Shawal... - masam manis f

Breaking

Aug 19, 2013

Shawal...


Assalamualaikum
Terasa lama sungguh ita tak menjenguk dapur maya ita yang kian sepi..
Kesibukkan urusan seharian bertambah-tambah bila ita sudah mula menerima tempahan  buatkan masa ita cukup-cukup terbatas.
Ramai yang dah mula mengirimkan email menanyakan kehilangan ita di dunia maya.. apakah ita dah bosan dengan hobi yang amat ita sayangi ini.. atau merajuk hati..

Entahlah.. 
Ita pun tak pasti apakah jawapan yang tepat yang harus ita letakkan disini..
Mungkin juga ita dah terlalu letih.. Ita perlukan rehat yang panjang sebelum menyambung semula tugasan ini..


Kita masih lagi berada di bulan Shawal yang mulia ini. Rasanya masih belum terlewat untuk ita merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung setia blog Masam Manis yang beragama Islam, tidak kira di mana sahaja anda semua berada..

Salam di pohon penuh kemaafan.. sekiranya ada salah dan silap ita memohon ampun dan maaf.. sesungguhnya kita hambanya yang lemah pasti akur dengan segala kelurangan dan kekhilafan yang pernah dilakukan..

Macam mana sabutan hari raya anda semua?
Pasti meriah dikelilingi sanak saudara berkumpul, bermaafan dan menjamu selera dengan pelbagai juadah yang istimewa di pagi Lebaran.
Amalan kunjung mengunjung, saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga pastinya mengamit kenangan indah yang sukar dilupakan..

Raya ita cukup sederhana tahun ini. Ita hanya beraya di Johor Bahru. 
Persiapan hari raya ita juga ala kadar sahaja..





Pagi raya ita hidangkan lodeh untuk keluarga 
Juadah wajib setiap kali menyambut lebaran..
Apa yang pasti seronok melihat anak-anak menjamu selera.. Inilah masanya kita dapat berkumpul bersama sebelum masing-masing meneruskan agenda.. bila cuti raya berakhir..




18 comments:

fazianbatrisyia said...

Selamat hari raya, maaf zahir batin. Sy sampai termimpi2 kak ita...rindu tau.

Sweet red cherry said...

salam kak ita..

selamat hari raya dan maaf zahir batin..cantik la gambar2 kak ita dan keluarga tu..

Sweet red cherry said...

salam kak ita..

selamat hari raya dan maaf zahir batin..cantik la gambar2 kak ita dan keluarga tu..

Gee® said...

Slmt Hr Raya Maaf Zahir & Batin buat Ita n famili...

Ita Rossi said...

Selamat hariraya Ita. Semoga bahagia di samping keluarga. Rindu dgn entry2 terbaru dr ita.

MOMMYLIN said...

semalat hari raya kak ita... seronok tengok gambar raya family kak ita. =)

Rozita Ceritaita said...

selamat hari raya kak... anak2 lagi besar dari maknya..

Sukma said...

memang klasik dan retro picture raya nie....suka sangat....tapi di mana lokasinya ekkkkk...?

mimie said...

salam aidil fitri kak ita dan keluarga.
mohon maaf zahir dan batin...
rindu lahhhhhh ... #peluk kak ita ketat2 ... ^_^

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

selamat hari raya, Kak Ita!!!

maafkan zahir & batin jika ada komen yg tidak berkenan di hati ya

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
B I Y S said...

Selamat Hari Raya ! Cantik2 gambar ^_^

Nazrah said...

Selamat Hari Raya ..Maaf Zahir dan Batin

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

salam...
slmt hari raya...
maaf zahir dan batin..

rahel said...

Selamat hari raya...maaf zahir & batin..

Amie said...

Selamat hari raya Ita.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari MaDiHaA buat Ita yg dirindui selalu..

Ummi said...

Assalamualaikum Ita..salam eidul fitri, maaf zahir batin dari akak andai ada sebarang tutur kata dan perilaku yang kurang menyenangkan...semoga Ita berbahgia selalu di samping keluarga tersayang dan terus maju dalam dunia bisnes Ita...salam sayang ^____^

Post Top Ad

test