Iftar 1 Ramadhan - masam manis f

Breaking

Jul 12, 2013

Iftar 1 Ramadhan


Bila tiba bulan puasa kebanyakkan para ibu lebih kerap memasak masakan yang di gemari anak-anak. Atau erti kata lain makanan yang di request oleh anak-anak untuk berbuka puasa.
Seperti ibu-ibu yang lain ita juga begitu..
Selera anak-anak menjadi keutamaan ita untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

Ita cukup beruntung kerana mempunyai suami yang tidak cerewet dalam bab makan. Apa sahaja yang ita masak semua di makan dengan cukup berselera sekali. Suami, biasanya akan menyuruh ita memasak mengikut selera anak-anak, padanya.. masa bulan puasa inilah kita nak menunjukkan lebih kasih sayang pada anak-anak.. dan dalam bulan puasa juga anak-anak lebih manja.. dan lebih cerewet.. 



Bulan puasa kali ini kami masih lagi berbuka puasa dan bersahur bertiga. Anak-anak yang bujang masih lagi di asrama.. kadang kala rindu juga bilalah kita dapat berkumpul dan makan bersama seperti dahulu..
Kadang kala terasa nasi yang di telan tersekat di kerongkong bila mengenangkan apalah menu hidangan anak-anak berbuka puasa di asrama.. apakah menepati selera mereka.. bagaimana pula sahur mereka.. adakah mereka bersahur? siapalah yang mengejutkan mereka nanti..?

Di meja makan Dalili lah yang menjadi penghibur dan melepaskan rindu ibunya pada abang-abangnya. Keletah dan mulut becoknya bercerita buatkan rumah ni riuh rendah bila waktu berbuka puasa.. Ada sahaja yang nak di ceritakan.. kadang-kala penat melayang kerenah dan celoteh anak dara seorang ni.. tapi.. itulah penawar ita bila abang-abangnya tiada di rumah.


Hari pertama puasa Dalili dah minta buatkan Nasi Ayam.
Nasi ayam memang kegemaran anak-anak ita, dan menu ini pasti akan ita sediakan berkali-kali dalam bulan Ramadhan. Seperti biasa anak-anak ita lebih suka jika nasi ayam di lawankan dengan lauk ayam masak merah. Mereka kurang gemar ayam yang di bakar atau di goreng begitu sahaja.. Kerana bulan ini bulan Ramadhan dan kita di suruh banyak bersabar.. Ita pun cubalah praktikkan sifat kesabaran yang tinggi untuk melayan selera anak dara ita yang satu ni..


Nasi Ayam
By: Quinnie

4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Kaedah Penyediaan
Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasik
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak. 
* sukatan mug boleh di gantikan dengan cawan


Sup Ayam

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Kaedah Penyediaan
Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Ambil 4 1/2 mug  dan asingkan untuk menanak nasi.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.


Ayam Masak Merah

1 ekor ayam
15 tangkai cili kering ~ dikisar
2 cm halia ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
8 ulas bawang merah ~ dikisar
2 btng serai ~ dititik
3 sudu besar cili sos
3 biji tomato ~ dibelah 4
2 labu bawang besar ~ potong gelang
minyak masak
2 kiub ayam
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Kaedah Penyediaan
Ayam di potong kepada beberapa bahagian, cuci bersih
Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam, kemudian goreng terendan 1/2 masak.
Angkat dan toskan
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dalam 3 sudu besar untuk menumis
Kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
Setelah itu masukkan ayam, tomato, sos cili, serai, bawang besar, kiub ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Gaulkan hingga sebati dan rata.
Apabila telah kering bolehlah diangkat


Dalili juga minta ita buatkan Tahu Kukus Sos Tiram untuk di lawan bersama set hidangan nasi ayam. Ita masak 2 ketul tauhu dan habis licin di makan Dalili dengan penuh berselera sekali.. waa.. mengidam benar nampaknya anak dara ita ni..
" jangan makan banyak sangat Dalili nanti tak larat nak solat terawikh.." pesan ita berkali-kali..

TAUHU SOS TIRAM

1 ketul tahu lembut yg besar
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh stock ayam
daun bawang dihiris halus
air secukupnyer
minyak utk menumis
cili merah dihiris
bawang goreng

Kaedah Penyediaan
Kukus tauhu selama 5 minit angkat dan ketepikan. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga harum. Selepas itu masukkan sos tiram, kicap manis, dan air secukuopnyer dan kacau hingga mendidih. masukkan stock ayam, minyak bijan dan garam secukup rasa.  kacau hingga pekat. Angkat dan tuang ke atas tauhu tadi. Taburkan daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili. 

Untuk penghilang dahaga kami pula, ita sediakan air jagung yang menjadi kesukaan kami sekeluarga. Masa meneguk air ini, ingatan ita hanya pada Amirul dan Azrul.. apalah yang membasahkan tekak anak-anak emak ni setelah seharian berlapar dan dahaga..

Hari pertama puasa ita solat tarawikh di surau di taman rumah ita. Ini juga atas permintaan anak dara ita yang sorang ni.. layan aje le..
Surau di taman rumah ita ni berhawa dingin dan selesa untuk bersolat. Walaupun telah di besarkan ruang solat.. tapi masih lagi tidak dapat menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah.
Imam yang mengetuai solat kami di jemput khas dari kalangan Thafiz. Setiap kali surah dibaca terasa bergetar seluruh tubuh.. amat merdu dan germersik sekali suaranya.. ita mula terbuai-buai kenangan sewaktu berada di tanah suci.. Rindunya.. pada Baitullah..






16 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hailaaa... selera sungguh Dalili, nasib baik belum ada mak mertua lagi, hihihihihihi...

Izwa Kamaruddin said...

agagagaga...glup!!

fazianbatrisyia said...

kalau sy pun dpt hidangan mcm ni tak cerewet....itulah hati ibu kan...bila berjauhan ingatkan anak2. Sedap sungguh menu tu semua...semua sy suka

zz said...

tq kak ita for the recipe

nin9landers said...

Saya pun rindu nnk ke mecca lagi..sob2

nin9landers said...

Saya pun rindu nnk ke mecca lagi..sob2

Unknown said...

salam kak ita.. sedap nyer tahu kukus sos tiram tu.. boleh di cube ni..

Puan Eka said...

heheh Dalili teringin sgt la tu. Eka pun suka tauhu tu

Unknown said...

sedapnya..alahai..terliur di kala bpuasa..hihi

Rozie said...

Bestnya tauhu tu kak....

Unknown said...

Semuanye pun best ari ni bole trylah....;-)

JaSSNaNi said...

assalamualaikum.. :)
semua nampak sedap dan menarik sangat.. angle shoot cantek.. :) air jagung tu sangat la menggoda ku.. sabar la duhai hati..

Unknown said...

Semuanye best2 ari ni bole trylah...

Mak Yam said...

assalam kak.. soalan ni mcm klaka.. tp nak tanye cemana akak kua kan tauhu lembut tu cantik je dari bekas?
sy buat pasti le xcantik.. huhuu

Unknown said...

Dapat idea nk buat air jagung berbuka nanti..

Ida said...

Tq, kak , resepi yang menarik untuk dicuba.

Post Top Ad

test