Idea Tempahan 7 June 2013 - masam manis f

Breaking

Jun 7, 2013

Idea Tempahan 7 June 2013

Assalamualaikum semua..

Ok hari ni ita tak boleh sembang lama sebab banyak sangat kerja yang masih tertangguh. Ada yag dah menjerit-jerit dah tu.. 'kak Ita.. mana resepiiii... 'aduyaii.. maaf ya lia akak tak sempat lagi nak mengadap komputer lama.. sebab sedang menyiapkan tempahan kawan

Bercakap pasal tempahan, hari ni ita dapat tempahan untuk hantaran majlis pertunangan dengan tema kuning dan hitam. Terima kasih kepada Marzs yang menempahkan untuk majlis pertunangan adiknya Ieqa dan pasangannya Wan. Semoga permulaan yang baik ini akan sentiasa mekar semekar bunga sakura yang berkembang diiringi doa agar terus berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Ok kita terus sahaja pada pilihan dari Marzs


Marzs memilih kek Moist Red Velvet dengan corak brick di sebelah dalam. Resepi kek ni ita pernah kongsikan di sini sebelum ini, boleh inta-intai resepi dan kaedah penyediaannya sekali. Tema yang di berikan pula kuning dan hitam yang membuatkan ita rasa nak pitam untuk memilih deco yang sesuai dengan tema warna. Akhirnya ita memilih deco bunga sakura untuk kek tersebut.
Harap sangat Marzs dan Ieqa puas hati... ^__^


Bunga sakura ni ita buat dari gum paste, senang aje buat dia terap-terap aje dengan acuan bunga tu.. hehe batangnya dari buttercream icing.


Ini pula puding yang menjadi pilihan. Marzs berkenan dengan puding ini yang pernah ita kongsikan sebelum ini. Ita ubah sikit bentuk dan coraknya agar tampil berbeza dari yang sebelumnya. Rasanya juga sedikit berbeza dari yang sebelum ini kerana ita tambahkan perasa moca.


Ini juga untuk hantaran, Rusian Black and White, tapi ia berlainan kerana di sediakan dalam cup kecil. Ita pernah kongsikan idea ini sebelum ini.


Ini pula Yogurt Berries in cup, juga menjadi pilihan Marzs untuk hari bahagia adik kesayangan beliau.


Terima kasih ya Marzs atas kepercayaan dan halalkan segala kekurangan.


Satu lagi kek yang juga pada hari yang sama  untuk hari ulang tahun perkhawinan Arin bersama suami yang ke 5 tahun.


Masih lagi dengan deko bunga sakura yang di berikan sedikit kelainan pada sentuhan. Ita pasti Arin inginkan sentuhan romantis pada kek ulang tahun perkhawinan beliau. Oleh itu ita letakkan burung sebagai tanda cinta dan kebahagian pasangan ini yang akan kekal selamanya..


Terima kasih juga buat Arin, semoga berpuas hati. Akak juga mohon maaf andai ada sebarang kekurangan.. Sesungguhnya kekurangan itu adalah atas kealpaan diri akak yang naif ini..


Terima kasih sekali lagi..

27 comments:

fazianbatrisyia said...

so sweet....cantiknyer mesti mereka puas hati....

mimie said...

waaahhhh...canteeekkkkk sangat kak.
semoga maju jaya kak...
kalau ada rezeki mimie ke malaysia, nak order langsung kat kak ita..hihi

Anonymous said...

cantik2 belaka....berbaloi

wawa syaida said...

cantiknye...kreatif sangat...

Hanim said...

Ya Allah pasti mereka teruja tengok kek2 yang gojes ni (^_^)

Ann Ishak said...

cantik2 belaka :)

Unknown said...

semua nya cantik2 belaka, tentu mereka yang menempah sangat berpuas hati di atas kerja tangan Ita,gud luck utk Ita :)

AhliaSaleh said...

Salam kak ita..sweet n romantisnye kek y ade 2ekor burung tu..temphn u hntrn kat atas tu pun sgt2 comel..

Amie said...

Sentuhan penuh kreatioviti dari tangan ajaib!

Unknown said...

Kagum...memang nampak keikhlasan k ita mendeko semua tu...

~jom berkunjung ke blog saya untuk tips kesihatan dan kecantikan wanita, terima kasih~

Sweet red cherry said...

sangat menarik dan kreatir..cantik la kak..

Ita Rossi said...

cantik! cantik! baru terbayang dalam kepala nak buat design bunga sakura tup..tup..jumpa kat sini. Cantik!

nin9landers said...

Cantik kak...pengsan tgk ni

rahel said...

Sentiasa cantik dan menarik idea2 dari Kak Ita....

Che Kem said...

jatuh hati melihat gambar gambarnya

Mas said...

cantikkk sangat....
suka mas tengok...
moga makin maju jaya yerk kak...
byk insprasi yg mas dpt hasil perkongsian dari akak..
TQ sangat2

Unknown said...

aduh..rasa nk pengsan tgok sume kek ni..cantik noh....
rasa syg nk makan...hu

Unknown said...

wahhh...cantiknya kek kak ita...
menarik,rasa syg nk makan...huhu

mya fathira tyrex said...

Yaallah kak.. sy sbrnye dr dulu lg duk intai nlog akak ni cube resepi.. dr dulu lg admire akak punya kerja tngan.. suka sgt2. Buat la kelas kak. Sy nk dtg..

~miSS iLa~ said...

berapa harga utk kek2 hantaran camni kak ?

Yus said...

superb la kak. memang terbaik..

Sidratul Muntaha said...

jalan - jalan cuci mata kat sini
how much I've been inspired by your art work!

Unknown said...

kak ita syg,thnks a lot ye kak..sgt2 puas aty,.

Unknown said...

salam kak ita syg,thnks a lot ye kak..sgt2 puas aty,adik Marzs ske sgt..

Unknown said...

kak ita syg,thnks a lot ye kak..sgt2 puas aty,.

Unknown said...

Tq kak azlita utk kek yg sgt cntik...sgt2 b'puas aty..n even xdpt nk rse tp dpt komen dr sebelah lelaki yg positif..."kek nye sgt2 sdap..." tq gak 4 my sis marzs bb sponsor kek yg cntik nie...time i kawin nnti sponsor lg taw...;)

Farha IbuCergas said...

Kak, mohon tiru ya kalau saya nak buat kek ni.
boleh lawat blog saya juga. tapi jarang laaa updatenya sbb masa membaking pon x banyak. kihkihkih.


IbDapur IbuCergasIbuCergas

Post Top Ad

test