Alhamdulillah selesai sudah kelas kek Choc Premium bersama Chef Amer selama 2 hari di Mom's Bake House. Terima kasih kepada Pn Siti Zaleha selaku penganjur, Chef Amer teraju utama merangkap sifu kepada semua anak-anak didiknya.. kepada Adi dan Moza yang tak berapa sihat hari itu.. kepada Ijoi dan boy yang berhempas pulas melancarkan bengkel kali ini dan yang paling istimewa kepada semua peserta yang sama-sama menjayakan bengkel selama 2 hari ini, anda semua cukup sporting..
Kelas kali ini cukup happening. Selain resepi istimewa yang chef kongsikan beserta tip-tips dan panduan yang berguna, para peserta juga dah ibarat seperti sebuah keluarga besar. Sikap ramah dan mesra cukup membuatkan chef terhibur, pasti hilang penat chef bila melihatkan keakraban setiap peserta. Masing-masing berkongsi pengalaman dalam dunia baking, berkongsi idea dan juga ilmu sesama. Itulah yang sangat-sangat ita harapkan. Semoga jalinan ukhwah ini tidak terputus sampai disini sahaja...
Rugi rasanya kalau tak mengikuti kelas kali ini, kerana semua resepi terbaik yang chef kongsikan. Semuanya sedap-sedap belaka hinggakan tak tau nak pilih mana yang bertahta dihati.
Selain resepi, chef juga turut berkongsi pengalaman beliau yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Nasihat dari Chef bagi mereka yang ingin serius dalam bidang ini, ita pasti akan tersemat dalam sanubari setiap peserta. Teringat kata-kata chef.. Resepi itu bukan kita yang punya.. kita hanya menyampaikan sebagai penyambung ilmu agar ianya tidak terputus di telan zaman.. Sama-samalah kita maanfaatkan setiap ilmu yang disampaikan semoga kita sama-sama mendapat kerberkatan di atas setiap apa yang kita lakukan..
Inilah antara kek-kek yang sempat disediakan. Semuanya tampil enak dan lazat.. yang pasti semuanya menggunakan coklat dari Le Bourne semestinya... Jenama coklat yang dah terbukti dengan kelemakkan dan aroma yang tak terhingga sedapnya. Ita pasti siapa yang dah mencuba produk dari Le Bourne tidak akan berganjak dengan pilihan yang lain.. Terima kasih Le Bourne
Kali ni ita hanya sempat sediakan puding kastard sahaja sebagai pembasah tekak. Maaf sangat2 pada Siti, kerana ita terlalu sibuk dengan tempahan hingga tak sempat nak sediakan apa-apa. Insyaallah jika panjang umur kita jumpa lagi pada kelas Nasi Beriani. Pada yang bertanya tentang resepi puding yang ita sediakan di sini ita kongsikan semula walaupun sebenarnya ita pernah kongsikan sebelum ini.
PUDING KASTARD BERKUAH
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air
beberapa biji ceri merah utk hiasan
1 sudu kecil perasa vanila
Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Tuangkan esen vanila
bancuhkan tepung kastard dan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam bekas cawan 1/2 bekas sahaja
Biarkan sejuk.
* Untuk larutkan agar2 tu, ita masukkan agar2 dulu dalam periuk kemudian baru masukkan air. Pas tu kacau rata supaya tidak berbentil. Kemudian baru letak atas dapur.
KUAH KASTARD
1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan
Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan fruit coktail dan letakkan kuahnya.
Simpan dalam peti ais supaya enak dimakan ketika dingin.
Kelas yang penuh sesak buatkan kamera ita tak muat nak ambil gambar.. Ita pula tersalah bawa lens.. maklumlah nak cepat terkejar-kejar masa hinggakan lens ita tertinggal pula..
Terima kasih ya kawan-kawan kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri dalam Kelas Kek Choc Perimium. Gunakanlah ilmu yang Chef sampaikan dengan sebaik-baiknya.. Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan di atas setiap ilmu yang disampaikan. Insyaallah..
Balik dari kelas ita terus sediakan sebiji kek Opera yang marvelous ni. Kebetulan ita dapat tempahan kek opera dari kak Rohaya. Ita dah sediakan menggunakan resepi yang ita sediakan sebelum ini. Tapi bila ita rasa kek Opera klasik Chef Amer ita terus buatkan kak Rohaya resepi yang baru ita pelajari ni.. Ita berharap sangat kak Rohaya sukakan rasa dan aroma kek yang klasik ini. Maaf ya kak sebab lewat hantar kek dari masa yang dijanjikan.. maklumlah ita buat semula kek ni.. sebab nak bagi akak rsa kek yang baru ita pelajari ni.. Selamat ulang tahun juga buat adik Ekhwan Khuzairie dari kak Ita di Masam Manis.
Macam mana kawan-kawan.. kak ita dah cuba.. yang lain bila lagi?
Akhir kata kepada semua.. jutaan terima kasih yang tak terhingga.. kepada Chef Amer, Pn Siti dan Mom's Bake House juga di atas setiap ilmu yang di curahkan.. Semoga kita bertemu lagi di kelas nasi Beriani pula.. lagi tak sabar rasanya..
Kepada yang berminat jangan lupa daftar awal tau untuk kelas nasi beriani ni.. tempat sangat terhad.. yang pasti kali ni pasti lebih happening.. dengar kata Chef nak tumbang seekor lembu.. oooppppssss....
Merewang sakan lah nanti.. ^___^
Kepada yang nak tau jadual kelas Chef Amer di Johor Bahru boleh lawati lama Web kak Siti zaleha di Rahsia Memasak Dengan Mudah atau di Mom's Bake House
Untuk kelas Chef Amer di seluruh Malaysia bolehlah lawati FB Chef Amer atau Chef Amer - The Chocolatier
Kepada yang nak merasa kek yang sedap ni.. boleh lah order dari akak-akak dan cik abang-cik abang kita yang dah menghadirkan diri dalam kelas kali ini .. ^_^ serius mereka juga boleh hasilkan kek sebaik sifu mereka.. percayalah..
12 comments:
As Salam kak ita..hamboi teruja sungguh saya tgk para peserta , saya yg tgk2 pic nh hanya mampu tgk je lagi..setiap kali kelas chef amer nih ader sahaja halangan yg ada, In Shaa Allah harap2 sampai rezeki saya plak nak bersama2 menimba ilmu.. saya gelak bila tgk caption akak pasal kek bertingket tingket tuh..kihkihkih..
Salam Kak ita
besnya dpt join kelas sebegini
kami duk kl
sgt susah nak jlin even kelas2 bese je pun sbb orang umah keje setiap sabtu
bab resepi ni bukan kita punya
tu mmg betul2
kami pun baker smbilan je
mmg cukup sedih bila ade baker2 lain yg baru je jinak2
tpi bab resepi and petua
kedekut amat
mcm tkut sgt customer lari or kena curi
nauzubillah
salam ita, terima kasih juga pada ita yg tak jemu2 menghadirkan diri ke setiap kelas Chef Amer. kita rasa hapy sangat sbb peserta hapy bila ita datang.
ramai yg datang sbb nak jumpa blogger kesayangan mereka. syukur pada Allah semua berjalan dengan lancar.
pada yg nak tahu jadual kelas bole ke blog kita ye spt yg ita tag diatas..terima kasih ita dan semua atas sokongan pada Chef dan Oliez..
tumpang seronok. bila la dapat join belajar sungguh2 dgn sifu ni...nampak sedap la kek opera tu kak ita...
Assalamualaikum..
Seronok bukan kepalang bila nampak kak ita turut sama kelas chef amer. Sungguh x sangka dan amat teruja bila nampak kak ita. X terlintas d hati dpt jumpa kak ita in personal. Rasa cam kak ita lbh glamour dr chef Amer. Chef Amer jgn marah ye..
Sayangnya buku kak ita x dpt beli lg..terpaksa la minta kak ita initial sket kat salinan resepi Chef Amer xpe la..asalkn ada dapat di simpan sebagai kenangan..
Tq kak ita , Chef Amer, Moms Bake House n Kak Siti
Assalamualaikum..
Seronok bukan kepalang bila nampak kak ita turut sama kelas chef amer. Sungguh x sangka dan amat teruja bila nampak kak ita. X terlintas d hati dpt jumpa kak ita in personal. Rasa cam kak ita lbh glamour dr chef Amer. Chef Amer jgn marah ye..
Sayangnya buku kak ita x dpt beli lg..terpaksa la minta kak ita initial sket kat salinan resepi Chef Amer xpe la..asalkn ada dapat di simpan sebagai kenangan..
Tq kak ita , Chef Amer, Moms Bake House n Kak Siti
Salam kak ita....saya join kelas sabtu 14sept...sgn harapan kak ita turut turun hari berkenaan nampaknya belum rezeki utk kita bertentang mata...insyaAllah semoga dpt berjumpa kak ita yg manis ni satu hari nnt mana tau .... dlm kelas beriani saya dpt turun jb lagi.
:=)
Putri, Putrajaya
Waw...semuanya memikat hati....terbaik la
dear kak ita..saya mmg peminat tegar segala resipi masakan akk..minat sgt cara akk mendeco kek..kreatif
..bestlah blog akk..penuh warna warni kehidupan,penuh dengan resipi masakan..suke2..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
As Salam..kaq ita,, sy one of peminat lah kaq ita lah kan,, suka mencuba masakan resepi akaq,, if akaq tak keberatan boleh ke akaq share topping cake opera tuh,, sy selalu bake choc cake then buat topping tapi tak menjadi mcm cake opera akaq tuh...saje utk makan sendiri dan kepuasan apabila cake yg dibuat menjadi,, boleh akaq share topping chocolate opera tuh____==
assalammualaikum...
kak ita boleh x akak kongsikan resepi kek opera tue..mcm sedap teringin nak buat..
assalammualaikum...
hai kak ita,
kek opera akak yang akak buat tue cukup menarik deria rasa saya untuk menikmatinya..boleh x akak kongsi resepi dan cara membuat kek opera tersebut..tq akak..
Post a Comment