Birthday Kek Kanak-Kanak - masam manis f

Breaking

Jul 22, 2013

Birthday Kek Kanak-Kanak

Seronoknya jadi kanak-kanak kan?
Bila ita mendapat permintaan untuk kek birthday kanak-kanak, ita berasa sangat-sangat teruja.. Seronok untuk menyiapkan sebijik kek birthday anak-anak bertepatan dengan permintaan ibu-bapa dan selaras kehendak anak-anak mereka.



Safari Choc Mascopone Cake

Menyampaikan keinginan kanak-kanak dan menepati citarasa mereka bukanlah sesuatu yang mudah.. bagi ita. Pengalaman ita sebagai kanak-kanak tidak banyak membantu.. Seingat ita, seusia kanak-kanak ita tidak pernah menyambut hari ulang tahun dengan meniup lilin dan di kelilingi rakan-rakan maupun taulan sambil mendengar alunan lagu Happy Birthday to you.. dinyanyikan..

Kekurangan dalam kehidupan bertambah memiliki adik-beradik yang ramai.. merupakan satu igauan bagi ita untuk memiliki semua itu.. Ita pun tak pernah kisah dengan tarikh keramat dalam hidup ita.. itu. Redo dengan apa sahaja yang tuhan kurniakan..

Angry Bird's Rainbow Cake



Sebagai ibu, ita pasti.. mak ita tak pernah melupakan tarikh lahir anaknya.. tapi apalah daya si ibu jika kesempitan hidup membelengu diri ketika itu.. Keperluan yang harus di utamakan melebihi dari kehendak..

Seingat ita, setiap kali hari ulang tahun, mak ita pasti memasakkan masakan kegemaran anak-anaknya. Mak akan buatkan donut kesukaan ita. Mak tau ita sangat suka makan donut ketika itu.. Donut untuk birthday girl pastilah lebih istimewa daripada yang lain.. menjerit ita kesukaan bila donut ita mak buatkan sebesar kuali.. waa... keseronokan itu.. melupakan ita pada kek ulang tahun, lilin dan nyayian happy birthday..

Elmo Red Velvet Cake

Bila ita menjadi ibu, ita ingin mengembirakan mereka.. sama seperti apa yang mak ita lakukan.. Setiap kali hari ulang tahun, pasti akan ada sebiji kek di atas meja untuk meraikan hari ulang tahun mereka..
Mengigati hari ulang tahun kelahiran anak-anak menjadi satu kemestian bagi ita.. kerana semua anak-anak ada memori indah untuk di kenang setiap kali mereka dilahirkan di dunia.. Ita pasti apa yang ita rasakan turut dirasai sama oleh ibu-ibu di luar sana juga..


Bila ita mula buat kek.. ada juga suara-suara yang berkata.. ' tak baik buat bentuk binatang atau patung-patung untuk di letakkan atas kek.."
Ita terima semuanya.. walau apapun pendapat yang mereka berikan.. apa yang baik ita jadikan panduan yang tak elok ita jadikan sebagai pengalaman dan pengajaran..



Apa yang ingin ita katakan tak salah meraikan hari ulang tahun mereka.. kanak-kanak adalah anugerah yang tak ternilai dari yang maha Esa. Nabi Muhamad s.a.w juga kasihkan kanak-kanak.. apalah salahnya kita raikan mereka walaupun setahun hanya sekali sahaja..

Mengembirakan hati kanak dengan menghadiahkan kek animasi kesukaan mereka pada ita tiada salahnya.. Semuanya bergantung kepada naiwaitu kita..

Transfomer Absolute Choc Cake

Hari ini ita nak berkongsi pengalaman ita menyediakan beberapa kek Birthday anak-kanak yang  pernah di pesan. Kebiasannya kek yang ita sediakan bergantung atas permintaan tuan empunya. Dari jenis kek, toppingnya atau hiasan dekorasi kek. 

Walaupn kebanyakkan daripada mereka kadang-kala menyerahkan 100% idea dekorasi kek pada ita, namun ita perlu tau apa yang anak-anak mereka suka sebagai contoh, anamisi atau kartun kesukaan kanak-kanak tersebut, warna kegemarannya dan yang paling utama kek apa yang paling di sukai oleh mereka dan keluarga. Selepas itu barulah ita dapat idea bagaimana kek yang akan ita hasilkan nanti sesuai atau seiring dengan kesukaan birthday girl atau birthday boy tersebut.

Kek di atas ni adalah Absolute Choc Cake. Kek coklat moist yang di lapisi krim mousse chocolate yang yummy dan di limpahi coklat ganache. Cuma bezanya pada choc ganache, resepi asal ita pukul dahulu choc ganache yang telah sejuk hingga berkrim. Bagi yang ini pula ita biarkan choc ganache sejuk kemudian ita terus lempa atas kek. 

Hiasan dekonya pula, ibunya inginkan sesuatu yang simple, kerana Irsyad merupakan anak yang cukup simple dan tidak cerewet kata ibunya lagi.. Karektor pilihan adalah Transfomer bersesuaian minat mendalam Irsyad terhadap filem animasi tersebut. 



Ita cuma letakkan logo transfomer yang ita buat daripada coklat dengan kaedah Chocolat Transfer. Mudah caranya..  Mula cari gambar atau karektor yang diinginkan. Letakkan gambar tersebut di bawak plastik mika dan lekatkan dengan solotape. Cairkan coklat masakan secara double boiler. Kita boleh warnakan coklat masakan putih jika inginkan warna yang berlainan. Mulakan melakar atas plastik mika mengikut gambar yang kita letakkan di bawah. Setelah siap biarkan ia mengeras dalam peti ais sebentar. Jangan lama-lama nanti coklat akan melengkung pula. Bila dah keras bolehlah hiaskan atas kek. Bagi kaedah ini tidak sesuai untuk tulisan kerana huruf tersebut akan terbalik bila coklat di terbalikkan nanti..

Upin Ipin Rainbow Cake

Ini pula adalah kek Birthday Ziyad. Untuk Ziyad mamanya minta buatkan kek rainbow sesuai sifat ziyad yang sangat ceria.. Kartun kegemarannya pula Upin Ipin and gang. Mama Ziyad tidak mau kek yang menggunakan buttercream atau fondant. Oleh itu ita mengambil keputusan untuk menggunakan cream cheese frosting sebagai toppingnya. 



Untuk deco Upin Ipin and the gang, ita gunakan kaedah melukis atas gumpaste. Warna yang ita gunakan adalah warna Ameri Colour iaitu pewarna makanan. Sama juga kaedahnya, mula kita cari gambar di buku atau di google. Kemudian kita tekap gambar tersebut atas kertas tracing paper. Canaikan gumpaste dan kemudian kita tekap pula gambar tersebut yang kita lorek atas tracing paper ke atas gumpaste yang telah kita canai nipis. Mulakan lah proses melakar, melukis dan mewarna. Biarkan warnanya  kering sepenuhnya. Biasanya ia akan kering sepenuhnya bila di biarkan semalaman. Kemudian kita potong dan bolehlah hiaskan atas kek kita tadi. Mudah aje kan..?
 Jom kita dengar apa kata tuannya 


Upin Ipin 3D Rainbow Cake

Ini satu lagi kek Upin Ipin, tapi kali ni 3D cake. Kek masih lagi sama kek rainbow dengan cream cheese frosting.  Kek ni agak besar lebih kurang 14 inc.  Untuk karektor Upin Ipin ita menggunakan gumpaste. Gumpaste lebih mudah di bentuk dan ia akan mengeras. Fondant tidak sesuai untuk di buat figurine kerana ia lebih lembut. 

Bagi pertanyaan tentang kek rainbow ni, ita lapis dahulu kek selapis-selapis hingga habis. Kemudian ita simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras. Selepas itu ita potong keliling kek dengan pisau yang panjang dan tajam untuk menampakkan corak rainbow pada seleliling kek. Bila kek di simpan dalam peti ais ia memudahkan kita untuk mendapat potongan yang cantik!

Princess Pink and White Cake ~ Rainbow cake

Kek ini pula adalah kek yang buatkan ita tak tidur malam memikirkaknya. Pada ita ia adalah kek yang agak mencabar utuk di sediakan. Ini juga merupakan pengalaman pertama ita menyiapkan 2 tier cake.  Kebetulan pada hari yang sama ita ada lagi satu kek "artycake" yang juga mencabar.. Kedua-dua kek ini pula ita perlu hantar pada pukul 12 tengahari.. itu pun ita dah terlewat menyiapkannya.. Minta maaf sangat pada tuan empunya kek yang sweet ni.. kerana terlewat dari masa yang di janjikan.

Yang lebih mendebarkan ita kek ini harus di hantar ke sebuah Hotel yang terkenal di JB, itulah yang buatkan ita tak tidur malam memikirkan akan hasilnya nanti.. Alhamdulillah bila tuan empunyanya melahirkan rasa puashati dengan hasil kek yang ita sediakan.. terima kasih sangat-sangat..

Kek yang diinginkan adalah rainbow cake dengan fondant sebagai hiasan utamanya. Temanya pula pink dan putih.

Little Mermaid Rainbow Cake

Ini adalah satu lagi kek fondant yang sangat-sangat mencabar.. Paling sukar untuk amatur seperti ita menyediakannya. Tapi pada ita kek ini cukup istimewa.. kerana kek ini adalah untuk pasangan kembar Dalili dan Dania. Kek adalah atas permintaan Dalili hehe kebetulan namanya sama dengan nama anak ita Dalili ^_^ 
Dalili inginkan kek Mermaid, begitulah seperti apa yang di nyatakan oleh anak kesayangan pasangan suami isteri ini. Sebagai ibu pasti tidak mahu menghampakan permintaan anak kembar kesayangan mereka.. 


Semasa menyediakan kek ini, ita benar-benar berharap agar ita dapat merialisasikan impian pasangan kembar ini. Italah yang paling gembira  sekiranya mereka sukakan deko yang ita hasilkan..

Hellow Kitty Checkered Red Velvet Cake

Ini pula kek Hellow Kitty
Dalamnya adalah kek Red Velvet dan di lapisi krim cheese frosting
Kek yang simple deconya dan nampak sweet dengan colour pink yang lembut.
Harap Juanita juga sukakan kek yang auntie hasilkan

Durian Delight Cake

Ini pula adalah kek Durian Delight
Resepi kek ini ada dalam buku masakan ita Siri Bloger Masakan
Kepada sesiapa yang dah dapatkan buku ini alhamdulillah dan syukur.. terima kasih banyak-banyak, semoga buku ita ini dapat menemani anda di dapur untuk menyediakan kek istimewa buat keluarga tersayang.

Sebelum itu ita nak melahirkan ucapan maaf banyak-banyak kerana ada beberapa kesilapan ejaan dan ada juga resepi yang tersilap edit mungkin.. Ita bagi pihak MPH juga mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan pada buku masakan tersebut.

Untuk resepi Durian Delight, kesilapan adalah tertaip 2 x pada sukatan minyak jagung dan perasa durian. Resepi yang sebetulnya untuk kek span durian adalah 50 ml minyak jagung dan 1 sudu teh pes / perasa durian sahaja. Harap makhlum

Pecan Haven Cake With Butterstoch

Rusian Black and White

Ini pula adalah contoh 2 jenis kek yang berbeza yang menggunakan edible image.
Kek pertama adalah Pecan Haven Cake With Butterstoch
Kek yang ke dua pula adalah Rusian Black and White

Candy Crush Saga Rainbow Cake
Ini pula kek Rainbow dengan tema Candy Crush Saga
Sebenarnya ita tak tau menahu pun pasal game ni tau! mujur Dalili ada memberikan panduan ketika ita menyediakan kek ini. Ita ni mmg tak minat nak main-main game ni.. tu yang blur sikit.. hihi

Kek ni nampak simple tapi rumit juga nak membuatnya kerana semua benda terlalu kecil untuk di berikan perhatian.


Ini pun adalah kek yang istimewa bagi ita.
Kek ini di tempah oleh orang jauh dari Putra Jaya.
Pada mulanya ita ingat tak nak ambil tempahan memandangkan bulan puasa dan ita dah mula sibuk dengan biskut raya. Tapi tak sampai hati pula nak menolak bila mama A'raf beriya-iya minta ita buatkan.. Mereka juga sangup turun jauh dari Putra Jaya untuk menyambut ulang tahun A'raf di JB. Tersentuh hati ita.. melihat  naluri seorang ibu..

A'raf sukakan haiwan dan safari adalah tema utama untuk deco kek tersebut. Ita mengambil masa 1 hari untuk menyiapkan kek ini dengan figurine haiwan.
Kek adalah  Chocolate Mascopone Cake. Seperti kek Transfomer ita gunakan ganache chocolate untuk melempa atas kek. Untuk figurine ita masih lagi menggunakan gumpaste
Dalam kek pula adalah corak checkered cake dam sebagaimana permintaan mama A'raf.
Jom kita intai pula apa kata mama A'raf


Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua..
Halalkan segala kekurangan dan maafkan segala kelemahan..
Yang baik datangnya daripada Allah dan setiap kelemahan adalah atas kekurangan dan kealpaan diri ini..

Assalamualaikum..




47 comments:

fazianbatrisyia said...

Ya Allah, semuanya cantik2 belaka. Geramnya...cuter sesangat...sy yg tak kanak2 ni terhibur dpt tengok.

wetotla said...

Cantiknya hasil kerja Ita... pasti tuan punya kek tu teruja... kanak - kanak mana yang tak excited bila dapat kek secantik tu... semoga sukses yea

Rozita Ceritaita said...

memang semua cantik2 kak... teringin nak abiskan masa di dapur dan buat kek cantik2 macam kek akak.. terima kasih ye sudi berkongsi ilmu..

Nur-nba said...

Cantiknya kek2 yang akak buat.. Nur dapat bayangkan bagaimana kanak2 yg diraikan itu dan tetamu yg hadir teruja bila melihat keunikan kek ni & berebut2 utk menikmati kek2 di atas..

Suka sangat bila melihat Kak Ita dapat tunaikan hajat ramai ibu bapa.. Moga akak dimurahkan rezeki lagi..

adda syuhada said...

Assalam...cantiknya kek tu...
ntah zaman bila la nak pandai buat smpai cmni...

Aine Ainun said...

tak tau nak kata apa...mmg teruja sangta dgn hasil kerja akak....halusnya, kreatifnya...

sebab tgk kek2 akak ni, saya berangan nak buat kek birthday anak sendiri nanti....=)

Unknown said...

Tergoda sungguh tgk hasil kerja tangan Kak Ita mmg cantik2 belaka :)

zas said...

salam, kak ita...teruja gilaaaaa tgk kek2 akak..gerammmmmm sgt2..:D

rahel said...

Salam Kak Ita...
Semuanya cantik n pasti sedap...saya kagum sangat dengan kerja akak...berseni gitu...semoga sentiasa dimurahkan rezeki....
Selamat berpuasa.

Unknown said...

Sangat sangat jeles melihat hasil kerja kak ita ni...cantik sangat!

ladylily"s Kitchen said...

salam kak ita.....tahniah dpt bt kek yg sedap n cantik...sgt teruja tgk kek2 yg cantik..hope dpt bt kek yg cantik mcm tu gak....

Unknown said...

Salam Kak Ita..patutlah hari-hari jenguk blog takde entry baru.ingat akak berehat rupanya sibuk membaking kek besday..kalau dekat nak rasa hasil air tangan akak..tapi jauh..apakan daya..hik hik hik..all the best kak..tak sabar nak tengok hasil biskut raya akak nie...

Gee® said...

Cantik sesangat...!!

Zara Balqis said...

superb!

~~miera icey~~ said...

assalamualaikum kak ita...selamat berpuasa...kak ita...terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi mira ye...melihat kek kak ita membuatkan mira tercabar untuk mencuba setiap rekaan kak ita...hehe...thank u so much...

Suliana said...

As salam kak ita.. cantik sangat kek kak ita buat ni.. kagum dgn kurniaan Allah anugerahkan bakat seni kpd kak ita..

hafza said...

salam k.Ita, Allah anugerahkan pd k.Ita bakat yg luarbiasa. Sy teringin sgt nak tempah birthday cake utk anak saya w'pun sy tak duduk di JB. InsyaAllah sy akan tempah satu, boleh ye!

Hana Soffelia said...

Salam.. Kak, kalau nak tempah kek birthday untuk 28 Julai ni akak ambik tak order?

Unknown said...

teruja

mamamya said...

subhanallah kak ita...cantik2 semuanya, halus sungguh kerja tangan akak....

sy ni dok berkayuh lagi, ambik resepi macaroon akak pun x buat2 lagi...hihi..kiranya tgk blog akak ni terus semangat nak baking, thanks for inspiring me ;)

Gerb said...

Ya Allah, cantik2nya kek ni.

Cikna said...

Cantiknya kek kak ita, say adah beli buku kak ita.

Unknown said...

nak tanya kalu baking coklat yg mana lg best van hounten ke hershey?nak yg sedap

Unknown said...

nak tanya coklat baking mana yg sedap?hershey ke van houten

Ummi said...

Ita cayangggg...pengsaaaaannn duluuuu....adeeeeiii, SubhanAllah, semuanya cantik di mata akak... ^__@

nin9landers said...

Saya suka kak...semua rasa Mesti sedap...yum2

Niza Samat said...

Sgt berseni..rasa mesti kabommm jgk..tahniah kak ita..

Unknown said...

salam kak ita... sy mmg peminat & pembaca setia blog k.ita. Mintak exchange link dgn blog saya ye? berkaitan dengan suppliment Shaklee yg tlh lbh 50 thn di pasaran. Vitamin yg di cadangkan seperti:
- penyusuan - berpantang - kehamilan - kesuburan - vitamin wanita - vitamin lelaki - kulit - kurus dll. Jemput follow ye semua..

http://snfaizah.blogspot.com/

ummiharris said...

Cantiknya kek k.ita.harap sudi jebgah blog sy pula ye:)

ummiharris said...

Cantiknya k.ita.sudi kah folow blog sy pula yer:)

Love Sweet Recipes said...

ya Allah kak...mmg cantik...akak memberi sumber inspirasi

Yatie said...

Cantiknya kek kek dia.... Haih nak makan sayang plak.

faa.rosli said...

kak ita boleh jadi CAKE BOSS MALAYSIA!!

Unknown said...

ya ampun..cantik cantik sekali kue buatan kak ita ni..

chantekdress said...

Ya Allah sangat cantik kek2 kat sini. Kagum dengan hasil tangan Kak Ita. Kak... Kenapalahhhhh akak ni bukan kat KL... kalau x dah lama dah saya tempah ni.. Boleh pos ke.. hehhe :D

Hanni Hannani said...

Salam kak ita. Sy bru first time jumpa blog no dah jatoh hati..cantik sangat la...blh x hanni amik sikit ilmu tu hehehe..nak buay utk anak pertama hanni...kalo dekat nak je tmpah...

Yellieyenn said...

Rasa nak tempah utk birthday my daughter next month... tapi jauh la pulak puan lita ni... huhuhu

suzalwani said...

Assalam...
Sempt x nk tempah kek sofia the first .. Untuk Khamis nie
Nie my email suzalwani@gmail.com

Unknown said...

Salam..sungguh cantik dan kreatif semua kek di atas..klu nak order mcm mane ye..ni email saya: wardah_syaza@yahoo.co.uk.. Harap dapat maklumbalasa dr pn ita:)

Unknown said...

Salam..klu nak tempah mcm mane?

Blog Nur Balqis Qahira said...

Aslm..wah,cantik2 kek hasil tgn awak especially kek sofia the first tu..

Unknown said...

salam , akak macam mana nak buat kek kpop idol ?? haha . boleh ajar or tnjuk cara² x ??

Unknown said...

Canteknye...

liesza84 said...

Mcmmana nk order ye? Bleh kol sy? 0172997939 liza

Unknown said...

Salam, cantik semua kek ni, camana nk order? Can i call u?

Unknown said...

Mcmana nak order ya

Reem Doorgift said...

nice sharing sis :)

Post Top Ad

test