm dari dasar, panaskan pada api kecil ita guna api no 2
Bila air dah panas dalam 2 minit kita tutup bekas aluminium yang ada adunan kek tu dengan aluminium foil, dan masukkan dalam magic pan HiG ni. Tutup pan dan letak pada api no 3 biarkan 30 minit
Tadaaaaa.. dah tersedia kek karamel..
Pada yang tak ada oven tu.. dah tak mustahil.. anda juga boleh merasa kek yang enak ni..
Jom kita tinjau apa kata mereka...
waaa... kak Hanieliza pun dah keluarkan buku cara nak gunakan magic pan ni.. dengan resepi yang mudah dan hebat..
Apa tunggu lagi..
grab both of it now!!!..
Kat mana saya boleh dapatkan magic pan ni.. tak sabar rasanya saya nak dapatkan satu.. dan tak sabar saya nak menggunakannya..
Kepada yang berminat dengan magic pan ni anda boleh hubungi
31 comments:
As'salam Azlita..
wahhhhh!! memang hebat dan sangat magik! nak dapatkan satu ...hehehe.
^__*
kak ita bt la satu resepi gna magic pan..boleh try
kak ita bt la satu resepi gna magic pan..boleh try
bagusnya kak...
sy dh try kt ArtNova pot (boleh google) kek lain mmg jadi, kembang cantik mcm oven, tp karamel x, rupanya sbb nk kena tutup aluminium foil dlu lah kan..ok2.. tq! ;)
soalan sy, gula hangus tu pun, bakar kt dalam aluminium tu jugak ke atau bakar kt lain pastu tuang dlm aluminium??
terbaekkkk la kak...
memang betul2 magic pan kan...
yup tika kalau kek karamel kena tutup sebab ia kaedah kukusan takut air masuk dalam kek nanti kek tu basah..
karamel tu boleh ikut mana2 nak masak terus pun boleh nak asing pun boleh
ita masukkan gula dlm bekas aluminium tu pas tu bakar kejap api kecil aje dlm magic pan tu pas tu keluarkan, baru tuang karamel pudding dan adunan kek, pas tu tuang air dlm magic pan sikit aje airnya.. masukkan kek yang kita dah tutup dengan aluminium foil dan bakar api kecil aje.. sedap kek karamel ni.. moist aje..
Boleh try...kt umah mmg dah ad menda...jimat letrik juga kan..setakat nak masak kek sebiji dua ni boleh sgt kan
Waaaahhh, satu lagi teknologi terbaik, kena dapatkan satu nih...senang jimat letrik, gas murah lgk...haha. HiG Pan ni sama ke dgn yang dijual kat Menang Glassware tu eh Ita? Ada nampak hari tuh, tp memikirkan dan macam2 pembakar ada kat rumah tuh...x beli pun..hehe. Ni pulak mcm teruja...Ita mmg pandaii..!
Assalamualaikum k.ita, saya dah cuba memang best la. Sy try wat kek oklat tp xletak dlm bekas aluminium tu nak cepat takut anak2 bangun...memang lenbut n gebus...lama xmkn kek coklat, saya sorang jer angkut hehehe. Nanti nak try kek kukus plak n biskut.
salam kak ita..
bagusnya ada magic pan ni..pan yang serbaguna..wajib ada ni..
bape harga magic pan tu kak?
Alahaiiii bestnyaaa...kat mana nak beli ni?
kuali pun pandai buat magik
pun ade satu gak...tapi jenama Ikan..lebih kurang sama...so far ppanggang ayam , ikan memang best..nanti nak terai buat cc lak!
Rami orang dok gilakan magic pan ni kan kak Ita. Macam2 brand ada cumanya tepuk dada tanyalah poket. Tapi memang nampak mudah sangat.
akak pun dah cuba juga beberapa kaedah memasak menggunakan magic pan.. membakar/menggril sudah tentu.. menjimatkan masa & gas juga. Yang best.. boleh msk kuih tradisi & juga menyira labu.. kejap je empuk.. mmg betul2 praktikal.. berbaloi2
best ni...msti beli ni..hehheh
Kak...cer bg resepi makaroni bakar guna magic pan ni...thanks in advanced kak
memang magic!! tapi duit tak cukup lagi nak beli..sob sob.. inilah nasib seorang pelajar..buku lagi penting dari magic pan ni..huhuhu
Memang byk jenama magic pan dipasaran...antaranya jenama IKAN, HiG, HAPPYCALL dll. Harga dan warna pun berbeza beza...betul tu kita perlu tepuk poket dulu sebelum membuat pilihan. Bak kata pepatah KALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI...
best nya kak ita...berapa harganya...??
salam,
kat mana saya boleh dapatkan buku resepi menggunakan magic pan ni?apa tajuk bukunya?
Salam Kak Ita, saya dah beli HiG pan ni kat kedai bakery taman pulai perdana..memang worth it...tq kak ita for the info how to use this HiG pan..
ni saya ada buat entry tentang blog kak ita dan pasal pan tu...jemput singgah..
http://www.azlitamasammanis.com/2013/05/segalanya-tak-mustahil.html
Saya beli HIG ni di Langkawi..memang sangat berbaloi2..tak rugi beli..mcm nak gantung kuali je..guna magic pan ni senang..masak sayur campur pon main campak2 je dlm ni..ayam bakar..ayam masak kicap..mmg senang betula..
mmg senang guna ni..saya beli masa kat Langkawi..berbaloi2 dengan harga di langkawi berbanding harga yang dijual kat KL..x sia2 anak saya kendong HIG ni dlm flight sbb plastik die dah terbuang..kiki...masak sayur campur..ayam masak kicap..ayam grill..beef grill..sume guna HIG ni je mudah..serius ckp..saya dh lama x guna kuali!
Kak. Nak tanya. Kalau nak buat pavlova dalam tu boleh tak ya? ☺️
Resepi2 kak ita mmg terbaikkk...
Kalau nak cuba pmgg ajaib jenama HappyCall made in Korea kat sini pon bole...
www.facebook.com/deenakhalil
Salam perkenalan k.ita =)
singgah sini jap, pinjam resepi kek karamel gak. baru nk try guna p.ajaib ni.
ibuimanihadif.blogspot.com
Bleh tk bakar pavlova dlm p.ajaib ni?????
teringin nk buat tpi kt rmah takde oven,,
saya pun suka magic pan..kurang guna minyak.
Post a Comment