Ada yang sedang cuci kereta pagi ni..
Cuci bersih-bersih biar nampak bersih sikit bila kereta kita berada di jalan raya..
Kalau kat JB ni sekarang musim hujan.. kejap panas kejap hujan.. mesti kereta pun comot-comot
Aduh.. pasti lemah aje kan.. bila dah cuci kereta bersih-bersih pas tu hujan pulak.. bila jalan semua kereta pulak dok langar lopak.. abislah terpercik kat kereta..
Masa ita kecik-kecik dulu ita lah tukang cuci kereta bapa ita. Masa itu bapa ita bawa teksi. Setiap kali balik dia mesti panggil ita suruh cuci kereta. Tapi bukan ita sorang, adik-adik pun kena jugak..
Time cuci kereta tak boleh main-main.. tapi masa tu kan kita budak-budak.. memang lah pantang jumpa air jumpa sabun.. mulalah nak main.. cuci kereta tak seberapa main yang lebih.. bergurau tak habis-habis..
Bila bapa ita nampak habislah semua kena marah.. siap kena piat telinga lagi.. haha
Dulu masa kecik-kecik ita selalu berangan nak ada kereta sendiri..
Tapi masa tu berangan aje lah.. manalah mampu nak memiliki kereta yang mewah-mewah
Lepas habis belajar tingkatan 5 ita terus ambil lesen kereta. Ambil lesen kereta amat mudah bagi kami adik beradik kerana bapa saudara ita ada pusat mengajar memandu. Jadi kami semua belajar kereta secara percuma.. Terima kasih pak Cik Kahar
Masa mula-mula pegang stereng memang mendebarkan. Ita di ajar oleh Pak Harun pekerja pak Cik ita yang sangat garang tapi baik hati. Bila ita bawak kereta dia mesti selalu kata" haa.. berangan lah tu.. ni berangan bawak Mercedes ke bawak kereta katak.. " adoii.. tak boleh orang nak berangan sikit.. ada aje dia kacau..
Tapi akhirnya berkat tunjuk ajar pak cik ita dan pak Harun akhirnya ita dapat juga lesen memandu yang ita idam-idamkan.. tapi kan.. lesen tu terperuk aje dalam dompet sebab ita tak de kereta yang nak bawa.. bila cakap kat mak.. nanti mak kata bawaklah kereta sorong mak tu.. tak payah pakai lesen.. lesen L pun tak payah letak.. aduyaii...
Kereta pertama ita bawa adalah kereta suami. Tau berapa lama lesen ita tu.. terperap.. bila dah khawin baru dapat bawa kereta. Bila dah lama tak bawa masa tu mula lah naik bukit asyik gostan aje.. Berpeluh-peluh dibuatnya. Suami ita banyak membantu supaya ita berani bawa kereta.. berkat tunjuk ajar dan semangat yang ditiupkan akhirnya dapatlah ita memecut dan beberapa kali di saman polis.. haha
uik dah melalut dah ni..
Ok kita balik ke pangkal jalan..
Hari ni ita nak kongsikan kek yang di pesan oleh Suzainah. Ini adalah kali ke 2 Su pesan kek dari ita. Terima kasih Su. Su ni tinggal di Putra Jaya, dan beliau akan turun ke JB untuk ambil kek. Kebetulan keluarganya ada di JB jadi tak ada masalah bagi Su untuk turun ke JB.
Kek yang menjadi pilihan Su selalu akan mendapat sambutan. Macam kek animal safari tu.. hingga kini masih ramai yang minta ita buatkan kek yang sama. Terima kasih Su..
Kali ini Su minta ita buatkan kek Durian Delight untuk birthday anak ke 2 nya Ariq. Tema yang menjadi pilihan pula adalah Cars.
Mula ita risau jugak tau.. memandangkan kek durian delight, ita bimbang jika di letakkan figurine cars tu dia akan cair.. maklumlah bila gula bertemu kastard mesti gula tu cair.
Tapi alhamdulillah nampaknya kek ni ok ok sahaja..
Masa ita hantar pada Su.. ita nampak su pun sangat teruja dengan kek yang ita sediakan.. Ita harap Ariq juga seperti mamanya sukakan kek yang ita buatkan ini..
Kepada adik-adik yang minta ita tunjukkan bagaimana ita membuat figurine cars ni, jom kita belajar sama-sama bagaimana cara ita menyediakannya.
Ambil sedikit gumpaste dan bentukkan seperti selinder seperti dalam gambar 1
Dengan menggunakan jari, tekan dan ratakan bahagian hadapannya untuk membentuk cermin hadapan.
Kemudian tekan pula bahagian belakang dan naikkan sedikit hujungnya untuk membentuk bonet kereta
Dengan menggunakan Modelling Tool Set alat seperti di atas yang hujungnya bulat, lurutkan ia ke bawah di sisi kiri dan kanan. Kalau dough melekit-lekit sapukan sedikit tepung jagung untuk memudahkan kita membentuk permukaannya.
Sekarang kita nak buat mulutnya pula.
Mulut adalah sesuatu yang agak sukar dan perlu diberikan perhatian yang lebih. Ini untuk mendapatkan mood karektor tersebut supaya nampak hidup dan penuh penceritaan.
Dengan menggunakan pisau kita buatkan tanda untuk mulut
Kemudin dengan menggunakan Modelling Tool Set yang seperti dalam gambar, kita dalamkan sedikit lekuk mulut kereta kita tadi
Tadi kita dah gunakan hujung yang tajam pada tool set kita. Sekarang gunakan pula hujung yang sebelah lagi yang bentuknya seakan sudu kecil.
Dengan tool set yang seperti sudu kecil tu kita tolak sedikit atau satu bahagian sahaja daripada bibir ( bukan semua ya..) tolak ke bawah supaya bibirnya nampak terbuka seakan berbicara.
Kemudian kita ambil sedikit dough putih dan letakkan dalam mulut yang terbuka tadi untuk membentuk barisan gigi. Kemaskan
Ambil sedikit dough putih lagi, canai nipis dan gunting dengan gunting kecil atau potong dengan pisau untuk membentuk cermin hadapan.
Ketepikan
Sekarang kita nak sediakan mata pula
Untuk membentuk mata, kita perlukan 3 dough yang berlainan warna. Warna mata terpulang pada kita atau kita sebaiknya lihat karektor animasi tersebut untuk melihat warna mata yang sebenar.
Untuk cars ni ita perlukan 3 dough berlainan warna dan warna pilihan ita biru, hitam dan putih
Buatkan bulat seperti guli yang sangat kecil dan berlainan saiz seperti dalam gambar
Untuk sepasang mata, kita perlukan setiap dough yang berlainan warna itu juga berpasang-pasangan
Gentel dough tu bulat dan kecil, yang luar mata besar, kemudian mata tengah tu harus lebih kecil dari mata luar yang biru dan cahaya mata yang putih harus lebih kecil dan halus dari anak mata yang hitam
Kemudian kita tekan dengan jari supaya ia leper dan membentuk bulatan
Kita tindih-tindihkan setiap dough yang kita dah leperkan dan lekatkan dengan sedikit air atau gum
Kita boleh juga membentuk karektor pada mata contoh mata nak melihat atas, atau sisi
Bila mata dah siap kita letakkan pada bahagian cermin hadapan
Kemudian kita tambahlah asesori yang lain yang terdapat pada kereta tersebut ~ untuk yang ni potong dan gunting aje untuk membentuknya
Akhir sekali kita buat roda
Ada 2 kaedah
1. kita ambil dough buat bulat-bulat dan leperkan
2. kita canai doh tebal dan kita terap dengan acuan bulat
Akhir sekali kita tambahkan rim tengahnya
Sekarang kita lekatkan pada body kereta kita tadi dengan gum atau air
tadaaaa... dah siap..
Jom siapa nak ikut ita.. kita ronda-ronda..
Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa keliling kota
pon.. pon.. pon..pon.. pon.. pon.. pon.. pon.. pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah abang mari adik
Kita pergi ke rumah nenek..
30 comments:
cantiknya...lepas ni buat bus pulak ye kak ita...ada cartoon hey Taiyo the little bus...bby sy nyanyi lagu tu sikit...ala2 bby nyanyi gitu..
rumit'e nak buat...tp hasil'e mmg cntk...memerlu'n kesabaran y tinggi nie
memerlu'n kesabaran y tinggi nie...mmg kreatif la k.ita nie
cantiknye kek tu kak...sayang pulak rasa nak makan hehe.
Salam kak Ita....
Su mmg sentiasa teruja dgn kek2 akak.. da ler cantik, kemas rasenye pun mantap sesgt.. berbaloi rase turun naik Putrajaya ke Johor taw..
Ariq.. die 2kalli ganda teruja dr su.. Suka tgk muka anak2 klu tgh teruja tu.. terharu jek rase...
Sayang kak Ita sesgt sbb dapat buat hati kami anak beranak penuh rase teruja.. kami mmg pencinta kek tegar.. hihi
Thanx a lot wif Luv kak Ita... (^_^)
subhanallah...masih sempat lg kak ita berbagi ilmu..tunjuk ajar nak buat car tu...
barakallah ye kak.... #pelukkk
subhanallah...masih sempat lg kak ita berbagi ilmu..tunjuk ajar nak buat car tu...
barakallah ye kak.... #pelukkk
Salam kak Ita...
Terharu la kak Ita dgn hasil keje kak Ita.. terima kasih bebyk.. mmg teruja sesgt tau.. da la cantik, kemas n rase keknye pun mantap.. puas ati sesgt.. berbaloi2 even turun naik dr Putrajaya ke Johor sekalipun..
Ariq?! 2 kali lbh teruja dari mummy die.. suke tgk wajah anak yg mcm bercampur2 perasaan die tu.. haha
A milion thanx wif luv kak Ita sbb da menceriakan hari kami.. kami mmg pencinta kek tegar.. ihiks (^_^)
Sgt cantik dan sgt berseni.. kagum
memang terbaik la kak Ita...Rahel suka sangat tengok...anak2 tentu senang dapat kek macam ni...tahniah..teruskan berkarya..
alahai kretifnyer... sayang nak mkn...
cantik....dough figurine cars di buat dari apa? Fondant ke?
Susah jugak buat figurines pakai fondant kan... Uwaaaa rajinnya!
cantiknya kak ita.. kak ita guna fondant jenama apa yer.. cantik je nmpk..ke akak uli sendiri?
Salam. Hasil tangan ita slalu superb. Tabik springlah.
Hasil tgn ita mmg superb. Tabik springlah...
seronoknya baca coretan Kak Ita hari ni.. dah lama tak baca cerita dulu2 dari kak Ita, sy suka sgt cerita dulu2 sebab kdg ada yg sperti mengimbas kenangan lalu.. contohnya, bapa sy pun bawa teksi juga tau dan kami adik-beradiklah tukang cucinya.. hehehe....
Sy rasa yg sy boleh menghasilkan figure car tu tapi sizenya besar gedabaklah, baru jadi kot, hihi.. tak boleh rasanya nak buat objek yg kecik2 & halus2 ni..
Salam K.Ita, sangat teruja dgn hasil tangan k.Ita. Agak2 kalau sy order kek kartun Sofea The First, bole tak?
Subhanallah ... Teringat saya Akan Allah SWT akan kepintaran akak menghasilkan cars cake ni..ciptaan manusia pun kita dah kagum apatah lagi ciptaanNya
comelnya cars cake..cantik la kak..
First class kak! You have no match!!! Hats off ;)
Bila kita turun JB nanti bolehlah kak ita buat kek Princess ye...ha..ha.aaa
ya allah cantiknye kak ita...
bertuah kak ita di anugerahkan bakat ni..farah kagum sangat dgn hasil tangan kak ita ni..best nye..
farah selalu try resepi dri kak ita..semuanya menjadi..dan jd follower blog kak ita..prtama kali try RESEPI KEK KARAMEL BERAKHIRNYA SUMPAHAN ITU..hihi..mmg mnjadi..farah kongsi kt blog farah hasilnye..klu kak ita rajin datang la blog farah..
rajinnyee kak ita..kagum la..
hi, kak ita
Boleh tujukan macam mana buat gumpaste dgn receipenya sekal?
tq.
hi, kak ita
Boleh tujukan macam mana buat "gumpaste" dgn resepinya sekali?
terima kasih
You are superb, capable and creative beyond words...Masha Allah!!
salam kenal semua n singgah!terutama untuk tuan tanahyela ^_^..wow x de ape yg bole saya ckp kat cni bler tgk akk wat gum car tu,memang kreatif n sangat2 rumit nak buat huhuhu...jempot singgah kat blog saya ye,hehehhe suka tgk blog akk bnyak makanan sedap heheheh,kalu dah mkn sedap jgn lupa jaga kesihatan kan heheh...kalu nk brg shaklee bole la singgah n oder!!^____^
ita, i'm speechless...so awesome...so gorgeuos dan anugerah Tuhan yg sgt unik ....saya akan terus mengikuti blog ita dan doakan ita terus maju...semoga Allah memberkati ita sekeluarga...dan mendapat pahala atas ilmu yg dikongsikan dgn kami semua...amin
assalamualaikum kak ita..saya sgt2 admire dgn hasil kerja kak ita..terima kasih sbb kak ita sudi berkongsi ilmu & menjadi rujukan buat peminat kak ita..mohon copy cara buat CARS ni ye kak..
Post a Comment