Assalamualaikum..
Salam Jumaat buat semua..
Dah masak?
Masak apa hari ni..?
Ita masak yang simple-simple aje.. Kebetulan daging korban yang mak bawakan tempoh hari masih berbaki. Jadi ita masak lah apa yang ada aje dalam peti ais.
Kalau hari Jumaat kena masak awal. Anak-anak balik sekolah pun awal. Kebetulan hari ni Amirul balik.. boleh lah makan bersama sebelum mereka pergi solat Jumaat.
Kalau masak kari.. ita selalu ingat mak. Mak ita cukup suka masak kari. Kadang-kadang boleh dikatakan setiap minggu mesti ada satu hari yang mak akan masak kari. Bila ita berumah tangga.. suami ita kurang sikit lauk kari ni.. jadi ita pun kuranglah nak memasaknya.. Bila sesekali masak lauk kari.. bertambah-tambah juga dia makan.. senang rasa hati bila lihat suami makan bertambah-tambah.. sedaplah tu.. hihi bisik ita..
Oh ya! sebelum kita inta-intai resepi.. ita naklah jawab beberapa pertanyaan yang sering ditanyakan. Berkenaan pinggan mangkuk dan periuk belanga lama yang ita gunakan. Ada yang tanya.. kak mana kak ita dapatkan barangan tersebut.?
Ita ni sebenarnya suka merayap.. kalau berjalan tempat tumpuan ita adalah pada pinggan mangkuk. Ita suka kumpul pinggan mangkuk.. sekarang ni dah tak ada tempat dah nak simpan.. rumah pun tak besar mana.. almari pun dah penuh dengan yang sedia ada..
Biasa kalau yang lama-lama ni ita cari di pasar karat.. Tempat yang popular di Ipoh. Kat situ kalau ita pergi.. aduyaiii... macam tak mau balik.. rambang mata..macam semua ita nak angkut bawa balik..
Barang lama ni kalau kita beli kena hati-hati. Balik kena samak dulu.. Walaupun ita tak menggunakannya dalam keperluan ita sehari-hari.. tapi ita kena pastikan ianya bersih dari najis yang kita tak nampak... Ialah kita pun tak pasti siapa tuannya yang terdahulu.. kan..
Ita hanya gunakan sebagai prop sahaja.
Bila ambil gambar masakan ita suka kalau prop yang digunakan bersuai padan dengan makanan yang akan ita hidangkan. barulah nampak aura masakan tersebut.. hihi itu pendapat ita sahaja.. mungkin bagi orang lain.. lain pula pendapatnya
Sebenarnya ita suka sangat pada barang-barang lama.. dari dulu memang suka kumpul barang lama. Kata orang tak ada yang lama.. tak adalah yang baru.. Barang lama yang penuh nostalgia.. Ita bukan beli sesuka hati aje tau! kebanyakkannya ada memori indah ita bersamanya yang perlu ita kenang..
Ok jom kita intai resepi kari yang dikongsikan oleh Iris Samara
Resepi asal menggunakan ayam, tapi ita tukar kepada daging
KARI DAGING MAMAK STYLE
Olahan daripada resepi Kari Ayam Mamak Style
Oleh Iris Samara
Rujukan : My Resepi
1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda suka
Ita tukarkan ayam kepada daging 1/2 kg dipotong kecil
Bahan A
10 biji bawang putih
3 inci halia
~ dikisar
Bahan B
1 biji bwang bsar ~ dihiris
4 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Bahan C
2 biji tomato
2 batang serai ~ diketuk
2 helai daun pandan ~ disimpul
Bahan D
8 sudu besar serbuk kari ayam baba's ( bleh kurangkan sukatannya)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit serbuk cili ~ ikut kepedasan masing-masing
Semua bahan ini disatukan dan dibancuh dengan air untuk mendapatkan pes
lain-lain
Ubi kentang secukupnya
3/4 santan atau susu cair
Bahan E ~ perasa semuanya secukup rasa
Serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
serbuk ketumbar
serbuk jintan manis
garam dan gula
Tumis bahan A sehingga naik bau kemudian masukkan bahan B dan bahan C.
Tumis hingga daun kari agak garing.
Masukkan ayam dan ubi kentang.
Masukkan ayam dan ubi kentang.
* Kalau guna daging, daging tu direbus dahulu hingga empuk.
Tutup periuk. masa
menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni.
hmmm....pasti memikat. Ini la ramuan rahsia. sebab tumis dng serai dan daun
pandan tu.
Tumis lebih kurang 3 minit, pastikan anda masak dengan api
perlahan.
Masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula.
Masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula.
Biarkan
lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.
Tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. tutup periuk dan biarkan air mendidih.
Bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan D masukkan bahan E.
Tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. tutup periuk dan biarkan air mendidih.
Bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan D masukkan bahan E.
Masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati
Ingat selalu tutup periuk dan masak dengan api pelahan.
Bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan atau susu cair dan garam. Kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.
Bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan atau susu cair dan garam. Kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.
10 comments:
sedapppppp!!
ooohhhh kak ita beli. ingatkan turun temurun punya barang. husband kawan sy minat brg antik...rumah dia penuh deco dgn brg antik...tapi deco yg tak menyemakkan mata memandang....1 bilik khas tu brg antik dia. kalau dah minat tu kan...yg sy agak jakun tu kaunter & cash machine kopitiam pon dia ada...music box besar tu...basikal, spec, surat khabar, tin milo, kipas, meja, potret...eh...byk la.
laa...pes kari masuk hujung2 ek. selama ni ingatkan kena tumis awal2 bagi naik bau. my hubby suka sangat kari mamak. saya memang tak suka kari so memang tak pandai la masak kari ni. tapi kena belajar la juga cara kak ita ni. dah berzaman tak masak kari sebab tak capai piawaian sendiri juga org lain. harap2 jadi la & tak perlu la nak makan kari kedai mamak lagi kalau hubby teringin =)
fuhhh.. sedap2.. Kari mamak memang bestkn coz guna serbuk kari dengan banyak.. klo makan time nasi panas gerenti menambah..
sedap juga ni kak layan kari ayam dengan roti..cicah2..
sedapnya nak try buat lah balik umah nanti hehehe the best!
Kari daging mamak (utara) biasanya ada kerisik.
tak masuk asam jawa ke?
Nk tnye... santan tu 3/4 mangkuk ke.. n daging tu rebus sampai empuk dlu n br masukkan dlm pes tumis tu ye
Ermmmm...sodapnya,i like kari mamat...
Lamanya xmkn...selalu mkn kari kt kdai,so skrg resepi dh ada nk try buat lah..msti hubby suka... :-) ;-)
Post a Comment