Donut With Chocolate Croqant - masam manis f

Breaking

Oct 30, 2013

Donut With Chocolate Croqant



Assalamualaikum
Hari ni ita buat donut lagi..
Donutttt??
Memang kesukaan ita. Dari dulu kini dan selamanya..
Tapi ita sebenarnya suka donut dulu-dulu yang mak buat. Donut yang gebu dan hanya di sira dengan gula icing. Kalau makan pasti tak nampak orang lalu kiri kanan.. hee

Sekarang ni, terdapat pelbagai donut dipasaran. Dengan pelbagai citarasa untuk menambat dan memikat selera pengemarnya. Tak kiralah apa donut sekalipun... ita tetap dengan selera anak kampung ita yang hanya sukakan donut sira gula icing..

Baru-baru ini ita ada terdengar tentang kelas membuat donut, dan ada member yang ajak ita join kelas tersebut. Tapi bila ita dengar tang yuran yang dikenakan.. beristifar panjang jugak lah... ya Allah mahalnya.. sampai cecah ribuan ringgit... Hanya donut aje tu.. aduyaiii... apasallah mahal sangat..

Mungkin bagi mereka yang berkemampuan tak ada masalah.. tapi bagi yang kurang.. alahaiii... kesiannya.. Kalau mungkin ada yang bercadang nak buka kedai donut.. mungkin boleh pertimbangkan untuk join kelas tersebut.. tapi kalau hanya belajar untuk makan family.. ita rasa lupakan ajelah.. bukan hari-hari kita nak makan donut.. ya tak??

Lagi pula pada pendapat ita kalau nak buka kedai jual donut sekalipun.. adakah kita mampu bersaing dengan kedai donut yang sedia ada..


Hari ni ita akan kongsikan Donut Choc Croqant. Bagi pengemar donut bersira chocolat ita rasa pasti akan sukakan rasa donut yang meletup-letup dimulut bila di kunyah..

Mungkin cara membuatnya sedikit rumit.. Tapi tak salah jika nak mencuba! ya tak?
Anak-anak dan suami ita suka donut ni.. Kata mereka sedap! boleh makan lagi dan lagi..
Ada yang nak cuba?
Jom kita intai-intai resepi dan kaedah membuatnya..

 


DONUT WITH CHOCOLATE CROQANT

500g tepung roti / tepung gandum / tepung superfine
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur
200 ml air

100g magerine / butter
1 sudu kecil garam

Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh, canai dan terap seperti donat biasa atau bulat-bulatkankan saja anggaran setiap satu 40 gm
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.

Cara ita
Ita masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh menjadi donut. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Ita simpan doh di dalam oven yang ita panaskan sekejap. Tutup  api oven dan biarkan suhunya suam. Lepas tu ita masukkan donut dan rehatkan dalam oven yang suam hingga ia naik sekali ganda. Kemudian barulah di goreng dalam minyak yang tidak terlalu panas.

GANACHE COKLAT
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012

300 gm krim tenusu ~ whipping cream
30 gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
500 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter ~ ita tambah

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter
Kacau hingga adunan licin dan berkilat
Tuangkan atas donut
Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik
* buat 1/2 adunan sahaja

CROQANT

100 gm badam cincang
100 gm gula
20 gm butter

Masukkan gula dan badam dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel. Kacau hingga karamel tersalut pada keseluruhhan badam dan nampak kuning keemasan
Tutup api dan masukkan mentega
Kacau hingga rata dan berderai

Masukkan 1/2 croqant dalam ganache
Salutkan atas donut
Baki croqant di tabur atas donut kemudian
Sedia dinikmati


15 comments:

Lynda Hamzah said...

Assalam kak...x phm part tepung tu...sume tepung tu guna ke atau salah satu je tepung utk 500g? Lagi satu, tepung mna buat donut lg lembut?

Lynda Hamzah said...

Assalam kak...sy x phm part tepung tu...nk gune salah satu tepung utk 500g or sume tepung tu? Lagi satu tepung mne buat donut lbh lembut? Tq ;p

Zam said...

terliur nya pagi2 ni..

Azlita Aziz said...

guna mana-mana salah satu tepung Lynda
akak biasa guna tepung gandum aje
tepung roti macam keras sedikit dari tepung gandum
tapi tepung gandum bila sejuk dia akan liat sikit berbanding tepung roti

Izwa Kamaruddin said...

terliurrr!!!

sabar dubai said...

Terliur kite tgk ni kak ita

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

percaya tak sy tak pandai buat donut.. :-(

Puan Eka said...

haritu eka jenuh cari croquant ni. Pegi kedai kek, org tu tak tahu.

Rupanya boleh buat sendiri je. TQ kak ita.

Rozita Ceritaita said...

aduh... nape la gambar akak ni semua menggoda... terasa nak buat je..

mimie said...

kak ita.....
apasal blogger sekarang kalau upload pic jd terlihat kasar kan kak ???
kak ita bagai mana ??

Linda said...

Seriusly saya mmg suka sgt dengan blog kak ita ni....cara masak, cara fotografi...kagum!

fazianbatrisyia said...

uishh...sedapnya. terliur nengok

Sweet red cherry said...

sedapnya..nyum2..

zila norazila said...

mahalnye yuran nk blajar wat donut..blajar dgn akk ita jew la..he heee

Kak Lilly Suka Masak said...

ASSALAMUALAIKUM... KAK ITA KALAU CHOC TU SENTIASA DIPANSKAN UNTUK DI CELUP BHGN ATAS DONUT BOLEH TAK?

Post Top Ad

test