Bila bulan puasa kita bukan sahaja terhidu aroma masakan yang mengoncang iman, tapi juga bau harum bila biskut di bakar yang melintuk-lintuk di bawa angin.
Ada yang dah mula membuat biskut raya ke?
Atau masih lagi mencari biskut raya yang sesuai.
Jika nak mencari biskut raya, boleh lah mencuba koleksi biskut raya pilihan dari buku Siri Blogger Masakan Biskut Raya. Terdapat 25 jenis biskut raya yang harus di cuba untuk menghiasi meja tetamu di pagi lebaran.
Bagi mereka yang belum dapatkan buku ini, bolehlah dapatkan di pasaran. Terdapat 3 koleksi buku dengan tema yang berbeza. Setiap satunya di jual dengan harga RM 9.90 senaskah. Buat masa ini buku ini hanya terdapat di kedai buku MPH sahaja. Bagi mereka yang sukar boleh lah dapatkan terus secara online di MPH Online
Hari ini satu lagi tambahan koleksi biskut raya yang bakal ita kongsikan.
Ramai yang di luar sana pengemar kuih tart kan?
Kalau di rumah ita ni Dalili adalah peminat biskut yang menjadi keutaman setiap rumah bila Lebaran menjelma.
Kemunculan Kuih Tart dengan pelbagai versi pastinya menyerikan lagi meja hidangan. Satu lagi versi kuih tart yang cukup popular di Johor Bahru adalah Tart Rosalinda. Tart ni dah lama meletup di JB sejak era popularnya sicom drama telenovela dari Mexico yang cukup popular sedikit masa dahulu.
Sambutan terhadap biskut tart yang satu ini juga naik mendadak di pasaran. Kecomelan dengan hiasan bunga dan berbentuk topi pastinya menambat setiap lirikan mata yang memandang.
Apa tunggu lagi jom kita intai-intai cara membuatnya.
TART ROSALINDA
Dari resepi Tart Nenas Nyonya
By: Kak Jee
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji
300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
Kemudian terap adunan tadi
dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu.
Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan
adunan dari melekat2.
Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI
Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas bluberry dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk.
JEM NENAS BLUBERRY
Dari resepi Jam Nenas Istimewa
By: CMG
3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)
2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar
1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)
1 cawan penuh gula pasir
2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar
1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)
1 cawan penuh gula pasir
1 sudu teh pes bluberry
1 sudu teh pewarna bluberry
Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.
Akhir sekali masukkan parutan epal hijau, pes bluberry dan pewarna, gaul rata dan masak hingga
berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam
peti sejuk untuk kegunaan kemudian.Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.
ICING
1 biji putih telur
200 gm gula icing
1 sudu teh jus perahan lemon
Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
Biarkan icing keras
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Kepada yang rasa macam leceh aje cara membuatnya tapi nak jugak biskut ni menghiasi meja tamu di pagi lebaran.. boleh lah beli sahaja yang dah siap. Kalau nak minta ita buatkan boleh call adik ita Aluya untuk tempahan Tel : 017 ~ 727 9179
Tapi ita buat tak banyak lah ya.. sekadar yang ita termampu sahaja. Oh lagi satu hanya untuk warga JB sahaja ya sebab tiada penghantaran untuk luar daerah.
16 comments:
Kak ita... nak jugak!!!!!
Air tangan akak kita nie x pernah mengecewakan..
Semua berseni....
Hope dpt jd mcm k.ita kelak.... ♥♡♥♡♥♡
Aduh Ita, u nvr fail to impress me.kudos
nmpak menarik..wlaupun suka makan tart gulung...tertarik pulak..
salam kak ita..
wow..memang cantik dan menarik tart tu..
nampaknya tak merasalah kami yg kat selangor ni
Biskut yang sangaat cantik sekali.
ni baru permulaan...nak menjelang raya lagi tak boleh tahan nengok biskut raya kak ita....
salam kak ita,
tgk ja gambar biskut kak ita ni hati dah tertawan. Jealousnya ....
dah dapat dah... senyum dan puas hati...
http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2013/07/buku-siri-blogger-masakan.html
bleh x bg resepi cheese tat
Salam perkenalan. Cantik biskut jem tart versi baru. Dulu masa saya buat jem tart ni, bahagian atas jem tu hias dengan doh tart yang digentel halus, sama macam Ita buat tapi guna doh, itu yang leceh. Oh ya! Kalau nak rasa jem nenas yang lebih sedap, campurkan sedikit gula batu ke dalam campuran.
http://fondant-cupcake.com
Dear Kak Ita,
Kindly let me know hou to contact you..
Sy nk buat tempahan bday kek..
plsss..
salam kak ita saya dah buat tapi kenapa teksture seakan rapuh yer .nak pegang pun kene hati-hati.
Kak ita tahun depan open order tuknyg ada kat selangor..boleh norzi order ngan akak.. tk bersenila nak buat biskut raya yg cantik
Wahh nak cuba...tq share resepi
As'salam .. K. Eyta.. Lau gula icing tkr dgn white chocolate blh x?
Post a Comment