Pagi yang cerah di Johor Bahru.
Nampaknya jerebu pun dah berkurangan, pemandangan bandaraya Johor Bahru yang indah dan mendamaikan ini dah tergambar jelas di ruang mata.
Anak-anak dah mula buat latihan luar. Beberapa minggu segala perancangan pihak sekolah untuk mengadalan latihan sukan tergendala atas faktor suhu dan udara yang tercemar. Alhamdulillah semoga segalanya berjalan dengan baik dan perkara seperti ini tidak berulang lagi..
Oh ya sebelum terlupa, ita juga nak ucapkan tahniah pada pasukan Red Warriors yang berjaya dalam merebut piala FA. Kadang kala bila kita berada di persimpangan sukar nak menentukan manakah pilihan. Pasti ramai yang berada di situasi seperti Ita, suami orang Kelantan, ita pula orang Johor.. anak-anak nak pilih pasukan mana.. Kelantan atau Johor? Bukan sahaja dalam urusan pemilihan pasukan.. tapi bab nak balik kampung bila tiba hari raya juga merupakan satu cabaran besar dalam keluarga.. kadang kala terpaksa memilih suara majoriti. Mudah bagi kami kerana keluarga kami berlima. Pasti seorang adalah penyelamat segala keadaan. Tapi biasanya anak-anak lebih suka beraya di Kelantan.. Suasana kampung yang mendamaikan dengan situasi kanak-kanak yang riang berlari-lari di pagi Lebaran cukup mengamit nostalgia zaman anak-anak ita. Situasi seperti itu kini amat sukar di lihat di bandar seperti Johor Bahru ini.
Teringat masa zaman remaja ita. Pernah sekali pasukana Johor menentang Kelantan. Keluarga ita pada masa itu adalah peminat bola, termasuk atuk ita yang cukup fanatik pada bola. Keadaan yang tidak diingini berlaku bila terjadinya pergaduhan antara Kelantan dan Johor dan merupakan sejarah dalam dunia bola sepak negara kita pada ketika itu. Dengan keras atuk ita terus meletakkan syarat pada cucu-cucunya supaya tiada seorang pun yang di benarkan memilih orang Kelantan sebagai pasangan hidup.. waaa... sampai begitu sekali fanatiknya atuk ita pada bola..
Tapi takdir Allah tiada siapa yang dapat menolak.. Jodoh pertemua semuanya telah di atur oleh yang maha kuasa.
Bayangkan bagaimana ita harus menyatakan pada keluarga yang calun pilihan ita adalah orang Kelantan.. waaa..... harus kepala ita di penggal dan di gantung atas pokok.. takutnya...
Tapi sebenarnya pada masa ita berkawan dengan suami ita ni, ita pun memang tak tau yang dia adalah orang Kelantan. Dari segi pertuturan, perwatakkan dan namanya juga tidak mengambarkan yang dia adalah dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Hingga bila ita dah bertunang barulah ita tau yang dia adalah dari negeri serambi Mekah.
Bila atuk ita dapat tau.. merajuklah dia kerana.. cucunya ini sudah menjadi Hang Jebat yang mula menderhaka..
Mungkin jodoh ita amat kuat ketika itu.. akhirnya atuk ita pasrah dengan ketentuan ilahi..
Jadilah ita cucu Hang Jebat yang telah merombak tradisi dan melangar pantang larang..
Tapi siapa yang dapat menduga.. segalanya atas perancangan yang maha kuasa. Siapa sangka kini suami ita adalah antara menantu kesayangan Mak dan bapa ita. Sayangnya mereka padanya hingga membuatkan anak-anak lain mula merasa cemburu pula.. aduyaii.. sabor aje le..
Amboii.. dah melalut pula ita pagi-pagi ni..
Ok untuk segala pertanyaan di FB tentang bagaimana ita mencorakkan garisan atas kek ita menggunakan nozel no 406 untuk garisan atas kek tersebut
Untuk bunga-bunga kecil pula ita menggunakan nozel no 101
Daun pula dengan nozel no 352
Tulisan atas kek dan tangkai bunga ita meggunakan nozel no 2
16 comments:
cantiknya...mesti sedap kalau siapa yg gemar durian. Bola punya pasal...tak apalah kak ita....yg penting skrg jadi kesayangan. Bukan senang nak pikat hati mentua ni kan....Mesti parents suka sebab dia jaga baik anak & cucunya..
kak ita dah start share care nak mendeko la...best3x...tq kak
hihi....lucu baca kisah kak ita dan suami dulu.
mamak mimie pun ada syarat macam tu. tak mau menantu dr suku tertentu..
hadushhhh... #pitam
kalau bunga ros...kak ita guna spuit no brp kak ?? kelopaknya bergerigi.cantik
Salam kak ita ,
Suka tengok deco tu ...simple ,sweet & nice...
assalamualaikum Ita semoga terus sukses dgn deco2 yg menariksssss tergoda dan tertawan selalu kalau Ita yg buat kek ni
Cantik....jelous plak...bila la nak leh wat camni huhuhu. Recp durian delight ni ade dlm blog tak? :))
cantiknya deko tu..simple tapi menarik sangat..
Comelnya kek akak....pstt saya dulu mula2 ingat abang orang Johore...hehe...
Kak Ita sedang menggoda saya dan saya telah tergoda...
haaaaaa... sy rasa org2 Johor dulu2 memang sinonim ngan situasi atuk kak Ita, sebolehnya takmo anak cucu kawen org kelantan & kami lak terdidik sebolehnya takmo ada pakwe org kelantan.. keh keh keh...
akak, saya tak makan durian. tapi kek ni buat saya terliur mcm nk makan durian.
suka stail akak amik gbr.
selalu sukaaa kalau berkunjung ke blog kak Ita... efeknya : jadi laper teruuussss...:D :D
Salam k. Ita..hebat air tangan k.Ita. Yg sedihnya dah xde resepi2 lg, dah tak terfollow...
kak ita nk resepi durian delight nie.....besh nya lain dr yg lain...
salam k.ita..boleh hanin minta email akk?tq kak..=)
salam k.ita..boleh hanin daptkn email akak?tq kak..=)
cantiknya
Post a Comment