Sawi Putih Masak Lemak - masam manis f

Breaking

Oct 31, 2013

Sawi Putih Masak Lemak




Bila pergi pasar, dalam kepala macam-macam dah difikirkan. Nak masak apa lah hari ni..?
Kadang kala dah baikkkk... punya perancangan dari rumah nak masak itu dan ini.. Tapi bila sampai pasar barang nak di cari tak ada lah pulak, terpaksa lah kepala ligat berfikir untuk tukar perancangan memasak.. Tukar menu lain lah pulak..

Situasi begini kerap berlaku pada suri rumah. Nampak mudahkan tugas sebagai seorang suri rumah.. Tapi sebenarnya ia adalah satu tugas yang agak sukar. Lebih-lebih lagi jika warga rumah itu agak cerewet dengan hidangan yang kita sajikan.. itu tak makan.. ini tak makan..

Ita cukup beruntung kerana memiliki suami yang tak cerewet bab makan. Apa sahaja yang ita masak.. dia akan menikmatinya dengan cukup berselera sekali. Cuma yang agak sukar untuk melayan selera anak dara.. Tapi mujur anak-anak telah ita didik supaya memakan sayur-sayuran. Untuk makan sayur tak ada masalah.. Apa sahaja sayur yang ita masak mereka akan makan. Anak-anak ita paling suka sayur kobis dan kangkung. Kalau masak pasti tak cukup seikat.



Sayur kegemaran ita pula, sawi putih. Dulu mak ita cukup suka masak sawi putih di masak lemak. Dan ini juga merupakan menu kesukaan ita. Nak.. nak pula jika dilawankan dengan sambal belacan dan ikan goreng.. dah buatkan ita tersandar kekenyangan.

Selepas ita berumahtangga, ita masaklah lauk ini untuk suami. Beliau yang tak pernah makan mula tercengang-cengang.. katanya maknya tak pernah pula sayur sawi di masak lemak. Kebiasanya maknya masak air atau di goreng kering.
Ita kata tak cuba tak tau..
Selepas itu.. suami ita cukup suka makan lauk ni.. bertambah-tambah dia makan bila dilawankan dengan ikan goreng dan sambal belacan.
Menu yang simple ini amat membuka selera kami sekeluarga..


SAMBAL BELACAN LIMAU KASTURI

15 tangkai cili api
2 tangkai cili merah
2 inc belacan bakar
Limau kasturi secukupnya anggaran 5 biji
garam dan gula secukup rasa

Kisar atau tumbuk cili api, cili merah, belacan bakar, garam dan gula
Perahkan jus limau kasturi
Kulitnya di hiris halus dan gaulkan dalam sambal



SAWI PUTIH MASAK LEMAK

3 pokok sawi putih di potong
asingkan batang dan sayurnya
Batangnya potong 1 inc 

5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis ~ di rendam boleh juga guna udang kering atau belacan
1/2 inc kunyit hidup atau 1 sudu teh kunyit serbuk
Kesemua bahan di atas di kisar atau di tumbuk halus

1 batang serai dititik
1 batang cili merah di hiris
1 keping tahu yang telah di goreng jika suka
1/2 biji santan atau 100 gm santan KARA di bancuh dengan  sedikit air

Pijarkan sedikit minyak di dalam periuk
Tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan serai dan tambahkan air
Masak hingga didih
Masukkan batang sawi, tauhu dan santan
Biarkan merenih
Perasakan dengan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan sayur sawi dan lada merah
Sedia di hidangkan




 

20 comments:

Ita Rossi said...

Salam Ita,

Sawi putih masak lemak ni campur dengan udang kertas pun sedap. My fav. too..

mimie said...

hihi.... mimie jg salah satu yang pilih2 makan kak..
dan tak suka sawi...eheheh
nak kak ita masakkan tumis kakngkung belacan lah...
#kirim kangkung 10 ikat dr dumai.. ^_^

ibuaries said...

hmmm..gabungan yg meletop kak ita. sawi lemak putih, ikan goreng dgn sambal belacan ;-)

intandayani said...

Seploh kali telan liur nak abiskan baca entry ni...

Izwa Kamaruddin said...

sedap nyer sambal belacan!

wantie said...

letak tahu tu yg lain dari yg lain.

fazianbatrisyia said...

sy pon suka. sebab bonda sy jugak masak lemak sayur ni. lain rumah lain citarasa kan kak ita...anak2 biasa ikut selera ibu dia...dah kawen tentu percampuran dari kedua2 belah family. yg tak penah jumpa mula2 mmg akan rasa pelik. kita hormati selera masing2.

Linda said...

mmg sedappp...

Puan Eka said...

mak eka pun suka masak sawi masak lemak camni. Bertambah2 kami makan. nyum2

Qaseh Dalia said...

walaupun simple , sedap , kdg2 makanan simple macam ni buat bertambah nasi , hehe salam kenal kak

Sweet red cherry said...

terliur tengok sambal belacan tu..

Kniedaz said...

menyelerakan sungguh tengok sambal belacan tu

AJ said...

Aduh,meleleh air liur tengok ni...

MISSNICK said...

apa saja kalau dibuat masak lemak memang sedap la...rindu plak nk makan masak lemak ngan ikan goreng macam tu...

May Ann Francisco said...

Quite delicious dishes!

Gee® said...

Sedapnya Ita.... paling terlior tgk sambal belacan tu... menitik air lior tawww!!!

honey said...

As salam ita, samalah kita maklumlah orang johor memang itulah lawanya ikan goreng + sambal belacan ermm terliur!

Suhaila

mama leen said...

adoi kak ita.. dah la puasa ni.. sayur lemak memang terangkat kalau makan dengan ikan goreng dgn sambal belacan

Hanny Abdullh said...

Salam..
Selalu buat gan kobis , bila tgok recepi ni terasa nak cuba pulak gan sawi..

Hanny Abdullh said...

Salam..
Selalu buat gan kobis , bila tgok recepi ni terasa nak cuba pulak gan sawi..

Post Top Ad

test