3rd Bloggersary - masam manis f

Breaking

Oct 24, 2013

3rd Bloggersary






Hari ni ulang tahun Masam Manis yang ke 3... uikkkk... macam tak caya aje kan...
Pejam celik... pejam celik tak sangka.. dah 3 tahun rupanya... Kalau baby mungkin dah pandai minta adik..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana Masam Manis masih ke udara. Walau tak sekerap dan serancak dahulu.. tapi kata orang baik ada dari tiada..
Nak buat macam mana tuannya asyik sibuk memanjang.. kadang kala tak sibuk tapi buat-buat sibuk.. dan cuba-cuba menyibukkan diri.. hihi

Tak sangka kan?.. Masam Manis mampu bertahan.. sejauh ini, ita jangkakan perjalanannya tak lama.. maklumlah tuannya ni ikut mood.. time rajin.. hari-hari nak up date.. tapi bila bateri dah weak.. mulalah ia meragam.. kereta antiklah katakan...

Tapi sebenarnya tak mudah tau nak bertahan sejauh ini.. Kadang kala ita rasa sangat sedih.. ialah bila orang luar tak faham minat kita Ada yang mula buat pelbagai andaian , dan tak kurang juga yang mencemuh.. yang kadang kala amat-amat menguris hati.. Ada ketika ita hampir-hampir putus asa.. sedihnya dengan ragam dan kerenah manusia..

Ita hanyalah manusia biasa... yang banyak kelemahan dan kekurangan.. Ada ketikanya ita juga melakukan kesilapan. Sebagai hambanya.. ita cuba bersabar. Hanya yang ita minta tolonglah fahami.. jangan terlalu mendesak dan juga terus menghukum..

Perjalanan sebagai blogger cukup mengujakan. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang jalan kenangan.. ada masam ada manis semuanya.. menjadi suatu yang ita jadikan pengalaman dan ilmu yang cukup berharga.

Malaslahkan nak menyorot kembali peristiwa masam yang berlaku.. biarlah ianya menjadi lipatan sejarah... Kita selak lembaran kemanisan.. semoga ianya menjadi penawar buat mereka yang seiringan. Boleh juga jadikan panduan meniti perjalanan kalian.

Memulakan karier sebagai blogger masakan 3 tahun yang lalu. Dengan berbekalkan kamera kompak ita belajar menyarap, merangkak dan bertatih.. Ada kala jatuh terduduk.. dipapah untuk berdiri semula.. di suruh berlari dan menari.. Indahnya.. anugerah yang tuhan kurniakan..


Dari sini ita mula mengenali ramai kenalan. Kenalan lama kenalan baru.. dan ada juga mereka yang menjadi idola ita selama ini. Selalu membaca dan menatap wajah beliau di  buku atau majalah masakan. Melihat aksi dan keletah beliau di TV dan kini ita banyak menimba pengalaman dari beliau.. Ilmu yang tercurah begitu besar maknanya pada ita.. Hanya doa ita panjatkan agar beliau terus di berikan kesihatan yang baik.. dimurahkan rezeki agar terus mencurahkan ilmu pada anak bangsa..

Peristiwa yang paling menyeronokkan apabila ita di beri peluang untuk membuat buku masakan. Ya Allah apakah aku bermimpi.. tak kala buku berada di dalam gengaman. Melihat buku-buku masakan ita tersusun kemas di rak buku di kedai-kedai buku.. aduh... sayu dan hibanya rasa di dalam hati.. Terima kasih ya Allah.. hanya pada mu aku bersyukur atas nikmat yang dikau pinjamkan..

Ibu dan bapa ita adalah orang yang paling gembira...
Mereka jugalah insan pertama yang ita tunjukkan buku masakan ita selain suami dan anak-anak. Melihat kecerian di wajah suci mereka.. tak tergambar betapa banyak juraian air mata ita mengalir.. Mungkin intan tak dapat membanggakan emak dengan segulung ijazah yang pernah ita janjikan.. tapi intan tahu.. mak dan bak sangat bangga dengan usaha intan selama ini... Terima kasih Mak.. terima kasih Bak.. kerana memberikan intan peluang merasai nikmat ciptaan Ilahi.. Ampunkan intan.. halalkan segal-galanya.. Ya Allah hanya padamu aku memohan agar dikau kasihi dan sayangi kedua ibu bapaku.. sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihi diri ini..


Ita seronok berblog.. Seronok berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan..
Ita cukup meminati seni. Pada ita ianya anugerah ilahi. Tak semua orang di berikan bakat dan keistimewaan ini. Seni itu indah.. seni itu ilusi..
Hobi ita suka pada sesuatu yang indah.. Ita suka melukis.. ita sangat cintakan lukisan..
Ita sukakan keindahan.. dan keindahan itu ita garapkan dalam kepingan foto yamg ita rakamkan..
Apa yang Allah ciptakan ada keistimewaannya.. samuanya seni yang ilusi yang indah di mata dan berbunga ceria di hati..
Ita cukup suka menghias rumah. bakat semulajadi ini ita gunakan sebaiknya untuk keluarga..
Pada ita rumah adalah dunia ita.. ianya juga syurga buat ita dan keluarga..

Sekarang ita dah mula berjinak-jinak dalam menerima tempah. Ianya adalah atas permintaan.. Kerana itu ita tak ambil banyak.. sekadar mana yang ita mampu aje.. Ini pun sekadar suka-suka.. selagi ita suka.. kalau dah bosan esok.. esok ita berhentilah.. Ita cepat bosan bila buat sesuatu benda tu..

Ramai rakan-rakan yang hantar email minta ita ceritakan pengalaman ita dalam dekorasi kek.. di mana ita belajar? bila mula timbul minat.. mungkin sedikit pengalaman untuk dijadikan panduan. Sebenarnya minat ita mendekorasi kek dah lama.. dah ita katakan ita suka pada sesuatu yang indah.. dan segar.. Dahulu.. setiap kali ita nak beli kek di kedai atau membuat tempahan.. ita selalu kecewa dengan dekorasi kek yang di beri pilihan. Tak banyak yang kita boleh pilih.. dan kebanyakkannya dah ditetapkan.. Pada ita hari yang bersejarah itu perlulah diraikan.. bukannya selalu.. setahun hanya sekali sahaja.. Walaupun ada antara kita yang berkata tak payah ikut budaya barat sangat.. tapi dari satu sudut lain ia mengambarkan betapa kita menghargai dan menyayangi mereka.. Sayangi dan tunjukkan kasih sayang selagi nyawa dikandung badan.. walau dengan apa cara sekalipun..

Untuk pengetahuan adik-adik yang sering bertanya.. sebenarnya ita tak pernah pun pergi belajar dekorasi kek. Mungkin sebab ita suka.. ita minat.. jadi ianya lahir dari dalam jiwa.. Buat dengan sepenuh hati untuk mengembiralkan insan lain.. Oleh kerana itu ita lebih suka buat kek untuk ulangtahun anak-anak.. Suka bermain dengan gumpaste dan fondant.. seronok bila melihat mereka teruja dengan karektor animasi kegemaran.. mereka.

Tapi ada masa ita sedih juga..
Ramai yang tak faham.. atau buat-buat tak faham..
Dah berapa kali ita tegaskan.. apa yang ita buat adalah atas permintaan tuannya. Ita tak boleh nak memandai-mandai dengan tempahan yang mereka minta.
Ada yang minta ita pakaikan tudung pada karektor yang ita buat agar tampil lebih muslimah..
Maaf ya kak... ini kek orang.. orang tempah dan minta ita buat kan macam tu.. ita dibayar untuk itu.. Ita tak boleh buat atas arahan akak.. kerana yang tempah orang lain... maaf sangat-sangat jika ita tak mampu nak tunaikan permintaan akak.. Bukanlah bermakna ita membelakangkan agama dan tiada akidah.. pada ita Islam juga mengajar  kita agar menghiasi diri dengan sifat Sidiq , Amanah, Tabilq dan Fatanah

Ada juga yang menghentam kata ita buat dajal bila ita buat karektor Minion bermata satu.. aduhaiiii... dah karektor kartun itu bermata satu.. ita nak buat macam mana...? Ita akan tanya balik owner betul ke nak yang mata satu.. mereka kata ya nak yang mata sau.. jadi ita hanya mengikut arahan.. tapi teruk juga ita kena hentam seakan ita telah melakukan satu dosa yang tak boleh dimaafkan...

Kepada adik-adik ita diluar sana.. yang berminat nak buat tempahan dekorasi kek.. ambil ini sebagai satu cabaran. Kita tak akan dapat puaskan hati semua pihak. Manusia mempunyai pelbagai ragam.. dan kerenah.. Ingat pada yang satu.. Ikhlaskan diri.. insyaallah Allah mendengar doa hambanya.. lakukan semuanya ikhlas kerana Allah...

Alhamdulillah... walaupun Masam Manis dah tak serancak dahulu.. tapi ita bersyukur kerana ia masih dikunjungi. Terima kasih ita ucapkan pada rakan-rakan yang sering berkunjung. Terima kasih juga kerana menjadikan blog Masam Manis sebagai bahan rujukan. Sama-samalah kita manfaatkan setiap ilmu  dengan sebaiknya... Setiap yang baik jadikan sebagai panduan dan yang buruk jadikan sebagai pengalaman untuk memperbaiki diri ke arah kebaikkan..



Maaf kerana kadang kala ita tak sempat nak balas semua email dan pm rakan-rakan. Masa ita cukup-cukup terbatas dengan aktiviti seharian, tugasan dan juga keluarga yang lebih mendambarkan perhatian. Ita tahu ada yang merajuk hati.. Ita minta maaf.. tapi kalau anda berada di tempat ita anda juga tak mampu nak membalas berpuluh-puluh email dan masage setiap hari..
Pada yang bertanya soalan.. tu.. kadang kala soalan tu dah pernah ita terangkan dalam blog sebelum ini. Pada yang nak resepi tu.. ita minta tolong sangat.. carilah dalam blog ita.. janganlah minta ita carikan link.. ita tak punya masa.. harap sangat lah faham.. Pada yang minta ita terangkan atau tunjukkan step.. harap banyak bersabar.. insyaallah ita akan cuba tunaikan satu hari nanti.. insyaallah... berikan ita sedikit masa.. kerana banyak sangat janji ita yang belum tertunai...

Kepada yang sering kirimkan pada ita buah tangan..
Terima kasih banyak-banyak.. Ita hanya mampu berdoa agar kalian di murahkan rezeki.. pemberian yang cukup bermakna ini akan ita simpan sebagai kenangan jalinan ukhwah antara kita..

Azam ita di tahun mendatang...
Semoga ita diberikan kesihatan yang baik untuk terus melakukan apa yang ita minati..
Semoga ita terus diberikan ilham untuk berkongsi dengan semua..
Semoga ita dapat menunaikan semua janji ita pada semua..
Semoga ita dapat lakukan yang lebih baik lagi di masa hadapan..
Semoga Masam Manis terus di minati insya Allah..

Akhir kata, jika selama kita mengenali ada sebarang kesilapan atau terkasar bahasa dalam pergaulan.. ita dengan rasa rendah diri memohon ampun daan maaf atas segala ketelanjuran kata.. Semoga jalinan ukhwah antara kita terus mekar dan mewangi..

Wasalam...

Ikhlas
Azlita Aziz


46 comments:

pengarang tulisan said...

As salam kak...sebak rasanya baca luahan akk pg ni..hari yg bsejarah utk dunia blogger akk. Sy mmg dh lama tgk kek2 akk..sama mcm k.nor secubit garam,mat gebu tiffin biru.. Blog sy mmg xmcm blog buat ada2 je..tu pon buat sbb cri ruang nk ilang stress..jauh dh pegi ni :)
Byk yg turi blaja dri blog akk. Kek yg biasa smpi ke mahal. Dri kecik mmg suka buat kek..tp dulu2 kn pgil baulu je.. Nk pegi kelas..mmg xmmpu,dgn gaji xsmpi 1k. Turi plak single parent. Dri situ rajin selongkar blog2 utk belajar,study & cuba olah resepi2. Sbb turi jnis xsuka ikut rules dlm masakan..alhmdlh sntiasa habis d mkn. Dunia baker x d nafikan ada yg bkira utk share resepi..tp xsmua..buktinya blog2 kesayangan sy kt atas termasuk k.ita sntiasa sudi. Terharu bila akk ckp akk buat blog utk bntu mereka2 yg kurang kmampuan utk g klass.. Terima kasih kak. Turi mohon halalkn resepi2 yg d gunakan utk tmbah nilai hdup ni. Moga akk di permudahkan dlm segala urusan..dunia akhirat. Mnat kita hmpir sama..masakan..photografy..dekorasi hiasan dalaman je turi x :)

Teringin jmpe akk..turi dduk kota tinggi,keje kt tebrau je..klo akk nk tau ank tunggal sy pon suka kek2 figure akk. Kerana dia sy smngat nk blaja kek2 tu. Terima ksih kak..akk inspirasi sy. Allah bg ruang&pluang jmpe blog akk yg ownernya sgt pemurah ht dlm bkongsi ilmu..

jz said...

Tahniah.Banyak sangat saya belajar dari blog Ita.Please keep up the good work,terima kasih teramat sangat dengan kemurahan hati Ita berkongsi ilmu.

Izwa Kamaruddin said...

tahniah kak :)

its me said...

Hepi anniversary kak..sy tk pandai masak..tp blog akak,mat gebu,oven kecil..mcm2lg la antara blog yg bt sy suka masak..best sgt...

Zack said...

Assalamualaikum kak Ita,
Saya pun sekarang dh jarang berblogging lebih2 lagi sebab uruskan kelas. Apapun tahniah pada akak kerana berjaya melalui segala pahit manis dalam dunia membaking. Keep it up, may Allah bless you and your family.

-Zack Nurzakiah-

ksanthanamala said...

Kak Ita,

Wish you all the best.

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

terus menulis...tahniah...salam blogging.

Unknown said...

memang terbaik....saya merupakan follower tetap akak...sumber inspirasi saya....

fazianbatrisyia said...

tahniah kak ita. Harap blog masam manis akan terus segar dgn karya baru & utk manfaat semua. Semoga kak ita dlm redha Allah...

Cute lukisan kak ita tu...dgn bby melakak, periuk tumpah, notes byk kat komputer tu...bizi betul kan...

sy akan terus sukakan blog masam manis....syabas & tahniah sekali lagi.

Unknown said...

Assalamualaikum Azlita....
Happy Anniversary Blog Masam Manis..
Banyak yati belajar dari blog ini,terima kasih dengan kemurahan hati Ita berkongsi resepi & idea. Semoga Allah swt memberksti ita sekeluarga..

AdilahArissa said...

Tahniah and happy 3rd anniversary Blog Masam Manis..

Buat kak Azlita teruskan menulis dan share resepi serta gambar kat sini ye...Selamat Maju Jaya...

Sukma said...

suka hasil dari setiap entry di blog ini, resepinya menarik dan mudah untuk diikuti.

coretan kami said...

Tahniah dan terima kasih. Mungkin ita tak sedar, ramai yg telah mendapat inspirasi dari blog ini. Teruskan berkarya.

haninahalim said...

Assalammulaikum k.ita ,

biarla sepuluh org yg tak suka akk,tapi kami yg suka akk ni ade beratus2 dan mungkin beribu2!!!dan akn stsa skong k.ita! =) tqsm k.ita,byk bg inspirasi kt kami.take care ^^,

Nyonya Sutisna said...

Happy 3rd bloggersary :))
Mudah-mudahan semakin banyak memberi manfaat... dan menginspirasi.

Amy Hilmirda Daud said...

Tahniah Kak Ita...
Terima kasih kak ita kerana sudi share idea dan resepi. Banyak yang saya telah pelajari dr blog masam manis.

Unknown said...

Blog akk sama baya dgn ank sy..hrni genap 3thun.slamat ulng tahun..

Suliana said...

all the best kak ita.. u're my inspiration tp tgk je dari jauh. hihi

Cheq Sue said...

blog saya semalam pun cukup 3 tahun,boleh kembar dengan MM... semoga kak ita terus berkongsi ilmu dengan kita semua.

Unknown said...

salam.....tahniah kak.....selamat ulangtahun ke3 masam manis.......wish u luck

Fauziah Samad said...

Tahniah... Selamat Maju Jaya.

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

tahniah kak ita...
semoga lebih maju pada masa hadapan....
:)

Unknown said...

tahniah kak..
good job!!

Ummi said...

Tahniah Ita...Pengalaman suka duka adalah guru terbaik di sebalik setiap kejayaan...semoga terus hidupkan perkongsian dan kehidupan Ita sekeluarga diberkati...salam sayang dr akak..

farida tarmize said...

Kak ita,

Kita kagum sangat dengan akak. Bukan semua orang ada kekuatan nak buat dekorating dan bukan semua orang ada seni.

Kita sendiri belajar kulinari dalam bakeri dannpastri. Tp seni buat fondant kita masih terhegeh2. Tapi kita percaya, kalau kak ita yg tak ada asas pun boleh buat, apatah lagi kita. Yang penting usaha dan jgn putus asa.

Terima kasih kak sebab tak pernah putus asa.

JunAina said...

Tahniah Kak Ita. Jadikan semua itu cabaran untuk menghadapi kejayaan demi kejayaan di masa hadapan.

bonda said...

Salam Ita. Happy 3rd Bloggersary!
La thazan..biar laa ape org nak kata yg penting mcm Ita kata KEIKHLASAN...inshallah usaha kita diberkati Allah.
Saya selalu juga ikuti blog Ita sungguh kagum atas kerja tangan Ita..dan blog ini juga saya jadikan rujukan saya..terimakaseh Ita. Disini juga saya mengambil kesempatan utk minta halal dunia akhirat atas mengambil dan menyimpa resepi Ita utk rujukan sendiri dan anak2..
akhir kata & salam perkenalan
Azie

Sweet red cherry said...

salam kak ita..

tahniah ya dan happy 3rd bloggersary..harap kak ita tetap kuatkan semangat untuk meneruskan minat dalam aktiviti baking & cooking..

Unknown said...

tahniah kak ita.

Unknown said...

tahniah kak ita...
u r my vitual teacher in the silent.. terima kasih kerana sudi share segala tip dan resepi yg awesome.

mingming said...

kak ita,
teruskan menulis di sini....
mingming suka baca blog akak!

aliaqies said...

Tahniah Kak Ita..saya banyak belajar dan mencuba resepi dari blog Masam Manis... Tabahkan hati dgn tomahan org...sebab kita tak dapat nak penuhi kehendak org..manusia mmg begitu...Teruskan memberi idea kepada kami yg masih pagi ni..byk yg belum diterokai dlm dunia masakan...

zoul dahan™ said...

Happy Anniversary!

Moga diketemukan satu hari nanti.


shilawali said...

Tahniah Kak Ita ... & yang paling saya suka sbb anniversary Masam Manis ni sama dengan birthday say :)

Qasey Honey said...

slm kak Ita...
tahniah n hppy 3rd blog anniversary..
semoga akak akan terus maju dan maju dimasa2 akan dtg..
QH pon selalu jadikan blog akak sbgi rujukan dlm mghasilkan sesuatu..minta dihalalkan dunia akhirat ye kak semua resepi yg QH ambil..

Chocosweeties Bakery said...

happy anniversary kak,
akak sifu dlm diam sy ,selain dapurkakzu, matgebu, citarasawan, kak noraini dll lagi. ,
moga allah melabuhkan payung rahmat nya kepada akak sekeluarga,

mohon halal ilmu akak semua, :)

Mat Gebu said...

Assalammualaikum...

Sebut nama Azlita Aziz, siapa tak kenal...dengan dekorasi kek yang begitu halus dan meruntum jiwa. Siapa yang melihat gambar sahaja, semua tau itu hasil air tangan akak, seorang yang penuh teliti, sabar dan utamakan kesempurnaan. Pastinya setiap hasil buatan akak disulami dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan. Secara iklhas saya bukan memuji dengan omongan kosong...tapi sejak awal akak menjadi blogger masakan, kami (saya dan kak ummi) sudah mula merasai akan ada pembaharuan dalam dunia blog masakan....dan buktinya, apa yang kita lihat sekarang ini. Masing2 ada keistimewaan tapi setiap keistimewaan itu ada 'keistimewaannya' yang tersendiri yang tiada pada orang lain....

Selamat ulang tahun ke - 3 blog Masam Manis, moga terus berbakti dengan idea2 yang bernas..Moga Allah swt melapangkan hati dan perasaan akak, diberi ganjaran pahala dengan keihlasan yang akak kongsi bersama kami.....Terima kasih.....

RASA HATI said...

selamat ulang tahun masam manis...
blog terhebat
terima kasih atas segala ilmu

Rozie said...

3 tahun ke... baru lagi ingatkan dah lama... sangat berbangga dapat kenal akak dalam ni... setiap yg kak pamerkan kat sini sangat berseni...
terima kasih sebab sudi share ilmu.. dan semoga akak lebih sukses...

Ibu Aina Iman said...

kak,

saya hari2 wajib bukak blog akak n CMG tau. tahniah atas ulang thn blog masam manis.

pandai akk lukis kartun tu..ekekeke. pasni akk bole la tulis buku cinta lak..ekeke..bahasa sgt puitis dn tersusun cantik.

gud luck kak..

nin9landers said...

as salam kak ita....saya suka lukisan akak tu..comel dan kemas...selamat ulang tahun berbloging kak...may Allah rahmati hidup akak sebagai blogger, baker, wife, mother and daughter...keep it up kak..akak salah seorg yg menceriakan dunia blogging...ikhlas adda uwais

wanmar said...

Tahniah akak,segala perkongsian ilmu akak hanya Allah yg dapat membalasnya,tunjuk ajar akak sangat2 berguna untuk kami yang baru berjinak2 dlm dunia masakan,ilmu yg akak ajarkan banyak membantu saya menjadi isteri dan ibu yang lebih baik di dapur.

wanmar said...
This comment has been removed by the author.
Ummi said...

Nam komen sekali lgk Ita...hehe...Betuiii...betuuii cakap Mat tu Ita! Kami selalu borak2 pastu mesti nak terselit jer nama mu...kecantikan, keanggunan, ketelitian dan keikhlasan pada setiap kek2 dan masakan yg dikongsikan... Ita bertuah, kerana tidak semua mendapat anugerah sebegini...Alhamdulillah.. Semoga berbahgia dgn apa yg sedang dan akan Ita lalui...insyaAllah..Ameen

*Mohon maaf kalau Ita selalu tersedak, kami lah sebut tuh..hehe

sang kelana said...

all the best kak ita.your blog is my reference for me.keep baking and decorating =)

Yus said...

Eppy Anniversary kak. Semoga lebih maju dan sukses!!!

Post Top Ad

test