BoBoiBoy Cake - masam manis f

Breaking

Dec 23, 2013

BoBoiBoy Cake


Watak-watak dalam cerita animasi sangat penting dalam menzahirkan sesebuah karya. Apa sahaja karektor kartun animasi samaada dari luar atau dalam negara, ianya cukup dekat dalam jiwa anak-anak.

Hari ini kita bercerita sedikit pasal cerita animasi superhero yang menjadi kebangaan Malaysia. Produk sulung empat anak muda dari Animonsta Studios yang berjaya menghasilkan produk kreatif animasi BoBoiBoy ini ialah Mohd Nizam Abd Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin, bolehlah dianggap satu kebangaan dan amat-amat dinantikan oleh masyarakat Malaysia, setelah sekian lama anak-anak kita dilambakkan oleh produk luar negara.   
              
Biarpun ini merupakan buah tangan pertama daripada Animonsta Studios, kebolehan mereka menterjemahkan daya kreativiti sebelum ini diakui ramai dengan terhasilnya cerita animasi Upin Ipin sehingga ianya menjadi satu fenomena satu masa dahulu.

Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam dua versi bahasa serentak, iaitu Bahasa Malaysia untuk pasaran tempatan dan Bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa, kedua-duanya memanfaatkan bakat pelakon suara tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Untuk dialog bahasa kebangsaan, Nur Fathiah Diaz, bekas pelantun suara watak Upin  Ipin, dipelawa kembali ke bidang lakonan suara untuk menghidupkan watak utama siri ini dan Wong Wai Kay, 10, sebagai watak utama BoBoiBoy.


Boboiboy menceritakan kisah seorang budak berusia 10 tahun yang mampu untuk menukarkan dirinya kepada 3 karakter yang mempunyai kuasa yang berbeza. Kejahatan yang dipaparkan dalam kartun animasi ini adalah berkaitan keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.

Sebagai superhero, Boboiboy mampu menukar dirinya kepada 3 karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin, dan kilat. Antara watak lain yang turut menambah warna kepada siri yang mengangkat kisah Superhero pertama kanak-kanak Malaysia ini ialah Ying, Gopal, Adu Du, Ochobot dan Tok Aba.

BoBoiBoy sememangnya mempunyai auranya yang tersendiri. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dengan pencapaian anak muda ini.


3 comments:

fazianbatrisyia said...

oh..cam tu ceritanya....sy pon tak penah ambik tau pasal kartun tu...tq kak ita...

kek tu...cantikkkkk

fazianbatrisyia said...

oh..cam tu ceritanya....sy pon tak penah ambik tau pasal kartun tu...tq kak ita...

kek tu...cantikkkkk

Nurulhidayah said...

Sayang plak nk makan kek cantik begini..

Post Top Ad

test