Sekali lagi kita berada di kelas deco-deco bersama kak ita ^__*
Macam mana dah cuba kaedah-kaedah atau teknik-teknik untuk menghasilkan fondant yang dah ita kongsikan pada N3 sebelum ni?
Macam mana hasilnya?
Pasti menarik kan..
Seronok bermain dengan fondant dan gumpaste ni..
Seakan berada di alam kanak-kanak riang Rebena pulak! hehe..
Ita dapat banyak pertanyaan , bagaimana ita mencetak abjad atau huruf atas fondant.
Untuk mencetak abjad kita perlukan pencetak abjad seperti di bawah
Cetak ni kita boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek. Harganya sekitar RM 22.00 ++ bergantung pada budi bicara tauke kedai tersebut.
Hari ini ita nak kongsikan cara atau teknik bagaimana ita mencetak abjad atas fondant. Jom kita belajar bersama-sama
Mula-mula kita sediakan fondant yang telah kita warnakan.
Satu bahagian untuk tapak atau dasar dan satu bahagian lagi untuk huruf.
Warna ni terpulanglah pada citarasa masing-masing atau mengikut tema yang di pilih.
Untuk abjad kita boleh juga mencampurkan warna untuk memberikan hasil yang lebih menarik!
Perlu di ingat, jika kita nak gunakan cetak ni, dasar dan huruf haruslah dari bahan yang sama. Kalau fondant kedua-duanya haruslah fondant. Kalau nak guna gumpaste, kedua-duanya haruslah gumpaste. Tak boleh satu fondant dan satu gumpaste
Sekarang kita boleh mulakan.
Kita perlukan roller khas untuk canai fondant.
Perhatikan pada gambar. Terdapat 2 ring getah pada roller. Ring ini adalah untuk menentukan ketebalan fondant yang akan kita canai nanti.
Ring purple lebih tebal dari ring pink.
Kita tanggalkan ring purple dan canaikan fondant untuk huruf
Huruf haruslah lebih nipis dari dasar.
Sekarang kita pasangkan semula dan canaikan pula fondant untuk dasar.
Dengan menggunakan cetak huruf, kita tekan atas fondant ( untuk huruf)
Tekan sampai dasar dan seret
Kemudian kita buangkan atau bersihkan bahangian yang tidak perlu.
Jangan lupa untuk bersihkan juga sekeliling huruf supaya tiada lebihan fondan yang tertinggal
Sekarang kita tekankan pada fondant tapak atau dasar
Tekan jangan terlalu kuat atau juga terlalu perlahan. Yang sedang-sedang aje ya..
Kemudian terus tarik ke atas
Tadaaaa... dah siap!
Mudah aje kan..
Kalau Dalili boleh buat ita percaya anda semua pun boleh buat juga.. Insya Allah..
Selamat mencuba daripada saya Azlita Aziz dari dapur Masam Manis
Kita jumpa lagi untuk kelas deco-deco bersama kak Ita di lain N3
Bye!
32 comments:
kak beli kat mana mould di atuh..hari tuh terjah the bakers zone..habis dah acuan lidah kucing tuh..belum masuk stock lagi kata nyer..huhuhu
ooh..camtu...tima kasih kak ita..sebab sy mmg ade acuan huruf yg tu..igtkan ble tekan pada satu kaler..kena kluarkan utk keringkan...tp ble wat camtu..susah nk kluarkan..abih senget benget hurufnya..rupanya utk tekap atas fndant lain yer...tq kak ita..
cam teringin nak buat deco kek cam kak ita...tapi skrg ni nak buat kek pun tak berapa rajin. Buku2 kak ita dah ada kat tangan, tinggal nak rajinkan cuba aje.
perkongsian yg sangat ikhlas.. t.kasih ye ita..
Ya Allah ita! Senang je rupanya. K ita buat pun jd mcm strawberi senget benget hurufnya. Thanks for sharing.
salam kak ita..
thanx kongsi info..saya dapat belajar sesuatu yang baru pada hari ni.
wah...dalili yang jadi cikgu kali ni. terbaiklah...:)
Very nice work. Great. Congratulations. lezzetliatolye.blogspot.com
At last..faham gak camne nak buat huruf2 tu..puas la google..
baru la tau macammana nak buat... thanks akak.
Assalamualaikum...
Cantik nya...:) Nak tanya, kat mana boleh beli alphabet cutter ni..?
Thanks a lot
Assalamualaikum.. Cantiknya semua deco :)
Nak tanya, kat mana boleh dapatkan alphabet cutter macam ni ya?
Thanks a lot
Best tengok blog kak ita banyak sgt ilmu yang boleh dipelajari.. Tq kak
www.kedaishakleeannur.blogspot.com
lahhh...sy bru bace entri kak ita psl terap huruf ni...baru la tau penggunaan penerap tu..ade nmpk kt kdai tp cam tk reti nk pakai...hehehhe...lps ni bleh cube cara kak ita ni...tqvm kak for the tutorial...:)
Wah..senang je rupanye..tp kat mana nak cari acuan tu ye?
mn nk cr buku2 k.ita.boleh bgtaw td.plsss sy minat sgt dlm buat bake ni..tq
As Salam kak Ita, saya dah beli acuan huruf macam kak ita ni. Tapi saya ada masalah tak jadi macam kak ita buat. Dah cuba ikut cara. dah tapi bila nak tekan huruf fondat nipis pada lapisan bawah tebal tu masalah dia tanak kuar dari acuan tu. Nape ye? :( Dia macam melekat.
Assalamualaikum
Saya nak beli acuan huruf fondant tu
Puas cari di Kluang ni xde.
Brp harganya? Serius nak beli ni...
kat cni bakeri kemaman trgnu jual rm18 je utk huruf tu
kat bakeri di kemaman trgnu ni sy beli rm18 je utk alphabet tu
As salam...kak ita... sy ada acuan ini..tp bila kita tekapkan acuan..payah nk kuarkan huruf tew..kena guna alat khas ke untuk keluarkan huruf tew...mohon tunjuk ajar dari kak ita... terima kasih
Ita..thanks 4 sharing...baru nampak gambaran macamana nak buat.Terima kasih banyak atas perkongsian ilmu.Semoga mendapat redha Allah atas segalanya..
Ita..thanks 4 sharing...baru nampak gambaran macamana nak buat.Terima kasih banyak atas perkongsian ilmu.Semoga mendapat redha Allah atas segalanya..
Thanks kerana sudi berkongsi dan tidak kedekut ilmu.semoga Allah memberkati segala keikhlasan ita...banyak yang saya belajar dari blog ita...
Salam, Kak ita mcmn fondant akak boleh nampak berkilat cantik mcm tu?
Terima kasih kak azlita,,, saya byk belajar di blog akk niee,,, dan mintak akk halalkan dunia akhirat saya gunakan ilmu akk niee utk berniaga kecil2lan dirumah....hanya Allah dpt membalas jasa akk....;)
Slm kak ita..mohon share yer utk rujukan kami para bakers. Moga bertambah2 rezeki kak ita 😊
salam kak ita,sy nk tnya..kak ita ada keluarkan buku ke?kalau ada kat mana nk dapatkan yer??
Tq..baru tahu mcm mana nak guna acuan tu..selama ni bila tekap dan nak kuarkan susahnya..rupanya ada teknik juga..
Thanks untuk perkongsian ilmu yang sangat berguna
Tq ita...barulah tahu cara penggunaannya..
Salam kak ita boleh ke tampal huruf fondant atau gumpaste pd bc or fc?
Post a Comment